Memperolehi Lesen Kelas E (Lori) Atau Motorkar Berat



Pada tahun 50an and 60an, seorang calon yang ingin mendapatkan jenis Lesen Kelas E (lori) boleh terus mempelajari Lori dengan tidak payah mempunyai Lesen Kelas D (Kereta) terlebih dulu.

Tetapi hari ini telah berlaku perubahan dimana calon yang hendak mengambil Lesen Kelas E (lori) harus mempunyai Lesen Kereta (D) terlebih dulu.

Lojik dibelakang kehendak syarat ini adalah bagaimana seorang calon dapat mengawal atau memandu lori manakala ia tidak tahu pula mengawal kenderaan kecil seperti kereta terlebih dulu.

Kemungkinan ramai diantara anda ingin tahu cara-cara mendapatkan atau capai Lesen Kelas E (lori).

Anda harus mempunyai syarat-syarat tersebut dibawah seperti:

i) ada lesen D (kereta).

ii) hadiri Kursus 6 Jam Teori.

iii) dapatkan Lesen Belajar Memandu (P.D.L).

Diperingatkan disini bahawa anda di kecualikan daripada Lulus Undang-Undang Jalan Raya (Kod Highway).

Ini kerana anda telah mempunyai Lesen Motorkar (Kerata) pula.

Anda dikehendaki mengeluarkan P.D.L. (Lesen Belajar Memandu) baru sebab Lesen P.D.L. lama yang anda guna bagi mempelajari kereta dulu sudah tentu melebihi 2 tahun.

Dengan ini harus dikeluarkan P.D.L. baru.

Pada singkatnya, ujian kelas Lori (E) dibahagikan kepada:

i) “Side Parking” dan Parking Selari (Parallel Parking).

ii) Menaiki Bukit.

iii) Jalan Raya.

Ketiga-tiga aspek diatas akan di ajari calon oleh pengajar / instructor institut anda.

Selain benda-benda tersebut di atas, ada beberapa perkara seorang calon harus tahu tentang pembawaan lori.

Pertama – Sebuah lori mempunyai brek jenis angin atau “air brakes“. Cengkaman brek angin amat sensitif. Jadi anda hendaklah mempelajari cara atau gaya yang betul untuk menekan brek lori.

Kedua – Brek tangan lori beza daripada brek tangan kereta. Anda hendak mempelajari bagaimana hendak guna brek tangan lori dengan betul.

Ketiga – Kerana lori breknya berjenis angin, anda terpaksa membelajari bagaimana gunakan meter angin.

Sebelum lori itu bergerak, khasnya waktu pagi, “meter” atau angin hendaklah terlebih dulu diisi dengan angin dahulu sebelum ianya digunakan. Kalau tidak, lori tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Memandu lori berbeza dengan kenderaan kereta. Semasa hendak membuat “belokan” atau “corner”, pemandu hendaklah ingat iaitu si pemandu hendaklah “makan jalan”. Istilah “makan jalan” bererti misalkata hendak belok kekiri, pemandu memutar atau membawa kenderaan lori ke arah kanan dulu untuk mendapatkan kawasan pusingan yang lebih luas. Tindakan diatas ini digelar “makan jalan”.

Oleh kerana kenderaan lori itu agak panjang, seorang pemandu lori harus sentiasa ingat, enjin lori / kepala lori mungkin melepasi sudut (corner) tepati apa yang harus jangan dilupakan adalah bahagian ekor panjang dan kemungkinan tidak dapat melepasi “corner” yang diambil.

Akhirnya, kemungkinan besar roda belakangnya akan naiki tembok atau pembahagi jalan. Seseorang pemandu baru yang sudah menguasai teknik “makan jalan” sudah tentu tidak akan mempunyai apa-apa masalah dalam urusan mengambil “corner”.

Penjelasan diatas tumpuan kepada pembawaan lori di jalan raya semata-mata.

Diingatkan bahawa jalan semasa ujian lebih panjang / jauh sedikit dibandingkan dangan jalan raya ujian kereta.

Perkara-perkara seperti “side parking”, “parallel parking” serta “menaiki bukit / slope” sudah pasti akan diajar calon oleh pengajar-pengajar institut.

Tambahpula, pengalaman anda dalam memandu kereta akan membantu anda dalam selok-belok parking lori.

Demikian juga semasa “menaiki bukit”.

Sekiranya anda berjaya lulus dalam ujian lori (Kelas E), anda kemungkinan akan memohon lesen jenis G.D.L. (Goods Drivers’ License).

Ini akan melayakkan anda mengangkuti jenis barangan.

Oleh kerana itu, ada masa yang akan datang, kemungkinan besar saya akan menulis karya mengenai “Bagaimana hendak mendapatkan Lesen G.D.L.” kelak untuk memenuhi permintaan atau kehendak anda.


By | 2017-04-21T16:39:58+08:00 May 28th, 2009|Lesen Lori|7 Comments

About the Author:

7 Comments

  1. YLBB May 25, 2012 at 4:33 pm - Reply

    Hi there,
    Our company plan to buy a lorry with BTM3000kg (BDM8300kg)…
    Some article said that just need license D, but some said need license E2…
    Even we called to JPJ, different people different story…
    Class D = Motokar BTM tidak melebihi 3000kg (Is that include 3000kg or below 3000kg?)
    Actually what is suitable license for the above lorry?
    Thanks for your help….

    • Cikgu Yap May 26, 2012 at 10:47 am - Reply

      As license Class D enables one to drive a vehicle up to 3000 kg, your company’s decision to purchase a lorry with a BTM 3000 kg capacity, drivers with D license should be able to handle it. This represents my own personal contetion.

  2. huey tin November 26, 2012 at 12:55 pm - Reply

    1 tan punya lori kena ikat tali keselamatan tak??

    • Cikgu Yap November 30, 2012 at 8:06 pm - Reply

      1 ton lorry for commercial use are exempted from seat belts. However, those used for personal and private use has to use seat belt still.

  3. SP June 19, 2013 at 6:25 pm - Reply

    Hi , may I know if a driver has GDL class E , kejur or bersendi can he drive lower class GDL D vehilcles ? e.g : 1ton lorry or goods delivery van. Thank you

    • Cikgu Yap June 21, 2013 at 11:05 am - Reply

      GDL Class E can drive smaller vehicles.

  4. chai October 28, 2015 at 11:35 am - Reply

    i have class D license and can i drive 3 ton lorry ?

Leave A Comment