Jika nama anda telah di senarai hitamkan ataupun blacklisted oleh Jabatan Imigresen Malaysia, anda akan di halang daripada keluar negara.

 

Semak Status Perjalanan

Terdapat pelbagai kemungkinan mengapa nama anda di senarai hitamkan.

Anda mungkin terdapat cukai tahunan yang belum di selesaikan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kalau anda mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan anda tidak membuat bayaran bulanan, nama anda juga akan di blacklist.

Jika anda mempunyai banyak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun pihak Polis, anda mungkin akan di halang daripada keluar negara di semua pintu imigresen.

Anda boleh membuat semakan status perjalanan anda secara online.

Langkah semakan status perjalanan

Cara untuk membuat semakan perjalanan adalah amat mudah.

Klik link di bawah untuk ke laman semakan status perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia.

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang “Semak”.

Kalau nama anda tiada dalam blacklist, anda akan nampak mesej “Tiada halangan” di skrin.

Jika anda di halang, anda terpaksa pergi ke pejabat imigresen untuk maklumat lanjut.

Ads Notice


Untuk membuat semakan atas talian, klik link di bawah sekarang juga.

Klik sini untuk semakan

Ads Notice

By | 2018-02-25T11:10:54+08:00 December 22nd, 2017|Online Services|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment