Adakah anda seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membuat bayaran balik bulanan?
Ada kemungkinan, nama anda telah di senarai hitamkan atau blacklist.
Jika nama anda telah di senarai hitamkan, anda akan menghadapi masalah halangan perjalanan apabila anda ingin keluar negara.
Anda juga akan menghadapi masalah apabila anda ingin memperbaharui ataupun renew pasport anda.
Yang paling serius, kalau nama anda di masukkan ke Central Credit Reference Information System (CCRIS), anda akan menghadapi masalah untuk mendapatkan loan ataupun pinjaman untuk membeli rumah mahupun kereta.
Bagaimana untuk semak status blacklist PTPTN?
Mudah sahaja, cuma ikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1
Klik link di bawah untuk pergi ke laman rasmi PTPTN untuk semakan senarai hitam PTPTN.
Klik sini untuk ke laman PTPTN
Langkah 2
Masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan email anda. Pastikan maklumat yang di masukkan adalah terkini.
Kemudian, klik butang “Hantar”.
Jika mana anda telah di senarai hitamkan, anda akan melihat mesej halangan.
Langkah seterusnya, anda haruslah hubungi Careline PTPTN di nombor 03-2193 3000 untuk membuat perundingan.
Ingat, rekod blacklist PTPTN akan update setiap hari.
Kalau anda masih tidak membuat bayaran balik pinjaman, nama anda mungkin akan di masukkan ke dalam sistem keesokan hari.
Leave A Comment