Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Ramai pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motorsikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada disana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Singkatnya, anda hanya perlukan:
i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurangnya 1 tahun atau lebih).
ii) Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut diatas.
iii) Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv) 2 keping gambar passport.
v) Mengisi Borang JPJ L1.
vi) Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja kemana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini.
Setahu saya, anda terpaksalah menyerah lesen domestik kapada J.P.J. Seseorang itu tidak diizin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa.
Kalau anda tidak lagi memerlukan pernggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda kepejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun dibanding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.
Diharap dangan petua-petua ini dapat anda memperolehi lesen meman antarabangsa.

boleh ke saya nak buat lesen memandu antara bangsa untuk sebulan atau kurang? kerana saya melancong hanya untuk sminggu..ada caranya atau tidak?
Tidak boleh. IDL untuk setahun sekurang-kurangnya.
apabila saya memohon untuk IDL, pihak jpj akan mengambil lesen domestik saya. Jika saya akan melancong (andai kata bulan June) boleh kah IDL ini digunakan di Malaysia?
IDL can be used in Malaysia.
hai. saya ada kemusykilan. saya belajar di India, berhajat ingin mendapatkan lesen kenderaan (kereta). tapi, dengan kesibukan belajar, mustahil saya untuk mendapatkan lesen tersebut di Malaysia. jadi, kalau saya dapatkan lesen di India, boleh kah saya convert lesen itu untuk digunakan di Malaysia nanti setelah saya tamat belajar?
Kalau dapatkan lesen memandu India, mungkin menghadapi beberapa syarat-syarat JPJ Malaysia kemudian kelak.
Hai Cikgu Yap,
Saya akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ni untuk memperbaharui IDL saya & suami. Soalan saya : bolehkan saya bagi pihak suami memperbaharui IDL beliau kerana beliau tidak dapat pulang sekali bersama saya. Jika boleh, adakah perlu pula surat akuan atau dokumen lain selain dari yang dinyatakan dalam ‘entry’ Cikgu Yap di atas.
Terima kasih kerana menjawab persoalan saya ini…;-)
Sebagai isteri, anda sepatutnya berhak membaharui IDL suami. Dapatkan surat akauan daripada suami lebih elok.
Hai,boleh saye tahu berape harge lesen memandu antarabangsa?saye tak ade ape ape lesen memandu sekarang.jadi saye ingat nak dapatkan lesen antarabangsa.Dan boleh ke saye dapatkan lesen memandu antarabangsa sedangkan saye belum mempunyai ape ape pun lesen sebelum ni.
IDL for license holder only.
What do you think?
Encik…
Memandu di Australia bolehkah saya guna lesen Jpj
Malaysia yang sah.
Saya tidak dapatkan International Driving Licence
tetapi saya hanya dapatkan licence translation dari JPJ.
tks
Dengan lesen Malaysia, biasanya, anda berhak memandu di Australia. Terjemahan sebaik-baiknya ada.
Cikgu Yap..
Adakah tertera dilesen antarabangsa, kelas kelas seperti D, B2, B dan sebagainya (seperti di lesen biasa)? Ini kerana ada kawan yang mengatakan bahawa sekiranya ada lesen antarabangsa, seseorang itu boleh membawa (motor) yang ber CC besar (sekiranya dia hanya mempunya lesen D dan B2 sahaja).
Terima kasih :)
Nampaknya rakan anda silap faham. Di lesen antarabangsa, kelas-kelas lesen motor yang anda perolehi sahaja akan tertera di lesen tersebut di atas. Kiranya anda mempunyai lesen kelas B2, maka anda boleh memandu motor yang tersebut di atas saja.
terima kasih cikgu.. :-)
Hai Cikgu Yap. Saya mempunyai lesen antrabangsa yg dkluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Indonesia dan belum mmpunyai lesen memandu di Malaysia. Bolehkah saya menukar lesen itu kepada lesen memandu Malaysia kerana saya akan kmbali ke tanah air tidak lama lg dan/atau bolehkah lesen itu diperbarui sebagai lesen antrabangsa di Malaysia? Terima kasih.
Lesen antarabangsa Indonesia hanya boleh dibarui oleh Pihak Indonesia saja.
Hi cikgu yap,
saya dan suami akan melancong ke 5 negara eropah pada Aug 2012 selama 2 minggu. Perlukah suami saya memdapatkan lesen antarabangsa atau lesen D biasa sudah memadai?
Sekiranya sempat, elok dapatkan IDL. Kalau tidak, lesen domestic biasa Malaysia juga boleh di guna.