Bolehkah Orang Kurang Upaya Memandu Kereta?

Posted on December 2nd, 2009


Soalan berhubung dengan samada orang-orang yang kurang berupaya (O.K.U) boleh belajar memandu di kemukakan dalam satu artikel sebelum ini.

Jawapan kepada pertanyaan ini adalah “memangnya boleh”.

Dalam artikel tersebut, penjelasan di beri demi menerangkan bagaimana O.K.U. dapat belajar dengan kenderaan sendiri berjenis automatik.

Meskipun undang-undang Negara kita tidak mengizinkan calon-calon mempelajari kereta dan mengambil ujian menggunakan kenderaan auto, kemudahan ini di beri kepada orang kurang upaya.

Harus di peringatkan bahawa seorang yang keizinan mempelajari memandu itu sebaik-baiknya di ajar oleh pengajar yang bertauliah. Pengajar itu sebaik-baiknya memperolehi sijil S.M.2 atau Sijil Mengajar.

Sebelum bermula usaha mengajar calon O.K.U. itu, terlebih dahulu instructor memohon dahulu kebenaran daripada pihak J.P.J.

Pegawai-pegawai J.P.J. dalam rondaan mereka sudah tentu akan berjumpa tuan di jalan-jalan raya. Tanpa surat-surat kebenaran, anda akan di saman.

Calon-calon O.K.U. boleh mengguna kenderaan jenis apa untuk belajar?

Sebenarnya mereka boleh di beri peluang menggunakan kenderaan sendiri yang di daftarkan:

i) Atas namanya sendiri.

ii) Yang di pinjam. Dalam hal demikian, surat kebenaran harusnya di perolehi.

Selain itu, lindugan insurans tentulah hendak di perolehi untuk melindungi:
i) Si pemandu.

ii) Instructor.

iii) Si penguji yang membuat ujian kelak.

Dalam karya kita hari ini, tumpuan akan di beri kepada kenderaan jenis kedua, iaitu kenderaan-kenderaan yang di ubahsuai atau modify.

Perkara ini tidak di bincang saya di artikel yang terdahulu. Ada sesetengah orang kurang berupaya itu tidak berkebolehan menggunakan anggota kaki mereka dengan elok.

Mereka sebenarnya tidak dapat mengawal brek dan injak kenderaan. Jadi unit-unit tersebut di atas itu perlulah di ubahsuai. Meskipun saya sendiri belum pernah berhadapan dengan kenderaan jenis demikian, logik mengatakan kenderaan-kenderaan O.K.U. itu, item-item brek dan accelerator perlu di ubahsuai.

Pendek kata yang tersebut atas itu hendak di pasang pula berdekatan stereng untuk membolehkan ianya di kawal tangan.

Kendereaan-kenderaan yang di ubahsuai sedemikian rupa terlebih dulu hendak mengemukakan Kad Perakuan Pendaftaran atas nama calon yang di endoskan Bahagian Pendaftaran.

Hal-hal insurans telahpun di bincang awal-awal lagi.

Semasa ujian pula, perkara-perkara tertera di bawah hendaklah di lakukan:
i) Kemukakan pengakuan Kad Pendaftaran atas nama calon.

ii) Kalau kenderaan bukan atas nama calon, maka surat izin di kehendaki.

iii) Insurans melindungi calon di uji dan penguji di sertai.

Sekira sewaktu ujian meletak kereta kurang sesuai (kini jenis Kancil diguna) maka pegawai-pegawai sediakan petak parking yang sesuai bagi jenis kenderaan yang digunakan.

Sehabis sudah saya menjelaskan hal-hal kenderaan yang akan di pakai oleh calon-calon O.K.U. waktu belajar dan pada hari ujian kemudian, maka adalah di harap tidak akan timbul lagi soalan-soalan mengenai topik ini.

Kalau ada kemuskilan lagi, tanyalah pengajar sekolah memandu atau institut anda yang berhampiran.

Masalah-masalah Pemandu O.K.U. Diatasi

Posted on July 10th, 2009



Permit S.M.I. (Sekolah Memandu I) mengizinkan pengajaran

a) calon-calon biasa

b) calon yang kurang berupaya atau “O.K.U.”. Setahu saya, sebelum tubuhnya institut-institut memandu, tidak ada “sekolah memandu” yang mempunyai kenderaan “Automatik” untuk mengajar calon-calon O.K.U.

Mengapa begini? Antara sebab-sebabnya ialah:

i) calon O.K.U. tidak ramai

ii) kereta “auto” mahal

iii) Motosikal 3 roda (yang hendak di pesan khas untuk O.K.U.). Jenis lesen “A” khasnya adalah untuk O.K.U.

Sekiranya, seorang cacat atau O.K.U. ingin belajar memandu, bagaimana pula langkahnya? Langkah-langkah ada seperti beriku:

1) Dapatkan sebuah kereta “auto”.

2) Pastikan kereta itu di daftar atas nama pelajar / calon sendiri.

3) Insurans di beli untuk calon, pengajar serta “tester” pada hari ujian.

Kalau kenderaan di pinjam, “surat kebenaran” perlu di dapati. Hal-hal insurans seperti diterangkan di atas, juga perlu ada.

Ada sejenis kerata “auto” yang dimodified atau di ubahsuai perlu dis entuh di sini juga. Untuk jenis tersebut, O.K.U. perlu kemukakan Kad Pengakuan Pendaftaran atas nama calon diendoskan bahagian Perdaftaran. Nota-nota insurans sama seperti di atas.

Pada hari ujian bagaimana pula? Kereta “auto” boleh dibawa masuk ke perkarangan institut. Kalau tempat-tempat meletak kereta (Parking) kurang sesuai, maka ia akan di ubahsuai untuk kehendak kereta “auto” itu.

