Apakah Dia Borang S.M.4 Dan Kepentingannya?

Posted on March 21st, 2011

Beberapa orang pembaca blog ini telah pun menulis kepada saya tentang “Borang S.M.4” ini. Mereka ingin tahu tentang borang ini yang di guna di institut-institut memandu. Jadi, saya rasa adalah sesuai bagi saya menulis tentang borang ini dalam artikel ini.

Menurut peraturan-peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jadual II memerlukan penggunaan Borang S.M.4 (Kaedah 34 (1) ). Ia sebenarnya “Rekod Pengajaran Pemandu”. Calon-calon yang ingin mengambil sesuatu kursus belajar memandu, terlebih dulu di kehendaki mengisi borang yang penting ini.

Apakah butir-butir yang diisi ke dalam borang tersebut? Borang S.M.4 di atas, akan mengandungi butir-butir berikut:-

1) Butir-butir pelajar.

Butir-butir umpama nama, alamat, jantina, umur dan nombor kad pengenalan perlu diisi dalam bahagian ini.

2. Butir-butir lessen “PDL”.

Butir-butir lessen “L” atau PDL juga diisikan selepas lulus “undang-undang Peraturan Jalan” atau “Highway Code”, lessen L memandu dikeluarkan. Butir-butir penting seperti:

  • Kelas lessen
  • Nombor lessen
  • Tempoh lessen
  • Tempoh lulus Bhg I
  • Tamat tempoh Bhg I

Perkara-perkara atas biasanya diisi oleh pengajar atau “instructor”.

3. Peringkat pertama.

Borang S.M.4 ini, sebenarnya mula di pakai semasa seorang pelajar mula hadir kursus teori 6 jam di institut. Kursus ini berlangsung 6 jam – 3 jam di dalam kelas dan 3 jam praktikal di luar kelas, yang dijalankan oleh seorang instructor.

Bahagian I teori dalam kelas (Kod A1, A2, A3, A4 dan A5) mengambil masa 1 jam setengah. Bahagian II (Kod B1, B2, B3, B4 dan B5) berlangsung selama 1 jam setengah lagi.

Kedua-dua pelajar dan pengajar di kehendaki manandatangani bahagian ini.
Akhirnya sekali, untuk peringkat kedua yang 3 jam praktikal di luar kelas, seorang pengajar dan kenderaannya, akan memberi pengajaran praktikal hal-hal kenderaan kepada pelajar tersebut. Kesemuanya, 6 jam di luangkan untuk bahagian ini. Pengakuan pelajar serta pengakuan ketua pengajar juga perlu dibuat.

4. Peringkat kedua.

Di peringkat kedua ini, berapa kali seseorang pelajar belajar itu akan di catatkan. Biasanya, seseorang pelajar harus mengambil sebanyak 10 kali minimanya. Ini akan di akui oleh pelajar itu sendiri dan yang mengajar murid itu akan akui dengan menurunkan tandatangannya.

Berapa kali calon belajar itu kemudiannya akan di sahkan oleh Ketua Pengajar, yang biasanya adalah pegawai yang menjalankan Q.T.I. atau Pra-ujian.

5. Peringkat ketiga – Perakuan pegawai penilai institut.

Peringkat ketiga ini sebenarnya adalah ujian pra-ujian. Dalam peringkat ini, pegawai Q.T.I. akan menguji calon dalam:-

  • Ujian naiki bukit
  • Side parking
  • Ujian 3 penjuru

Di ikuti dengan Bahagian III, iaitu “jalan raya”. Di kebanyakan institut di Malaysia, seseorang pelajar akan di wajibkan belajar sekurang-kurangnya 10 kali. Pegawai Q.T.I. juga akan sahkan bahawa pelajar itu terhak di uji oleh pihak J.P.J.

Ada para pelajar yang menanya saya sama ada perlu membawa Borang 4 apabila mereka berpindah ke suatu negeri yang lain. Harus di peringatkan bahawa Borang 4 ini hendaklah dibawa bersama.

Dengan penjelasan lanjut yang di buat terhadap Borang 4 ini, adalah diharap bahawa tiada lagi pertanyaan di buat mengenai perkara ini lagi.

7 Comments • Posted in Sekolah Memandu

10 Perkara Yang Di Ajar Oleh Instructor Memandu Kereta

Posted on December 15th, 2010

Di dalam artikal ini, saya ingin menyentuh tentang cara-cara bagaimana seseorang instructor memandu memberi pengajaran kepada seorang bakal calon yang hendak belajar memandu.

Sayugia di ingat kepada mereka-mereka yang ingin memberi pengajaran kepada anak atau sepupu mereka, iaitu sejak 1/1/1970, undang-undang Malaysia berkata bahawa mereka yang ingin memberi pengajaran kepada pemegang-pemegang lesen “L” di dapati salah dan boleh di hukum oleh pihak berkuasa.

Kini, kita sampailah keperingkat bagaimana hendak mengajar seseorang itu memandu.

1) Membetulkan tempat duduk.

Beritahu pelajar, di bawah tempat duduk ada lever untuk menolak tempat duduk itu ke depan atau ke belakang. Gunakan tangan kiri untuk tugas ini.

2) Kedudukan tangan di stereng.

Pemandu-pemandu seelok-eloknya gunakan kaedah 10 dan 2. Inilah posisi tangan yang terbaik sekali semasa memandu.

3) Tunjukan di mana letaknya hon kereta.

Kedudukan hon amat penting. Pelajar harusnya tahu di mana kedudukan hon. Ia hendaklah di guna semasa waktu kecemasan.

4) Kedudukan wiper kereta.

Pelajar baru harus di ajar bagaimana kendalikan wiper kereta. Tunjukkan kepada pelejar, wiper lajuannya intermittent, slow dan fast.

5) Kedudukan signal kereta.

Tunjuk kepada seseorang pelajar baru bagaimana hendak menguruskan penggunaan signal kenderaan. Tolak ke bawah, merupakan signal menunjuk ke arah kanan. Tolak ke atas merupakan signal menunjuk ke arah kiri.

6) Tunjukan kontrol kaki – Clutch, brek dan injak.

Jelaskan kepada pelajar baru di mananya clutch, brek dan injak ataupun accelerator. Kaki kiri hanya untuk memijak clutch saja. Kaki kanan pula untuk memijak brek serta injak.

7) Bagaimana kendalikan brek tangan.

Tunjuk kepada pelajar baru bagaimana hendak tarik dan lepaskan brek tangan dengan cara yang betul.

8) Kedudukan gear kereta manual.

Pelajar hendaklah juga di tunjukkan kedudukan gear satu hingga ke gear empat. Gear reverse tidak perlu di terang dalam kelas permulaan ini. Ia boleh di ajar gear reverse kemudian kelak.

9) Bagaimana memijak injak.


Ajar murid yang baru bagaimana memijak injak atau accelerator dengan perlahan. Memijak sehingga mendengar bunyi enjin menggaum. Ini bererti minyak yang cukup untuk akibatkan sesebuah kereta itu bergerak.

10) Tunjukkan bagaimana caranya untuk memutar kunci kereta.

Beritahu pelajar baru bagaimana hendak memutar kunci kenderaan. Sebenarnya, cara yang betul adalah memutar kunci 3 kali ke arah kanan. Ini akan menghidupkan enjin kenderaan.

Perkara ini perlu di langsungkan oleh pelajar itu sendiri sebab semasa enjin mati tiba-tiba, pelajar itu sendiri yang seharusnya melaksanakan penghidupan enjin kereta semula.

Saya telah menunjuk-ajar cara-cara hendak mengajar seseorang pelajar yang baru gaya-gaya untuk menggendalikan sesebuah kenderaan. Semoganya harap tunjuk ajar saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam proses pelajar-pelajar mengendalikan sesebuah kenderaan.

Tetapi, di ingatkan sekali bahawa mengajar seseorang itu cara-cara memandu kenderaan adalah tugas seorang pengajar ataupun instructor yang mempunyai sijil mengajar. Oleh yang demikian, eloknya sekali sekiranya tugas ini di serahkan saja kepada instructor kereta sahaja.

Pengajar Yang Layak Sahaja Boleh Mengajar Memandu

Posted on December 14th, 2010



Mengajar seseorang memandu itu bukannya suatu usaha yang mudah atau senang. Sebenarnya, sekiranya di tinjau, ianya suatu profesyen yang amat merbahaya.

Untuk pengetahuan para pembara, baru-baru ini 2 orang rakan instructor saya mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas mereka. Seorangnya, yang di ketahui sebagai Encik Tee, kakinya patah akibat di langgar oleh sebuah lori besar. Rakan tersebut telah membelanja sebanyak RM10,000 lebih bagi mengubati kecederaannya.

Seorang rakan pengajar yang saya sudah lupa namanya, buku lalinya patah akibat di langgar sebuah Pajero dari tepi. Tersadai hampir-hampir 6 bulan di rumah tidak menjalankan tugasnya selepas insiden tersebut di atas.

Penulis-penulis ke blog ini ramai telah menulis kepada saya menyoal, apa sebab rakyat Malaysia tidak boleh di ajar oleh ayah, abang, suami, rakan ataupun saudara mereka?

Mengapa mereka menanya pula, harus di ajar atau di beri latihan memandu oleh instructor ataupun pengajar sekolah memandu atau institut memandu sahaja?

Seorang pembaca blog ini dari Iraq, menyoal saya, kenapa mesti belajar memandu melalui sekolah memandu atau institut saja? Tidak adakah pilihan lain?.

Orang-orang lain pula menanya, bukankah Malaysia merupakan sebagai nagara yang bercorak pilihan bebas untuk menentukan sendiri sama ada ia memilih untuk di ajar oleh seorang pengajar sekolah ataupun institut memandu?

Sepertimana saya telah huraikan terlebih dahulu, yang utama, tugas mengajar seseorang itu memandu tugas yang bahaya. Pihak berkenaan, iaitu Jabatan Pengagkutan Jalan (J.P.J.) berpendapat bahawa hanya mereka yang ada sijil mengajar atau S.M.2 saja di izinkan memberi pengjaran kepada pelajar memandu.

Kesimpulannya, hanya pengajar yang layak sahaja boleh mengajar memandu di Malaysia.

2 Comments • Posted in Sekolah Memandu
Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • ahmad: Hi Cikgu Yap, Class D holder > 10years Age 55 years Interested to obtain GDL & PSV licence. 1....
  • Lim Win Hwang: Cikgu Yap, I am buying a 2nd hand car. I understand I should buy insurance after Puspakom inpection; I...
  • ali: i had a non computerized license in pakistan, then i recently give tests before coming to malaysia and now got...
  • Curious Peolple: Selamat petang, Cikgu Yap. Baru-baru ini kereta kawan saya telah ditahan di balai polis. Namun...
  • prakash: Cikgu, kalau saya sudah ada lesen G.D.L. (3tan), kemudian ingin nak ambik lesen P.S.V. ,kena duduk kursus 7...
  • YC, Foo.: Hi Cikgu Yap, Good day. I’ve had B2/D for nearly 20 years now, but I haven’t been riding 2...
  • fara: Hai cikgu, Baru baru ini saya mengalami kemalangan.saya merupakan pemegang lesen P. Semasa dibukit sy telah...
  • Muru: I hv my psv license but got expired in 2007.. went to JPJ, UTC puduraya they asked me to make an appeal at...
  • Ray: Hi cikgu yap, Wanted to ask you, I been in a road accident whereby I was overtaking a lorry in front as my lane...
  • zack: hye cikgu yap, i have my “P” licence for car, but i have never drive since i get my licence for a...
  • Matt: Hi Cikgu Yap. I just got my D and B2 CDL a few months back and intended to take B full. So, I went to JPJ...
  • jaa: Salam cikgu..kalau msih memegang lesen P,layak kah untuk memohon lesen H?
  • Chris: Dear Cikgu Yap, Referring to your reply to Andy on 1st August, 2012, you said: “As you already possess a...
  • arin: Kawasan tempat pekerjaan saya terpencil, tidak banyak pengguna kereta dan motorsikal. Tetapi saya sangat tidak...
  • Tom: Hi Achaboy Did you get a response from JPJ? I noticed on their website it says we need to surrender our...
  • benn: Hi, i know it is not really seen in Malaysia but i would like to know is it possible for foreigner (mat saleh)...
  • siti mariam: Hi Cikgu Yap I am planning to purchase second hand car. Kindly advise what is the most suitable car to...