Masalah Kenderaan Lebih Daripada Usia 10 Tahun Di Malaysia

Dalam salah satu artikel yang dikarang di blog ini, saya telah menulis tentang tajuk kebaikan serta keburukan memiliki sesebuah kenderaan baru. Di antara keuntungan mempunyai sebuah kenderaan yang baru termasuk ia membawa “prestij” kepada si pemilik.

Selain daripada itu, sebuah kenderaan yang baru itu boleh diharapkan. Pendek kata, kenderaan baru tidak mudah rosak di setengah jalan. Seterusnya, kenderaan baru sudah tentunya dapat memberi anda perbatuan yang lebih baik jika dibanding dengan sebuah kenderaan yang lama ataupun “second hand”.

Selain daripada itu, saya juga menyentuh tentang kenderaan lama yang dikatakan juga mengandungi kebaikan-kabaikannya yang tersendiri. Misalnya, kereta lama lebih murah dicapai. Tambahanya pula, kereta lama tidak begitu banyak mengalami “kecurian”.

Tetapi kalau sekiranya anda merasa bahawa mempunyai sesebuah kereta lama nampaknya semuanya seronok saja, izinkan saya memberitahu anda bahawa anggapan anda itu tidak betul sebenarnya. Mula-mula izinkan saya menyedarkan anda tentang sesuatu perkara yang anda kemungkinan tidak menyedari.

Kenderaan-kenderaan yang baru serta mahal harganya memerlukan perlindungan insurans yang berjenis first party. Lindungan insurans jenis ini biasanya merunsingkan kepala pemilik-pemilik kenderaan-kenderaan baru. Oleh yang demikian, jangan selalu suka merasa iri hati terhadap orang-orang yang mempunyai kenderaan yang berjenis mewah dan mahal. Sebenarnya orang-orang yang berkumpulan ini sakit kepala juga kononnya.

Baru-baru ini, semasa menaiki Genting Highland dengan kereta teksi “haram” rakan karib saya, Encik Johari, 55, kereta kami “dipotong” dengan laju oleh sebuah kenderaan jenis BMW 525 berdekatan dengan “Cradle Rock”. Dengan sekelip mata saja, kenderaan tersebut di atas telah hilang daripada penglihatan kami. Encik Johari menanya saya samada tahu harga BMW 5 siri itu. Apabila mendengar bahawa saya tidak tahu, beliau memberitahu saya, RM 550,000 ke atas. Saya terus mengalami sakit kepala seterusnya.

Soalan yang saya ingin kemukakan adalah, benarkah bahawa empunya-empunya kenderaan lama tidak payah menghadapi apa-apa kerumitan dibanding dengan pemilik-pemilik kenderaan baru? Marilah kita meninjau persoalan ini dengan lebih mendalam lagi.

Setiap tahun, apabila tibanya untuk mendapatkan cukai jalan serta perlindungan insurans, pemilik-pemilik kenderaan lama sebenarnya sakit kepala memikirkan masalah ini. Kenapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana empunya kenderaan lama kebetulannya khuatir lindungan insurans bagi kenderaan yang sudah usia lebih daripada 10 ataupun 15 tahun itu.

Anda boleh menanya orang-orang yang memiliki kenderaan-kenderaan lama. Sudah tentu anda akan mendapati bahawa apa yang dikatakan oleh penulis ini adalah benar. Di suratkhabar STAR, bertarikh 12th Oktober 2011, telah dilaporkan, “Tiada sekatan tahun bagi kenderaan.” Sekira anda seorang pemilik kenderaan lama, seperti saya, jangan merasa terlalu gembira dengan berita seumpama ini.

Bacalah berita yang berikut di bawah tajuk besar itu. Kenyataan yang berikut mengulaskan, ‘Kenderaan-kenderaan lama haruslah menjalani ujian-ujian wajib setiap tahun.” Demikian katanya Timbalan Menteri Jabatan Pengangkutan Jalan, Abdul Rahman Bakri.

Benarkan saya merujuk anda kepada artikel tersebut. Kemudian, pembaca-pembaca sendiri bolehlah membuat pendirian sendiri dengan apa yang dihuraikan oleh pihak berkenaan. Buatlah keputusan samada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan hendak berniat mengkaburkan mata rakyat mahupun tidak.

Teks penuh laporan tersebut diberikan dengan sepenuhnya di bawah:- “Tidak mengira samada kenderaan itu berapa tahun usia lamanya.” Kenyataan yang sedemikian memang akan menggembirakan orang ramai. Tetapi tunggu seketika lagi. “Semua kenderaan sebenarnya hendaklah menjalani pemeriksaan untuk memastikan samada ianya sesuai diguna ataupun tidak.”

Meskipun demikian, kerajaan tidak akan meletakkan sekatan tahun terhadap kenderaan-kenderaan lama. Tambahan pula, Timbalan Menteri Pengangkutan itu menerangkan lagi kepada Dewan Rakyat bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak mempunyai sebarang syor untuk mencadangkan skim ataupun rancangan menamatkan penggunaan kenderaan lama seperti di Singapura.

Satu fakta tentang kenderaan-kenderaan lama yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah, “kemalangan-kemalangan telah diakui tidak disebabkan oleh kenderaan-kenderaan lama”. Ianya berpunca daripada pemandu-pemandu yang memejut laju perjalanan mereka kononnya.

Walau bagaimanapun, saya ingin memberi komen terhadap apa yang pihak kerajaan mengumumkan kebelakangan ini khasnya, tentang pemeriksaaan kenderaan lama. Saya berharap sangat bahawa pihak kerajaan sedar mengapa majority orang kampong, warga-warga emas serta orang-orang yang kurang berkemampuan, membeli kenderaan-kenderaan lama.

Jawapannya adalah “mereka tidak mampu” membeli kenderaan-kenderaan jenis baru. Kebanyakan orang-orang yang tertera di atas mempunyai kenderaan-kenderaan lama ataupun “buruk”. Bagaimana pula hendak memelihara ataupun menjaga kenderaan-kenderaan itu dengan sempurna pula untuk dihantar kepada pihak PUSPAKOM bagi pemeriksaan setiap tahun.

Sebagai seorang pengajar kereta, selama lebih 42 tahun, sudah lama juga saya terlibat dalam usaha pemeriksaan kenderaan oleh pihak PUSPAKOM. Oleh demikian, izinkanlah saya memberitahu tuan-tuan dan puan-puan sedikit sebanyak tentang “ongkos” yang perlu sekira seorang empunya kenderaan lama berhajat untuk menghantar sesuatu kenderaan itu ke pemeriksaan PUSPAKOM!

Pengiraan perbelanjaaan adalah purata sahaja. Bah kata pepatah, “lebih kurang saja.”
Pusat-pusat PUSPAKOM caj sebanyak RM50 bayaran pemeriksaan pertama. Untuk pemeriksaan kali yang seterusnya, dikenakan bayaran RM25 pula. Pihak PUSPAKOM mempunyai pusat-pusat pemeriksaan di Selangor seperti Padang Jawa, Klang, Taman Maluri dan juga di Sg. Manggis, berdekatan Banting.

Selain daripada apa yang diberitahu para pembaca di atas, ada lain-lain perkara yang seharusnya diberitahu pembaca seperti:-

i. Orang-orang tengah ataupun “runner” mengenakan lebih kurang RM100- RM150 untuk membawa kenderaan anda untuk diperiksa di PUSPAKOM.

ii. Anda juga perlu membeli lindungan insurans 1st party untuk sekurang-kurangnya RM14,000. Ini berharga di perkarangan jumlah RM550- RM600. Tambahan anda perlu juga membeli lindungan “PA” ataupun “Personal Accident” berjumlah lebih kurang RM100.

Syarikat-syarikat yag sudi melindungi kenderaan lama anda dikatakan tidak sudi menawarkan perlindungan kepada kenderaan lama anda sekiranya anda enggan membeli PA daripada mereka.

iii. Menurut abang saya, B.H.Yap, 68, anda memang boleh mendapatkan lindungan insurans 1st party RM10,000 di pejabat pos mana-mana. Harga lindungan insurans tersebut di atas dikatakan lebih murah dengan kadar RM100. Cubalah nasib anda di sana, iaitu di pejabat pos.

