Penjagaan Kereta – Perkara-Perkara Yang Anda Harus Tahu

Posted on May 27th, 2009

Karya ini bertujuan memberi sedikit bantuan atau tunjuk ajar kepada pemandu-pemandu “P” yang baru mencapai lesen memandu kereta mereka.

Adalah diharapkan nasihat-nasihat yang diketarakan dalam hasil ini dapat membantu pemandu-pemandu semasa mereka menghadapi masalah.

Harus diperingatkan kepada mereka sekiranya anda baru memperolehi kereta baru sendiri atau bercadang untuk mendapatkan kenderaan “second hand” anda, anda harusnya tahu sedikit-sebanyak tentang bagaimana anda boleh menjaga kereta itu.

Anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyelah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

Yang pertama disyorkan anda mengambil langkah bagi menjadi ahli / menyertai Persatuan Otomobil Malaysia (A.A.M. – Automobile Association Malaysia).

Menjadi ahli yuran setahunnya lebih kurang RM60 sahaja. A.A.M. akan memberi bantuan dan perkhidmatannya 24 jam di sekitar Lembah Kelang.

Disamping itu, sebagai seorong pemandu tidak kira jantina harus peka tentang kereta sendiri. Pendik kata, anda sebagai wanita tidak harusnya “jahil” tentang penjagaan kereta.

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda. Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini.

Kereta baru atau “second hand”, kalau plug-plugnya ditukar 6 – 9 bulan sekali memadailah. Serahkan kepada mekanik untuk membuat keputusan bila hendak menukar komponen ini.

Kedua, adalah “air filter” (penapis udada kereta). Komponen ini menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor.

Yang dicadangkan adalah menukarlah bahagian ini lebih kurang 6 bulan sekali. Ingat, penapis udarar boleh menjejaskan “timing” sesebuah enjin.

Ketiga, adalah “minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali. Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu.

Terselah kepada anda yang mana satu mirip mengikuti. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).

Kalau ada apa-apa kemuskilan, rujuk kepada mekanik / foreman anda.

Ada suatu komponen yang juga harus diperingatkan kepada anda. Ini adalah “fuel filter” atau penapis petrol. Terdapat kotoran dalam bahan petrol.

Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan denagan lancar atau licin.

Komponen kelima yang ingin saya sentuhi ialah “radiator” atau tangki air. Suhu kereta anda dikawal oleh bahagian ini. Tabung plastik sebelah enjin disambung kepada radiator (tangki air).

Dari masa ke semasa intai paras air ditabung plastik. Kalau air kekurangan, isi tempat ini. Tidak perlu isi air di radiator. Leceh membuka penutup besi radiator. Diingatkan pemilik kenderaan yang kurang berpengalaman jangan sekali-kali cuba membuka penutup radiator yang sedang panas.

Ini kerana suhu / air yang panas boleh memercik keluar serta mencederakan badan / tangan / anggota anda.

Yang keenam harus saya ingatkan anda adalah “minyak brek”. Perhatikan minyak brek ditakungan plastik sampai ke paras atas.

Janagan inzinkan paras jatuh ke paras bawah.

Guna minyak brek DOT 3. Elak guna jenis DOT 4 (untuk kenderaan cuaca sejuk seperti Eropah).

Kiranya minyak brek berwarna merah-merahan, ia boleh dicampur dengan minyak brek yang hijau. Tidak ada masalah mencampuri kedua-dua warna minyak brek.

Komponen ketujuh pula ialah “tayar”. Ada 3 perkara – Tekanan, Imbangan and Penjajaran. Anda harus sedari tentang tayar.

Oleh kerana ketiga diatas agak pelik bagi seorang yang baru saja dapat lesen, maka dicadangkan serahkan tugas ini kepada pakar tukar tayar.

Yang satu elok anda belajar buat sendiri iaitu tekanan. Paling senang, harus ingat tayar belakang tekanan 24 – 26 psi (pound per sq. inch) dan depan, kerana menampung enjin kereta, 26 -28 psi.

Lampu brek ketiga atau brek kedua belah sisi ada kala berbakar. Tukar mentolnya saja. Anda sendiripun boleh lakukan penukarannya. Kalau susah, hantarkan kepada mekanik anda.

