Pemegang P.D.L. Atau Probationary Driver’s License

Posted on June 30th, 2009

Kalau sekiranya sebelum kemerdekaan, kami mengikut sistem ajaran ala-British semasa menunaikan ajaran-ajaran pembelajaran kereta kepada bakal-bakal pemandu kita. Pada masa kini, kami mengunakan kaedah-kaedah Australia pula.

“Panduan Berhemat” atau “Defensive Driving” sebenarnya berasal dari Australia. Cara memandu ini telah dibuktikan sebagai suatu kaedah yang efektif demi untuk mengurangkan kemalangan, khasnya di negara asalnya Australia. Antara syarat-syarat Panduan Berhemat ialah penggunaan sticker-sticker “P”.

Kalau ditinjau secara menyeluruh, pemandu-pemandu “P” di Malaysia lebih beruntung dibanding pemandu Australia. Tahukah anda pemandu-pemandu “P” di Australia:

i) Di larang memandu secara diri. Semasa “P” dikuat kuasakan, pemandu “P” tidak boleh membawa kenderaan tanpa ada seorong pemandu “pass” di sisi mereka.

ii) Di larang memandu waktu malam.

iii) Mesti menduduki sesuatu ujian praktikal untuk menguji kecekapan mereka pada hujung tahun pertama.

iv) Di hendaki menampal sticker “P” di bahagian depan dan belakang kenderaan mereka.

Tempoh “probation” “P” ialah 2 tahun. Pemandu-pemandu yang baru lulus jenis kenderaan B2 (motosikal) dan D (kereta) harus menampal sticker-sticker “P” di bahagian depan dan belakang kereta mereka.

Kalau ini tidak di buat, maka kemungkinan anda akan diberi “saman”. Anda kemungkinan menerima 10 mata Demerit. Lesen anda mungkin akan dibatalkan.

Apa warna sticker “P”? Sticker “P” untuk kereta lebih besar sedikit dibanding sticker “P” motorsikal.

Gunalah sticker-sticker “P” yang sesuai, kalau tidak anda mungkin terlibat dalam perbalahan dengen agensi-agensi tertentu.

Sticker “P” mengandungi huruf “P” berwarna putih dengan latar belakang “merah”. Apa seharus buat oleh pemandu “P”? Secara singkatnya, “P” haruslah:

a) Menentukan kandungan alkohol dengan darah / kencing / pernafasan adalah 0.00.

b) Membawa bersama Lesen memandu.

c) Menentukan sticker “P” dipasang di depan / belakang kereta.

Apakah akan berlaku sekiranya kereta anda hanya mempunyai satu “P” saja dan malangnya anda ditahan oleh pihak-pihak tertentu? Jawapannya ialah: “Anda Bersalah”.

Seorang murid “P” baru-baru saja berhadapan dengan masalah ini. Murid saya terlibat dalam kes seperti diatas. Dia kena saman pula.

Gunakan sticker “P” selama 2 tahun. Apabila tempoh probationary telah tamat dalam tempoh 2 tahun, anda belehlah menukar “P” kepada C.D.L. atau Competant Driver’s License. Diperingatkan, anda ada 1 tahun untuk membuat pernukaran itu.

Di kalangan calon, ada yang menanya: “Anda menggunakan sticker “P” 1 1/2 tahun tempohnya. Kemudian saya memperolehi Lesen D (kereta)”. Dalam keadan sedemikian, anda akan teruskan menggunakan sticker selama 6 bulan lagi.

Apa pula akan berlaku sekiranya seseorang itu telah gunakan sticker “P” tempoh dua tahun dan kemudian mencapai lesen kereta D pula. Dalam keadaan demikian, anda tidak perlu lagi menggunakan sticker “P” lagi.

Ada pula di antara kalangan anda yang komplain kerumitan mencapai plet-plet atau sticker “P”. Sebenarnya, sticker “P” boleh diperolehi daripada tempat-tempat yang tertera di bawah:

i) Kedai-kedai motorsikal.

ii) Kedai-kedai barangan alat ganti.

iii) Kedai buku.

iv) Dari pengajar-pengajar sendiri.

v) Dari van-van yang menjual barangan sekolah memandu yang datang ke institut semasa ujian praktikal berlangsung.

Kalau benar-benar rumit mendapati sticker “P”, kebarangkalian anda boleh menghubungi blog ini. Saya kurang sudi anda ditahan oleh kuasa-kuasa Polis atau J.P.J. berhubing dengan masalah ini.

Ada calon-calon “P” yang bertanya, macam-mana hendak saya menukarkan “P” kepada Lesen C.D.L. Syarat-syaratynya adalah:

i) Sediakan 1 keping gambar.

ii) Bawa Lesen original.

iii) Bayaran RM30 setahun. Boleh dibaharui sehingga 5 tahun.

iv) Hendak pergi ke pejabat J.P.J. sahaja untuk membaharui.

v) Bawa MyKad.

vi) Lesen “P” tidak boleh di process di Pejabat Post atau agensi MyEg.

7 Comments • Posted in Lesen Memandu

Comments

  1. Jovenia Elvira

    Hi, Sir. i would like to ask about the license ‘P’. Can I do the license ‘P’ at JPJ but not at driving school?

    • Cikgu Yap

      J.P.J. tests you. The driving school or institutes only do the teaching.

  2. yaya.

    Sir, i’ve successfully passed my driving test and my details have been given for submition of my P license. It was submitted yesterday. When will i roughly get my P license? Few days? 1 week? and yes, your tutorials helped me alot for my test. thanks a bunch!

    • Cikgu Yap

      Your “P” should be ready in 4 – 5 days. Happy that this blog has been of help.

  3. Farhan

    Cikgu Yap, saya ada soalan.
    Saya dah memiliki lesen motorsikal lebih 2 tahun. Sekarang ni saya nak ambil lesen kereta pula, perlu ke tampal ‘P’ lagi bila dah ada lesen kereta nanti?. Ada orang kata, bila lesen motor dah full, bila apply lesen kereta, tak perlu tampal sticker.

    • Cikgu Yap

      Tidak payah tampal P lagi.

  4. roy

    my P license expired 2.5 years, can i renew my P license or do i need to re-sit test?

    do i need go personnaly to renew my license or i can ask my fren go on behalf?

    what document shall i bring? photo? Mycard?

    How much cost?

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • zul: saya beli kereta atas nama sepupu saya.sekarang ni saya hendak buat tukar hak milik ke atas nama saya.dokumen2...
  • Zehan: Hi, I have a valid driving license but embedded into my new “Smart” NRIC, when I approached the inquiry...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Bala: Excellent& informative site. Thanks. I have a New Zealand and Indian licence. Can I use either one to drive...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Calvin: Hi Cikgu Yap, I’m an Australian Citizen i hold an Australian Drivers Licence and i come to Malaysia very...
  • Alvin Lee: dear, master yap Thank you very much…for your advice Looking forward to come home…… have...
  • Malaysian Licence & Australian Licence: Hi, i am malaysian & would like to know If i want to convert my...
  • vithu: Hi, im a srilankan currently working in malaysia. i got my international license but the police was telling...
  • lin: slm 1 mlaysia.. cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju...
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...