Panggilan Balik 1.7 Juta Kenderaan Toyota

Toyota Motors, Jepun, kini bersiap sedia untuk membuat panggilan balik ataupun recall sebanyak 1.7 juta kenderaan-kenderaannya.

Apakah masalah yang kini hadapi oleh gergasi pembuat kereta dunia pada kali ini pula?

Menurut Kementerian Pengangkutan Jepun, sebanyak 1.28 juta kenderaannya di tanah air serta 421,000 di seberang laut akan terlibat dalam upacara panggilan balik tidak lama lagi.

Toyota Motors di jangka menghadapi tekanan hebat dalam usaha mencuba mencapai kembali semula kepercayaan konsumer luar negara selepas beberapa krisis panggilan balik serta kes-kes mahkamah di ikuti pula dengan dendaan-dendaan yang tinggi.

Apakah kesulitan yang sedang di alami oleh syarikat Toyota Motors kali ini?

Bahagian-bahagian saluran ataupun paip minyak di laporkan mungkin retak dan bocor. Selain daripada itu, berlaku juga masalah sensor tekanan yang di cantum kepada saluran-saluran paip minyak.

Masalah retakan paip-paip minyak kemungkinan berlaku kepada paip tersebut di atas, yang akhirnya kemungkinan akan rengang pula di akhirnya mengakibatkan pembocoran yang bahaya. Ini adalah berikutan sesuatu kenyataan yang di umumkan oleh Kementerian Pengangkutan negara Jepun.

Panggilan balik kali ini di katakan melibatkan sebanyak 245,000 kenderaan-kenderaan mewah Toyota berjenis Lexus di Amerika Syarikat, termasuk Lexus GS 300 dan GS 350, sementara IS 250 serta IS 350 di katakan juga terlibat.

Sebanyak 74,500 Lexus Crown serta lain-lain kenderaan akan terlibat dalam process recall kali ini. Sambil itu, 10,000 unit Lexus di Eropah juga akan di panggil balik.

Yang terlibat juga di Jepun adalah kenderaan jenis Noah, Voxy, Caldina dan Isis, yang dikeluarkan di antara tahun 2000 hingga 2009 di katakan juga terlibat dalam latihan ini.

Meskipun terdapat 140 kes yang di laporkan, namum demikian, belum terdapat sebarang kemalangan yang kini di laporkan.

Toyota Motors memberitahu ianya akan memasang balik bahagian-bahagian yang terlibat secara percuma di Jepun, manakala di ikuti pula oleh recall-recall di luar negara yang akan mematuhi arahan tertentu.

Dalam suatu kenyataan yang di keluarkan, Toyota Motors merakamkan perasaan kesalnya kerana mengakibatkan kesulitan-kesulitan kepada para pengguna.

Pada 2008, Toyota motors berjaya menamatkan kejaguhan General Motors memegang teraju pengeluar automobil dunia. Tetapi walaubagaimanapun, bukannya mudah untuk syarikat Toyota Motors untuk menjuarai gelaran tersebut memandangkan krisis-krisis ekonomi, pangilan-panggilan balik dan baru-baru ini, yen yng kukuh.

Baru-baru ini, Toyota Motors mengumumkan penjualan seluruh dunia sebanyak 8.42 juta kenderaan, di hadapan jualan General Motors yang mencatat 8.39 juta.

Ini mengesahkan posisi Toyota Motors sebagai pengeluar auto terbesar di dunia buat kali ketiga berturut-turut. Manakala, General Motors menduduki tempat kedua pula.

By | 2012-09-21T20:22:37+08:00 February 18th, 2011|Penjagaan Kereta|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment