Bolehkah Orang Kurang Upaya Memandu Kereta?

Posted on December 2nd, 2009

Soalan berhubung dengan samada orang-orang yang kurang berupaya (O.K.U) boleh belajar memandu di kemukakan dalam satu artikel sebelum ini.

Jawapan kepada pertanyaan ini adalah “memangnya boleh”.

Dalam artikel tersebut, penjelasan di beri demi menerangkan bagaimana O.K.U. dapat belajar dengan kenderaan sendiri berjenis automatik.

Meskipun undang-undang Negara kita tidak mengizinkan calon-calon mempelajari kereta dan mengambil ujian menggunakan kenderaan auto, kemudahan ini di beri kepada orang kurang upaya.

Harus di peringatkan bahawa seorang yang keizinan mempelajari memandu itu sebaik-baiknya di ajar oleh pengajar yang bertauliah. Pengajar itu sebaik-baiknya memperolehi sijil S.M.2 atau Sijil Mengajar.

Sebelum bermula usaha mengajar calon O.K.U. itu, terlebih dahulu instructor memohon dahulu kebenaran daripada pihak J.P.J.

Pegawai-pegawai J.P.J. dalam rondaan mereka sudah tentu akan berjumpa tuan di jalan-jalan raya. Tanpa surat-surat kebenaran, anda akan di saman.

Calon-calon O.K.U. boleh mengguna kenderaan jenis apa untuk belajar?

Sebenarnya mereka boleh di beri peluang menggunakan kenderaan sendiri yang di daftarkan:

i) Atas namanya sendiri.

ii) Yang di pinjam. Dalam hal demikian, surat kebenaran harusnya di perolehi.

Selain itu, lindugan insurans tentulah hendak di perolehi untuk melindungi:
i) Si pemandu.

ii) Instructor.

iii) Si penguji yang membuat ujian kelak.

Dalam karya kita hari ini, tumpuan akan di beri kepada kenderaan jenis kedua, iaitu kenderaan-kenderaan yang di ubahsuai atau modify.

Perkara ini tidak di bincang saya di artikel yang terdahulu. Ada sesetengah orang kurang berupaya itu tidak berkebolehan menggunakan anggota kaki mereka dengan elok.

Mereka sebenarnya tidak dapat mengawal brek dan injak kenderaan. Jadi unit-unit tersebut di atas itu perlulah di ubahsuai. Meskipun saya sendiri belum pernah berhadapan dengan kenderaan jenis demikian, logik mengatakan kenderaan-kenderaan O.K.U. itu, item-item brek dan accelerator perlu di ubahsuai.

Pendek kata yang tersebut atas itu hendak di pasang pula berdekatan stereng untuk membolehkan ianya di kawal tangan.

Kendereaan-kenderaan yang di ubahsuai sedemikian rupa terlebih dulu hendak mengemukakan Kad Perakuan Pendaftaran atas nama calon yang di endoskan Bahagian Pendaftaran.

Hal-hal insurans telahpun di bincang awal-awal lagi.

Semasa ujian pula, perkara-perkara tertera di bawah hendaklah di lakukan:
i) Kemukakan pengakuan Kad Pendaftaran atas nama calon.

ii) Kalau kenderaan bukan atas nama calon, maka surat izin di kehendaki.

iii) Insurans melindungi calon di uji dan penguji di sertai.

Sekira sewaktu ujian meletak kereta kurang sesuai (kini jenis Kancil diguna) maka pegawai-pegawai sediakan petak parking yang sesuai bagi jenis kenderaan yang digunakan.

Sehabis sudah saya menjelaskan hal-hal kenderaan yang akan di pakai oleh calon-calon O.K.U. waktu belajar dan pada hari ujian kemudian, maka adalah di harap tidak akan timbul lagi soalan-soalan mengenai topik ini.

Kalau ada kemuskilan lagi, tanyalah pengajar sekolah memandu atau institut anda yang berhampiran.

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


4 Comments • Posted in Pemandu Kurang Upaya

Comments

  1. Iza

    Saya ada satu soalan. Saya pengidap stroke. Tp sekarang ini saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat. Kebanyakan kerja-kerja harian saya juga saya boleh selesaikan sendiri. Soalan saya ialah bagaimana saya dapat memandu semula kerana sebelum saya kena stroke ni, saya memandu kereta manual? Encik tau tak kat mana bengkal yang ada modify kereta manual kepada kereta auto dan spec kereta mungkin perlu diubah sedikit?
    Tolong ye…

    • Cikgu Yap

      Sama ada boleh atau tidak, memandu terserah kepada anda sendiri. Sekiranya anda cukup kuat dan boleh mengendalikan sesebuah kenderaan, maka tiada sebarang larangan. Pada pendapat saya, lebih elok anda memandu kereta autp. Beli sebuah kenderaan atau 2nd hand sekiranya mapu. Selamat memandu lagi.

  2. rahman

    saya ada seorang kawan oku yang tiada tangan kiri hingga ke siku yang nak ambil lesen memandu.
    soalan saya,jika beliau tidak mampu untuk menyediakan kenderaan sendiri,adakah pihak sekolah memandu menyediakan kenderaan untuk beliau belajar?

    • Cikgu Yap

      Anda sebaik-baiknya jumpa pakar orthopeadic hospital besar demi mendapatkan pendangan beliau. Saya harap anda berjaya.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...
  • Dan: Hey guys :) …am a 6’2 ft and am having major problems getting my license here in malaysia. Next week i’ll be...
  • city teercy: 1feb 2012 test computer dan lulus 48/50…
  • jojo: that mean that we will stick to the right lane wait until it safe only we make a U turn??
  • tiara zaharen: Mr.Yap. I got serious problem when it comes to climbing hill. I cannot control my left foot on clutch...
  • Why Me?: I recently hit a car in front. The damage was minor. As much as I wanted to settle the case amicably, the...
  • Kah Mun: Mr.Yap, I’m in Form 4 this year and my birthday is on August 25th. Is it true that the Undang exam...
  • Haziq: Cikgu Yap, Kereta saya telah dilanggar,jadi pesalah patut tanggung.Tetapi saya terpaksa guna insurance kereta...
  • Aaron Basedow: Great experience you have shared. Keep posting such an interesting stuff in future, too.
  • amir: thanks a lot for that infomation cikgu yap……
  • Ng: Dear Cikgu Yap, Isn’t there a Union or some association limiting the number of school buses around the...