Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans?

Home/Insurans Kenderaan/Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans?

Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans?

Banjir kilat

Lembah Klang, merangkumi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, dan juga Klang.

Akibat daripada penjagaan saluran parit serta sungai-sungai yang kurang memuaskan, pemandu-pemandu seringkali mengalami “banjir” di kawasan tersebut di atas.

Anak bongsu saya pernah terperangkap dalam “banjir kilat” petang suatu Selasa.

Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Putrajaya hari tersebut.

Saya percaya, ramai pemandu yang ingin tahu, bagaimana hendak bertindak semasa menemui keadaaan banjir.


Tindakan yang sewajar sekali untuk seseorang pemandu dalam keadaan tersebut di atas sudah tentu adalah,

“Berhenti di pinggir jalan. Dan jangan bergerak lagi.”

Tetapi sekiranya nasihat tertera dituruti, sudah pasti anda akan menyebabkan kesesakan jalan pula.

Tidak mengira pula kemarahan pemandu-pemandu lain yang mengikuti anda dari belakang.

Walau bagaimanapun, andainya anda memandu masuk ke satu-satu kawasan yang sedang mengalami “banjir”, kemungkinan besar kenderaan anda akan “mati enjin” dalam banjir tersebut.

Saya percaya, sudah pasti anda tidak mahu perkara yang sedemikian berlaku pada anda.

Arwah bapa saya, yang merupakan sebagai seorang pemandu lori 7 tan, seringkali memberi nasihat kepada saya waktu ianya masih muda.

Mujur terdapat seorang ayah yang dapat memberi tunjuk ajar kepada anaknya.

Langkah Untuk Kereta Manual

Demi mengelakkan kenderaan daripada mati enjin dalam sesuatu kawasan yang banjir, harus menentukan bahawa air banjir itu tidak dibenarkan masuki paip ekszos kereta.

Kalau demikian, besar kemungkinan enjin kenderaan akan mati.

Apakah yang harusnya dilaksanakan oleh seseorang pemandu?

Bapa saya mencadangkan peraturan ini.

Kata beliau, demi untuk mempertahankan enjin sesuatu kenderaan itu daripada mati, pemandu kenderaan jenis gear manual hendaklah memasang gear satu.

Yang mustahak sekali, hendaklah memastikan memijak “accelerator” atau “injak minyak” sekuat-kuatnya.

Sudah tentu, sewaktu ini, hendaklah mengawal “klutch” dengan baik supaya dapat mengawal kenderaan itu dengan sempurna.

Dengan cara ini sahaja, dapat dielakkan daripada mati.

Langkah Untuk Kereta Automatik

Bagaimana pula dengan kenderaan-kenderaan jenis “automatik”?

Apa nasihat yang sepatutnya disampaikan kepada pemandu-pemandu kenderaan tersebut?

Pada keseluruhannya, saya berpendapat bahawa kenderaan jenis ini hendaklah dipasang kedudukan “Drive”.

Cara menekan injak minyak kuat-kuat sebagaimana dilaksanakan dalam kenderaan jenis “manual” turut dijalankan.

Adalah dipercayai bahawa sekiranya kesemua nasihat yang diberikan di atas dituruti dengan sempurna, sudah pasti anda akan berjaya melalui kawasan banjir itu dengan selamat.

Kemungkinan terdapat segelintir para pembaca yang sudah tentu ingin tahu sama ada dapat mencapai kejayaan 100% dalam usaha tersebut di atas.

Malangnya sekali, saya tidak berani menjamin iaitu anda pasti mencapai keputusan yang anda idamkan itu.

Berdasarkan kepada pengalaman saya yang lebih daripada 40 tahun sebagai seorang pemandu, saya memahami bahawa ada kalanya enjin kenderaan anda kemungkinan boleh “mati” diakibatkan beberapa sebab-sebab yang tertentu.


Faktor-faktor tersebut termasuk:-

  1. Bagi sesebuah enjin kenderaan itu jangan mati, “timing” enjin terpaksa berada dalam tahap yang tersempurna.
  2. Dengan jenis kenderaan bercorak “manual”, “ignition coil” (dalam model kenderaan jenis lama), mahupun “contact point”nya tidak boleh diizinkan terkena air banjir. Dalam jenis kenderaan yang bermodel lebih baru, maka kedua bahagian kenderaan hari ini diganti oleh “starter elektronik”.

Pendekata, saya berpendapat bahawa selagi kedua-dua bahagian yang tersebut di atas tidak terkena air, maka anda akan berjaya mengharungi banjir yang anda lalui.

Balik kepada soalan apakah yang sepatutnya dibuat oleh seorang pemandu yang berhadapan dengan keadaan banjir.

Nampaknya terdapat 2 perkara penting yang sepatutnya dilaksanakan.

Yang pertama adalah cuba mengharungi kawasan bajir dengan selamat.

Kedua, adalah cuba sedaya-upaya mempertahankan air banjir memasuki ke dalam paip ekszos kereta.

Ini akan menyebabkan enjin kereta anda mati pula.

Bolehkah anda claim insurans untuk kerosakan banjir?

Andainya kenderaan anda dibanjiri air banjir pula, adakah pihak “insurans” akan membayar ganti-rugi kepada pemilik kenderaan?

Sebagai seorang penulis, saya penuh yakin iaitu kebanyakan pemandu di Negara kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya.

Harus dimaklumkan di sini bahawa pihak Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) berkehendakkan orang ramai membeli lindungan insurans sama ada Parti ke-3 ataupun Parti Pertama ataupun insurans komprehensif sebelum cukai jalan sesuatu kenderaan dikeluarkan.

Rujukan yang dibuat oleh saya ini ke atas topik ini telah memberi saya suatu pengetahuan yang penting.

Elok diberitahu para pembaca bahawa perlindungan insurans “komprehensif” ataupun “Parti Pertama” merupakan sebahagian daripada polisi automobil anda.

Berita baik disini adalah, “Kenderaan anda pasti dilindungi oleh insurans.” Walau bagaimanapun, lainnya cerita dengan perlindungan insurans “Parti Ke-3” pula.

Liabiliti insurans parti tersebut di atas malangnya sekali tidak melindungi kerosakan yang diakibatkan banjir.

Kini, anda sedar mengapa pihak bank mahu anda membeli insurans “komprehensif” untuk kenderaan anda yang masih lagi di bawah skim bayaran beransur.

Bayaran “premium” antara insurans “komprehensif” dan “Third Party” sebenarnya tidak begitu ketara sangat.

Anda seharusnya memikir elok-elok perkara ini dengan teliti.

Andainya kenderaan anda dimasuki air dalam suatu banjir, apakah yang sepatutnya anda buat?


Di bawah adalah langkah yang anda sepatutnya laksanakan:-

  1. Berhubung dengan ejen insurans dengan segera.
  2. Membuat anggaran terhadap kerosakan kenderaan anda.
  3. Mengambil gambar kenderaan anda.
  4. Turut mengikuti kehendak-kehendak pihak syarikat insurans.

Lumrahnya,  syarikat insurans anda akan menghantar seorang “adjuster” ke rumah ataupun bengkel anda.

Sekiranya kerosakan kenderaan anda lebih dari jumlah yang diinsurankan, anda mempunyai 2 pilihan.

Anda boleh memilih untuk menerima “opsyen” atau pembayaran sekaligus.

Di Negara kita, Malaysia, ini diketahui sebagai “Total Loss”.

Adakah peraturan yang diamal di negara barat sama saja dengan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia?

Saya memegang kepada kepercayaan bahawa undang-undang adalah sama saja di mana-mana.

Walau bagaimanapun, saya akan berhubung dengan rakan insurans Encik Ah Peng dari syarikat Goh Bersaudara di Klang untuk mendapatkan pendapat beliau tentang hal ini.

Sampai setakat ini sahajalah artikel berkeneen dengan soal “banjir” dan tuntutan-tuntutan terhadap kerosakan yang dialami dalam sesuatu banjir itu.

Adalah diharapkan bahawa pemandu-pemandu akan lebih berpengetahuan tentang masalah banjir mulai sekarang.

Tuntutan kerosakan banjir bukannya masalah yang akan dihadapi sahaja oleh para pemandu.

Jangan dilupa juga masalah kerosakan kenderaan kemungkinan boleh berlaku.

Sayugia diingatkan bahawa ada kalanya  kerosakan “mekanikal” boleh juga timbul.

Kerosakan “gear” misalnya, seringkali dihadapi oleh ramai orang.

Di artikel yang berikutan, saya bercadang akan menyetuh tentang soalan ini dengan lebih lanjut lagi!


By | 2017-04-25T00:37:42+00:00 April 4th, 2017|Insurans Kenderaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment