Lesen Goods Driver’s License (GDL) Malaysia

Lesen GDL ataupun lesen memandu lori barangan adalah sejenis lesen memandu kenderaan vokasional.

Walaupun anda telah mendapatkan lesen memandu jenis D (Kereta) Malaysia, ia bukan bererti bahawa anda boleh memandu kesemua jenis kereta atau “kenderaan”.

Kereta atau kenderaan empunya “syarikat” ataupun kompeni tidaklah boleh di pandu anda.

Izinkan saya menjelaskan perkara dengan lebih lanjut atau teliti bagi pemahaman anda.

Harus anda faham bahawa kereta “kompeni” atau syarikat, biasanya khas untuk mengangkut “barangan”.

Ia di beri lesen sama ada Kelas A ataupun C.

Kenderaan yang sedemikian mempunyai logo kompeni, nama syarikat serta alamatnya di kedua-dua belah pintu.

Sekiranya anda sebagai misalkata pekerja sebuah kompeni dan anda di berikan tanggungjawab untuk memandu van syarikat, maka terlebih dahulu, anda haruslah mempunyai lesen Goods Driver’s License ataupun G.D.L.

Jika tidak, kalau anda di tahan pihak J.P.J. mahupun Polis, maka, anda akan di saman kerana tidak mempunyai lesen G.D.L.

GDL Malaysia

Syarat-syarat Mendapatkan G.D.L.

Apakah syarat ataupun  “keperluan” pada seseorang yang memohon G.D.L.?

Pada asasnya, yang di perlukan adalah:

1) Mempunyai lesen memandu jenis C.D.L. (Competent Driver’s License).

Perlu ingat, pemegang lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) dan “P” tidak layak memohon.

2) Haruslah berumur 21 tahun ke atas.

3) Harusnya dalam keadaan sihat.

Tahap kesihatan anda harus di kesah oleh seorang doktor.

4) Hanya warganegara serta penduduk tetap saja yang layak memohon.

Lesen GDL bukan untuk warga asing.

Langkah-langkah Memohon G.D.L.

Apakah langkah-langkah bagi seseorang untuk memohon G.D.L. Malaysia?

Langkah pertama, sudah tentu berjumpa dengan “instructor” sekolah atau institut memandu.

Apa pula barangan yang anda hendak bekalkannya?

Sebenarnya, anda hendaklah menyediakan perkara-perkara yang tertera di bawah:

1) Kepingan fotostat MyKad anda (dua belah).

2) Kepingan lesen memandu anda kedua-dua belah.

3) Borang JPJ L8A  termasuk borang medical check up (yang hendak di isi doktor).

Untuk muat turn Borang JPJ L8A, klik sini.

4) Resit doktor yang rasmi.

Kursus-kursus Yang Perlu Di hadiri

Selepas dokumen-dokumen di sebut di atas telah hantar ke pejabat J.P.J. untuk pengesahan, sekolah memandu anda sudah tentu akan memberitahu anda tarikh-tarikh yang anda perlu menghadiri 2 “kursus” serta satu “ujian bertulis” 50 soalan yang bercorak objektif.

Kursus pertama di jalankan oleh seorang pegawai institut itu sendiri.

Kursus kedua, biasanya di uruskan oleh seorang pegawai pihak J.P.J.

Contoh soalan ujian lesen GDL adalah:

  • Berapakah tempoh lesen yang di beri?
  • Apakah kesalahanan melebihi muatan?
  • Apakah tempoh larangan penggunaan lesen?
  • Apakah maksud BTM dan BDM?
  • Apakah kesalahan di dalam Akta JPJ Seksyen 42?
  • Apakah tujuan lorong kecemasan?
  • Soalan permeriksaan berkala.
  • Soalan permanduan di waktu malam.

Andainya, anda lulus peperiksaan objektif 50 soalan itu, anda layak memohon lesen G.D.L. anda.

Markah minima untuk lulus peperiksaan objektif ialah 42.

Dapatkan bantuan sekolah memandu anda dalam hal ini.

Sebagai nasihat, dapatkanlah senaskah buku tek yang berjudul “Vokasional” (Berhati-hati Di Jalanraya).

Ia adalah sebuah buku keluaran tempatan yang sudah tentu dapat membantu anda menyediakan ujian ini!

Lesen Memandu Lori Berat

Kebanyakan lesen GDL yang di keluarkan pihak JPJ adalah untuk kegunaan memandu van ataupun lori ringan yang tidak melebihi 3000 kg ataupun 3 tan.

Untuk membawa lori berat , anda perlu mendapatkan Lesen GDL E Full.

Untuk memohon lesen GDL E Full, anda terlebih dahulu perlu mendapatan lesen memandu Kelas E.

Lesen GDL E Full terdapat 2 jenis:

1) Lesen GDL kelas E untuk lori kejur ataupun lori rigid.

Lesen ini di perlukan untuk memandu lori Berat Tanpa Muatan (BTM) yang melebihi 7500 kg.

Kos untuk mendapatkan lesen ini di antara RM500 – RM850.

2) Lesen GDL kelas E untuk lori bersendi.

Jika anda berhasrat untuk memandu treler ataupun Prime Mover, anda perlu memohon lesen GDL lori bersendi.

Kos untuk mendapatkan lesen ini agak tinggi, di antara RM2000 -RM3000.

Terima kasih kerana membaca artikal ini dan di harapkan perkongsian saya dalam membantu anda.

By | 2021-02-19T09:30:47+08:00 February 18th, 2021|Goods Drivers' License|146 Comments

About the Author:

146 Comments

  1. along April 19, 2010 at 6:24 pm - Reply

    my gdl have been expired 2+ years ago. can i just simply renew it or reseat the gdl test.?

    • Cikgu Yap April 21, 2010 at 12:06 am - Reply

      Yes, GDL expired 2 years can be renewed. Get the necessary renewal form from a driving school. You have to go to a medical check up by a clinic doctor.

      • ram June 26, 2019 at 9:42 pm - Reply

        Cikgu Yap , sy seorg pekerja company ..boss sy paksa sy bawa kenderaan yg berdaftar dgn syarikat tanpa GDL ..alasan dia (boss) kata kete tiada barang tanpa brg bole bawa kete …tak GDL
        Tlg advice sy ..keliru

        • Cikgu Yap June 27, 2019 at 9:32 pm - Reply

          Saya, juga berpendapat kalau anda bawa kenderaan Syarikat dengan tiadaan GDL, tetapi kenderaan itu tiada membawa apa-apa barangan Semasa anda ditahan Oleh Pihak JPJ, maka anda dianggap TIDAK melakukan sebarang kesalahan. Maka, nampaknya penjelasan/pendapat “boss” anda itu memangnya BETUL!

  2. Hayati May 25, 2010 at 10:42 am - Reply

    If expired more than 7yrs. Does one has to reseat the exam to renew or simply fill form JPJ?

    • Cikgu Yap May 26, 2010 at 6:36 am - Reply

      If CDL, you have to sit for Part I and Part II of the Practical test.

  3. Faidzal June 3, 2010 at 11:37 am - Reply

    Cikgu, I’m asking for my brother. He is going to be 21 in coming November. He has full D licence. He wants to get the GDL for D licence. I understand the GDL for D can drive up to 3 tons Lorry. Is it true?

    Can he apply for GDL license now?

    There is 1 driving school in Puchong said that yes he can apply for the GDL since he has full D license. What do you think?

    My brother is so desperate to get the GDL license for D as he needs to carry goods to his customer. cant afford to rent a lorry every time.

    • Cikgu Yap June 5, 2010 at 5:01 am - Reply

      With D license, your brother can apply for GDL to driver a ton lorry. Yes, he can apply for GDL now.

      The Puchong driving school has given you the right answer.

  4. mamat July 27, 2010 at 12:26 am - Reply

    cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…

    • Cikgu Yap July 29, 2010 at 11:43 am - Reply

      GDL expired 1 year can be renewed. To renew GDL, you personally must be checked by a clinic doctor. I am uncertain if doctors registered overseas are accepted by authorities here.

      • Fik June 1, 2019 at 6:23 pm - Reply

        Kalau gdl kejur mati tujuh tahun. Perlu duduk ujian semula x.

        • Cikgu Yap June 1, 2019 at 8:56 pm - Reply

          Pada pendapat saya, anda buat GDL semula.

  5. waap October 12, 2010 at 11:53 am - Reply

    cikgu…boleh tak kongsi peraturan terbaru untuk spesifikasi kenderaan perdagangan yang tidak memerlukan permit seperti van, lori dan single cap. masih tak faham…kalau tidak perlu permit (individual use) jadi pemegang lesen P boleh ka membawa kereta itu…kawan ada bagitau, kenderaan bawah 3 tan tidak perlukan permit…harap boleh jelaskan sikit…tq sir

    • Cikgu Yap October 15, 2010 at 10:35 pm - Reply

      Setahu saya, van dan lori kecil untuk kegunaan sendiri (bukan perniagaan) tidak perlu permit. Kenderaan peribadi tidak nama syarikat di pintu. Itu penting.

  6. Normala March 22, 2012 at 12:34 am - Reply

    cikgu, kalau van atau lorry tidak mempunyai logo atau nama syarikat, boleh dipandu tanpa lesen GDL?

    • Cikgu Yap March 23, 2012 at 8:10 pm - Reply

      Lori kecil dan van tanpa logo syarikat merupakan kenderaan-kenderaan persendirian. Oleh itu, pada pendapat saya, ianya boleh di pandu tanpa GDL.

      • Adam June 24, 2014 at 10:07 am - Reply

        Baru-baru ini pekerja saya memandu van dan pick-up untuk membawa pekerja syarikat. Van & pick-up tersebut tiada nama & alamat syarikat disisi pintunya. Beliau tiada GDL dan dikenakan saman. Mohon penjelasan dari cikgu kenapa perkara begini boleh terjadi.

        • Cikgu Yap June 29, 2014 at 5:25 pm - Reply

          Saudara Adam, Pekerja anda salah. Pekerja akan disaman. Andad sebagai tuan empunya van akan disaman juga. Ini peraturan!

          Yap

  7. Angie Teo May 23, 2012 at 5:25 pm - Reply

    1.) If C22 nissan panel van, no printed company name & address on both side of door van. Please adv. whether the driver need to apply GDL or not ?

    2.) if my staff wants to apply GDL, do you know how much of institue cost charged ?

    Pls. help.

    • Cikgu Yap May 24, 2012 at 11:30 pm - Reply

      Your Nissan C22 is for private use.No GDL needed. GDL prices differ from place to place.

  8. johnson chan June 4, 2012 at 5:53 pm - Reply

    Hi cikgu yap,

    I have been reading your posts but couldnt find the answer for this. Can u help?
    Thanks in advance.

    How long can a GDL be expired and still able to get renew with just Dr’s checkup and paying the fees?

    I ask coz mine is 3.5years expired already, and I need to renew it.

    • Cikgu Yap June 6, 2012 at 7:21 am - Reply

      Your GDL has lapsed. 3 years is the maximum period.

  9. Alvin September 24, 2012 at 10:36 am - Reply

    I have a question to ask..if i hav a lori with BDM weight 3800kg,can a person wih gdl and d license drive?

    • Cikgu Yap September 25, 2012 at 7:08 pm - Reply

      GDL and D license can only drive vehicles up to 3000kg.

  10. jh November 3, 2012 at 7:32 pm - Reply

    GDL license malaysia need to wear safety belt when drive Van?

    • Cikgu Yap November 6, 2012 at 4:45 pm - Reply

      No safety belt required for GDL drivers driving vans.

  11. Aziey November 27, 2012 at 5:46 pm - Reply

    Cikgu Yap,

    Just nak tanya basic thing… syarikat saya mempunyai lori tangki dengan kapasiti 8000 liter. Apa kriteria yang diperlukan sebagai pemandu lori tangki ini?

    Ada berapa jenis lesen GDL?

    Thank you.

    • Cikgu Yap November 30, 2012 at 8:03 pm - Reply

      Basically, there is a GDL for smaller vehicles, less than 3 ton (D license). Larger lorries / vehicles need a larger GDL license. Drivers in this class must have E or E (Full) licenses. 8000 litres appears to me a large amount of capacity. As such, you company requires the 2nd class of GDL and license mentioned above.

  12. ranggikl December 12, 2012 at 6:10 pm - Reply

    Saya mempuanyahi lesen D dan lesen GDL D,SOALAN nya saya memandu lori BTM3000 dan BDM 5000 boleh ke saya memandu lori berkenaan, TQ

    • Cikgu Yap December 18, 2012 at 12:54 pm - Reply

      You can only drive a BTM3000 lorry not a BDM5000 one. The later lorry requires an E license.

  13. Info February 8, 2013 at 11:39 am - Reply

    kenderaan pejabat ada logo & nama syarikat. semua staf bawa ada lesen D sahaja. tiada GDL. kenderaan pejabat digunakan untuk bawa staf.

    • Cikgu Yap February 16, 2013 at 11:13 pm - Reply

      Yang sebenarnya, yang tiada GDL tidak boleh memandu kenderaan pejabat anda.

      • NazrinEin December 16, 2015 at 2:51 am - Reply

        Ada Beza kat situ…BDM dn BTM.. boleh memandu Lori 3500 untuk bwa brangan 5000kg untuk lesen kelas D…faham baik2 kat situ..Lesen kelas E berat tanpa Muatan 5000kg..berat dalam muatan boleh lebih..

  14. yong February 18, 2013 at 7:22 pm - Reply

    cikgu yap

    saya mempunyai lisen GDL class D BTM <=3,000kg

    bolehkah saya memandu lori 6 tayar dengan BDM <=3,000kg?

    sekian terima kasih

    • Cikgu Yap February 21, 2013 at 5:01 pm - Reply

      Ya, ada boleh bawa lorui 6 tayar dengan GDL anda.

  15. norman March 8, 2013 at 6:15 pm - Reply

    Cikgu yap,jika Saya pemegang lesen D,GDL..boleh bawa Lori btm3000kg sekali dengan muatan 2000kg..total muatan 5000kg.boleh ke cikgu yap??

    • Cikgu Yap March 12, 2013 at 4:34 pm - Reply

      Pada pendapat saya, syor-syor anda menurut peraturan pihak berkuasa.

  16. prakash May 18, 2013 at 1:52 am - Reply

    Cikgu, kalau saya sudah ada lesen G.D.L. (3tan), kemudian ingin nak ambik lesen P.S.V. ,kena duduk kursus 7 jam (ceramah) lagi ke tak?

    • Cikgu Yap May 22, 2013 at 3:42 pm - Reply

      GCL dan PSV adalah 2 jenis lesen berlainan. Betul, sekiranya hendak dapatkan PSV, terpaksa duduki dan hadiri kursus yang perlu.

  17. sarjan bluess June 9, 2013 at 3:58 pm - Reply

    Cikgu, kalau saya sudah ada lesen GDL- Lori bersendi, bolehkah saya membawa van kompeni. Mohon pencerahan

  18. izn... June 20, 2013 at 1:12 pm - Reply

    betul ke? sekarang JPJ dah nak up gred GDL lesen D, boleh bawak lorry BTM 3500kg?

    • Cikgu Yap June 26, 2013 at 5:12 pm - Reply

      Khabar angin seperti di sebutkan anda tidak patutnya di percayai.

      • John May 22, 2019 at 2:31 pm - Reply

        Hello cikgu
        Berapa lama masa yang diberi untuk renew lesen di jpj setelah lulus ujian gdl

        • Cikgu Yap May 22, 2019 at 5:03 pm - Reply

          Biasanya, keputusan tahan selama satu tahun. Bagaimanapun, dinasihatkan anda keluarkan lesan secepat mungkin.

  19. ajak June 26, 2013 at 5:43 pm - Reply

    Saya nak tanya,PSV bas biasa boleh di gunakan pada bas double deck?
    Lagi 1 klau ujian praktikal PSV bas ni ada naek bukit tak

    • Cikgu Yap June 28, 2013 at 3:12 pm - Reply

      PSV bas berdasarkan kepada kelas lesen iaitu E, bukan kepada berapa tingkat bas itu.

  20. jacks June 27, 2013 at 12:16 pm - Reply

    Cikgu yap, kalau utk orang oku yang berminat nak abii GDL boleh tak,,macam mana caranya…lagi 1 kalau yg gagal ujian boleh lulus tak maksudnya orang oku…

    • Cikgu Yap June 28, 2013 at 3:12 pm - Reply

      Jumpa pegawai-pegawai JPJ dulu untuk dapatkan kebenaran.

  21. raffiqs June 29, 2013 at 1:02 am - Reply

    Cikgu Yap,
    Sekiranya saya ada lorry luton (lori pasar malam),perlukah saya ambil lesen gdl?

    • Cikgu Yap July 2, 2013 at 5:41 pm - Reply

      GDL untuk rakyat tempatan sahaja. Membawa lori ankutan perlu GDL.

  22. anas September 9, 2013 at 9:28 pm - Reply

    cikgu yap.. saya mahu apply gdl utk van yg membawa barang-brang company saya. adakah caranya seperti yang di nyatakan di atas?

    • Cikgu Yap September 10, 2013 at 7:16 pm - Reply

      Sila baca artikel dengan teliti dan ikuti nasihat yang di beri.

  23. abdul hadi November 21, 2013 at 2:36 pm - Reply

    Tuan, boleh ka saya bawa lori persendirian BDM3tan tanpa GDL untuk membawa barang perniagaan saya sendiri seperti berniaga di pasar malam.

    • Cikgu Yap November 29, 2013 at 3:38 pm - Reply

      Lori 3 tan bawa barangan sendiri perlu GDL.

  24. khalifah April 7, 2014 at 8:15 pm - Reply

    cikgu yap.saya nak tanya..saya dah ada gdl kelas d…jika saya nak gdl kelas e .adakah saya kena ambil ujian lagi?.

    • Cikgu Yap April 11, 2014 at 1:27 pm - Reply

      Ujian lesen Kelas E (lori)

  25. Izwan bin ismail June 17, 2014 at 10:18 pm - Reply

    Saya mempunyai lesen gdl btm 3500,boleh kah saya bawa lori bonded 6 tayar bdm 5000 cikgu?

    • Cikgu Yap June 19, 2014 at 6:39 pm - Reply

      Saudara Izwan, Daripada pengalaman saya, kiranya lori bonded 6 tayar itu 3 tan dan bawah, maka anda memangnya boleh!

      Yap

  26. Asyraf Nasir August 12, 2014 at 9:23 am - Reply

    Cikgu, kalau saya nak mengambil lesen gdl. Dia ada test jpj tak? Ke cuma dengar ceramah dan latihan asas?

    • Cikgu Yap August 16, 2014 at 12:24 pm - Reply

      Jalani ujian doktor, dengar ceramah dan jalani ujian bertulis.

  27. hafiz August 31, 2014 at 1:46 pm - Reply

    Cikgu saya msih tidak faham krana bru mempunyai lesen gdl BTM3500kg dan blh ke saya membawa lori BTM 3400 kg dan BDM 5000kg?

  28. red September 14, 2014 at 12:46 am - Reply

    hi Cikgu,
    soalan saya,
    1. saya ingin berniaga membawa lori luton dibawah 3tan yang membawa barang-barang niaga sendiri(niaga pasar malam, niaga tepi jalan), adakah sy perlu mempunyai lesen GDL?

    2.apakah sebab yang memerlukan kita mencetak nama ditepi pintu lori tersebut? salah ke kalau tak cetak nama tepi pintu?

    terima kasih

    • Cikgu Yap September 14, 2014 at 7:48 pm - Reply

      Saudari Red, Anda perlu GDL. Sebarang kenderaan angkutan perlu ada nama di tepi pintu.

  29. Amy Shariff September 19, 2014 at 10:11 am - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Pertama sekali, terima kasih kerana sudi berkongsi artikel ini dgn pembaca2 yg lain, ia sangat membantu. Saya ada beberapa soalan nak tanya Cikgu, saya ada lesen D, ingin membeli panel van kecil seperti Daihatsu @ Nissan NV200 utk kegunaan perniagaan runcit. Perlu kah saya dapatkan lesen GDL? Permit? Terima kasih kerana sudi membaca & membalas komen saya.

    • Cikgu Yap September 20, 2014 at 8:28 am - Reply

      GDL perlu ada. Elok daftarkan perniagaan anda.

  30. amir September 24, 2014 at 11:20 pm - Reply

    Cikgu yap..
    Berapa ka kos yang perlu di bayar untuk ambil lesen GDL mohon bantu cikgu..

    • Cikgu Yap September 30, 2014 at 2:29 pm - Reply

      Kos berbeza dari tempat ke tempat.

  31. ajimlah999 October 10, 2014 at 8:30 pm - Reply

    Hi cikgu yap,
    I pemegang lesen P lagi, lagi 5 bulan nak habis..
    Ade cara lain tak i nk dptkan lesen GDL??
    Urgent. Tq

    • Cikgu Yap October 12, 2014 at 5:48 pm - Reply

      GDL bukan untuk pemegang P.

  32. Nazrin Ridhwan November 5, 2014 at 1:09 am - Reply

    Cikgu Yap,

    I’m looking to buy a Nissan C22 lorry.

    It is for personal use, i have a Dusun in Langat but I live in Gombak.

    I’ll be using the truck once every few time to transport stuff (buah2, kusi, periuk kenduri) from Dusun to my house and vice versa.

    There won’t be any markings on the side of the truck like nama syarikat or what not.

    Do i need a GDL license?

    • Cikgu Yap November 7, 2014 at 7:58 pm - Reply

      Dear Nazrin, JPJ anggap lori sendid, walaupun digunakan untuk mengangkut barangan sendiri sekali-sekala dapat diizinkan. Kiranya dibuat senantiasa, elok ada dokumen-dokumen sah (GDL dan daftarkan perniagaan) suapya elakkan daripada tindakan pihak berkuasa.

  33. leyno November 21, 2014 at 5:23 pm - Reply

    cikgu yap

    saya ada lesen psv teksi.soalan saya boleh kah saya memandu van persiaran?

    • Cikgu Yap November 23, 2014 at 11:00 am - Reply

      Dear Leyno, No reason why not!

  34. Syahmi December 17, 2014 at 1:33 am - Reply

    Cikgu, saya nak tanya….saya sekarang ada lesen kereta tapi masih di dalam tempoh P, saya bercadang nak ambil lesen psv bas….macam mana cara saya nak memandu bas yang double deck tu….mereka guna lesen apa ye?
    Saya sudah berumur 21 tahun.
    Saya harap cikgu boleh jelaskan dekat saya….terima kasih.

    • Cikgu Yap December 19, 2014 at 10:54 am - Reply

      PSV bukan untuk pemegang P.

  35. Adib January 16, 2015 at 2:17 pm - Reply

    Cikgu yap..saya ada lesen D & E2, boleh ke bawa lori 3 tan mana-mana kompeni tanpa GDL?

    • Cikgu Yap January 18, 2015 at 4:25 pm - Reply

      Tiada GDL tak boleh!

  36. Hafizi January 18, 2015 at 8:43 pm - Reply

    Cikgu. Sy bercadang nak beli lori 3 tan tp masih belum mempunyai gdl. Boleh ke sy bawa lori tersebut pulang tanpa barangan tapi tiada gdl? Tq

  37. sendiri bhd.. February 18, 2015 at 4:57 am - Reply

    saya mempunyai lesen gdl btm3500kg…saya memandu lori kargo 6tayar btm5000kg…jikalau saya disaman melebihi muatan adakah kiraan timbang itu dikira drpd btm3500kg atau btm5000kg?

    • Cikgu Yap March 1, 2015 at 10:57 pm - Reply

      Kalau lebih muatan, anda akan kena saman!

  38. aiey April 19, 2015 at 3:16 pm - Reply

    Cikgu.. pemandu lori kecil, pasar malam perlu GDL ke?..

    • Cikgu Yap April 23, 2015 at 8:20 pm - Reply

      Ya, anda perlu GDL.

  39. rizan August 12, 2015 at 4:31 pm - Reply

    Cikgu

    Saya ada lesen E + GDL sekiranya sy hendak ambil PSV (bas) adkah perlu sy bljar praktikal + teori lagi @ dgr ceramah dan ujian bertulis shj..

    • Cikgu Yap August 14, 2015 at 1:55 pm - Reply

      Hadir kursus, hadapi periksa dan jalani praktikal.

  40. ali September 4, 2015 at 12:24 am - Reply

    cikgu yap..

    Saya ada sebuah lori (BTM 2950 dan BDM 4500) – 6 Tayar.
    Saya bercadang mengambil GDL.

    soalan saya:

    Boleh kah saya bawa lori itu dengan lesen D atau sy perlu ambil E

    tq.cikgu

    • Cikgu Yap September 8, 2015 at 8:53 pm - Reply

      Your lorry is less than 3 tons. Experience tells me your D license is usable.

      • Zul August 28, 2019 at 1:50 pm - Reply

        Hai cikgu, saya ada gdl d sekarang, tetapi lori tulis btm 3ton dan bdm 5ton, adakah saya boleh bawak lori tu guna gdl d saya? Saya tak brape faham..

        • Cikgu Yap August 30, 2019 at 5:37 pm - Reply

          Pada pendapat saya, GDL anda izinkan bawa lori 3 ton saja. Saya rasa muatan 5 ton lebihi had GDL 3 tan anda. Elok dapatkan penjelasan J.P.J.

  41. one September 9, 2015 at 8:54 am - Reply

    cikgu yap…sy ada bt lesen GDL D…lesen D mempunyai BTM 3500kg..dan semasa kursus sy ada tanya pegawai jpj dan beliau mbrthu boleh mmbawa lori yg bwh 5000kg…mknye sekarang sy boleh bawa lori 5tan ke bawah ke?

    • Cikgu Yap September 10, 2015 at 3:54 pm - Reply

      My opinion is a D license with GDL can drive a below 3000kg vehicle.

      • Husni September 17, 2015 at 3:38 pm - Reply

        Cikgu Yap,
        saya ingin tahu jika sudah ada lesen kelas D dan E,perlukah kena ada GDL untuk membawa van dan lori tidak melebihi 3tons. Lagi satu sudah ada kelas E bagaimana nak dapat GDL 3tons kebawah perlu kursus lagi ke.

        • Cikgu Yap September 23, 2015 at 5:41 pm - Reply

          Pengangkutan lori dan van perlu GDL. Kalau ada E, ambil kursus GDL dan anda akan dapat GDL lebih 3 ton.

  42. amy September 24, 2015 at 12:32 am - Reply

    Cikgu yap..saya mempunyai gdl..soalan saya..
    1.mksud 2 perkerja sendiri sahaja yang tertera di sebalik body kenderaan adalah apa?..

    • Cikgu Yap October 7, 2015 at 9:00 am - Reply

      Anda boleh bawa 3 orang kesemuanya.

  43. one October 7, 2015 at 11:42 pm - Reply

    ckgu yap kte lisen D 3000kg ke bwh tapi kalau diikutkan BTM D ialah 3500kg…ini brmksud lori 5tan BTM masih tak melebihi 3000kg..jadi apakah maksud berat tanpa muatan 3500kg..mhon bantuan dr c.gu yap.sy btol2 xfhm skrang?

    • Cikgu Yap October 15, 2015 at 3:57 pm - Reply

      3500kg kan lebih berat daripada 3000kg? Tidak boleh melebihi 3000kg.

      • Suka Tanya April 12, 2016 at 7:54 pm - Reply

        Cikgu Yap, Saya baru saja perolehi Lesen E _ BTM melebihi 7500kg.. Dan Lesen GDL D_ BTM 3500kg. Soalan saya, boleh ka saya pandu Lori syarikat yang berat nya lebih 7500kg sedang kan GDL hanya 3500kg.. ?

  44. Lan October 28, 2015 at 1:46 am - Reply

    Saya dah ada lesen E. Perlukah saya ambil gdl untuk bawak lori lebih pada 3tan

  45. Shafiq January 15, 2016 at 2:35 am - Reply

    Salam Sejahtera Cikgu…
    Saya ada Beberape Soalan…
    1) Saya Mempunyai Lesen B , D , E .. Sy sudah Membaca Artikel Cikgu. Tetapi saya masih Konfius Tntg Prosedur Untuk Memohon GDL.
    2) Saya Ingin Memohon PSV. Dan saya bekerja Sebagai Anggota Beruniform. Kenapa Anggota keselamatan Beruniform Tidak Boleh Untuk memohon PSV?.
    3) Berapakah Kos Purata Standard Untuk mengambil Lesen GDL dan PSV?

  46. sheeda latif February 7, 2016 at 1:17 pm - Reply

    salam cikgu…

    saya memiliki lesen D , dan sekarang ingin memulakan perniagaan food truck , dan memiliki sebuah lori 03ton , apa kan lesen atau permit lain yang perlu saya miliki ?

    terima kasih
    sheeda latif

  47. shahroni March 28, 2016 at 1:53 pm - Reply

    cikgu yap, sy nk tnya lesen GDL D BTM=3500 KG tu mcmn? Bkn lesen E ke, bkn apa sbb sy nk memohon kerja mereka memerlukan lesen GDL E,sy keliru ckit berkenaan GDL tu

  48. fiza May 23, 2016 at 1:11 pm - Reply

    hi cikgu yao , kalau saya ase foodtruck 1.5 kene jugak mohon lesen gdl ke ? or boleh guna lesen kereta ? sbb ramai cakap boleh guna lesen kereta sbb dia belum lebih satu tan

  49. Zikree December 21, 2016 at 3:05 pm - Reply

    Hi cikgu yap, sy baru kena saman sebab tiada lesen GDL. Boleh jelaskan kenapa saya perlu ada lesen GDL? Saya guna kereta sewa 4wd Mitsubishi Triton..Office saya yang sewa. Kereta sewa pun perlukn lesen GDL? Tolong jelaskan cikgu yap.

    Terima Kasih

    • Cikgu Yap May 1, 2017 at 10:44 am - Reply

      Jika 4WD yang di sewa oleh syarikat untuk kegunnaan mengangkut barangan dan pekerja, anda perlu ada GDL.

  50. Nantha January 26, 2017 at 6:40 pm - Reply

    Kalau tak pandai belajar macam mana cik yap.

    • Cikgu Yap January 26, 2017 at 9:23 pm - Reply

      Kenalah lebih berusaha.

  51. aiem February 12, 2017 at 9:46 pm - Reply

    Cikgu yap..kalau saya ada lesen D…lepastu saya nak bawak lori company BTM 2000kg… Hanya perlu ambil G.D.L sahaja atau perlu ambil lesen E…. Lori tersebut hanya bawa barangan kerja maintanance TM…yang beratnya tidak melebihi 100kg

    • Cikgu Yap May 3, 2017 at 12:24 am - Reply

      GDL biasa sudah memadai kerana anda boleh bawak lori BTM hingga 3000 kg.

  52. Ramli March 18, 2017 at 11:05 pm - Reply

    Dear Cikgu Yap,
    Saya orang tempat berniaga sendiri dan barang niaga saya angkut menaiki kenderaan persendirian (Pajero). Saya hanya ada lesen kelas D dan kenderaan tiada cop body. Adakah saya salah di sisi undang2 malaysia?

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 12:26 pm - Reply

      Memang salah.

  53. Ali April 12, 2017 at 3:22 pm - Reply

    Hi cikgu yap
    Saya bekerja sebagai mekanik dan memiliki lesen D
    Saya sering memandu lori 1 tan untuk test drive apabila diservis
    Soalan saya..adakah saya boleh membawa lori tersebut tanpa GDL

    • Cikgu Yap May 24, 2017 at 9:24 pm - Reply

      Soalan Ali agak susah untuk di jawab. Kalau Ali hanya test drive lori yang di servis, dan lori tidak membawa apa-apa barangan, anda tidak perlu ada GDL. Lesen D sudah mencukupi. Lesen D membenarkan anda memandu kenderaan BTM 3500 kg. Ingat, pastikan lori tersebut tidak membawa apa-apa barangan. Cadangan terbaik saya adalah, Ali, jangan test drive lori tersebut, dapatkan orang yang ada GDL untuk test drive.

      • Andy February 15, 2019 at 6:30 pm - Reply

        Saya ada lesen kelas D sahaja apakah saya boleh bawa kenderaan seperti van menghatar orang..atau lori kecil dengan muatan tidak melebihi berat 3500 tolong jelas..TQ

  54. david July 31, 2017 at 12:01 am - Reply

    Cikgu Yap May 3, 2017 at 12:24 am – Reply
    GDL biasa sudah memadai kerana anda boleh bawak lori BTM hingga 3000 kg.

    Soalan Ali agak susah untuk di jawab. Kalau Ali hanya test drive lori yang di servis, dan lori tidak membawa apa-apa barangan, anda tidak perlu ada GDL. Lesen D sudah mencukupi. Lesen D membenarkan anda memandu kenderaan BTM 3500 kg. Ingat, pastikan lori tersebut tidak membawa apa-apa barangan. Cadangan terbaik saya adalah, Ali, jangan test drive lori tersebut, dapatkan orang yang ada GDL untuk test drive.

    Cikgu Yap, GDL membolehkan driver membawa berat BTM 3000 atau BTM 3500 ?

  55. Calvin Chow September 15, 2017 at 12:04 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Syarikat saya ingin membeli sebuah Van untuk bawa pekerja, van daftar atas nama syarikat dan tiada apa apa logo atau permit dilekatkan dibadan kenderaan (Jika ini dibenarkan oleh JPJ) adakah mana mana staff yang memandu Van tersebut perlu ada lesen GDL atau hanya perlu ada lesen D? Apa pula dengan kereta sedan biasa? Daftar atas nama syarikat dan pemandu hanyak perlu ada lesen D ? Terima kasih Cikgu..

    • Cikgu Yap October 28, 2017 at 9:14 am - Reply

      Kenderan untuk mengangkut memerlukan insurans dan pemeriksaan JPJ.

  56. Aveleena Hassan September 29, 2017 at 1:37 pm - Reply

    Hi Cikgu
    Kalau saya nak convert lori kotak kargo eg: lori ice menjadi campervan, adakah saya perlukan lesen GDL? Campervan ini bertujuan untuk membawa keluarga bercuti. Macam rumah bergerak. Tq.

    • Cikgu Yap October 28, 2017 at 9:07 am - Reply

      Jumpa pihak JPJ negeri ataupun PUtrajaya untuk nasihat seterusnya.

  57. Zam October 15, 2017 at 3:47 pm - Reply

    Sya nak tanya… Saya ada lesen gdl d btm <3500… Adakah sya boleh bawa lori 3tan yg ada crane dkat blkng…

    • Cikgu Yap October 28, 2017 at 8:59 am - Reply

      Boleh!

  58. Tan November 1, 2017 at 5:40 pm - Reply

    Hi Cikgu,

    May i ask. if my driver have GDL license < 3500 kg BTM, can he drive a BDM of 7500 tons.
    I understand that now Hino, Mitsubishi had BDM 7500 ton. Isuzu also will be launching 7500 tons.

    Earlier the BDM was 5000 kgs & now it open to 7500kgs, does that means the driver can carry more
    heavier load.
    Hope to hear from you.'Tq

  59. Amat Dandi November 9, 2017 at 12:58 pm - Reply

    Hi Cikgu, Saya bekerja dalam syarikat dan mempunyai lori dengan sticker BTM: 3170KG dan BDM: 5000KG.
    Soalan saya, jikalau saya memuat barang barang dengan berat 6000kg (maksud saya seluruh berat iaitu berat lori campur berat barang barang) D kenakan saman atau tidak?

  60. Resaldhi November 14, 2017 at 6:40 pm - Reply

    Hi cikgu…
    Sy nk tanya, sy mempunyai lesen CDL(D)… Bolehkah sy memandu hilux milik kompeni tp tiada logo kat pintu kenderaan tersebut..? Terima kasih

  61. Gabriel August 15, 2018 at 8:28 pm - Reply

    GDL kalau tulis di badan lori untuk 3 orang perkerja sahaja, adakah driver di kira di dalam 3 orang tersebut? atau 3 perkerja + 1 driver = 4 orang

  62. Pardi August 28, 2018 at 10:58 pm - Reply

    Hai Cikgu Yap
    Sy ada gdl E bolehkah sy bawa lori yg kelas kecil?

  63. Mohamad zakri zakaria September 27, 2018 at 10:38 am - Reply

    sy tidak menpunyai lesen kereta..boleh ke kalau selepas ambik lesen kereta trus buat GDL??

  64. zack October 1, 2018 at 12:46 pm - Reply

    adakah btm itu hanya berat kenderaan sahaja atau sekali penumpang. boleh cg jelaskan?

  65. Ie-ie90 October 2, 2018 at 12:41 pm - Reply

    Cikgu yap…saya dh ade gdl D dn lesen Ekejur…sekrng gdl E kejur ni nk kene menjalani ujian sekali lg ke

  66. AZALIZAM December 13, 2018 at 3:43 pm - Reply

    HI CIKGU
    SAYA NAK TANYA SEKIRANYA LESEN TELAN EXP 10 TAHUN ADAKAH PERLU BUAT BARU DAN BERAPA BAYARAN YEA??

  67. Jay March 27, 2019 at 4:57 pm - Reply

    Hai sir,,
    Sy memiliki lesen D upgrade lesen E + gdl(kejur). Jika sy memndu lori kecil 3 tan,sy boleh gunakan lesen kelas diats ke? Atau sy perlu mengmbil gdl <3500kg… Sgt2 confius.. minta penjelasan cikgu… Thx..

    • Will Yap April 9, 2019 at 12:10 pm - Reply

      Anda boleh teruskan membawa lesen D. Tapi lebih elok buat membuat penukaran lesen ke E dan >GDL 3500kg

  68. Tun April 10, 2019 at 12:59 pm - Reply

    Assalam cikgu..kalau ade sakit kronik diabetis boleh mohon gdl ke?

    • Will Yap April 10, 2019 at 8:21 pm - Reply

      Kalau anda boleh lulus pemeriksaan “medical” memang BOLEH

  69. tey July 4, 2019 at 10:37 pm - Reply

    hi cikgu
    if i already got the GDL license can i direct apply the psv license without the test ??

  70. Syafie July 24, 2019 at 11:28 pm - Reply

    Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, boleh tak kalau saya hendak membuat 1 latihan lesen gdl sebelum saya hendak mula 1 ujian yang sebenar.

    • Cikgu Yap July 25, 2019 at 5:22 pm - Reply

      Bincang hal ini dengan institut di mana anda buat kursus.

  71. Nain September 10, 2019 at 9:30 pm - Reply

    Hi Cikgu
    Saya mempunyai Lesen B-Full & D serta GDL (D).
    Jika saya berhasrat utk membawa Motorsikal Tiga Roda,perlukah saya memiliki juga Kelas C ?
    Dan perlukah saya mengambil lagi ujian GDL untuk motorsikal…?

    • Cikgu Yap September 14, 2019 at 9:32 pm - Reply

      Motorsikal kelas C, perlu kelas “C”, saya kurang pasti, tapi saya berpendapat GDL sama saja.

    • Pabjoe November 8, 2019 at 7:51 am - Reply

      Hi cikgu yap, lori btm 3500 tu bermaksud berat yang ditambah muatan ataupun berat lori sahaja? Jika saya ada gdl d, boleh kah saya membawa lori btm3500 beserta dengan muatan penuh alat alat besi didalam lori tersebut? Thanks in advance for answering my question cikgu yap.

      • Cikgu Yap November 8, 2019 at 12:57 pm - Reply

        Lori 3500 ta’ oleh bawa lebih berat atas. Jadi GDL anda tidak boleh memandu lori dan muatan bebih itu.

  72. sabri September 20, 2019 at 8:31 am - Reply

    Comment…cikgu..sy nak minta penjelasan..saya tidak di benar kan memandu kenderaan awam di sebab kan masaalah background..apa perlu saya buat

    • Cikgu Yap September 20, 2019 at 3:22 pm - Reply

      Kalau ada saman yang belum dibayar, SELESAI kan! Kiranya anda disenarai hitamkan, maka peluang anda mengendalikan kenderaan awam seperti bas dan lori adalah TIPIS. Walau apapun “larangan”(ban) diatas sudah tentu ada tempoh larangannya. Tamatnya tempoh ini, bolehlah anda teruskan perkhidmatan anda. Tapi mohon lah balik sijil-sijil PSV dal GDL.

  73. Mr lucas October 16, 2019 at 12:13 pm - Reply

    Cikgu, Soalan ujian GDL
    bahagian c ,soalan set 1,2and3 batul kah
    terima kasih

    • Cikgu Yap October 16, 2019 at 9:47 pm - Reply

      Tentang persoalan anda, penulis ini ta’dapat comment sebab tidak pernah menghadapi ujian tersebut.

  74. rjap November 9, 2019 at 7:30 pm - Reply

    cikgu nak tanya,kalau ada saman trafik saman.no.kompaun boleh tak ambil gdl

Leave A Comment