Soalan Insurans-insurans Kereta

Posted on October 13th, 2009


Seorang kontraktor, sebelum ia mula kerja-kerja menggorek jalan demi memasang kabel, hendaklah terlebih dulu membeli insurans “awam” atau “public liability”.

Pada masa yang sama, sesebuah kereta itu hendaklah juga mempunyai lindungan insurans. Insurans itu hendaklah jenis “third party” ataupun “comprehensive” (1st party).

Kalau tiada insurans, maka cukai jalan itu tidak dapat di keluarkan.

Jika tiada insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87.

Kiranya anda ingin tahu lebih lanjut, ingatlah bahawa:

1) Anda boleh di denda RM1000.

2) Di penjarakan 3 bulan, atau

3) Kedua-duanya

4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Baru-baru ini di Malaysia berlaku huru-hara mengenai masalah insurans “third party” untuk kenderaan 10 tahun ke atas.

Masalah ini nampaknya sudahpun selesai. Bank Negara telahpun mengkaji kadar bayaran yang sesuai untuk ke semua pihak.

Bagi pembaca-pembaca yang tidak tahu apa-apa tentang insurans kenderaan, ianya mudah sekali.

Kenderaan-kenderaan baru, yang masih lagi ada hutang-hutang ansuran, harus di lindungi insurans 1st party atau “comprehensive”.

Sekiranya kenderan itu di curi, maka pihak insurans akan bertanggungjawab untuk membayarnya. Demikian juga kalau ianya terlibat dalam satu-satu kemalangan, maka pihak insurans hendaklah membayar ganti-rugi bagi kenderaan tersebut.

Andainya kereta anda terlibat dalam satu-satu kemalangan, anda bolehlah membuat tuntutan terhadap kenderaan anda daripada syarikat insurans.

Selagi, andainya terdapat satu-satu pihak atau orang yang terlibat dalam kemalangan daengan kenderaan anda, maka pihak yang berkenaan itu dapat menuntut ganti-rugi terhadap syarikat insurans anda.

Selain itu, insurans 1st Party juga melindungi:

1) Pecahnya cermin depan serta cermin belakang kereta anda.

2) Ke semua glass-glass lain dalam kereta anda (termasuk jendela, “quarter mirror” dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat-syarikat insurans melindungi (1) saja. Terdapat juga yang melindungi (1) dan (2) di atas.

Anda hendaklah menyiasat apakah yang di sediakan oleh syarikat insurans anda.

Sudah tentu insurans 1st Party itu lebih mahal.

Kalau hendak anda tahu bagaimana kiraan 1st Party kereta anda di kira, inilah kaedahnya.

Katakanlah anda hendaklah insurkan kereta anda untuk RM50,000. RM1000 pertama di kira dengan kadar RM252 lebih kuranglah.

Baki ribu-ribunya yang ada di kira RM26 per seribu. Jumlah bayaran anda adalah RM252 + (26 x 49)!

Harap anda akan keluarkan kalculator anda untuk membuat kiraan selanjutnya.

Insurans 3rd Party lebih murah di banding dengan 1st Party. Pada masa sekarang, jumlah bayaran 3rd Party adalah di lingkungan RM100.

Demi mengakhiri artikel pendik ini, harus di peringatkan bahawa anda berhak untuk di beri N.C.B. (No Claim Bonus) setiap tahun.

Tetapi, pastikan anda tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas kenderaan anda daripada syarikat berkenaan.

Kadar N.C.B. di kira seperti senari di bawah (untuk kereta saja):

  • Tahun pertama 25% diskaun
  • Tahun kedua 30% diskaun
  • Tahun ketiga 33 1/3% diskaun
  • Tahun keempat 40% diskaun
  • Tahun kelima 55% diskaun
  • Pada hadirin sekalian, keluarkanlah kalkulator anda untuk membuat pengiraan sendiri.

    Blog Search
    Free E-book
    Free Ebook
    "Driving a Manual Car For Beginners"
    >> Click here for instant download!
    Recent Comments
    • Riniki: What happens when the 3 months holding the L license expires? Can I renew it, or do I have to redo some parts...
    • Mus: Salam, yang dihormati cikgu yap, saya ingin bertanya, saya ada lesen kereta (D) ambil pada tahun 2004 dan masih...
    • soring: My license has expired 10 years ago. Any idea what is the procedure like to re-avtivate it? I am staying in...
    • James: Thanks for the reply. But you seem to be of the opinion that the police is the judge, jury and executioner. I...
    • Jovenia Elvira: Hi, Sir. i would like to ask about the license ‘P’. Can I do the license ‘P’...
    • Aaron Thorn: Need some help here, i was a student abroad (Australia) for 4 years and i manage to obtain my Australian...
    • James: Good write up but I do not necessarily agree with your opinion that we should just pay up and forget about the...
    • Jasmine: Although I pass my QTI test,but I still cannot remember bhg 3 d.On the road.Can I ask the pegawai about the...
    • Prasad: Can you please let me know if there any driving schools in Cyberjaya or Putrajaya area wit their contact nos.
    • Foo: I am Malaysian with a valid Malaysian Driving License. I would like to visit New Zealand as a tourist and to...
    • Judith: Hello Sir, I’m 17 years old and from Germany. I already stayed in Malaysia for a studentexchange...
    • tante josdiana: hi! i hav a prob. need solution. i m a malaysian. i hav been working abroad 8yrs. i used 2 hav a...
    • fuma: I m planning to take undang test soon. Is there any way to find the tool to practise undang test (English) like...
    • Johann: My Grandma and Grandpa are still driving and i feel its not safe for them to drive cause firstly. My Grandma...
    • Johann: Dear Cikgu Yap, i am Now 15…i was born at 14 december, 1995 and i am wondering i am going to be 17 in...
    • yinsyn: Thank you for the tips… Sorry if I’ve let you busy about my questions.
    • skid: Saya nak bertanya…apa cara terbaik untuk lulus ujian bukit?dah 2 3 kali x lulus2…;(
    Recent Readers
    Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory