Bermula dengan tarikh 15hb Jun, 2011, kerajaan Malaysia akan laksanakan sistem H.P.I. ataupun “Hire Purchase Inspection”.

Apakah sebenarnya sistem tersebut di atas? Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telahpun membuat keputusan supaya kenderaan-kenderaan terpakai hendaklah terlebih dulu dihantar ke pihak Puspakom untuk menjalani 2 pemeriksaan wajib, iaitu bagi mendapatkan sijil B5 serta B7. Untuk makluman orang-orang awam yang mungkin tidak biasa dengan perkara-perkara tersebut di atas, izinkan saya mengulaskan bahawa:

i. Sijil B5 adalah untuk penukaraan nama pemilik. Ianya meliputi pemeriksaan 5 perkara oleh pihak Puspakom, seperti nombor enjin, nombor casis atau badan kereta, brek serta “alignment” ataupun penjajaran.

Kenderaan-kenderaan yang lulus pemeriksaan ini kemudian diberi sijil B5. Dengan sijil ini, penukaran nama pemilik boleh dijalankan. Untuk pengetahuan para pembaca, penukaran hak milik memerlukan bayaran RM100. B5, sebenarnya boleh tahan selama Satu bulan.

ii. Sistem. H.P.I. adalah dilaksanakan baru-baru ini melalui “Hire Purchase Act”. Dengan akta ini, pemandu-pemandu yang berhajat untuk menjualkan kenderaan mereka kepada syarikat-syarikat kewangan, haruslah terlebih dulu dipaksa menghantar kenderaan mereka ke pemeriksaan 18 perkara oleh pihak Puspakom.

Untuk makluman semua, pemeriksaan B5 memerlukan bayaran RM30, manakala B7 akan mengenakan bayaran sebanyak RM60. Pemerikasaan B7 mengandungi pemeriksaan 18 perkara. Di antaranya, perkara-perkara yang saya rasa akan dibuat oleh pihak termasuk:

a. Pemeriksaan sama ada badan kenderaan dicantum ataupun tidak.

b. Pemeriksaan cermin-cermin kenderaan melulus ujian penebusan cahaya ataupun tidak.

c. Pemeriksaan keluaran asap melalui paip eksos.

d. Pemeriksaan “absorber” kenderaan yang penting untuk stabiliti sesebuah kenderaan.

e. Pemeriksaan tayar-tayar kenderaan.

f. Pemeriksaan sistem brek.

Sijil B7 tahan selama 2 bulan.

Masalah yang timbul sekarang, berikutan dengan implementasinya sistem H.P.I., siapakah yang bertanggungjawab bagi membayar kos-kos pemeriksaan B5 dan B7?

Menurut Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia (FMCCAM), setiausaha agungnya, Encik Khoo Kar Jin, beliau berkata nampaknya empunya-empunya yang berhajat untuk jualkan kenderaan-kenderaan mereka kepada pihak syarikat-syarikat “finance”, terpaksalah menanggung kos ini. Pihak-pihak syarikat kewangan ataupun “finance” akan kemudian menilai laporan-laporan Puspakom sebelum membuat keputusan yang tertentu.

Bercakap tentang latihan pemeriksaan untuk mendapatkan sijil B7, pihak FMCCAM, tetap membangkang pemeriksaan yang memakan bayaran RM60. ia dianggap sebagai sesuatu pembelanjaan yang sia-sia sahaja. Menurut FMCCAM, hanya diperlukan sijil B5 untuk memastikan sama ada sesebuah kenderaan itu layak diguna di atas jalanraya ataupun tidak.

Selain itu, empunya-empunya kenderaan boleh ke mekanik-mekanik sendiri untuk mendapat nasihat-nasihat yang professional sekiranya mereka hendak. Oleh demikian, tidak perlulah untuk pemeriksaan B7. Bercakap tentang pencapaian sijil-sijil B5 dan sijil B7, mengikut Menteri Domestic Trade, Co-operatives dan Consumer, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau telahpun mengumukan bahawa motosikal-motosikal lama atau terpakai akan dikecualikan daripada sebarang pemeriksaan, setiausaha agung FMCCAM, Encik Khoo Kar Jin, membangkang prinsip “double standard” kerajaan ini.

Kata beliau, perkara seperti demikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya melibatkan soal keselamatan. Pada masa yang sama, pihak FMCCAM dan pemuda-pemudi Gerakan akan ketengahkan suatu memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri memujuknya supaya melambatkan perlaksanaan H.P.I. ini.

Walau bagaimanapun, Puspakom mengumumkan pihaknya telahpun melaburkan sejumlah RM20 juta untuk menerima cabaran perlaksanaan system Hire Purchase Inspection. CEO Puspakom, Encik Hashim Othman berkata, lorong-lorong tambahan dibuat di beberapa pusat Puspakom di seluruh Negara untuk menambahkan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Lorang-lorong tambahan dilaporkan dibuat di cawangan-cawangan di Glenmarie, Wangsa Maju, Sungai Petani, Padang Jawa dan Kuching. Selain daripada itu, 6 cawangan Puspakom yang baru telahpun dibina di cawangan-cawangan di Taman Bukit Malauri, Pandan mewah, Jalan Tandang, Taman Daya (Johor Baru), Batu Caves serta Pengkalan Chepa di Kota Baru.

Selain daripada pembinaan-pembinaan pusat baru, serta lorong-lorong tambahan, seramai 121 orang inspector-inspector pemeriksaan telahpun ditugaskan di pusat-pusat Puspakom di seluruh Malaysia.

Tambahan pula, menurut CEO Puspakom, Encik Hashim Othman, Puspakom akan melanjutkan business operasinya dari 8.00 pagi ke 7.00 petang. Sekiranya perlu, masa-masa kerja akan dilanjutkan sehingga 12.00 malam. Pihak Puspakom nampaknya bersungguh-sungguh hendak membantu orang-orang awam dalam implementasinya sistem “Hire Purchase Inspection” yang diumukan oleh pihak kerajaan.

Niat Puspakom adalah sangat-sangat dialu-alukan! Diucapkan “syabas” kepada usaha-usaha Puspakom.