Tiket Bas Online TBS Ke Destinasi Di Malaysia – Cara Beli Atas Talian

Apakah cara yang paling mudah dan cepat untuk membeli tiket bas online dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke destinasi-destinasi di Semenanjung Malaysia?

Terdapat banyak cara yang anda boleh cuba untuk tempah dan beli tiket bas di atas talian. Contohnya, anda boleh guna laman rasmi TBS ataupun aplikasi smartphone yang di sediakan.

Berdasarkan pengalaman saya, cara yang paling mudah ataupun user-friendly dan paling cepat untuk beli tiket bas secara online ialah dengan laman www.busonlineticket.com/.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli tiket bas dari BTS Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Langkah 1

Pergi ke laman rasmi www.busonlineticket.com/. Anda boleh menggunakan desktop ataupun smartphone anda. Saya lebih suka menggunakan smartphone.

Tempah tiket bas online

Langkah 2

Pilih samada anda ingin membeli tiket Sehala sahaja ataupun Pergi Balik. Di dalam contoh ini, saya telah memilh tiket bas untuk pergi dan balik.

Sehala & Pergi balik

Langkah 3

Pilih lokasi Asal untuk naik bas. Saya memilih Kuala Lumpur.

Kemudian destinasi iaitu Johor Bahru.

Pilih tarikh bertolak dan juga tarikh pulang.

Pilih jumlah tiket penumpang yang anda ingin beli. Saya pilih 1 tiket.

Pilih destinasi

Langkah 4

Klik butang “Carian”

Carian

www.busonlineticket.com akan mengemukakan hasil carian untuk tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru bagi tarikh yang telah di pilih.

Ia juga akan mengemukakan Anggaran Tempoh Perjalanan iaitu 4 jam 45 min.

Langkah 5

Untuk kemas kini hasil carian, klik butang “Tapis Carian”

Tapic carian

Anda boleh memilih pengusaha bas yang anda gemari. Anda boleh memilih pengusaha bas seperti berikut:

  • Billion Stars
  • City Holidays Express
  • KKKL Sdn Bhd (Terus Nanti)
  • Konsortium Bas Ekspress (Malaysia)
  • Maju Express
  • Mayang Sari Express
  • Seasons Express
  • Star Coach Express
  • StarQistna Express
  • Super Coach Express
  • Transnasional
  • Transtar Travel

Tempat naik bas ialah di Terminal Bersepadu Selatan.

Tempat turun bas, anda boleh memilih:

  • Gelang Patah Bus Terminal
  • Larkin Bus Terminal
  • Skudai

Untuk masa bertolak, anda boleh memilih:

  • Pagi (00:00 am – 11:59 am)
  • Petang (12:00 pm – 6:59 pm)
  • Malam (7:00 pm – 11.59 pm)

Pengusaha bas

Selepas carian telah di tapis, pilih tiket bas yang memenuhi keperluan anda.

Pilih tiket

Langkah 6

Langkah seterusnya ialah memilih tempat duduk anda di dalam bas.

Hanya pilih kotak yang berwarna kuning.

Kemudian, klik butang “Teruskan”

Pilih tempat duduk

Langkah 7

Seterusnya, klik butang “Perjalanan Balik” untuk memilih pengusaha, tempat naik bas, masa bertolak dan juga tempat turun bas.

Perjalanan balik

Ikuti langkah yang sama dengan memilih tempat duduk anda di dalam bas.

Klik butang “Teruskan”

Langkah 8

Di sini adalah langkah terakhir. Laman www.busonlineticket.com menunjukkan butiran perjalanan pergi dan balik yang anda telah pilih.

Butiran

Masukkan maklumat penumpang seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan emel anda.

Butiran penumpang

Gunakan kod diskaun jika anda ada.

Anda juga boleh memilih insurans perjalanan dengan harga beberapa ringgit sahaja. Anda boleh mendapat perlindungan perjalanan sehingga RM 25,000.

Maklumat pembayaran

Yang akhir sekali, pilih butiran pembayaran anda.

Anda boleh membayar tiket bas dengan perbankan online, Paypal ataupun Alipay.

Klik butang “Terus Kepada Pembayaran” untuk melengkapkan pembelian tiket bas anda.

Lokasi bas perjalanan

Apakah lokasi perjalan bas yang anda boleh beli tiket melalui www.busonlineticket.com?

Lokasi perjalaan bas melingkungi semua bandar-bandar negeri di Semenanjung Malaysia. Contoh adalah:

  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Batu Pahat
  • Ipoh
  • Kota Tinggi
  • Pulau Pinang
  • Pontian
  • Seri Iskandar
  • Kuantan
  • Taiping
  • Kedah
  • Bandar Penawar
  • Kota Bahru
  • Larkin
  • Melaka
  • Kelantan
  • Kuala Kangsar
  • Kulim
  • Kuala Terengganu
  • Kemaman
  • Mersing
  • Perlis
  • Pontian
  • Sungai Petani
  • Segamat
  • Teluk Intan
  • Genting Highlands
  • Cameron Highlands

Anda juga boleh membeli tiket bas pergi dan balik untuk ke Singapura.

BusOnlineTicket.com

 

 

 

 

 

 

 

 

By | 2018-03-21T09:08:45+00:00 December 29th, 2017|Online Services|0 Comments

About the Author:

Apart from Cikgu Yap, I am also a writer and the administrator of this blog.

Leave A Comment