Bagaimana Seorang Pemandu Boleh Mencapai Lesen G.D.L.

Cara-cara Mendapat Lesen G.D.L. (Goods Driver’s License) Di Malaysia
Sepertimana di terangkan di artikal yang lebih awal di siarkan di blog ini, selepas mendapatkan lesen memandu jenis D (Kereta), bukan bererti bahawa anda boleh memandu kesemua kereta atau “kenderaan”.
Kereta atau kenderaan empunya “syarikat” ataupun kompeni tidaklah boleh di pandu anda.
Izinkan saya menjelaskan perkara dengan lebih lanjut atau teliti bagi pemahaman anda.
Mula, harus anda faham bahawa kereta “kompeni” atau syarikat, biasanya khas untuk mengangkut “barangan”. Ia di beri lesen sama ada Kelas A ataupun C.
Kenderaan yang sedemikian mempunyai logo kompeni, nama syarikat serta alamatnya di kedua-dua belah pintu. Sekiranya anda sebagai misalkata isteri si Pengarah kompeni tersebut, berhasrat untuk memandu atau membawa Pajero syarikat suami puan, maka terlebih dahulu, puan harusnya mempunyai lesen G.D.L.
Kiranya tidak, kalaunya di tahan pihak J.P.J. mahupun Polis, maka, puan di saman kerana tidak mempunyai G.D.L. Selepas ini saya berharap bahawa puan sudah faham masalah ini.
Apakah “keperluan” pada seseorang yang memohon G.D.L. itu? Pada asasnya, yang di perlukan adalah:
1) Mempunyai lesen memandu jenis C.D.L. (Competent Driver’s License). Perlu ingat, pemegang lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) dan “P” tidak berlayak memohon.
2) Haruslah berumur 21 tahun ke atas.
3) Harusnya dalam keadaan “sihat”. Seorang doctor hendaklah mengesah keadaan kesihatan anda.
4) Hanya warganegara serta penduduk tetap saja yang layak memohon.
Apakah langkah pertama bagi seseorang yang ingin memohon G.D.L. itu buat? Langkah pertama, sudah tentu berjumpa dengan “instructor” sekolah atau institut memandu.
Apa pula barangan yang anda hendak bekalkannya? Sebenarnya, anda hendaklah menyediakan beliau dengan yang tertera di bawah:
1) Kepingan fotostat MyKad anda (dua belah).
2) Kepingan lesen memandu anda kedua-dua belah.
Lain-lain yang anda juga di perlukan adalah:
1) Borang JPJ L8A (yang hendak di isi doktor).
2) JPJ 12 (berwarna kuning).
3) Resit doktor yang rasmi.
Selepas dokumen-dokumen di sebut di atas telahpun di hantar ke pejabat J.P.J. untuk pengesahan, sekolah memandu anda sudah tentu akan memberitahu anda tarikh-tarikh yang anda perlu menghadiri 2 “kursus” serta satu “ujian bertulis” 50 soalan yang bercorak objektif.
Terlebih dulu, anda di minta menghadiri 2 kursus. Kursus pertama di jalankan oleh seorang pegawai institut itu sendiri. Kursus kedua, biasanya di uruskan oleh seorang pegawai pihak J.P.J. pula.
Andainya, anda lulus peperiksaan objektif 50 soalan itu, markah lulus 42, anda layak memohon lesen G.D.L. anda.
Bayaran G.D.L. Cuma RM20 saja. Dapatkan bantuan sekolah memandu anda dalam hal ini.
Sebagai bantuan atau nasihat akhir, dapatkanlah senaskah buku tek yang berjudul “Vokasional” (Berhati-hati Di Jalanraya), sebuah buku keluaran tempatan, yang sudah tentu dapat membantu tuan-puan menyediakan ujian ini!

my gdl have been expired 2+ years ago. can i just simply renew it or reseat the gdl test.?
Yes, GDL expired 2 years can be renewed. Get the necessary renewal form from a driving school. You have to go to a medical check up by a clinic doctor.
If expired more than 7yrs. Does one has to reseat the exam to renew or simply fill form JPJ?
If CDL, you have to sit for Part I and Part II of the Practical test.
Cikgu, I’m asking for my brother. He is going to be 21 in coming November. He has full D licence. He wants to get the GDL for D licence. I understand the GDL for D can drive up to 3 tons Lorry. Is it true?
Can he apply for GDL license now?
There is 1 driving school in Puchong said that yes he can apply for the GDL since he has full D license. What do you think?
My brother is so desperate to get the GDL license for D as he needs to carry goods to his customer. cant afford to rent a lorry every time.
With D license, your brother can apply for GDL to driver a ton lorry. Yes, he can apply for GDL now.
The Puchong driving school has given you the right answer.
cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…
GDL expired 1 year can be renewed. To renew GDL, you personally must be checked by a clinic doctor. I am uncertain if doctors registered overseas are accepted by authorities here.
cikgu…boleh tak kongsi peraturan terbaru untuk spesifikasi kenderaan perdagangan yang tidak memerlukan permit seperti van, lori dan single cap. masih tak faham…kalau tidak perlu permit (individual use) jadi pemegang lesen P boleh ka membawa kereta itu…kawan ada bagitau, kenderaan bawah 3 tan tidak perlukan permit…harap boleh jelaskan sikit…tq sir
Setahu saya, van dan lori kecil untuk kegunaan sendiri (bukan perniagaan) tidak perlu permit. Kenderaan peribadi tidak nama syarikat di pintu. Itu penting.
cikgu, kalau van atau lorry tidak mempunyai logo atau nama syarikat, boleh dipandu tanpa lesen GDL?
Lori kecil dan van tanpa logo syarikat merupakan kenderaan-kenderaan persendirian. Oleh itu, pada pendapat saya, ianya boleh di pandu tanpa GDL.