Pengajar Yang Layak Sahaja Boleh Mengajar Memandu



Mengajar seseorang memandu itu bukannya suatu usaha yang mudah atau senang. Sebenarnya, sekiranya di tinjau, ianya suatu profesyen yang amat merbahaya.

Untuk pengetahuan para pembara, baru-baru ini 2 orang rakan instructor saya mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas mereka. Seorangnya, yang di ketahui sebagai Encik Tee, kakinya patah akibat di langgar oleh sebuah lori besar. Rakan tersebut telah membelanja sebanyak RM10,000 lebih bagi mengubati kecederaannya.

Seorang rakan pengajar yang saya sudah lupa namanya, buku lalinya patah akibat di langgar sebuah Pajero dari tepi. Tersadai hampir-hampir 6 bulan di rumah tidak menjalankan tugasnya selepas insiden tersebut di atas.

Penulis-penulis ke blog ini ramai telah menulis kepada saya menyoal, apa sebab rakyat Malaysia tidak boleh di ajar oleh ayah, abang, suami, rakan ataupun saudara mereka?

Mengapa mereka menanya pula, harus di ajar atau di beri latihan memandu oleh instructor ataupun pengajar sekolah memandu atau institut memandu sahaja?

Seorang pembaca blog ini dari Iraq, menyoal saya, kenapa mesti belajar memandu melalui sekolah memandu atau institut saja? Tidak adakah pilihan lain?.

Orang-orang lain pula menanya, bukankah Malaysia merupakan sebagai nagara yang bercorak pilihan bebas untuk menentukan sendiri sama ada ia memilih untuk di ajar oleh seorang pengajar sekolah ataupun institut memandu?

Sepertimana saya telah huraikan terlebih dahulu, yang utama, tugas mengajar seseorang itu memandu tugas yang bahaya. Pihak berkenaan, iaitu Jabatan Pengagkutan Jalan (J.P.J.) berpendapat bahawa hanya mereka yang ada sijil mengajar atau S.M.2 saja di izinkan memberi pengjaran kepada pelajar memandu.

Kesimpulannya, hanya pengajar yang layak sahaja boleh mengajar memandu di Malaysia.

By | 2012-11-02T12:42:46+08:00 December 14th, 2010|Sekolah Memandu|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Haziq January 31, 2012 at 5:05 pm - Reply

    Cikgu Yap,

    Kereta saya telah dilanggar,jadi pesalah patut tanggung.Tetapi saya terpaksa guna insurance kereta saya dahulu untuk bayar pusat repair kerana pesalah lambat uruskan claim insurance.Bolehkah saya tuntut pihak insurance kereta pesalah bayar secara tunai kepada saya?

    • Cikgu Yap February 1, 2012 at 11:54 pm - Reply

      Berbincang dulu dan dapatkan persetujuan syarikat insurans dulu tentang pendapat anda.

Leave A Comment