Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Pemandu Motor

Posted on July 1st, 2009

Kalau hendak disenaraikan kesalahan-kesalahan yang boleh dilakukan oleh pemandu-pemandu motor, saya rasa sudah tentu tidak terhabis senarainya. Jadi apa cadangan saya, adalah memilih hanya beberapa “kesalahan” penting saja untuk dibicarakan.

1) Terlibat dalam lumba haram (Merempit) – “Merempit”, menaja atau mengambil bahagian atau terlibat dalam hal ini adalah salah (Seksyen 81 R.T.O ‘87). Dendanya RM2000, 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Ingat lesen pula boleh di gantung.

2) Tiada topi keledar (helmet) atau tidak ikat dengan betul – Tidak memakai topi keledar salah. Demikian juga topi keledar tidak di ikat dengan betul. Boleh kena denda RM100.

3) Memandu dengan tiada lesen – Tiada lesen dan tidak membawa lesen erti sama saja. Kalau lakukan kesalahan ini, anda akan kena saman bawah Seksyen 26 (1). Akan didenda RM150.

4) Lesen L.D.L. (Lesen Belajar Memandu) bawa penumpang – Lesen “L” dilarang bawa orang atau penumpang. Kiranya salah, boleh didenda RM200 pula.

5) Membawa lebih penumpang – Motor dikhaskan untuk 2 orang saja. Biasanya kita dapati ayah-ibu bawa lebih 2 – 3 anak bersama. Ini memang satu kesalahan. Cuma “Polis” bertimbang rasa dan “kasihan” tidak hendak saman. Tetapi, ingat, salah ya!

6) Tidak pasang “P” atau “L” – Kiranya “P” dan “L” tidak pasang plet dekat motor, adalah kesalahan. Kalau hendak tahu, boleh kena denda RM150.

7) Lampu depan / belakang tidak pasang boleh di kena denda – Undang-undang Malaysia berhendakkan lampu depan dan belakang di pasang siang hari dan malam. Sabit kesalahan boleh di kenakan denda.

8) Cermin “Handle” sebelah kanan wajib – Cermin motor kanan sebenarnya “wajib”. Cermin kiri saya tahu “optional” (pilihan). Walau bagaimanapun, pasanglah keduanya sekali. Kan cermin motor datang dalam 1 set atau “sepasang”. Tiada maslah tentang hal ini!

9) Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu – Menggunakan “telefon bimbit” semasa menunggang motor memang satu kesalahan. Bahaya! Sekiranya hendak bercakap, apa salah berhenti di tepi jalan saja. Kan lebih selamat. Renung kembali nasihat saya. Kena denda itu rugi. Jangan bazir duit!

10) Lupa bawa lesen semasa menunggang motor – Sudahpun dijelaskan awal-awal tadi, tiada lesen melanggar pula Seks 26(1) A.P.J. ‘87. Kiranya lupa bawa lesen bersama semasa menunggang motor “salah” juga. Kalau budi bicara polis baik, O.K. Kalau tidak, K.O. Kena saman saja. Jadi ingat-ingat ya! Bawa lesen bila hendar keluar.

Inilah saja kesalahan-kesalahan penulis dapat ingatkan buat ini. Kalau hendak ingat semua, sampai esok haripun tidak habis cerita.



4 Comments • Posted in Ujian Motorsikal

Comments

  1. aseng

    cikgu yap.saya sudah ada lesen B2 dan masih P.macam mana mahu ambil lesen kereta?

    • Cikgu Yap

      Undang-undang dikecualikan. Hadir kursus 6 jam teori. Kemudian keluarkan LDL untuk jenis D (kereta).

  2. nurul

    saye dah ada lesen L untuk kereta. Saye bercadang untuk mendapatkan L motor.Adakah saya perlu untuk menduduki ujian berkomputer? bolehkah saya berurusan terus di JPJ untuk menambah kelas lesen saya yang hanya mengandungi D kepada D,B2?

    • Cikgu Yap

      Hadir 6 jam teori di institut. Kemudian keluar L untuk B2. JPJ hanya keluarkan lesen saja.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • melissa: i’m a malaysian and currently working in singapore holding a work permit. I would like to be able to drive...
  • James: Dear Cikgu Yap, Thanks for the informative article above. I have some questions about obtaining a Class B...
  • Russel: I am facing the same situation too..is there any updates from u Ms Josephine?what are the implications from...
  • Will: Hi Cikgu, I went to Puspakom today to do the transfer of ownership check. It cost me RM30 and took 5 minutes....
  • rasidi: Cikgu Yap, saya ada 2 buah kereta. Kereta A sudah 5th dan 1.0cc. Kereta B baru nak masuk 1th dan 1.5cc....
  • gi: cikgu, nak tanya… saya kena saman tiada lesen memandu…dan tarikh kompoun telah lalu… jumlah...
  • Mr Negative: Dear Cikgu Yap I have a D license for 20 years and recently made my mind up to take a motorbike license....
  • Fed: Hi Mr. Yap Just wondering. Is there a minimum age limit for the B1 license? Thanks!
  • Will: Thanks alot for the information! :-)
  • Andrey: Hello, i’m international student, and have been staying in Malaysia for 2 mn. I’d like to ask...
  • Kevin: cikgu, tahun ini saya berumur 16 … bolehkah saya ambilkan ujian Highway Code pada tahun ini ?
  • Andrey: i’m foreign student in Malaysia, and i have to questions: 1) since what age i can obtain driving lessons?...
  • Mark: Hi Cikgu, I am not sure if this topic has been discussed or not… but new comers.. always missed the news ,...
  • Azznaz: I am currently holding a Sri Lankan driving license; I am planning come down and work in Malaysia. Is it...
  • nathaan: Dear sir, i got my Motorbike’s L license 2 years back in Petaling Jaya, and i am now staying in Johor .I...
  • sannie: I already passes my undang a few months ago but i not yet hear my theory. Now i am already studying abroad...
  • yoann: I will be in NZ for a year and i have a valid Malaysian license throughout the period, do you think i should...
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory