Kemungkinan Harga Belajar Memandu Di Naikkan
Adakah kemungkinan besar harga mempelajari memandu itu menigkat? Sekiranya, di tinjau secara teliti, sama ada harga itu menigkat atau pun merosot, berdasarkan kepada beberapa sebab yang tertentu.
Antara sebab yang memainkan peranan utama untuk mengawal harga belajar memandu ialah?
1) Hajat menukar ke kenderaan Viva.
Pihak J.P.J. telahpun mengumumkan bahawa tidak lama lagi, kesemua sekolah memandu dengan insititut memandu di kehendaki menggunakan jenis model Viva demi untuk menjalankan usaha sekolah memandu.
Harga Viva itu berjumlah lebih daripada RM35,000. Dengan itu, sudah tentu harga belajar memandu akan menigkat. Lagi pun, kos minyak mengendalikan sesebuah Viva lebih tinggi daripada Perodua Kancil.
2) Institut-institut kini akan di pertinkatkan.
Demi untuk meningkatkan taraf atau status institut memandu, kesemua institut hendaklah di ubahsuai. Dengan itu, litar institut memandu bukan saja akan bertambah besar dan maju, malah perkhidmatannya kepada pengguna akan bertambah baik.
Kenderaan-kenderaan serta motorsikal yang di gunakan sekarang akan di ganti dengan jenis lebih baru dan canggih. Kesemuanya perubahan ini memakan perbelanjaan yang lebih dan kos ini hendaklah di tanggung oleh penuntut-penuntut.
3) Harga minyak petrol kemungkinan naik.
Kiranya harga minyak naik, sudah tentu pihak sekolah dan institut memandu terpaksa juga ikut berlambung juga harganya. Oleh kerana demikian, bakal-bakal pemandu yang ingin mempelajari memandu berharap berdoalah bahawa harga minyak itu tidak naik secara mendadak.
4) Harga mempelajari motor kemungkinan di kurangkan.
Kerajaan Malaysia senantiasa mengawasi harga belajar motor tidak berapa tinggi sangat. Motor biasa di guna oleh golongan yang berpendapatan rendah. Baru-baru ini, kerajaan telah memberi arahan kepada pihak institut memandu supaya menurunkan harga berlajar motor.
Di kebanyakan institut memandu, harga kursus belajar di tahap RM201 saja. Bayaran lesen motor akan di kurang kepada cuma RM2 saja tidak lama lagi.
5) Kos-kos mengendali institut memandu bertambah tinggi.
Apa daya kos mengendalikan sesebuah institut memandu makin hari bertambah. Oleh itu, walaupun pihak institut memandu faham bahawa harga belajar memandu kiranya boleh jangan di letak terlalu tinggi. Tetapi perkara ini berada di luar kawalan mereka.
6) Penggunaan kenderaan auto.
Ada ura-ura kebelakangan ini, bahawa kemungkinan besar, kami akan ke era auto tidak lama lagi. Tuan-tuan serta puan-puan sedar bahawa perkara ini walaupun baik pada keseluruhannya, tetapi had ini akan akibatkan harga belajar memandu akan bertambah naik pula.
Tetapi janganlah khuatir sangat. Anda boleh lagi membuat keputusan untuk belajar memandu dengan kenderaan-kenderaan manual lagi.
Meskipun sudah di tinjau secara teliti soalan mungkinkah harga belajar memandu bertambah naik lagi dalam masa tidak lama lagi, pada pendapat saya, saya merasa ada harapan harga itu akan kekal pada harga sekarang juga.
Negara sekarang dalam krisis ekonomi merosot. Persaingan perniagaan sekolah-sekolah memandu hebat. Lebih litar-litar baru institut memandu kian di buka sekarang di seluruh Negara.
Kerajaan Malaysia sedang menguasai harga membelajari kereta dengan ketat. Faktor-faktor kesemua ini akan menguntungkan pihak bakal pemandu keseluruhannya.
Pihak institut memandu dan sekolah memandu sebenarnya tidak gemar harga belajar memandu itu naik dengan mendadak. Tetapi harus di peringatkan, sebenarnya ada sesetangah perkara ada di luar kawalan kita.
Penggunaan Kereta Automatik Di Industri Sekolah Memandu
Komen Ke Atas Memperkenalkan Kenderaan Automatik Ke Pasaran Malaysia
Penggunaan kenderaan automatik di banding dengan kereta-kereta manual merupakan sebagai sesuatu yang tidak dapat di elakkan.
Seperti matahari terbit di sebelah timur, keputusan kerajaan Malaysia hendak menggunakan kenderaan automatik, khasnya di bidang sekolah memandu dan institut-institut memandu merupakan era yang baru.
Hanya dengan kenderaan automatik saja, dapat sesebuah Negara melangkah ke tahap baru.
Tidak dapat di nafikan bahawa zaman “auto” telahpun tiba. Tiada siapa, termasuk agen-agen kenderaan motor ataupun kerajaan sendiri yang dapat buat apa-apa terhadapnya.
Agen-agen kenderaan motor masa kini, kebanyakan memperkenalkan model-model baru yang kebanyakan memperkenalkan kenderaan-kenderaan “auto” ke pasaran mereka.
Oleh sebab itu, pihak pengangkutan, khasnya J.P.J. menurut langkah pasaran tersebut. Keputusan telahpun di beri akan tidak lama lagi membuat keputusan sama ada ataupun tidak mengizinkan kereta-kereta auto di gunakan oleh pihak sekolah memandu atau insititut memandu menggunakan kenderaan sedemikian.
Pada ketika ini, kesemua sekolah memandu termasuk institut memandu hanya menggunkan kereta manual saja. Sebenarnya, kenderaan “auto” boleh di gunakan oleh golongan O.K.U. (Orang Kurang Upaya) untuk belajar serta menguji dalam kereta auto.
Kenderaan yang khas di “modify” juga boleh di gunakan. Walauapapun, permintaaan khas terlebih dulu di capai daripada pihak-pihak berkenaan.
Sekiranya saya di soal samada kenderaan auto akan di pakai ataupun tidak dalam industri pengajaran sekolah memandu, sudah pasti jawapan saya merupakan Ya!
Tidak lama kemudian, menurut pendapat saya, Negara ini akan mula penggunaan kenderaan-kenderaan automatik. Lewat-lewat akhir bulan Disember 2009, dan sekiranaya tidak, bulan Januari 2010, langkah-langkah akan di ambil untuk memperlaksanaakan projek ini.
Apakah antaranya perkara-perkara yang seharusnya di ambil dalam perkiraan? Antara perkara-perkara yang sepatutnya di ambil kira adalah:
1) Harga belajar memandu.
Dengan penggunaan kenderaan berjenis auto, sudah tentu harga akan berubah. Struktur bayaran, menurut masa-masa lampau di sediakan oleh pihak jabatan. Harus di pastikan senarai harga berpatutan kepada kedua-dua belah pihak.
2) Prosedur menguji.
Sudah pasti ini harus di kaji semula balik. Tiap bahagian, masa-masa untuk melaksanakannya perlu di kaji balik semula memandangkan kenderran baru berjenis “auto” akan di gunakan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk di sediakan.
3) Jenis lesen baru untuk kenderaan auto.
Jenis lesen baru hanya boleh memandu kenderaan jenis auto saja. Tidak boleh lagi lesen ini memandu kereta manual.
Di atas merupakan beberapa perkara yang pihak bertanggungjawab itu seharusnya mengkaji secara teliti sebelum di perkenalkan kenderaan-kenderaan automatik ke industri sekolah memandu.
Sama ada seseorang itu setuju atau membangkang cadangan tersebut lain persoalan pula.
Q.T.I. atau Pra Ujian Memandu Di Malaysia
Seorang penuntut yang mengambil kursus “memandu” seharusnya mempelajari kurang-kurang 16 jam. Penuntut-penuntut yang telah Berjaya dalam ujian “undang-undang” akan menghadiri kursus Teori 6 Jam.
Bahagian Pertama selama 3 jam itu berlangsung dalam kelas. Baki 3 jam di kendalikan di luar darjah sebagai “praktikal”. Di waktu praktikal inilah, pengajar-pengajar atau “instructor” anda akan mengajar hal-hal penjagaan enjin kepada anda.
Penukaran tayar bocor juga akan di ajar semasa ini. Sama ada anda di beri pengajaran yang baik ataupun tidah terserah kepada pengajar yang awak memilih itu.
Lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) sah untuk tempoh 3 bulan. Seorang calon berlesen L itu, haruslah belajar memandu di bawah seorang instructor sekolah memandu atau institut memandu.
Biasanya Kancil di guna, memandangkan saiznya. Ia juga lebih kecil serta lebih senang di kawal atau pandu.
Seseorang calon hanya boleh memohon untuk di uji selepas sebulan ia mulai belajar.
Cuma dalam kes-kes istimewa, baru saja izin di beri oleh pihak J.P.J. untuk ujian “special test”. Misalnya, katakanlah seorang calon ingin berlanjutan pelajaran ke luar negeri di institusi atau universiti sana.
Berilah bukti-bukti seperti tiket pesawat dan surat-surat pendaftaran ke institusi-institusi bolehlah di terima sebagai bukti kukuh.
Seorang calon atau pelajar yang sudah tamat antara 6 – 10 jam memandu layak memohon untuk di uji pihak J.P.J.
Tetapi, menurut kurikulum institut-institut memandu, sekolah memandu anda harus terlebih dulu hantarkan anda ke “Ujian Pra” atau Q.T.I.
Ramai menanya saya, apakah itu “ujian pra” atau Q.T.I. itu? Q.T.I dalam Bahasa Inggeris bererti “Qualifying Test at the Institute”.
Umpama di sekolah atau kolej, anda terpaksa menduduki ujian pra sebelum menduduki S.P.M. yang sebenar. Di institut memandu pula, anda hendaklah menghadapi ujian pra. Faham kan?
Ujian Pra di kendalikan oleh pengajar-pengajar institut yang mempunyai kelayakan untuk menguji anda. Setiap institut memandu mengkhaskan dua-tiga hari untuk ujian pra di jalankan.
Sekolah-sekolah memandu hendaklah mendaftarkan murid-murid untuk ujian ini. Kehadiran calon adalah “Wajib”.
Kedua-dua jari si pelajar dan “instructor” itu hendaklah di masukkan ke komputer. Ini untuk mengesahkan bahawa uji itu di langsungkan secara “sah”.
Biasanya, uji pra ini berlangsung ½ jam seorang calon.
Apa yang di buat oleh calon semasa pra-ujian? Calon-calon di uji seperti ujian J.P.J. Instructor Q.T.I. menguji calon seperti di bawah:
1) Bahagian I – Naik bukit.
2) Bahagian II – Meletak kereta dan Pusing 3 Penjuru.
3) Bahagian III – Jalan raya.
Memandangkan ujian-ujian ini adalah di langsungkan oleh para pegawai dalaman (institut sendiri) sudah pasti ianya di jalankan secara longgar sedikit.
Para calon di beri tunjuk ajar dan nasihat mana-mana di perlu.
Tetapi ini tidak bererti taraf-taraf atau “standard” tidak di pentingkan. Setahu saya, calon-calon atau pelajar yang tidak di ajar dengan baik atau memuaskan akan di gagalkan.
Yang tidak Berjaya membuat “side parking” misalnya atau gagal dalam acara “naik bukit”, di minta belajar sejam dua lagi oleh instructor di kawasan institut sebelum di kemukakan sekali lagi.
Semasa pra ujian atau “Q.T.I.”, borang-borang tertentu harus di isi. Umpamanya,
1) Borang 4.
2) Borang Q.T.I.
3) Butir-butir lesen L.D.L.
4) Kad pengenalan.
5) Borang peribadi.
Sekiranya mengikut pandangan pegawai Q.T.I., seorang calon layak di uji maka ia akan mengesah bahawa calon berkenaan boleh di uji J.P.J.
Borang-borang kesemuanya termasuk kad J.P.J. L3 kemudian akan di submit ke pejabat institut untuk di semak dan di hantar ke J.P.J. pula.
Ada kalanya terdapat kesilapan-kesilapan di borang pemohonan. Dengan demikian, pemohonan itu di tolak. Calon itu tidak dapat di uji pada hari yang ia hendak.
Biasa, calon akan merasa marah. Para pengajar pula lebih marah! Inilah Q.T.I. Maksud Q.T.I. boleh di ubah jadi “Qualified to be Impatient”.



