24 Fakta-Fakta Penting Tentang Motosikal



Dalam artikel ini, saya akan membongkarkan fakta-fakta yang penting tentang motosikal yang harusnya diketahui. Lain-lain fakta, anda terpaksalah membaca secara diri daripada buku teks K.P.P. anda.

Seperti pepatah berkata, anda haruslah bersusah-susah dulu sebelum bersenang-senang kemudian. Sekiranya anda gagal lagi pada masa hadapan, tiada siapa yang boleh dipersalahkan kecuali anda sendiri.

Fakta-fakta penting mengenai motosikal yang sepatutnya anda tahu:

1. Anda boleh mencapai lesen motor kelas B2 (-250c.c.) sebaik anda mencapai umur 16 tahun.

2. Anda juga boleh mendapat lessen B penuh (+501c.c.) pada umur 16.

3. Lessen B2 membolehkan anda menunggang motor yang tidak melebihi 250c.c.

4. Untuk menunggang motosikal di antara 251c.c. ke 500c.c., anda perlukan lessen B1.

5. Sekiranya anda mempunyai lesen memandu kelas D, anda dikecuali mengambil Kod Undang-undang jalanraya.

6. Kalau anda kini menpunyai kelas lesen B2 atau B1, dan anda hajat memperolehi lesen B penuh, anda tidak perlu menghadiri kelas teori 6 jam. Anda hanya perlu memohon lesen memandu baru kelas B penuh untuk mulai kelas latihan di institut.

7. Rintangan jambatan sewaktu ujian praktikal dijalankan oleh pihak JPJ, rintangan menyeberang jambatan harus dilaksanakan dalam tempoh 7 saat atau lebih.

8. Pemegang-pemegang lessen belajar L, diizinkan menunggang motor secara sendiri dengan menggantung plet L di depan dan belakang motor.

9. Pememgang L motosikal tidak boleh membawa pemboncit.

10. Yang menunggang motor seharusnya memasang lampu hadapan serta lampu belakang setiap masa, siang dan malam.

11. Adalah perlu memakai topi keledar bertauliah sewaktu menunggang motor.

12. Semasa memakai topi keledar, adalah salah dari sisi undang-undang sekiranya tidak mengikat pengikat topi dengan sempurna.

13. Tidak membawa lessen memandu semasa menunggang motosikal merupakan suatu kesalahan.

14. Melanggar lampu isyarat trafik semasa merah juga merupakan satu kesalahan. Dendanya adalah RM 300.

15. Menunggang motosikal seharusnya ditunggang dengan kedua-dua kaki di sisi motor. Pemboncit yang kaki mereka diletak di tepi motor merupakan satu kesalahan.

16. Semua motosikal harusnya mempunyai cermin handle kiri dan kanan setiap masa.

17. Topi keledar separa ataupun half helmets telahpun diharamkan gunanya di Malaysia.

18. Memakai selipar dan bukannya kasut merupakan satu kesalahan.

19. Penunggang-penunggang motosikal dinasihatkan memakai seluar jeans dan jacket kulit untuk menjaga keselamatan.

20. Menunggang mtor dengan tiada lesen yang sah ataupun cukai jalan, adalah suatu kesalahan yang berat.

21. Lesen memandu yang sudah luput kesahihan lebih daripada 3 tahun dengan automatiknya akan dibatal.

22. Perlumbaan motor haram ataupun merempit motor melanggar peraturan Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda kesalahan RM2000. Lesen memandu anda juga boleh dibatalkan.

23. Menganjur perlumbaan haram ataupun merempit motor juga merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 81 A.P.J 1987.

24. Menyaksikan perlumbaan haram ataupun merempit motor juga merupakan suatu kesalahan dan yang bersalah boleh didakwa di bawah Akta tersebut.

Lihatlah tip-tip yang diberi oleh saya ini demi untuk membantu anda lulus ujian computer Undang-undang Jalanraya. Saya berharap nasihat-nasihat saya ini dapat memberi faedah kepada anda semua. Semoga-moganya kadar pelajar yang gagal dalam ujian ini berkurangan.

By | 2012-11-25T01:22:01+08:00 December 1st, 2012|Ujian Motorsikal|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment