Soal samada lampu depan kenderaan jenis “H.I.D” (High Intensity Discharge) sah digunakan di Malaysia ataupun tidak sudah lama dipertikaikan. Lampu jenis tersebut di atas atau “xenon” telah digunakan dengan “leluasa” pada masa kini.

Lampu HID

Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, saya merupakan penceramah Kursus Pendidikan Pemandu atau K.P.P buat lebih daripada 20 tahun. Masih tertingat saya, sewaktu dilawat oleh seorang “perinyu” dari pejabat JPJ Negari Selangor, saya telah menanya pegawai tersebut di atas suatu soalan.

Saya ingin tahu daripada pegawai tinggi Jabatan Pengangkutan Jalan tersebut, kenapa “lampu depan kenderaan jenis “xenon” ataupun “H.I.D” diizinkan pakai, manakala menurut peraturan ataupun undang-undang jalanraya, hanya lampu-lampu jenis “kekuningan” saja yang sah digunakan.



Selanjutnya, saya juga menyoal, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap pemandu-pemandu yang menggunakan lampu “haram” itu?
Pegawai tinggi JPJ itu sebenarnya tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan. Kebetulannya, beliau mengulas: “Lampu jenis ini dipakai oleh anak-anak pegawai tingggi serta golongan kerabat. Jadi, macammana pula tindakan dapat dijalankan?

Sepertimana saya telah ulaskan awal-awal lagi, lampu-lampu “xenon” ataupun “H.I.D” yang bercorak putih pelepah dan mengganggu penglihatan pemandu-pemandu lain, sudah menimbulkan pertikaian di kalangan pemandu-pemandu di Malaysia lama lagi.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat keputusan mengeluarkan penjelasan melalui suatu artikel yang berjudul “Lampu-lampu Jenis H.I.D Yang Diluluskan Sah Digunakan.” Artikel tertera di atas, disiarkan di suratkhabar The Star bertarikh Khamis 12hb Januari, 2012.

Sehingga kini sebenarnya, tiada siapapun yang mengetahui tentang penggunaan lampu depan “xenon” ataupun “H.I.D” di negara kita. Samada ianya “haram” mahupun “sah” tidak diketahui.

Artikel yang saya merujuk di atas kebetulannya dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu Datuk Solah Mat Hassan sendiri.

HID Kereta

Sekurang-kurangnya, dengan keluaran artikel tertera di atas, orang-orang awam, khasnya para pemandu, kini menyedari akan kedudukan lampu-lampu jenis ini di negara kita.

Terlebih dulu, pihak JPJ menasihatkan sebenarnya terdapat 2 jenis lampu depan “bermasalah” yang digunakan di Malaysia pada ketika ini.

Apakah lampu-lampu tersebut pada sebenarnya? Lampu-lampu tersebut adalah:-

i. Lampu-lampu depan H.I.D yang dipasang di kilang-kilang pemasang kenderaan yang disifatkan sebagai “original”.
ii. Lampu-lampu H.I.D yang lumrahnya dipasang oleh kedai-kedai “assessori” di luar.

Orang-orang awam harus diperingatkan bahawa yang lampu-lampu jenis kedua merupakan “haram” ataupun “tidak sah” ataupun “salah” di segi perundangan negara.

Sekurang-kuranya, para pemandu-pemandu Malaysia kini tahu akan kedudukan lampu tersebut di negara kita.
Saya berpendapat bahawa, pemandu-pemandu termasuk saya sendiri, tidak akan marah terhadap penggunaan lampu depan jenis ini, mulai sekarang.

Dalam artikel keluaran Datuk Solah, beliau telah menegaskan iaitu sebanyak 269 kenderaan pelbagai jenis telahpun diluluskan oleh pejabat beliau untuk menggunakan lampu-lampu jenis H.I.D. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna, empunya kenderaan lain boleh mengejar ke kedai-kedai “assessor” untuk mula memasang lampu-lampu jenis “H.I.D”.

Ketua Pengarah JPJ bertambah lagi bahawa kesemua Kenderaan-kenderaan baru atau “model” harus melepaskan pemeriksaan “VTA” ataupun pemeriksaan Vehicle Type Approval terlebih dulu.

Pihak JPJ menerangkan, iaitu pemeriksaan VTA bertujuan menentukan bahawa sesuatu kenderaan itu telahpun mematuhi kepada kehendak-kehendak “antarabangsa”, khasnya sekali kehendak-kehendak UNECE serta peraturan-peraturan yang termaktub dalam “Vehicle Technical Regulation”.

Sayugia diperingatkan bahawa, Malaysia mempunyai peraturan-peraturannya tersendiri yang diubahsuaikan.
Pemeriksaan “VTA” merangkumi pemeriksaan apa sebenarnya?

Dalam usaha tersebut di atas, para pengawai Jabatan Pengangkutan Jalan akan memeriksa dengan teliti secara fizikal sesuatu model kenderaan serta tanda-tandanya berdasarkan kepada:-

i. Sijil-sijil yang disertakan, serta
ii. Laporan-laporan ujian yang disertakan yang dilampirkan oleh pengeluar-pengeluar kereta untuk kesemua komponen-komponen kenderaan. Ini termasuk lampu hadapan jenis H.I.D juga.

Hanya lampu-lampu depan H.I.D yang mencapai mutu UNECE akan ditawarkan sijil-sijil R48, R98 ataupun R99. Ini bererti bahawa kenderaan-kenderaan tersebut talah melulus ujian VTA yang diperlu.



Sepertimana dinyatakan pada awal-awalnya, kenderaan-kenderaan lain yang dipasang dengan lampu-lampu jenis H.I.D, kemungkinan tidak selamat ataupun “bahaya” untuk diguna. Selain daripada menimbulkan masalah penglihatan kepada pemandu-pemandu di jalanraya, soalan keselmatan kepada para pengguna juga harus dipertimbangkan.

Pihak JPJ juga berkata, tindakan-tindakan terhadap penggunaan lampu depan jenis H.I.D sentiasa dijalankan.
Kepada soalan bahawa pihak JPJ menjalankan operasi ke atas pekedai-pekedai “assessori” yang memasang lampu-lampu jenis H.I.D, Tuan Ketua Pengarah mengulaskan, tindakan ini terletak di luar kuasa pejabatnya.

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah bertambah, orang-orang awam yang mempunyai sebarang komplain terhadap penggunaan lampu depan H.I.D bolehlah menghubungi pejabatnya untuk tindakan diambil terhadap mereka yang bersalah. Yang bersalah akan diheret ke pejabat JPJ untuk tindakan-tindakan yang sewajar.

Pengulasan terbaru Jabatan Pengangkutan Jalan nampaknya telahpun mengkikiskan pendapat salah di kalangan para pemandu Malaysia. Orang awam, saya berpendapat, berada di kedudukan yang lebih nyata mengenai konsepsi penggunaan lampu depan jenis H.I.D ataupun “xenon” di negara ini.

Masyarakat atau orang-orang awam blog ini saya percaya, sudah tentu hendak menyampaikan perasaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan yang sudi memberi pengulasan yang manfaat berhubung dengan lampu-lampu H.I.D ataupun “xenon”.