Di harap dengan penjelasan yang ringkas ini, masalah-masalah golongan O.K.U. sudah dapat di selesaikan.

Untuk mengakhiri artikal ringkas ini, jangan di lupakan aitu perlu O.K.U. gunakan perkhidmatan seorong “instructor” untuk mengajar beliau memandu.

Saya sedar ada yang kurang senang dengan peraturan ini. Tetapi apa nak buat, itulah undang-undang negara kita.

Akhir sekali, harus di peringatkan, kereta-kereta yang hendak di tampal dengan perkataaan-perkataan “Awas! Pemandu-Pemandu Cacat” di depan serta belakang kereta.

Laman web Badan Bertindak O.K.U. Malaysia (BBOKU)

Menggunakan Kereta Sendiri Untuk Belajar Memandu

Posted on June 18th, 2009

Bolehkah Seseorang Yang Ingin Belajar Memandu Gunakan Keretanya Sendiri?

Pada tahun 1960an, tugas mengajar memandu itu boleh dilaksanakan oleh seseorang ayah, abang atau saudara-mara. Yang penting hanya orang yang menjalankan tugas itu mempunyai pengalaman dan kebolehan.

Tetapi pada tahun 1970, syarat ini telah di ubah. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang penting dan bahaya ini semata-mata kepada pengajar dan “instructor” sekolah memandu atau institut saja.

Ini adalah suatu langkah yang bijak dan baik. Tidak dinafikan bahawa tugas mengajar orang memandu itu bahaya. Lagipun kenderaan-kenderaan yang digunakan bukan saja harus memiliki insuran, malahan harus menjalani pemeriksaan Puspakom 6 bulan sekali.

Mulai 1 Januari 1970, hanya pekerja-pekerja sekolah memandu serta institut memandu saja diberi tanggungjawab tugas mengajar. Bukan saja itu, pengajar-pengajar yang memiliki “sijil” saja yang berlayak.

Untuk pengetahuan anda, sijil yang dikelurkan Jabatan itu digelar S.P.I.M (Sijil Pengajar Institusi Memandu) atau secara singkat SM2.

Tajuk hasil karya yang pendik ini sebenarnya bertajuk, “Bolehkah seseorang yang ingin mempelajari memandu itu gunakan kereta atau kenderaan sendiri?” Jawapan sebenarnya “positif” ataupun “Ya”.

Kita harus ingat, masyarakat kita mempunyai orang-orang yang merupakan “cacat” atau “kurang berupaya”. Mereka tidak boleh memandu kereta biasa.

Mungkin terdapat di antara anda yang ingin tahu bagaimana hendak memohon izin untuk menggunakan kenderaan “automatik” itu.

Di sini saya tidak bercadang akan ketengahkan cara-cara memohon izin. Harap anda dapat pertolongan sekolah memandu atau institut berkaitan isu ini.

Yang satu saya rasa harus diberitahu. Kereta yang digunakan untuk samada “belajar” atau “uji”, mesti mempunyai Nota Insuran melindungi Calon dan Penguji sekali.

Misalkata kereta automatik anda yang digunakan oleh si pengajar awak itu ditahan oleh pihak berkuasa J.P.J., surat-surat, nota insuran, surat izin Ketua Pengarah dan sebagainya hendaklah ditunjuk sebagai bukti.

Dengan L.D.L. (Lesen Belajar) dan surat-surat yang diperlu, sudah tentu tidak ada sebarang kesalahan. Tetapi harus ingat, kereta anda hendaklah dipampang perkataan “Awas, Calon Kurang Upaya” untuk pengetahuaan pemandu lain.

Harap artikal pendik ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda.

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Mus: Salam, yang dihormati cikgu yap, saya ingin bertanya, saya ada lesen kereta (D) ambil pada tahun 2004 dan masih...
  • soring: My license has expired 10 years ago. Any idea what is the procedure like to re-avtivate it? I am staying in...
  • James: Thanks for the reply. But you seem to be of the opinion that the police is the judge, jury and executioner. I...
  • Jovenia Elvira: Hi, Sir. i would like to ask about the license ‘P’. Can I do the license ‘P’...
  • Aaron Thorn: Need some help here, i was a student abroad (Australia) for 4 years and i manage to obtain my Australian...
  • James: Good write up but I do not necessarily agree with your opinion that we should just pay up and forget about the...
  • Jasmine: Although I pass my QTI test,but I still cannot remember bhg 3 d.On the road.Can I ask the pegawai about the...
  • Prasad: Can you please let me know if there any driving schools in Cyberjaya or Putrajaya area wit their contact nos.
  • Foo: I am Malaysian with a valid Malaysian Driving License. I would like to visit New Zealand as a tourist and to...
  • Judith: Hello Sir, I’m 17 years old and from Germany. I already stayed in Malaysia for a studentexchange...
  • tante josdiana: hi! i hav a prob. need solution. i m a malaysian. i hav been working abroad 8yrs. i used 2 hav a...
  • fuma: I m planning to take undang test soon. Is there any way to find the tool to practise undang test (English) like...
  • Johann: My Grandma and Grandpa are still driving and i feel its not safe for them to drive cause firstly. My Grandma...
  • Johann: Dear Cikgu Yap, i am Now 15…i was born at 14 december, 1995 and i am wondering i am going to be 17 in...
  • yinsyn: Thank you for the tips… Sorry if I’ve let you busy about my questions.
  • skid: Saya nak bertanya…apa cara terbaik untuk lulus ujian bukit?dah 2 3 kali x lulus2…;(
  • P V Rao: Safety first…speed next. A good driver not only saves himself but also saves others.
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory