Keperluan-keperluan Untuk Menjadi Seorang Pengajar Institut Memandu

Posted on August 1st, 2009


Artikal ini khasnya sekali untuk menjawab pertanyaan seorang pembaca blog Driving School Malaysia ini.

Seorang yang berhajat hendak menjadi pengajar atau instructor institut memandu janganlah seorang yang “fickle minded” atau “kerap berubah fikiran”. Mengapa pula tidak boleh bersifat tersebut di atas?

Kerana, kiranya hendak menjadi pengajar atau instructor memandu, hendaklah menghadiri “kursus” dapatkan sijil mengajar atau “S.M.2″. Kalayakan-kelayakan yang perlu ada ialah:

1) Sifat-sifat yang tertera di bawah:

a) Penyabar

b) Tekun berkerja

c) Jujur atau ikhlas

2) Harus mempunyai Sijil S.P.M. sekurang-kurangnya. Penulis ini di fahamkan Sijil Vokasional juga boleh di terima.

3) Mempunyai lesen jenis D untuk kereta. B2 untuk motorsikal. Pengalaman memandu hendaklah 5 tahun.

4) Rakyat Malaysia saja yang layak memohon.

5) Yang hendak mohon jawatan pengajar atau instructor hendaklah terlebih dulu di sponsor atau di taja oleh sekolah memandu atau institut memandu.

6) Hendaklah menghadiri kursus untuk mendapatkan Sijil Mengajar Memandu atau “S.M.2″. Kursus ini di anjur oleh J.P.J. negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

7) Kursus ini berlangsung hampir seminggu lamanya. Kos kursus ini di antara RM1000 – RM1500.

8) Seorang bakal calon akan di uji cara-cara menguji jenis lesen B2 (motor), D (kereta) dan E (lori).

9) Menjalani ujian teori selok-belok pengajaran dan pengujian kenderaan.

Berjaya lulus item-item nombor 8 dan 9, anda akan layak di tauliahkan “S.M.2″ atau sijil mengajar.

Di peringatkan bahawa S.M.2 perlu di perbaharui sekali setahun. Untuk membaharui sijil tersebut, hendaklah mendapat sokongan daripada Pengurus institut.

Selepas mencapai sijil mengajar “S.M.2″, bolehlah anda memohon bekerja dengan institut memandu.

Bagi orang-orang yang berminat menjadi seorang pengajar atau instructor, harap dapat mengkaji sysrat-syarat dengan teliti.

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


12 Comments • Posted in Sekolah Memandu

Comments

  1. ReMy89

    Salam..sy ada beberapa soalan yang hendak sy keutaraan dan saya harap pihak tuan dapat memberikan tindakbalas mahupun jawapan yang betul dan secpat yang mungkin. Saya mempunyai Lesen kereta,D dan dah habis “P” tahun 2009 lalu..Saya juga mempunyai Lesen motosikal B2 tetapi hanya “L” sahaja..Namun tempoh Lesen “L” B2 saya telah tamat dua tahun tempohnya..Oleh itu,bolehkah saya menyambung lesen “L” B2 saya?? jika boleh bagaimana prosedurnya? Jika tidak, adakah saya perlu mengambil semula lesen B2 saya semula dari mula? bukan ape,sebelum nie saya pernah dengar dari rakan sy mengatakan apabila lesen D sy da jadi lesen full iaitu D tanpa “P”, saya boleh menyambung terus lesen L motor sy ke Lesen P…

    • Cikgu Yap

      Anda sudah mempunyai lesen P. Jadi tidak perlu buat undang-undang lagi. Lesen B2 yang sudah tamat 2 tahun, biasanya di nasihatkan tukarkan “L” B2 baru.

      Dapatkan bantuan sekolah memandu anda. Bila L baru dikeluarkan, teruskan usaha kearah “P” B2.

  2. salihen

    salam,

    saya nak tanya, sekiranya saya hanya ingin buka institut memandu tetapi tiada sijil2 dia atas boleh tak.??

    saya hanya ambil pengajar atau instructor institut memandu yang ada sijil2 tersbut.

    • Cikgu Yap

      Cara-cara membuka institut telahpun di bincangan dalam artikal sebelum ini. Harap rujuk kepadanya.

  3. cikgu...

    saya hanya ada sijil kemahiran malaysia tahap II untuk automotif sebagai menggantikan sijil SPM,kerana saya tak pernah menduduki peperiksaan SPM adakah saya layak untuk mngikuti kursus untuk menjadi cikgu memandu?

    • Cikgu Yap

      Sijil vokasional yang anda maksudkan sama taraf dengan SPM. Boleh di pakai.

  4. fizy

    syarat untuk jadi guru memandu adakah mesti 5 tahun sudah mempunyai lesen memandu ataupun 5 tahun pengalaman memandu? sy berminat untuk jadi guru memandu..tetapi saya baru saja 3 tahun mempunyai lesen memandu..tetap saya sudah 8 tahun mempunyai pengalaman memandu

    • Cikgu Yap

      Baca artikal di atas, kemudian cari sebuah institut memandu untuk menaja anda. Selapas itu, hadiri kursus anjuran JPJ untuk memperolehi Siji Mengajar (SM2). Sijil SPM yang di perlu sebagai kelayakan.

  5. fizy

    adakah wajib untuk cari institut memandu supaya menaja saya??kalau tiada penaja,boleh kah sy mengamb il sm2 tersebut??

  6. zulkifli

    Saya bercadang utk berkecimpung dlm bidang melatih pemandu baru dan juga memberi ceramah kepada bakal2 pemandu, kerana sekarang ini pun saya memberi ceramah keselamatan kerja d tempat kerja saya, untuk tidak membazirkan bidang ceramah saya , saya bercadang untuk menghadiri latihan ceramah bahagian memandu yg berkaitan.
    1. Membuka sekolajh memandu – Kos dan kelayakan
    2. Ujian undang2 berkomputer – kos dan latihan di mana
    3. Penceramah teori dan pratikal – kos dan d mana.

    Cara memohon dan kelayakan juga jumlah yuran atau mana2 yg berkaitan jika perlu,
    sekian terima kasih

    • Cikgu Yap

      Sebarang maklumat yang and memerlukan terdapat dalam artikal-artikal to blog ini. Sila baca dengan teliti.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Azaharin: Hi Cikgu Yap, bought your book and with your guidance from the book, I passed my computer test on my 1st...
  • Rakesh: Hi, I have a valid Dutch driving license. I have recently moved to KL and want to know how to get it...
  • ET: Dear Sir, May I knw the proper procedure when I wan to turn into a road from speed 60kmlhr or Gear 4 (For example...
  • syafiq afendi: dear mr yap i already have B2 license..my P will expire within a few months..if i take D license after...
  • Rocky: Dear cikgu Yap, Saya baru terlibat dengan kemalangan dan kereta saya total loss. insuran bayar rm 7,000...
  • appykhoo: Dear Cikgu Yap, i have a question. i bang a car last week because it was rainy and i just received my p on...
  • Yen: Re: How can a Malaysian with a British driving license obtain a MYS driving license? Hi Cikgu, I have read some...
  • Puven: Cikgu Yap, I’m based in oversea was not able to renew my license for more than 3 years. I only visit back home...
  • AL: Hi Cikgu Yap, I have not been driving since I got my license 5 years ago. I have lost confidence in driving and...
  • rainy: in total ive taken 16 hours of driving lesson with 2/3 different instructors..but i cant seem to get any grip...
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...