Pelekat RFID Tol Murah 2022 /2023 | DIY Lekat & Jalan

Kebanyakan orang mungkin tidak tahu, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.

Mengikuti laman mykmu.net:

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Jan depan (2022).

Apakah sebab syarikat Touch N Go membuat keputusan untuk memberhentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG?

Sebabnya adalah untuk menggalakkan para pemandu di Malaysia menggunakan sistem RFID yang baru.

Apa itu sistem RFID?

Sistem RFID adalah agak unik. Ianya menggunakan satu stiker yang dilengkapi cip RFID yang ditampal pada kenderaan.

Biasanya, stiker itu di tampal pada lampu depan kereta.

Pembayaran tol adalah secara automatik dan menguruskan tambah nilai dan sebagainya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi telefon pintar Touch ‘n Go.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya masih tidak begitu yakin dengan keberkesanan membayar tol dengan menggunakan sistem RFID.

Saya kerap nampak kereta di lorong khas pembayaran tol dengan RFID terpaksa berhenti dan reverse kereta kerana gagal membayar tol secara automatik and palang tol tidak buka.

Saya masih lebih suka menggunakan kad Touch N Go untuk membayar tol di lebuhraya ataupun highway.

Tetapi, kalau penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di kurangkan secara berperingkat, saya rasa tibalah masa untuk menggunakan tag RFID untuk membayar tol.

Kebetulan, isteri saya baru-baru ini bertanya saya bolehkah dia membuat bayaran tol tanpa membuka tingkap kereta.

Alasannya, kalau hari hujan, air hujan akan memasuki kereta apabila hendak membayar tol dengan kad.

Penggunakan stiker RIFD, adalah penyelesaiannya!

Saya pernah membaca komen di Facebook yang mengatakan aplikasi Touch N Go E-wallet ada promosi untuk pembelian tag RFID.

Malangnya, promosi tersebut telah pun tamat.

Oleh itu, saya telah melayar di internet untuk membeli tag RIFD yang murah.

Artikal ini adalah pengalaman saya membuat pembelian secara online.

Tag RFID DIY

Kini, sticker RFID untuk membayar tol boleh di lekat secara Do It Yourself (DIY).

Saya menjumpai RFID DIY di laman Lazada Malaysia.

Harga tag RFID di jual dengan agak berpatutan. Harga jualan satu sticker adalah kurang daripada RM40.

Ratingnya juga agak tinggi. Lebih 250 rating 4 bintang di Lazada!

Terdapat banyak ciri-ciri RFID tag, tapi yang penting ia mesti boleh digunakan dengan aplikasi Touch N Go e-wallet yang saya sedang gunakan untuk membayar tol secara automatik.

Bagaimana saya boleh mengetahui samada tag RFID yang di beli online boleh di gunakan ataupun tidak?

Cara yang paling baik adalah dengan membeli 1 unit RFID tersebut untuk mencubanya di kereta steri saya.

Tag RFID DIY review

Di bahagian ini, saya akan menulis review saya setelah membeli satu tag RFID DIY di Lazada.

Selepas membuat tempahan, parcel saya di hantar oleh Lex Express dalam masa 3 hari. Berikut adalah gambar-gambar tempahan tag RFID.

Tag RFID di terima dalam keadaan baik. Unit di balut dan di hantar dalam sampul surat oleh penjual.

Kad dengan langkah-langkah untuk memasang tag RFID.

Sticker tag RFID yang lut sinar.

Pasang tag RFID

Sticker tag RFID yang di lekat pada lampu depan kereta.

Selepas tag RIFD di pasang pada kereta isteri, saya pun membuat pendaftar RFID tersebut dan aktifkannya di aplikasi Touch and Go E-wallet.

Setelah sehari memasang tag RFID di kereta isteri, saya memandu keretanya masuki Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan memasuki lorong RIFD.

Di sini saya ingin melaporkan bahawa tag RFID DIY yang di beli dari Lazada boleh membayar tol secara automatik dan kos pembayaran tol di tolak dari baki e-wallet Touch and Go.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari tag RIFD yang murah di pasaran, di harapkan artikal ini dapat membantu anda.

Jika anda ingin mendapatkan RFID DIY untuk kereta anda, sila klik link di bawa untuk membelinya di Lazada.

Klik sini ke Lazada

(Sila muat turun aplikasi Lazada ke telefon pintar anda untuk melihat senarai tawaran)

By | 2022-12-23T10:18:31+08:00 December 22nd, 2022|Lazada Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment