Tips Untuk Bakal Pengusaha Bas Sekolah Di Malaysia

Posted on July 24th, 2009


Ada segelintir ibu-bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ada kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah. Ada pula murid-murid yang ke sekolah dengan menaiki bas.

Barangkali anda adalah seseorang yang berhajat menjadi seorang pemandu bas sekolah.

Sepertimana kerjaya-kerjaya lain, hendaklah menjadi seorang pemandu bas sekolah itu terlebih dulu anda haruslah mempunyai kelayakan-kelayakan yang tertentu.

Nombor satu atau yang pertama sekali, anda ini gemarkah bangun awal-awal pagai tak?

Sepertimana anda faham, sekolah itu bermula pagi-pagi suntuk lagi. Apa tak lagi dengan kesesakan yang bermula tiap pagi, mahu tak mahu anda terpaksalah bangun pagi-pagi kiranya awak berhasrat menjadi pemandu bas sekolah.

Faktor kedua ialah anda hendaklah menggemari kanak-kanak. Sekiranya perhubungan anda dengan mereka tidak beberapa mesra ataupun “rapport” anda kurang baik, bagaimana hendak menggawal pelajar-pelajar pula?

Tambahanpula, anda juga hendaklah bermesra baik dengan si ibu-ibu bapa juga.

Sekiranya anda beridam hendak memiliki sebuah katakanlah bas sekolah bersaiz serdahana, sudah tentu kenderaan jenis van Toyota atau Datsun memang sesuai.

Kenderaan di atas dapat mengangkut atau membawa sekurang-kurangnya 25 orang penuntut. Pihak yang mengeluarkan permit untuk menggendalikan bas sekolah adalah di tangan L.P.K.P. atau Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Demi untuk menguruskan sesebuah bas sekolah, terlebih dulu anda perlulah sebuah bas kecil. Kemudian, anda perlu mempunyai jenis lesen “D” (kereta) juga.

Anda juga mengambil lesen “P.S.V.” atau “Public Service Vehicle”. Anda perlukan lencana untuk tugas ini.

Kenderaan yang anda memiliki itu sudah tentu hendaklah dalam keadaan memuaskan sentiasa. Ianya harusnya di hantar untuk di periksa sekurang-kurangnya 6 bulan sekali oleh pihak Puspakom.

Sudah tentu kenderaan anda itu juga hendaklah mempunyai “air-con”. Di zaman sekarang, pelajar-pelajar hari ini memilih sangat.

Demikian pula ibu-ibu bapa mereka. Mereka meminta segala yang terbaik untuk anak mereka. Bayaran tidak menjadi masalah!

Sepertimana di terangkan lebih awal lagi, bas sekolah yang bertujuan memberi servis kepada rakyat utamanya, hendaklah mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti kotak kecemasan dan item-item keselamatan umpamanya pemadam api.

Suatu lagi barangan yang biasa kurang di hiraukan orang adalah “tanda amaran segi tiga” atau kon. Pastikan bahawa kedua-dua barangan tersebut ada dalam kenderaan anda itu.

Sebelum di lupakan, ada suatu barangan yang perlu di sebutkan. Perkara itu sudah tentu soal “insurans”.

Insuran perlu ada bagi melindungi kanak-kanak yang akan di bawa ke sana ke mari. Sebagai seorang pengusaha, sudah tentu anda faham maksud istillah ini. Saya yakin tiada apa masalah berhubung dengan soal tersebut.

Andainya anda mempunyai apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini, jangan merasa rayu-rayu berhubang dengan saya. Saya tentu akan memberi sebarang pertolongan di mana yang perlu.

Selamat berbas sekolah!

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


48 Comments • Posted in Bas Sekolah

Comments

  1. hariri

    bagaimana hendak mendapatkan pinjaman untuk mengadakan perniagaan bas sekolah.

    • admin

      Saudara Hariri,

      Pinjaman bagi Bas Sekolah sama dengan “pinjaman kereta”. Ada syarat-syarat yang tertentu. Kiranya gaji anda tinggi, sudah tentu anda berlayak meminjam “loan” yang lebih tinggi / banyak.

      Dalam hal ini, di cadangkan anda ke syarikat kewangan untuk berbincang impian anda.

      ‘Cikgu Yap

    • razif

      Sy rasa terkilan keranan ada segelintir pegusaha bas sek hanya mengaut keuntungaan semata-mata tanpa menghiraukan keselesaan dan keselamatan pelajar2 sek. Di manakan saya harus adukan perkara2 sebegini?

      • Cikgu Yap

        Kalau merasa bahawa segelintir pengusaha bas sekolah yang menjalankan tugas dengan tidak mengikut peraturan, saya rasa anda boleh buat aduan dengan pejabat JPJ negeri.

  2. faizal

    Tuan

    saya berhasrat untuk membuat bas sekolah ,tetapi tidak tahu cara untuk bermula ,dapatkah kiranya tuan membantu saya ini

    yang benar
    faizal

    • admin

      Saudara Faizal,

      Pertama, mohon lesen bas sekolah dari L.P.K.P (Lembaga Pelesen Kenderaan Perdagangan) dulu. Laman web mereka di http://www.lpkp.gov.my

      Sekurang-kurangnya mesti ada lesen kelas D. Uruskan dengan syarikat kewangan. Anda layakkah membuat pinjaman? Berbincanglah dengan pegawai bank.

      Elok kiranya anda mempunyai sedikit wang “deposit” sendiri.

      ‘Cikgu Yap

  3. Mohd yusof basrah

    Saya sudah ada van sendiri(toyota hiace diesel 2002) dan telah dapat tawaran permit bas sekolah.Di mana boleh saya dapat perkhidmatan orang yang boleh menguruskan pemeriksaan JPJ dan PUSPAKOM?

    Untuk pengetahuan saudara, saya tinggal di Rawang, Selangor.
    Terima Kasih.

    • admin

      Saudara Mohd. Yusof,

      Cari sekolah memandu atau institut memandu. Sudah tentu mereka dapat bantu anda. Sekiranya tidak salah, Institut Samy berdekatan Rawang.

      ‘Cikgu Yap.

  4. Mohd yusof basrah

    Thanks Cikgu Yap

  5. azian

    saya tengah mencari bas sekolah untuk anak saya yg akan kesekolah tahun hadapan 2010 ( drjah satu) sampai sekarang still jugak tak dapat lagi .. boleh tolong ke??

    • admin

      Saudari Azian,

      Minta maaf. Mengenai bas sekolah untuk anak anda, kita tidak dapat membantu.

      Kalau ada pembaca blog yang boleh membantu, sila kemukakan komen anda.

      Terima kasih.

      Will Yap

  6. jengking6

    salam /salam sejahtera

    saya sekarang nie… dlm delema utuk mendapatkan jenis van yang sesuai utk di jadikan bas sekolah mintak pendapat cikgu yap bagi cadangan serta tunjuk ajar

    tq

    • admin

      Saudara jengking6,

      Kira boleh, pilih bas mini serdehana besar seperti di tunjuk dalam gambarajah.

      Jenama bas, sila lihat contoh bas-bas sekolah. Anda di nasihati rajin lihat contoh-contoh bas yang membawa murid ke sekolah.

      Kalau boleh, jangan pilih bas besar (44 penumpang). Pilih bas sederhana kerana senang uruskan di taman-taman perumahan.

      ‘Cikgu Yap

  7. kay

    Cikgu Yap,

    saya berminat memandu van sekolah di kawasan saya. Apakah proses-proses yang diperlukan?. Ketika ini saya bercadang untuk mendapatkan van terpakai untuk tujuan tersebut. Saya juga memiliki lesen D.

    Terima Kasih

    Kay

    • admin

      Kay,

      Baca artikal Tips Untuk Bakal Pengusaha Bas Sekolah Di Malaysia.

      Dapatkan izin daripada pihak L.P.K.P. (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan) di Putrajaya.

      Anda mesti ada lesen memandu (D). Capai lencana P.S.V. (Public Service Vehicle).

      Van untuk bas sekolah jangan terlalu uzur atau lama. Elok masih baru.

      ‘Cikgu Yap

  8. Zuraini

    Cikgu ,

    Boleh tak berikan saya anggaran kasar kos permulaan perniagaan ini?

    Sekiranya ingin menggunakan van terpakai, berapa limit usia kenderaan terbabit?

    • Cikgu Yap

      Saudari Zuraini,

      Kursus-kursus dan lesen P.S.V. memakan atara RM150 – RM200. Ingat, anda juga hendak mempunyai lesen D.

      Van terpakai elok jangan lebih 5 tahun. Van Toyota atau Nissan boleh muat di lingkungan 20 penuntut. Anggaran van yang agak baru RM20,000 – RM35,000. Tetapi ingat, kesemuanya adalah anggaran saja.

  9. nathan

    isteri saya berminat utk membawa van sekolah,dia sudah mempunyai lesen D. apakah yang dia harus lakukan seterusnya utk membawa van sekolah ? Dia masih belum beli van sekolah lagi. utk makluman anda saya dari negeri p.pinang

    • Cikgu Yap

      Di minta baca artikal di atas. Segala pertanyaan isteri anda dapat di jawab.

  10. sidi

    kalau van rusa dpt ka jd bas sekolah??..
    sekarang sy diminta mak2 sedara hantar anak2 mereka g skolah…
    skrg pun sy tgh nak mndptkan lsn psv..

    • Cikgu Yap

      Untuk P.S.V., perlu jalani ujian doktor. Saya percaya, doktor klinik persendirian pun menjalankan ujian mata pada calon-calon P.S.V.

    • Rashid

      Hi ….. Cikgu Yap,
      I’m on the midst dealing with the bank whether am I eligible for loan/hire purchase a new van. B’coz I have 3 more years to pension. If this application success I will get my wife to proceed this service activity.

      Cikgu, can you please share how to do the fare calculation. My nearest school with nearby estate is less then a km.
      Perhaps you have the formula, for this infor.

      Your great effort of replying this message is highly appreciate.

      Regards/Rashid-JB

      • Cikgu Yap

        Your financial standing appears rather solid. I’m sure you either have pensive scheme of EPF saving behind you. Finance institutions should be able to see this.

        Tell the above people to arrange whatever loans you might apply to be payable within 36 months. With regards to bus faces, do ask around bus sekolah drivers around your kampung. They should be in a better position to assist you.

        • shahril

          sapa nak bagitau tentang periuk nasi mereka :)
          nanti dia kata kita nak potong jalan depa

          • Cikgu Yap

            Pendapat anda saya hormati. Walaubagaimanapun, izinkan saya petikan kata-kata seorang rakan saya. Dia mengajar, “Tuhan gembira kiranya insan berkongsi segala kemahiran, kebolehan dan pengetahuan dengan orang-orang lain”. Yang pentingnya, kita jangan tamak.

  11. Ida

    Salam,

    Saya memang sedang dlm perancangan untuk memulakan perniagaan Van Sekolah. Berdasarkan coments di atas. Saya perlu mendapatkan Lesen PSV. Di sini saya ingin bertanya,

    1) adakah lesen diatas perlu diperbaharui ataupun hanya sekali??
    2) adakah perlu saya mewarnakan van saya dengan warna oren (seperti bas sekolah yg lain) atau tidak??

    Apakah kelayakan lain selain Lesen D dan PSV. Bagaimana pula dengan ketetapan harga?? adakah garis panduan yg perlu di patuhi atau bergantung pada market sesuatu tempat itu??

    Harap mendapat feedback yg membantu.

    Terima kasih.

    • Cikgu Yap

      Lesen PSV perlu di barui setiap tahun. Van bas sekolah perlu di warnakan oren. Pemandu bas sekolah hendak mempunyai lesen CDL (D) dan PSV serta menjalani ujian medical.

      Tentang harga, di cadangkan anda bertanya kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah di tempat anda.

  12. ms. sha

    Hi, Cikgu Yap,

    Firstly, i m now staying segamat
    briefly read requirement from website LPKL, & read comment above but still have abit confuse, need your advise, pls

    1) Is it no need having officially test driving “bus” at institut, like test “car”?
    2) Is it all clinic or any specific clinic only provide service & cert after checkup? (i just mention i need to get PSV, and show lesen “D”?)
    3) Is it i have to get approved loan from bank or must get the van on hand then only can submit borang?
    4) How to get according document required from borang lesen bas like following:
    ~5. Surat pengesahan meletak kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    ~6. Bukti pembayaran Cukai Pendapatan dan/ Zakat yang terkini.(if i didnt request to pay before?)
    5) According ur experince, after submit borang to LPKP, ruftly how long will get notice?

    Thank you so much & really apreciate ur effort to answer my question.

    • Cikgu Yap

      To drive a small bus, you only need a D (car) license. But you’ll need a PSV license. Any clinic can do medical check up. Get approval from licensing board first, then get a bus. I’m uncertain regarding PBT (maybe in certain areas, this is required). Also uncertain regarding hal cukai pendapatan and zakat. The result will take some time. Be patient.

  13. zakiah

    saya baru nak memulakan perniagaan van sekolah secara sah, yang belum ada hanya lesen PSV dan van je….sekarang hanya menggunakan kereta secara kecil-kecilan….ada beberapa kemusykilan yang memerlukan bantuan drp Cikgu Yap :

    1) Adakah saya perlu daftarkan nama syarikat?

    2) kalau saya penjawat awam, adakah saya layak membuka perniagaan ini? (hanya menguruskan secara official, driver adalah adik saya)

    3) Adakah saya perlu ada sistem failing yang merekod semua particular pelanggan saya?

    itu saja buat masa ni….Tima kasih

    • Cikgu Yap

      Untuk uruskan bas sekolah, anda harus mendaftarkan perniagaan anda. Elok serahkan pengurusan perniagaan itu kepada adik anda. Cadangan filing untuk perniagaan bas sekolah baik. Patut di jalankan.

  14. Bibi

    Cikgu,

    permit perniagaan suami saya baru sahaja diluluskan oleh pihak LP.Sekarang, suami saya dalam usaha menukar permit nama bas sekolah dari empunya bas terdahulu kepada nama syarikatnya sendiri. Masalahnya sekarang, kami memerlukan pelan bas ( seperti gambar bas sekolah di atas ) dalam masa terdekat. Dimana bolah saya dapatkan pelan bas tersebut. ?

    • Cikgu Yap

      Kiranay dapat bekal gambar bas, beritahue pihak jenis, muatan can c.c. bas. Pelan bas lorekkan tempat pemandu, kedudukan penumpang, jumlah berdiri and jumlah yang duduk dan pintu kecemasan di sebelah mana.

  15. Moon Lee

    Cikgu,

    Saya ingin memohon permit van bas sekolah. Adakah sesuai saya membeli van dulu sebelum memohon permit. Kalau sesuai, warna van akan dicat warna oren sebelum / selepas dapat permit. Saya dengan kakak ipar ada lesen PSV tapi saya punya lesen perniagaan ialah pemilik tunggal, adakah kakak ipar saya boleh memandu van bas sekolah ini apabila saya tak senag pandu?

    Terima Kasih.

    • Cikgu Yap

      Jangan beli van sekolah. Capai permit bas sekolah dulu. Nampaknya kakak ipar anda boleh memandu bas sekolah anda.

  16. Moon Lee

    Cikgu,

    Terima kasih kerana cikgu ada reply saya. Cikgu, saya lagi ada satu masalah tentang bagaimana untuk menyediakan document untuk memohon permit kerana saya ada borang untuk samit permit tetapi saya tak berapa faham. Kerana saya dengar orang cakap hanya nak sediakan Lesen Perniagaan, statement bank, surat sokongan dari sekolah dan peta laluan sahaja.Tak tahu lagi ada apa document nak sediakan. Boleh cikgu beritahu saya apa lagi document nak?

    Terima Kasih.

    • Cikgu Yap

      Perkara-perkara yang di usulkan anda numpaknya agak lengkap. Selain itu, anda ada lesen PSV untuk memandu bas. Walaubagaimanapun, anda di nasihatkan ke Putrajaya berjumpa dengan pegawai-pwgawai JPJ. Saya yakin mereka dapat memberi nasihat lengkap kepada anda.

  17. Zarrul

    Hi Cikgu,
    Saya ada kemusykilan, saya bercadang untuk mengambil permit bas sekolah tahun hadapan, tetapi ada yang mengatakan kita perlu menunjukkan kita ada simpanan dalam akaun bank sekurang2nya RM10,000.
    Dimaklumkan juga , van sekolah yang saya gunakan adalah atas nama isteri saya dan masih dalam pembiayaan secara HP. Saya hendak tahu adakah perlu saya memasukkan nama isteri saya kedalam syarikat yang hendak saya tubuhkan untuk tujuan perusahaan bas sekolah ini.

    TQ.

    • Cikgu Yap

      Di sebabkan nama van atas nama interi, mohon permit bas sekolah atas nama isteri.

  18. swaslink

    Saya mahu tanya, saya sudah dapat surat kelulusan dari LPKP untuk bas sekolah tetapi apabila saya mahu membuat buat ujian di PUSPAKOM, saya diminta untuk mendapatkan khidmat runner walaupun segala dokumen yang diperlukan telah lengkap! Adakah kita mesti menggunakan khidmat runner kerana bayaran untuk runner agak mahal juga! Apa perlu saya buat? Diharap saya boleh mendapat nasihat dari Cikgu Yap. Terimakasih :)

    • Cikgu Yap

      Anda boleh buat urusan secara diri tanpa runner. Kiranya tidak di layan permintaan anda, sila berjumpa dengan pegawai atasan membuat aduan anda.

  19. Padzil Ahmad

    Cikgu, kenderaan Van sekolah, mana lebeh baik atau menjimatkan dari segi penggunaan bahan api samaada petrol atau diesel?

    • Cikgu Yap

      Diesel lebih jimat.

  20. ratnasari84

    saya nak tumpang tanya cikgu..sy bercadng untuk memohon permit untuk membawa bas sekolah..jadi saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk memberi guideline kpd saya..sebab saya keliru yang mana satu nak dibuat dahulu….perlukah saya nak menubuhkan 1 syarikat untuk apply permit ini…n apa step pertama yang saya perlu lakukan….terima kasih

  21. Padzil Ahmad

    cikgu.

    bolihkah Van atau bas sekolah menggunakan Gas sebagai ganti minyak petrol atau Diesel bagi menjimatkan kos? adakah tiada kesalahan dari segi peraturan JPJ atau jabatan berkaitan?.

    • Cikgu Yap

      Van / bas sekolah boleh guna LPG.

  22. Zul Hj.Hassan

    Salam..

    cikgu,
    Saya ada perancangan untuk memulakan perniagaan bas sekolah,tapi saya masih mencari bas untuk digunakan.Kalau perlu,bas apakah yang paling sesuai untuk digunakan untuk memuat 44 orang.Kalau boleh harga dalam likungan RM50K ke bawah..

    Untuk pengetahuan cikgu saya seorang penjawat awam berjawatan rendah dan mahu bebas dan memulakan perniagaan sendiri.Saya juga mempunyai potongan biro angkasa setiap bulan RM415 sehingga tahun 2018.

    Bagaimanakah cara untuk saya untuk memulakan perniagaan ini.Saya sudah buntu dalam memikirkan hal ini.Saya harap cikgu dapat memberi komen yang baik dalam menyelesaian masalah ini.

    • Cikgu Yap

      Pada pendapat saya, anda memang mempunyai kelayakan serta kemampuan kewangan uruskan bas sekolah. Pengetahuan dan syarat-syarat untuk memulakan perniagaan bas sekolah telah di kemukakan di blog ini. Sila baca dengan teliti. Akhir kata, saya cadangkan anda dapatkan nasihat seorang pengusaha bas sekolah berdekatan anda. Kalau buntu, jumpalah pihak JPJ. Saya yakin mereka akan memberi kerjasama kepada anda.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • ET: Dear Sir, May I knw the proper procedure when I wan to turn into a road from speed 60kmlhr or Gear 4 (For example...
  • syafiq afendi: dear mr yap i already have B2 license..my P will expire within a few months..if i take D license after...
  • Rocky: Dear cikgu Yap, Saya baru terlibat dengan kemalangan dan kereta saya total loss. insuran bayar rm 7,000...
  • appykhoo: Dear Cikgu Yap, i have a question. i bang a car last week because it was rainy and i just received my p on...
  • Yen: Re: How can a Malaysian with a British driving license obtain a MYS driving license? Hi Cikgu, I have read some...
  • Puven: Cikgu Yap, I’m based in oversea was not able to renew my license for more than 3 years. I only visit back home...
  • AL: Hi Cikgu Yap, I have not been driving since I got my license 5 years ago. I have lost confidence in driving and...
  • rainy: in total ive taken 16 hours of driving lesson with 2/3 different instructors..but i cant seem to get any grip...
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...
  • Dan: Hey guys :) …am a 6’2 ft and am having major problems getting my license here in malaysia. Next week i’ll be...
  • city teercy: 1feb 2012 test computer dan lulus 48/50…