Menggunakan Kereta Sendiri Untuk Belajar Memandu

Posted on June 18th, 2009

Bolehkah Seseorang Yang Ingin Belajar Memandu Gunakan Keretanya Sendiri?

Pada tahun 1960an, tugas mengajar memandu itu boleh dilaksanakan oleh seseorang ayah, abang atau saudara-mara. Yang penting hanya orang yang menjalankan tugas itu mempunyai pengalaman dan kebolehan.

Tetapi pada tahun 1970, syarat ini telah di ubah. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang penting dan bahaya ini semata-mata kepada pengajar dan “instructor” sekolah memandu atau institut saja.

Ini adalah suatu langkah yang bijak dan baik. Tidak dinafikan bahawa tugas mengajar orang memandu itu bahaya. Lagipun kenderaan-kenderaan yang digunakan bukan saja harus memiliki insuran, malahan harus menjalani pemeriksaan Puspakom 6 bulan sekali.

Mulai 1 Januari 1970, hanya pekerja-pekerja sekolah memandu serta institut memandu saja diberi tanggungjawab tugas mengajar. Bukan saja itu, pengajar-pengajar yang memiliki “sijil” saja yang berlayak.

Untuk pengetahuan anda, sijil yang dikelurkan Jabatan itu digelar S.P.I.M (Sijil Pengajar Institusi Memandu) atau secara singkat SM2.

Tajuk hasil karya yang pendik ini sebenarnya bertajuk, “Bolehkah seseorang yang ingin mempelajari memandu itu gunakan kereta atau kenderaan sendiri?” Jawapan sebenarnya “positif” ataupun “Ya”.

Kita harus ingat, masyarakat kita mempunyai orang-orang yang merupakan “cacat” atau “kurang berupaya”. Mereka tidak boleh memandu kereta biasa.

Mungkin terdapat di antara anda yang ingin tahu bagaimana hendak memohon izin untuk menggunakan kenderaan “automatik” itu.

Di sini saya tidak bercadang akan ketengahkan cara-cara memohon izin. Harap anda dapat pertolongan sekolah memandu atau institut berkaitan isu ini.

Yang satu saya rasa harus diberitahu. Kereta yang digunakan untuk samada “belajar” atau “uji”, mesti mempunyai Nota Insuran melindungi Calon dan Penguji sekali.

Misalkata kereta automatik anda yang digunakan oleh si pengajar awak itu ditahan oleh pihak berkuasa J.P.J., surat-surat, nota insuran, surat izin Ketua Pengarah dan sebagainya hendaklah ditunjuk sebagai bukti.

Dengan L.D.L. (Lesen Belajar) dan surat-surat yang diperlu, sudah tentu tidak ada sebarang kesalahan. Tetapi harus ingat, kereta anda hendaklah dipampang perkataan “Awas, Calon Kurang Upaya” untuk pengetahuaan pemandu lain.

Harap artikal pendik ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda.

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...
  • Stella: Hi, someone hit my car from back. We went to the workshop he chosed n agreed to pay for the repair work. But...
  • Ayu: Maaf..tumpang tanya..baru2 ni adik saya baru accident..kereta persona B-Line yang accident tu atas nama...
  • Bing: for JPJ test, if I failed section A and section B passed( on the road), how soon do I need to resit for the...
  • Fendi: Cikgu Yap, sy ingin bertanya, lesen P saya telah tamat tempoh pada bulan 11 tahun 2011, sehingga kini saya...
  • fatimah: cikgu yap, saya masih menunggu lesen ‘L’ motor dan kereta saya siap. dalam 2, 3 hari lagii. tapi saye akan...
  • mzn: Saya ingin mengemukakan 1 soalan, Saya ada 1 kereta dan ingin melakukan proses tukar nama,puspakom tiada...
  • Ananda: Probably tell the owner that you will report the car as stolen if he doesnt take reponsibility for the...
  • fendi: Cikgu Yap, sy ingin bertanya, lesen P saya telah tamat tempoh pada bulan 11 tahun 2011, sehingga kini saya...
  • Tee: When I reverse the car in three point turn, the car will moving a little forward because the land have a bit...
  • Amirul Syafiq Ezanie: Saya dah call driving school saya, dia kata kene amik jugak ujian warna. So disappointed....