Memperolehi Lesen Kategori “E”

Posted on June 9th, 2009

Lesen Kategori “E” – Treler

Walaupun telah berkecimpung dalam arena sekolah memandu buat begitu lama, saya gagal mengambil usaha bagi mendapatkan Lesen E untuk kenderaan treler.

Mungkin institut saya saiz kecil dan perkhidmatan mempelajari lori berjenis treler bukanlah satu-satu daripada perkhidmatan yang ditawarnya. Jadi akhirnya, sayapun tidaklah mengambil langkah untuk mencapai lesen jenis atau kategori lesen tersebut.

Dalam hasil karya ringkas ini, saya hanya akan menumpukan perhatian kepada keperluan-keperluan mencapai Lesen Treler (Kelas E) sahaja.

Keperluan-keperluan singkatnya adalah:

i) mesti ada Lesen E (lori biasa),

ii) perlu menghadiri Kursus Teori 6 Jam untuk mendapat JPJ L2B,

iii) harus keluarkan Lesen L (Probationary Drivers’ License) yang baru.

Elok tuan-tuan berdaftar dengan institut berdekatan. Perkara-perkara (i) – (iii) sudah tentu dapat diselesaikan dengan mudah. Institut-institut yang saiz lebih 7 ekar besarnya, tentu dapat memberi perkhdmatan yang anda perlu.

Keperluan-keperluan ujian lebih baik diserahkan kepada pihak Institut. Ujian jalan raya serta lain-lain keperluan nampaknya baik diserahkan kepada pihak Institut juga.

Andainya anda berjaya Lulus ujian Kelas E (treler), anda hendaklah mengambil langkah bagi membuat cantuman lesen Kelas F (treler) kepada lesen yang anda sedang miliki.

Harus diperingatkan hendak membuat perubahan kepada lesen G.D.L. (Goods Drivers’ License) anda sebelum boleh memandu kategori jenis E (treler) anda yang baru.

Sekiranya ada apa-apa kemuskilan, sila berjumpa pihak institut atau sekolah memandu anda.



No Comments • Posted in Lesen Lori

Memperolehi Lesen Kelas E (Lori) Atau Motorkar Berat

Posted on May 28th, 2009



Pada tahun 50an and 60an, seorang calon yang ingin mendapatkan jenis Lesen Kelas E (lori) boleh terus mempelajari Lori dengan tidak payah mempunyai Lesen Kelas D (Kereta) terlebih dulu. Tetapi hari ini telah berlaku perubahan dimana calon yang hendak mengambil Lesen Kelas E (lori) harus mempunyai Lesen Kereta (D) terlebih dulu. Lojik dibelakang kehendak syarat ini adalah bagaimana seorang calon dapat mengawal atau memandu lori manakala ia tidak tahu pula mengawal kenderaan kecil seperti kereta terlebih dulu.

Kemungkinan ramai diantara anda ingin tahu cara-cara mendapatkan atau capai Lesen Kelas E (lori). Anda harus mempunyai syarat-syarat tersebut dibawah seperti:
i) ada lesen D (kereta).
ii) hadiri Kursus 6 Jam Teori.
iii) dapatkan Lesen Belajar Memandu (P.D.L).

Diperingatkan disini bahawa anda di kecualikan daripada Lulus Undang-Undang Jalan Raya (Kod Highway). Ini kerana anda telah mempunyai Lesen Motorkar (Kerata) pula.

Anda dikehendaki mengeluarkan P.D.L. (Lesen Belajar Memandu) baru sebab Lesen P.D.L. lama yang anda guna bagi mempelajari kereta dulu sudah tentu melebihi 2 tahun. Dengan ini harus dikeluarkan P.D.L. baru.

Pada singkatnya, ujian kelas Lori (E) dibahagikan kepada:
i) “Side Parking” dan Parking Selari (Parallel Parking).
ii) Menaiki Bukit.
iii) Jalan Raya.

Ketiga-tiga aspek diatas akan di ajari calon oleh pengajar / instructor institut anda.

Selain benda-benda tersebut di atas, ada beberapa perkara seorang calon harus tahu tentang pembawaan lori.

Pertama – Sebuah lori mempunyai brek jenis angin atau “air brakes“. Cengkaman brek angin amat sensitif. Jadi anda hendaklah mempelajari cara atau gaya yang betul untuk menekan brek lori.

Kedua – Brek tangan lori beza daripada brek tangan kereta. Anda hendak mempelajari bagaimana hendak guna brek tangan lori dengan betul.

