Kesalahan Membawa Motor Tanpa Lesen – Apa Harus Anda Buat?

Berikut adalah komen yang di kemukakan oleh Mr Hakim pada 4 Mac 2015.

Beliau membawa motor tanpa lesen dan terlibat dalam satu kemalangan.

Membawa motor tanpa lesen dan telibat dalam kemalangan

Salam Sejahtera Ckgu Yap yang baik hati.

Saya dalam dilema dan perlukan pendapat yang terbaik daripada seorang yang ariff.

Begini kisah saya Cikgu Yap.

Saya telah diberi amanah untuk menggunakan sebuah motorsikal, milik rakan saya meskipun kami berdua tahu bahawa saya tiada lesen ( kesalahan pertama )

Kemudian pada 2 March 2015 ( Isnin ) saya ambil tugas untuk menghantar barang ke pejabat pos.

Sewaktu pulang, saya kemalangan bersama dengan sebuah kereta.

Kereta tersebut secara mengejut U-Turn di tempat yang tidak boleh U-Turn menyebabkan saya yang pada ketika itu berada di sebelah kanan kereta tersebut terkejut, tidak sempat untuk memperlahankan kenderaan kerana terlalu dekat , dan akhirnya berlanggar dengan hadapan kereta.

Jelasnya , dari segi tingkah laku di atas jalan raya, pembawa kereta tersebut bersalah.

Saya berjaya ambil no flat kereta tersebut, no telefon pemandu kereta dan no telefon seorang saksi.

Namun begitu saya masih bingung, bagaimana saya mahu selesaikan masalah ini, kerana ini adalah masalah yang pertama kali saya hadapi.

Kejadian berlaku pada 2 Mac 2015 ( Isinin, 7.00pm lebih kurang ) dan sampai sekarang, 4 Mac 2015 ( Rabu, 1.20 pm waktu saya sedang menaip ) saya MASIH BELUM BUAT LAPORAN POLIS.

Cikgu Yap yang pemurah hati :

1) Saya ada buat sedikit kajian, untuk kesalahan tiada lesen , RM300 kompoun boleh dikenakan kepada saya.

Namun begitu, bagaimana dengan kes saya?

2) Adakah pemilik motor ( yang saya tunggang ) akan dikenakan tindakan, akibat daripada memberi saya (yang tidak berlesen) menggunakan motorsikal beliau.

3) Bolehkan tindakan saman saya kenakan terhadap pesalah ( sedangkan saya tiada lesen )?

Jawapan saya kepada Mr Hakim

Memang anda boleh di denda sebanyak RM300.

Saya yakin anda seorang dari luar negeri.

Anda harus hargai dan mematuhi undang-undang negara kita.

Setiap kemalangan hendaklah di report polis dalam masa 24 jam.

Ini anda boleh di ambil tindakan.

Tentang rakan anda yang meminjamkan kenderaan kepada anda, saya rasa dia tidak akan di kenakan sebarang tindakan.

Pesalah yang buat U-turn jangan di persalahkan sebab soalan yang penting sini adalah anda tiada lesen dan seharusnya tidak cuba memandu.


By | 2017-04-25T21:20:28+08:00 April 21st, 2017|Demerit System|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment