Litar sekolah memandu

Di institut memandu, kami mempunyai satu litar khas seluas 6.5 akre untuk mengajar pemandu baru asas-asas cara memandu kereta manual.

Gambarajah di atas adalah plan ringkas litar memandu kami.

Cara memandu kereta manual di dalam litar sekolah adalah sama dengan cara panduan di jalan raya.

Di litar, calon akan di ajar cara mengawal stereng kereta.

Kalau stereng calon di dapati memuaskan dan dia dapat kawal stereng dengan baik, instructor memandu akan mula mengajar calon tersebut side parking.

Pelajar biasanya hanya menggunakan gear 1 dan 2 dalam perlaksanaan side parking.

Dengan kereta Perodua Axis, hanya ada beberapa langkah tertentu yang pelajar perlu ingat untuk melaksanakan side parking di litar.

Masa yang di beri untuk perlaksanaan side parking adalah 5 minit sahaja.

Selain side parking, pelajar baru juga akan di ajar cara membuat 3 point turn atau pusingan 3 penjuru di litar institut.

Selepas 3 point turn, calon juga akan di ajar cara membuat pergerakan “S”, memandu melepasi bonggol, lampu isyarat, naik bukit dan selanjutnya.

Memandu di litar

Matlamat memandu di litar institut memandu ialah memberi pelajar baru peluang untuk melatih teknik memandu sebuah kereta manual di dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

Jika seorang pelajar membuat salah, risiko kemalangan adalah amat rendah.


By | 2017-05-04T10:53:54+08:00 May 4th, 2017|Sekolah Memandu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment