Ujian Buta Warna Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/ujian-buta-warna/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Sun, 25 Feb 2024 05:07:48 +0000 en-US hourly 1 Ujian Buta Warna Untuk Lesen Memandu Tahun 2024 https://driving-school.com.my/ujian-buta-warna/ujian-buta-warna-untuk-pelajar-memandu/ https://driving-school.com.my/ujian-buta-warna/ujian-buta-warna-untuk-pelajar-memandu/#comments Fri, 23 Feb 2024 20:06:00 +0000 http://driving-school.com.my/?p=629 Sebelum anda di izinkan menduduki ujian Kod Perjalanan, terlebih dulu anda hendaklah menjalani ujian Buta Warna. Ini adalah ujian 15 minit. Jumlah soalan dalam ujian tersebut mengandungi sebanyak 8 soalan saja. Saya di ketahui bahawa kiranya hendak lulus ujian ini, anda haruslah mencapai 8 / 8 soalan betul. Dengan lulus dalam ujian warna ini, barulah [...]

The post Ujian Buta Warna Untuk Lesen Memandu Tahun 2024 appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Sebelum anda di izinkan menduduki ujian Kod Perjalanan, terlebih dulu anda hendaklah menjalani ujian Buta Warna.

Ini adalah ujian 15 minit.

Jumlah soalan dalam ujian tersebut mengandungi sebanyak 8 soalan saja.

Saya di ketahui bahawa kiranya hendak lulus ujian ini, anda haruslah mencapai 8 / 8 soalan betul.

Dengan lulus dalam ujian warna ini, barulah anda di benarkan terus menduduki ujian Kod Komputer yang berjumlah 50 soalan.

Bagaimana kalau anda gagal ujian buta warna JPJ?

Sekiranya anda tidak berjaya dalam ujian warna ini, maka anda di larang mengambil ujian berkomputer itu.

Yang gagal, hendaklah di minta ke pejabat JPJ berdekatan untuk berwawancara dengan seorang pegawai jabatan.

Kemudian anda di kehendaki ke klinik kerajaan untuk menjalani ujian mata selanjutnya.

Apakah ujian buta warna itu?

ujianbuta


Sebenarnya, ujian itu mengandungi 3 jenis soalan.

Soalan jenis pertama memerlukan seorang calon itu cuba mencam angka atau lorekan yang ada dalam gambar yang di isi dengan beranika jenis warna.

Sekiranya anda kurang memahami penjelasan saya ini, sila lihat pada gambarajah di atas.

Soalan jenis kedua itu berkehendakkan seorang calon itu memberi jawapan kepada nombor-nombor kereta yang di tunjuk.

Misalnya BBV 9870, CAM 4500 dan sebagainya.

Akhir sekali soalan jenis ketiga ialah calon-calon hendaklah mengenali warna-warna asas, seperti Merah, Kuning, Hijau dan sebagainya.

Seorang pemandu hendaklah sedar apakah warna-warna yang terdapat dalam sesuatu lampu isyarat itu.

Sekiranya seorang pemandu tidak tahu atau tidak kenali warna-warna yang ada dalam lampu isyarat, maka suatu hari nanti mungkin akan berlaku kemalangan.

Jika Anda Gagal Ujian Warna?

Walaubagaimanapun, terdapat ramai calon yang gagal dalam ujian buta warna ini.

Mengapa hal demikian berlaku pula?

Antara sebab-sebab yang membawa kepada kegagalan ialah:
1) Penguasaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia kurang baik.

2) Tidak mahir dalam penguasaan komputer.

3) Perasaan kurang tenteram.

Akhirkata, sebelum mengakhiri artikal singkat ini, para calon di ingatkan supaya belajarlah penggunaan komputer dengan baik.

Ini penting, khasnya kepada calon-calon yang telah meningkat umur.

Kebanyakan sekolah-sekolah memandu memiliki komputer di pejabat-pejabat mereka.

Pergi ke sana untuk mempelajari komputer.

Kalau rajin ke pejabat sekolah memandu mempelajari penggunaan komputer, sudah tentu anda akan menemui kejayaan suatu hari kelak.

Harap moga-moga dapat kelulusan yang anda idamkan. Selamat maju dan jaya!

Penyelesaian untuk buta warna

Kalau anda buta warna, bolehkah anda masih mendapatkan lesen memandu Malaysia?

Ada tak penyelesaian untuk masalah buta warna?

Sebenarnya, penyelesaian untuk buta warna memang ada, tetapi keberkesanannya bergantung kepada individu.

Anda boleh cuba memakai cermin mata dengan kanta cermin yang boleh menolong untuk menggurangkan tahap buta warna.

Cermin mata buta warna

Di mana anda boleh mendapatkan cermin mata untuk buta warna?

Cermin mata tersebut boleh di dapati di Lazada dan harganya bukanlah mahal sangat.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan harganya di Lazada.

Klik sini untuk ke Lazada

[Sila muat turun aplikasi Lazada untuk mendapatkan senarai harga dan tawaran]

The post Ujian Buta Warna Untuk Lesen Memandu Tahun 2024 appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/ujian-buta-warna/ujian-buta-warna-untuk-pelajar-memandu/feed/ 81