Rutin Sebelum Memandu ataupun RSM, adalah satu-satu aspek calon di ajar dalam Bahagian 02 (5 ½ Jam).
R.S.M di buat sebenarnya 2 kali.
Kali pertama, semasa Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Kali kedua, semasa penguji jalan raya tiba membawa calon keluar menguji 03 (jalanraya).
Mengikut J.P.J., RSM hendaklah di laksanakan dalam masa 5 ke 7 minit saja .
Calon-calon sebaiknya selesaikan ujian di atas secara ringkas, padat dan lantang .
RSM bagi sesetengah calon boleh menjadi agak susah.
Sebagai pengajar lama berpengalaman , saya telah hasilkan “teknik” bagi membantu calon-calon yang di ajar mudah memperingati apa yang mereka hendak sampaikan kepada penguji hari ujian.
Langkah 1
Di panggil masuk kenderaan jalan raya, ucapkan “Selamat pagi”.
Kemudian perkenalkan diri anda. Bagi tahu menguji nama anda dengan jelas dan nombor calon anda.
Seterusnya betulkan kerusi, dan ikat tali pinggang.
Langkah 2
Sudah tentu, sebab cuaca panas, “air-con” kereta memang akan dipasang.
Minta izin bagi menutupkannya sebab langkah ini di perlu sebab adalah anda di kehendaki uji lampu-lampu dashboard.
Lampu-lampu ini termasuk suhu, keadaan engin sempurna, air-bag, stereng tak jam, hand-brake, dan akhirnya bateri.
Sayugia di ingat, tidak perlu lulus atau berjaya dalam semuanya dengan betul.
5 dari 7 betul akan Luluskan anda.
Langkah 3
Seterusnya , terangkanlah alat-alat penting dalam kereta. Tidak perlu ikut turutan.
Apa yang anda nampak, terangkan saja.
Biasanya, butir-butir yang harusnya di terangkan termasuk.
- Lampu kecemasan (emergency triangle)
- 10 dan 3 (cara pegang stereng)
- Wiper
- Horn
- Lampu
- Signal kanan
- Signal kiri
- Cermin pandang kiri (suruh penguji betulkan kiri perlu)
- Cermin pandang kanan (ini perlu anda betulkan secara diri)
- Brek tangan
- Kerana kereta anda pakai manual, terangkan bahawa di bawah stereng, ada kawalan-kawalan clutch, brek dan accelerator.
- Kereta anda itu ada 6 gear (satu, dua, tiga, empat, lima dan reverse)
Harus di ingat, tidak perlu dapatkan kesemuanya Betul bagi lulus.
7 atau 8 betul daripada 12 benda akan bawakan ada keputusan Lulus.
Langkah 4
Akhirnya, sebelum anda Bergerak, terdapat 3 perkara penting yang anda perlu buat. 3 perkara ini adalah sangat penting kerana ianya adalah pekara G.S.M. (Gagal Serta Merta).
Benda-benda itu adalah penting di laksanakan dengan sempurna.
- Bubuh signal kanan.
- Pandang ke kanan
- Perlulah horn.
Tidak buat, walaupun satu, akan buatkan anda Gagal.
Di dalam artikal ini, saya telah menentukan sedaya-upaya bagi membawa kejayaan kepada anda.
Selamat Maju Jaya!
Leave A Comment