Ingat, kalau mana-mana lampu brek tidak bernyala, anda boleh kena saman polis.

“Horn” adakalanya gagal berfungsi khasnya semasa cuaca hujan. Komponen ini yang diletak dibahagian bawah kenderaan terkena air dan mudah rosak. Horn rosak merumitkan pemandu kereta.

Untuk mengatasi masalah ini, hantarkan saja kepada mekanik.

Suatu lagi komponen penting dalam kereta kita ialah “bateri”. Bateri sekarang tidak perlu dijaga, tidak perlu tambah air seperti bateri jenis lama.

Kalau anda masih lagi gunakan bateru jenis lama yang perlu diisi air, pastikan paras air bateri sampai ke paras atas. Air yang digunakan untuk mengisi bateri biasanya air bateri yang dapat dibeli dikedai-kedai bekalan barangan auto.

Bateri terdiri daripada jenis 9 plet atau 13 plet. Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet. Jaga bateri dengan baik dan bateri anda dapat bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

Yang akhir sekali, perkara atau komponen yang walaupun kecil saja, sentiasa dilupai ramai pemandu, tetapi ingat, anda boleh kena saman kalau berlaku kepada anda. Lampu belakang plet numbor anda.

Sentiasa perhatikan nombor plet dari masa ke semasa. Kalau ia tidak bernyala, tukarlah mentolnya. Ia berharga beberapa sen saja demi mengelakkan anda dikena saman.

Sekian saja dan selamat memandu. Diakhir karya ini dengan memperingatkan para pembaca blog saya bahawa saya bukanlah seorang mekanik, tapi apa yang saya hurai / ketarakan disini dicungkil dari pengalaman saya yang lebih 30 tahun serta pengalaman sebagi seorang penceramah Teori 6 Jam bagi mendapatkan Sijil JPJ L2B.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kiranya terdapat perbezaan yang berlaku diantara pendapat saya yang saya utarakan dengan pendapat penceramah lain.

6 Comments • Posted in Penjagaan Kereta

Comments

  1. syafiq

    tips yang baik. tapi lebih mudah difahami jika disertakan dengan gambar untuk memberikan gambaran yang lebih jelas. mungkin selepas ini anda boleh berikan tips berkenaan kerosakan asas kereta. contohnya, jika kereta tidak boleh dihidupkan, apa yang boleh diperiksa oleh pemilik kenderaan untuk mengenalpasti punca kerosakan.

    • admin

      Saudara Syafiq,

      Terima kasih atas cadangan anda tentang gambar.

      Topik-topik yang anda cadang akan di pertimbangkan.

      ‘Cikgu Yap

      • alya

        tangki air yg radiator tu dkt mana? mcm mana nk isi?? isi smpai penuh ke? TQ

        • Cikgu Yap

          Tangki air (raditor) di depan enjin. Isi takungan plastik yang di sambung kepada radiator.

  2. nizam

    bateri baru,asid bateri baru masuk..perlu d cas lg ker untuk kuat kn lg keupayaan jangka hayat bateri..klu d cas lg,adakah mendatangkan masalah pada bateri

    • Cikgu Yap

      Bateri jenis baru di caj secara sendiri. “Overcharge” bateri tidak digalakkan.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • zul: saya beli kereta atas nama sepupu saya.sekarang ni saya hendak buat tukar hak milik ke atas nama saya.dokumen2...
  • Zehan: Hi, I have a valid driving license but embedded into my new “Smart” NRIC, when I approached the inquiry...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Bala: Excellent& informative site. Thanks. I have a New Zealand and Indian licence. Can I use either one to drive...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Calvin: Hi Cikgu Yap, I’m an Australian Citizen i hold an Australian Drivers Licence and i come to Malaysia very...
  • Alvin Lee: dear, master yap Thank you very much…for your advice Looking forward to come home…… have...
  • Malaysian Licence & Australian Licence: Hi, i am malaysian & would like to know If i want to convert my...
  • vithu: Hi, im a srilankan currently working in malaysia. i got my international license but the police was telling...
  • lin: slm 1 mlaysia.. cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju...
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...