Selain daripada itu, kenderaan-kenderaan yang hendak dihantar ke pihak PUSPAKOM untuk diperiksa hendaklah dibetulkan sebelum itu. Sayugia diperingatkan bahawa sesuatu kenderaan yang lama harusnya menjalani pemeriksaan “5 Point” sebelum ianya akan diberi sijil B5. Dengan sijil yang di atas ini sahaja, seorang pemandu boleh mencapai cukai jalannya.

a. Kos 4 biji tayar baru bernilai RM200.

b. System brek kenderaan perlu di servis. Pam-pam yang bocor ataupun kurang baik perlu diganti. Dianggarkan usaha ini akan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM80-RM100.

c. Badan kenderaan yang hendak dihantar untuk diperiksa oleh PUSPAKOM harus berada dalam keadaan yang memuaskan. Usaha ini, saya berpendapat akan memerlukan sebanyak RM 100 untuk menjalankan usaha mengecat kereta.

d. Item-item penting, walaupun kecil, seperti penyapu hujan, hon, lampu brek, lampu signal juga harus diperlihara dengan elok. Perbelanjaan yang perlu untuk penjagaan item-item di atas boleh memakan sebanyak RM 30- RM40 ataupun lebih.

e. Item-item besar dan penting seperti “ball joint”, sistem absorber, long sub, masalah-masalah yang berbabit dengan “balancing”, “alignment” serta lain-lain yang berhubung dengan bahagian bawah kereta (under carriage) juga perlu perbelanjaan yang agak besar juga. Saya menganggap perbelanjaan di perkarangan RM200- RM250 adalah diperlukan.

f. Bayaran pemeriksaan untuk prmeriksaan pertama oleh pihak PUSPAKOM adalah RM50, manakala sekiranya kenderaan itu gagal kali pertama, pemeriksaan seterusnya akan memakan perbelanjaan RM25.

Keseluruhannya, sesebuah kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun, akan memerlukan sebanyak RM1000 hingga RM2000 sekiranya ia hendak lulus ujian “5 Point” yang dijalankan oleh pihak PUSPAKOM. Dengan mencapai sijil B5, maka barulah seseorang pemandu dapat mencapai cukai jalannya.

Tahun 2012 akan menjadi tahun yang sungguh susah untuk pemilik-pemilik kenderaan lama di Malaysia. Kerajaan harusnya mempertimbangkan cadangan untuk memaksa empunya-empunya kenderaan lama mereka ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Sudah tentu masyarakat awam pada puratanya akan mengeluh tentang cadangan kerajaan ini.

Perasaan kurang puashati, saya rasa kurang baik untuk pihak Jabatan Pengangkutan Jalan keseluruhannya. Pemeriksaan wajib ke atas kenderaan-kenderaan lama akan menyusahkan para pemandu keseluruhannya. Tindakan pemeriksaan wajib yang dicadangkan oleh kerajaan memangnya baik, tetapi memandangkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat nampaknya agak tinggi, maka usaha mungkin agak sukar untuk di laksanakan.

By | 2016-11-10T17:07:32+08:00 May 25th, 2012|Penjagaan Kereta|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. nur najwa May 27, 2012 at 5:05 am - Reply

    cikgu yap , saya keliru , apa beza tempoh lesen L , yang selama 3 bulan tu , dengan tempoh bahagian 1 yang dua thun? . sebab , lesen L saya , dah lebih 3 bulan , dan saya tak renew lagi , tapi masih belum melebihi dua thun, jadi kalau saya nak ambil ambil jpj test, saya tak perlu ulang proses dari awal kn? saya hanya perlu renew lesen L kan? . saya risau saya perlu ulang proses pengambilan lesen dari awal .

    • Cikgu Yap May 28, 2012 at 2:52 pm - Reply

      Bahagian I ialah undang-undang yang bertahan selama 2 tahun. Boleh ambil ujian JPJ (praktikal). Barui Lesen L.

  2. pesa May 29, 2012 at 4:45 pm - Reply

    adakah setiap individu hanya layak untuk mempunyai 1 NCD sahaja? jika saya ada 2 kereta yang mana kereta pertama sudah ada 55%, kereta kedua baru beli dengan 0%, adakah tahun depan saya akan memperolehi NCD untukkereta kedua saya? harap cikgu yap dapat bantu sebab saya tanya ramai orang tapi semua tak reti nak jawab huhu

    • Cikgu Yap May 30, 2012 at 2:09 pm - Reply

      Anda berhak menerima NCB untuk kenderaan kedua anda.

Leave A Comment