Kemalangan Kereta – Apa Yang Anda Harus Buat

Posted on June 26th, 2009

Kemalangan! Apa Yang Anda Harus Buat Kalau Terlibat Dalam Sesuatu Kemalangan


Kemalangan! Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang harus anda buat? Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan.

Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya pemegang-pemegang kelas jenis “P” (Probationary Drivers) dan pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel ini dikaranglah.

Mula-mulanya, izinkan saya kategorikan jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di jalanraya kita hari ini. Kesimpulannya, ianya dijeniskan kepada:

i) Kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents”. Biasanya kerosakan tidak perlukan “repair” banyak lebih kurang katalah RM200 – RM300. Umpamanya kerosakan dilinkungan yang anda dapat “settle” atau selesaikan.

Umpama kerosakan-kerosakan lampu belakang, “signal”, cermin tepi (side mirror) dan sebagainya. Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa dan leceh! Jangan lupa juga, kalau anda didapati salah, anda akan kena “kompaun”, sekurang-kurang RM300. Berbaloi tidak? Pendek kata, nasihat saya dalam kes kemalangan macam ini, “Settle” lah sahaja. Faham?

ii) Jenis kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents” seperti di nombor (i) atas tetapi melibatkan kerosakan lebih besar atau “serious”. Repair memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi.

Di kes demikian, “insurans” main peranan besar. Semua kenderaan mempunyai insurans – Kurnia, P&O, East West dan sebagainya.

Dalam kes demikian, anda dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai Polis saja. Apa yang anda harus buat ialah:

i) ambil / catat nombor kereta.

ii) jenis model kereta.

iii) warna kereta.

iv) catatkan “masa” kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.

v) kalau boleh, dapat butir-butir pemandu yang terlibat seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.

Anda harus diingatkan, tiada seorangpun mempunyai kuasa untuk “menahan” atau “detain” (melarang) seseorang daripada meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.

Diperingatkan lagi, kuasa “detain” hanya ditangan polis sahaja! Kemalangan jenis “minor” seumpama ini, di mana tiada orang yang dicederakan, anda bebas meninggalkan kawasan itu berlaku.

Tapi ingat, anda hendak melaporkan ke Balai Polis berdekatan dalam tempoh 24 jam! Saya harap anda / pembaca akan mengkaji apa-apa yang dikarang dalam artikel ini dengan teliti.

Habis berbincang tentang “kes-kes kemalangan jenis minor atau kecil-kecil”, tibalah kita ke kemalangan-kemalangan yang lebih serius pula.

“Kemalangan” adalah sesuatu peristiwa yang siapapun tidak harap berlaku. Ianya sesuatu “nahas”. Tetapi blog ini terpaksa menyentuh topik ini semata-mata.

Kemalangan “serius” biasanya berlaku di jalan-jalan besar atau “highway” atau “lebuhraya”. Kenderaan-kenderaan berjalan lebih 110 km/j keatas.

Dalam kemalangan demikian diatas, pemandu-pemandu yang terlibat:

i) Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.

ii) Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan cemas.

iii) Balai Bomba dihubungi.

iv) Kalau pemandu-pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar butir peribadi.

v) Ingat / catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen), masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.

vi) Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan.

Pendik kata, harus anda menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk membantu.

Seperti dikes kemalangan, anda haruslah buat Laporan Polis dalam tempoh 24 jam! Kalau sudah capai salinan repot Polis, jangan lupa, beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu.

Dalam kes-kes kemalanagan “serius”, anda akan kehilangan N.C.B. (No Claim Bonus) kereta. Sekiranya anda kurang faham istilah “N.C.B.” atau “N.C.D.” (No Claim Discount) sila anda rujuk kepada agen insurans kereta anda.

Katalah anda telah selesai buat laporan polis dan sebagainya, anda haruslah ingat:

i) dapatkan salinan kemalangan dari Balai untuk rujukan diri.

ii) jangan lupa lapor kes kemalangan ini kepada pihak insurans (dalam 1 minggu) sebaik-baiknya.

Pada penghujung karya atau artikel ini, apakah yang saya dapat beri sebagai “nasihat” ya! Antara nasihat-nasihat yang ingin saya beri adalah:
“Pada masa akan datang, memandu dengan lebih berhemat atau defensive. Ingat, Pemandu Hemat, Jiwa Selamat”.

Untuk pengetuahuan pembaca-pembaca blog ini, harus diperingatkan bahawa karya / artikel yang ditulis ini sebelum dikarang, banyak rujukan telah pun dibuat buku-buku, majalah-majalah dan risalah-risalah.

Selain itu, jangan lupa pula pengalaman (experience) dicungkil juga. Perbincangan juga dibuat dengan rakan-rakan yang sebaya dan berpengalaman dan adakalanya nasihat-nasihat diperolehi daripada perbincangan-perbincangan dengan K.Timbalan Pengurus institut saya sendiri.

Mujurlah saya dapat memperolehi banyak “nasihat” dan “tunjuk-ajar” daripada beliau. Beliau adalah seorang bekas pegawai J.P.J. yang “penuh pengalaman”. Terima kasihlah kepada beliau! Saya ini umpama mempunyai Lee Chong Wei sebagai juru-latih. Sekian dan selamat memandu!



5 Comments • Posted in Kemalangan Kereta

Comments

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • melissa: i’m a malaysian and currently working in singapore holding a work permit. I would like to be able to drive...
  • James: Dear Cikgu Yap, Thanks for the informative article above. I have some questions about obtaining a Class B...
  • Russel: I am facing the same situation too..is there any updates from u Ms Josephine?what are the implications from...
  • Will: Hi Cikgu, I went to Puspakom today to do the transfer of ownership check. It cost me RM30 and took 5 minutes....
  • rasidi: Cikgu Yap, saya ada 2 buah kereta. Kereta A sudah 5th dan 1.0cc. Kereta B baru nak masuk 1th dan 1.5cc....
  • gi: cikgu, nak tanya… saya kena saman tiada lesen memandu…dan tarikh kompoun telah lalu… jumlah...
  • Mr Negative: Dear Cikgu Yap I have a D license for 20 years and recently made my mind up to take a motorbike license....
  • Fed: Hi Mr. Yap Just wondering. Is there a minimum age limit for the B1 license? Thanks!
  • Will: Thanks alot for the information! :-)
  • Andrey: Hello, i’m international student, and have been staying in Malaysia for 2 mn. I’d like to ask...
  • Kevin: cikgu, tahun ini saya berumur 16 … bolehkah saya ambilkan ujian Highway Code pada tahun ini ?
  • Andrey: i’m foreign student in Malaysia, and i have to questions: 1) since what age i can obtain driving lessons?...
  • Mark: Hi Cikgu, I am not sure if this topic has been discussed or not… but new comers.. always missed the news ,...
  • Azznaz: I am currently holding a Sri Lankan driving license; I am planning come down and work in Malaysia. Is it...
  • nathaan: Dear sir, i got my Motorbike’s L license 2 years back in Petaling Jaya, and i am now staying in Johor .I...
  • sannie: I already passes my undang a few months ago but i not yet hear my theory. Now i am already studying abroad...
  • yoann: I will be in NZ for a year and i have a valid Malaysian license throughout the period, do you think i should...
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory