Bagaimana Sekolah-sekolah Memandu Menjalankan Perniagaannya
Sekolah Memandu Malaysia
Ada diantara mereka menulis atau menanya blog sekolah memandu Malaysia ini, bagaimana pengusaha-pengusaha menjalankan operasinya? Kemungkinan ada yang berminat untuk berkecimpung ke arah industri agaknya.
Sebenarnya terdapat beberapa syarat yang mengkong perjalanan industri berkenaan. Berbeza dengan perniagaan lain, seseorang yang berhasrat untuk mulakan sesebuah usaha sekolah memandu, terlebih dulu hendaklah mendapat Permit daripada Jabatan Pengangkutan.
Hal-hal yang anda harusnya tahu tentang perniagaan sekolah memandu termasuk:
1) Permit – Jabatan Pengangkutan Jalan yang menguasai perberian permit untuk perniagaan ini di jalankan di Malaysia.
2) Pendaftaran Perniagaan – Pengusaha harus mengambil langkah untuk mendaftarkan dengan R.O.C atau Registrar of Companies.
3) Pejabat – Sudah tentu perniagaan sekolah memandu memerlukan pejabat bagi menjalankan perniagaannya. Hari ini, perniagaan ini tidak diizin beroperasi daripada “kedai kopi” atau “rumah / kediaman” individunya.
4) Pemegang S.M.2 atau S.P.I.M (Sijil Pengajar Institusi Memandu) – Yang menjalankan perniagaan ini, seelok-eloknya mempunyai sijil tersebut diatas. Sijil S.M.2 hendaklah dibaharui setahun sekali.
5) Pembayaran Cukai – Seperti syarikat atau perniagaan lain, sekolah memandu juga terpaksa membuat bayaran cukai setiap tahun.
6) Pembayaran / Caruman kepada SOCSO atau E.P.F – Kakitangan sekolah memandu dikehendaki buat caruman kepada kedua-dua SOCSO dan E.P.F. setiap bulan.
7) Kenderaan – Kenderaan-kenderaan khasnya yang diguna untuk mengajar pelajar-pelajar diuji 6 bulan sekali oleh pihak Puspakom. Kenderaan-kenderaan sekolah memandu mempunyai “insurans khas” untuk menjalani tugas mengajar calon / pelajar.
8) Pembaruan Permit Sekolah Memandu – Permit sekolah memandu harus di perbaharuai 2 – 3 tahun sekali. Pihak Jabatan Pengangkutan akan melawat ke pejabat sekolah memandu bagi memastikan segala peraturan diikuti. Hanya pejabat-pejabat yang benar mematuhi syarat-syarat diizinkan perbaharui permitnya.
9) Terdapat kes-kes di mana sekolah-sekolah yang menyeleweng dari peraturan-peraturan dibatalkan permitnya atau digantung permitnya.
Berbincang tentang soal “sekolah memandu” dan pengusahaanya, sudah tentu juga dikaitkan dengan pengusaha-pengusaha “institut memandu”.
Hanya yang berbeza dengan institut memandu cuma ianya dijalankan secara skala yang lebih besar daripada sekolah memandu sahaja.
Untuk mengakhiri artikal ini, diperingatkan bahawa perniagaan sekolah memandu seakan-akan sedang menerima tentangan hebat daripada institut memandu.
Samada industri sekolah memandu akan menerima ajalnya ditangan institut-institut besar itu dapat dilihat tidak beberapa lama lagi.



Dear Cikgu Yap,
I would like to start sekolah memandu business. As you mentioned earlier, we have to obtain permit from JPJ. So, please tell me whether I can obtain any information on the Internet eg JPJ website?
Thanks
regards,
Samuel
Use the information on this blog or anywhere on the internet as a guide. The best option is to visit any of J.P.J. office and speak to their officers.
Hello,
Saya ada soalan, sekiranya pengusaha sekolah memandu tidak mahu mengajar pelajarnya setelah pembayaran penuh dibuat, aduan boleh dibuat kepada pihak mana?
Tq
Kalau demikian, lapor saja ke J.P.J. negeri. Pasti ada resit bayaran sebagai bukti pula.