Saya berserempak dengan seorang budak berbangsa Melayu kebelakangan ini.
Beliau memberi tahu saya ini kali ketiga beliau menjalani ujian motorsikal.
Tambahan pula, calon yang tersebut diatas nampaknya kurang keyakinan.
Beliau nampaknya marah.
Katanya, beliau kemungkinan akan berjumpa pihak atasan tentang hal ini untuk buat aduan.
Beliau rasa tidak puas hati dengan cara ujian dijalankan.
Sebagai seorang pengajar memandu institut, saya tidak berhasrat melihat sebarang aduan begini berlangsung.
Pada pendapat saya, sudah tentu budak tersebut ini pasti ada melakukan perkara-perkara yang tidak betul.
Setahu saya, para penguji J.P.J berlaku objektif semasa menjalani ujian.
Terlebih dahulu, saya menerangkan, seseorang calon harus menunggang dengan baik dan penuh keyakinan.
Jadi berlajarlah bersungguh-sungguh.
Dapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Inilah kunci kepada kejayaan.
Ramai calon gagal dalam hal mengikat topi keledar.
Ikat tali keledar dengan elok.
Pastikan tidak ada ruang renggang lebih daripada 2 jari antara muka anda dengan topi keledar yang anda pakai.
Antara halangan yang calon hadapi adalah memusing bulatan “roundabout”.
Pastikan anda menunggang disebelah KIRI bulatan berkenaan. Gunakan gear yang KEDUA. Ianya gear yang dikatakan lebih lancar.
Sekali lagi calon-calon diingatkan mengikut bahagian KIRI bulatan.
Jangan sekali-kali ikut bahagian tengah bulatan roudabout itu.
Selepas ujian “roundabout”, anda akan menemui halangan “menyeberangi jambatan sepangjang 7 atau 8 meter”. Ada pengajar yang bercadang anda guna gear kedua untuk melintas halangan ini.
Ada yang bercadang anda berhenti dulu.
Tukarkan kepada gear satu, baru naik jambatan berkenaan. Terselah kepada mana pilihan anda.
Yang penting, ingatlah menyeberangi jambatan ini dalam jangka waktu lebih 7 saat sekurang-kurangnya.
Bahagian atau halangan ketiga adalah menguasai atau “mengkontrol” diantara kon (zig-zagging). Ini tidaklah masalah kepada calon-calon.
Selepas ujian kon ini, anda menghadapi garisan berhenti.
Bersedia untuk halangan seterusnya – “Berhenti secara kecemasan”.
Dengan had laju yang sederhana, and dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberi.
Serentak berhenti dengan menggunakan kedua-duanya brek kaki and brek tangan.
Pegang brek tangan dengan elok.
Jangan lepas “brek tangan” sehingga tester tamat memperhatikan tingkah-laku anda.
Saya harap anda betul-betul faham maksud saya.
Tamat ujian halangan (Bahagian Satu) ini, anda sampai ke peringkat Kedua (ujian penggunaan signal-signal mekanikal dan signal-signal tangan) serta kawalan motor anda.
Semak atau “check” satu per satu lampu depan dan belakang (lampu brek), lampu signal kiri dan kanan, serta hon sebelum anda mulai berjalan.
Yang terpenting sekali ialah gunakan KEDUA-DUA signal mekanikal serta tangan sekaligus.
Ini kunci kepeda kejayaan.
Kalau anda boleh ingat apa yang ditunjuk ajar saya ini, sudah yakin saya anda boleh mendapat markah yang baik untuk LULUS.
Tambah dengan menunggang motor dengan baik dan yakin, sudahtentu and pasti menemui kejayaan.
Ujian Bahagian Dua tamat dengan pemberian signal tangan “Slow”.
Berhenti di garis Berhenti. Turun dari motor.
“Park” motor dengan “Stand” berdua kaki.
Menggunakan “stand” satu kaki akan akibatkan anda dipotong satu atau dua markah.
Akhir kata, oleh sebab jalan yang diguna dalam petak ujian hanya 5 kaki lebar sahaja, kebanyakan calon memilih untuk menunggang ditengah jalan.
Ingat, kalau tester melihat anda menunggang di bahagian tengah jalan, sudah pasti anda menemui Kegagalan.
Rencana ini merupakan permerhatian saya sahaja.
Ini merupakan Petua-petua saya beri kepada budak Melayu yang tertera di atas.
Saya berkesempatan bertemunya selepas ujiannya.
Puashati saya berjaya membantu beliau lulus dalam ujiannya hari itu.
Mujur tidak perlu beliau menemui pihak atasan J.P.J bagi buat aduan.
Mungkin budak Melayu yang berkenaan itu telah tidak buat semuanya betul atau yang dikehendaki oleh penguji-penguji.
Mungkin seperti orang kata: “Tidak tahu menari, katanya tanah tinggi rendah”.
lpas je sya baca apa yang awk tulis,terus semangat sya menaik..thanks…
Itulah caranya, Amir. Syabas!
Saya mempunyai lesen percubaan yang tamat tempohnya pada tahun 2002. Masalahnya, sampai sekarang saya masih tidak memperbaharui lesen tersebut kepada lesen CDL. Memang saya akui ini adalah kesalahan saya kerana lesen percubaan sah lakunya hanyalah untuk dua tahun sahaja.
Harap dapat nasihat dari pihak tuan bagaimana cara untuk mengatasi masalah saya ini.
Sekian terima kasih.
Nampaknya, P anda yang telah habis tempoh penukaran (1 tahun). Dengan itu, ia telah dengan automaticnya telah di batalkan.
And harus uji balik bahagian praktikal 1, 2 dan 3.
terima kasih kerana memberi tips untuk saya…
Gembira saya dapat membantu.
cikgu…terrima kasihhh,..sya bertambah yakin dengan nasihat n petua cikgu…n sy x sabar untk mengambil ujian jpj hari ahad ni…sekali lagi cikgu sy ucapkan banyak2 terima kasih kerana bantu tambah keyakinan say..doakan say cikgu…salam
Gembira mendengar anda bersemangat menghadapi ujian JPJ menjelang minggu ini. Selamat berjaya.
terima kasih cikgu… sy mula untuk tupukan aper yg saya da berlatih untuk membaiki semula kesalahan, thanks atas semangat yg diberi
Gembira dapat membantu anda.
Saya memperolehi lesen L dan menghadiri kelas teori memandu motosikal pada awal 2009. Kemudiannya pergi menyambung pelajaran ke universiti dan hari ini baru hendak dapatkan lesen P. Sudah terlalu lama tidak menunggang motosikal. Tips yang diberi di atas amat berguna. Terima kasih.
Sangat gembira tip-tip berfaedah kepada anda. Kursus teori motor (B2) tahan 1 tahun. Jadi, cepat-cepat habiskan pelajaran motor ke arah dapatkan lesen “P”.
Terima kasih cikgu kerana beri keyakinan pada sya untuk ambil ujian pada hari selasa ini..
terima kasih atas panduan tersebut. takut juga. tapi lepas baca semua ni. terus berkeyakinan. terima kasih :)
Terima kasih atas tunjuk ajar diberi..saya rasa lebih bersemangat,,minggu depan saya akan mengambil ujian P…doakan saya..,
jika ingin mengambil qti tapi tiada keyakinan.. boleh kah jika saya tambah latihan saya utk 2 jam lagi ?
Biasanya, hendaklah habis kursus pelajaran 15-1/2 jam dulu. Kena juga habis 03(5 jam x 2 jalan raya)kemudian memohon pada pejabat bagi menambah 2 jam tambahan.