Ketiga – Kerana lori breknya berjenis angin, anda terpaksa membelajari bagaimana gunakan meter angin. Sebelum lori itu bergerak, khasnya waktu pagi, “meter” atau angin hendaklah terlebih dulu diisi dengan angin dahulu sebelum ianya digunakan. Kalau tidak, lori tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Memandu lori berbeza dengan kenderaan kereta. Semasa hendak membuat “belokan” atau “corner”, pemandu hendaklah ingat iaitu si pemandu hendaklah “makan jalan”. Istilah “makan jalan” bererti misalkata hendak belok kekiri, pemandu memutar atau membawa kenderaan lori ke arah kanan dulu untuk mendapatkan kawasan pusingan yang lebih luas. Tindakan diatas ini digelar “makan jalan”.

Oleh kerana kenderaan lori itu agak panjang, seorang pemandu lori harus sentiasa ingat, enjin lori / kepala lori mungkin melepasi sudut (corner) tepati apa yang harus jangan dilupakan adalah bahagian ekor panjang dan kemungkinan tidak dapat melepasi “corner” yang diambil.

Akhirnya, kemungkinan besar roda belakangnya akan naiki tembok atau pembahagi jalan. Seseorang pemandu baru yang sudah menguasai teknik “makan jalan” sudah tentu tidak akan mempunyai apa-apa masalah dalam urusan mengambil “corner”.

Penjelasan diatas tumpuan kepada pembawaan lori di jalan raya semata-mata. Diingatkan bahawa jalan semasa ujian lebih panjang / jauh sedikit dibandingkan dangan jalan raya ujian kereta.

Perkara-perkara seperti “side parking”, “parallel parking” serta “menaiki bukit / slope” sudah pasti akan diajar calon oleh pengajar-pengajar institut. Tambahpula, pengalaman anda dalam memandu kereta akan membantu anda dalam selok-belok parking lori. Demikian juga semasa “menaiki bukit”.

Sekiranya anda berjaya lulus dalam ujian lori (Kelas E), anda kemungkinan akan memohon lesen jenis G.D.L. (Goods Drivers’ License). Ini akan melayakkan anda mengangkuti jenis barangan. Oleh kerana itu, ada masa yang akan datang, kemungkinan besar saya akan menulis karya mengenai “Bagaimana hendak mendapatkan Lesen G.D.L.” kelak untuk memenuhi permintaan atau kehendak anda.



No Comments • Posted in Lesen Lori
Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • melissa: i’m a malaysian and currently working in singapore holding a work permit. I would like to be able to drive...
  • James: Dear Cikgu Yap, Thanks for the informative article above. I have some questions about obtaining a Class B...
  • Russel: I am facing the same situation too..is there any updates from u Ms Josephine?what are the implications from...
  • Will: Hi Cikgu, I went to Puspakom today to do the transfer of ownership check. It cost me RM30 and took 5 minutes....
  • rasidi: Cikgu Yap, saya ada 2 buah kereta. Kereta A sudah 5th dan 1.0cc. Kereta B baru nak masuk 1th dan 1.5cc....
  • gi: cikgu, nak tanya… saya kena saman tiada lesen memandu…dan tarikh kompoun telah lalu… jumlah...
  • Mr Negative: Dear Cikgu Yap I have a D license for 20 years and recently made my mind up to take a motorbike license....
  • Fed: Hi Mr. Yap Just wondering. Is there a minimum age limit for the B1 license? Thanks!
  • Will: Thanks alot for the information! :-)
  • Andrey: Hello, i’m international student, and have been staying in Malaysia for 2 mn. I’d like to ask...
  • Kevin: cikgu, tahun ini saya berumur 16 … bolehkah saya ambilkan ujian Highway Code pada tahun ini ?
  • Andrey: i’m foreign student in Malaysia, and i have to questions: 1) since what age i can obtain driving lessons?...
  • Mark: Hi Cikgu, I am not sure if this topic has been discussed or not… but new comers.. always missed the news ,...
  • Azznaz: I am currently holding a Sri Lankan driving license; I am planning come down and work in Malaysia. Is it...
  • nathaan: Dear sir, i got my Motorbike’s L license 2 years back in Petaling Jaya, and i am now staying in Johor .I...
  • sannie: I already passes my undang a few months ago but i not yet hear my theory. Now i am already studying abroad...
  • yoann: I will be in NZ for a year and i have a valid Malaysian license throughout the period, do you think i should...
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory