Adakah anda seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?
Jika anda tidak membuat bayaran bulan anda, kemungkinan besar anda akan di senarai hitamkan ataupun blacklist.
Senarai hitam adalah satu halangan perjalanan ke luar negara.
Mengikut laporan online mStar:
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata sejumlah 447,890 peminjan PTPTN, yang tidak membayar semula pinjaman, merupakan golongan terbesar yang dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.
Adakah anda salah seorang yang telah di blacklist?
Jangan bimbang, anda boleh membuat semakan status PTPTN anda secara online. Ikut langkah-langkah di bawah.
Langkah 1
Klik link di bawah untuk ke laman semakan senarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Klik sini untuk ke laman semakan
Langkah 2
Masukkan numbor kad pengenalan, nombor telefon dan email anda. Selepas itu, klik butang “Hantar”
Pastikan maklumat yang di masukkan adalah terkini.
Jika nama anda telah di senarai hitamkan, adalah di nasihati supaya menghubungi PTPTN untuk proses perundingan.
Leave A Comment