Untuk mereka yang di tawarkan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anda boleh memohon untuk membatalkan tawaran pinjaman tersebut.
Untuk membuat demikian, anda perlu muat turun dan isi Borang Pembatalan Dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN.
Nombor siri borang adalah PTPTN-P-03/20-2014 Pin. 3.
Anda boleh memilih sebab-sebab pembatalan. Contoh alasan di dalam borang adalah:
1) Menerima biasiswa/ pinjaman daripada Penaja Lain/ Pembiayaan Sendiri
2) Bertukar IPT/ Gagal/ Berhenti pengajian
3) Bertukar Pengajian (Peringkat Pengajian/ Kursus/ Jurusan)
4) Lain-lain
Ingat, pembatalan boleh di buat, tetapi mesti melalui cara dan proses yang rasmi.
Jangan sekali-kali mengabaikan tanggung jawab anda sebagai seorang peminjam walaupun anda tidak bercadang untuk menggunakan dana PTPTN.
Untuk muat turun borang pembatalan pinjaman secara online, sila klik link di bawah. Borang tersebut adalah di dalam format PDF.
Klik sini untuk muat turun borang
Leave A Comment