Jika anda menjana pendapatan di Malaysia, anda wajib membayar cukai tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai seorang individu.

Kalau anda gagal membayar cukai tahunan, besar kemungkinan anda akan di senarai hitam ataupun blacklisted daripada keluar negara.

Anda akan menghadapi halangan ini di semua pintu imigresen negara.

Jika anda seorang pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah ataupun cukai korporat, anda juga akan di senarai hitamkan daripada keluar negeri.

Cara yang terbaik untuk membuat semakan status perjalanan LHDN ialah secara online.

Semakan perjalanan LHDN

Ads Notice

Proses semakan adalah agak mudah. Klik link di atas dan anda akan pergi ke laman Jabatan Imigresen Malaysia.

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang “Semak”.

Jika nama anda tidak di senarai hitamkan, mesej “Tiada halangan” akan di kemukakan di skrin.

Kalau nama anda di halang daripada keluar negara, adalah di nasihatkan supaya anda ke pejabat LHDN untuk membayar hutang cukai anda.

Ads Notice

By | 2017-12-22T15:15:00+08:00 December 22nd, 2017|Online Services|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment