Salah satu komponen yang paling penting untuk sebuah kereta adalah tayar.

Bergantung kepada cara pemanduan anda, tayar kereta boleh tahan agak lama.

Contohnya, saya memandu sebuah kereta Perodua Alza.

Cara panduan saya adalah agak konservertif.

Maksudnya, saya tidak memandu dengan terlalu laju.

Tayar standard yang datang dengan kereta baru adalah jenama Sime Tayar.

Saya telah memandu dengan menggunakan tayar tersebut untuk lebih 4 tahun.

Saya kerap memeriksa keadaan tayar dan setiap 6 bulan, saya akan pergi ke kedai tayar dan putar (rotate) 4 biji tayar.

Berputar bermaksud, saya akan tukar kedua-dua tayar depan ke belakang dan tayar belakang akan di tukar ke depan.

Tujuan putaran tayar adalah untuk memastikan pemakaian dan hausan bunga keempat-empat tayar adalah serata.

Walaupun dengan panduan yang konservertif dan putaran tayar setiap 6 bulan, selepas 4 tahun, bunga tayar sudah agak haus dan dinding tayar mula retak.

Saya membuat keputusan untuk menukar tayar baru.

Promosi tayar kereta baru

Sebelum membeli tayar yang baru, ia adalah satu tabiat yang baik untuk membuat research ataupun pembandingan harga tayar.

Objektif adalah untuk mencari tayar kereta murah ataupun harga yang berpatutan.

Tetapi, ia adalah agak sukar dan mengambil masa yang lama jika anda terpaksa pergi ke beberapa kedai tayar untuk mendapatkan senarai harga tayar.

Adakah cara yang lebih mudah untuk mendapatkan senarai harga tayar yang terbaru?

Caranya memang ada.

Gunakanlah kuasa internet.

Di artikal ini, saya akan berkongsi cara yang mudah untuk mencari promosi harga tayar kereta yang hebat di internet.

Dua laman yang saya gunakan untuk mencari promosi tayar kereta baru adalah:

  • Lazada Malaysia
  • MyTayar.com

Tayar kereta baru di Lazada

Kebanyakan orang tidak tahu, sebenarnya anda boleh mendapatkan promosi harga tayar kereta baru yang murah di Lazada Malaysia.

Pertama kali yang menjumpai promosi tayar kereta di Lazada, saya juga terasa amat terkejut.

Adakah saya terpaksa order tayar kereta di Lazada dan tayar-tayar baru akan di hantar ke rumah saya?

Adakah saya terpaksa membawa tayar baru ke workshop untuk di pasang?

Sebenarnya, anda tidak perlu berbuat demikian jika anda membeli tayar kereta yang baru di Lazada.

Anda hanya perlu mengetahui dimensi tayar untuk model kereta anda dan membuat tempahan di Lazada.

Setelah anda membuat tempahan tayar baru, anda akan menerima panggilan telefon daripada agen penjual tayar untuk booking tarikh dan masa untuk memasang tayar baru di kereta anda.

Cabaran membeli tayar kereta baru dari Lazada adalah mencari agen workshop ataupun kedai servis tayar yang terdekat dengan lokasi anda.

Tayar kereta premium baru

Jika anda memiliki kereta mewah jenama seperti Mercedes Benz, BMW, Audi, Volkswagen, Range Rover, Mini dan sebagainya, di sini saya ingin recommend satu promosi tayar premium di Lazada.

Promosi tayar adalah untuk Michelin Pilot Sport 4 PS4 untuk saiz 16, 17, 18 dan 19 inch.

Michelin Pilot Sport 4 PS4

Untuk promosi ini, sebiji tayar baru Michelin Pilot Sport 4 saiz 205/55R16 harganya adalah kurang daripada RM490.00!

Pemasangan tayar adalah percuma termasuk kerja-kerja imbangan roda (wheel balancing) dan pengisian gas nitrogen.

Lokasi workshop untuk pemasang tayar percuma adalah di Shah Alam Section 15, Selangor Darul Ehsan.

Workshop Shah Alam

Pandangan workshop tayar kereta di Shah Alam Section 15

Workshop Section 15

Jika anda berminat untuk mendapatkan tayar Michelin Pilot Sport 4 yang baru, klik link di bawah untuk melihat promosinya di Lazada.

Klik sini ke Lazada

(Sila muat turun aplikasi Lazada ke smartphone anda)

Tayar kereta baru bajet rendah

Adakah anda ingin membeli tayar baru tetapi anda mempunyai bajet yang rendah?

Anda tidak perlu bimbang.

Di bahagian ini, saya akan berkongsi satu promosi tayar baru yang murah dan amat hebat di Lazada.

Untuk tayar kereta 14 inch jenama Continental ContiComfortContact CC6 (175/65R14) promosi sebiji tayar adalah kurang daripada RM130.00!

ContiComfortContact CC6

Harga tersebut juga termasuk kos pemasangan tayar, perimbangan roda (wheel balancing), valve getah baru dan pengisian gas nitrogen.

Di manakah lokasi pemasangan tayar kereta?

Lokasi-lokasinya adalah di:

  • Len Sen (Taman Bukit Anggerik, Cheras)
  • Taman Emas (Cheras)
  • Bandar Baru Bangi
  • Putra Kajang, Semenyih
  • Seri Kembangan

Jika anda berminat untuk mendapatkan promosi tersebut, sila klik link di bawah untuk ke Lazada.

Klik sini ke Lazada

(Sila muat turun aplikasi Lazada ke smartphone anda)

Berbanding harga dengan Mytayar.com

Di sini saya ingin menerangkan cara pencarian harga tayar dengan menggunakan internet.

Untuk pencarian di internet, saya akan mengesyorkan laman www.mytayar.com/.

MyTayar.com

Laman mytayar.com

Fungsi di mytayar.com agak berguna terutamanya jika anda ingin mencari kos tayar baru untuk kereta anda.

Pencarian harga tayar boleh di lakukan melalui 2 cara:

1) Pencarian dengan saiz tayar

2) Pencarian dengan model kereta

Saiz tayar

Sebelum anda membuat pencarian, pastikan anda tahu saiz tayar untuk kereta anda.

Jika anda tahu, pergi ke laman mytayar.com dan klik butang “Find By Tyre Size”.

Size tayar

Pencarian dengan size tayar

Selepas itu, klik menu Product Category dan pilih “Install and balancing”.

Kemudian, klik “Within the Distance Radius of” dan pilih “Up to 50 km”.

Untuk menu “Click a suggested place”, masukkan bandar kediaman anda.

Untuk menu “Width” ataupun lebar tayar, masukkan lebar tayar untuk kereta anda.

Masukkan Aspect ratio untuk tayar anda.

Aspect ratio adalah nisbah ketinggian dinding tayar berbanding dengan kelebaran tayar.

Sebagai contoh, size tayar Perodua Alza saya adalah 195/55/R15.

Lebar tayar adalah 195 mm.

Ketinggian dinding tayar adalah 195 x 55% = 107 mm.

Diameter rim adalah 15 inci.

Selepas kesemua data telah di masukkan ke dalam fungsi pencarian mytayar.com, klik “Get Your Search Result”.

Mytayar.com akan membuat pencarian dan mengemukakan kos tayar untuk sebuah kereta Perodua Alza.

Tayar baru

Kos tayar baru untuk Perodua Alza

Kini, ada telah tahu senari harga jenana dan juga model tayar baru untuk kereta anda.

Untuk Perodua Alza, kos tayar termurah adalah RM148.40 sebiji daripada jenama Corsa.

Tayar termahal adalah RM250.70 sebiji untuk jenama Pirelli.

Jenama tayar

Sistem mytayar.com mengemukkan semua jenama tayar yang terdapat di pasaran Malaysia.

Jenama tayar yang di tawarkan adalah seperti berikut:

  • Achilles
  • Continental
  • Goodyear
  • Hankook
  • Nexen
  • Toyo
  • BF Goodrich
  • Dunlop
  • GT Radial
  • Michelin
  • Silverstone
  • Viking
  • Falken
  • Bridgestone
  • Yokohama

Model kereta

Bagaimana untuk mencari kos tayar baru dengan menggunakan jenama dan model kereta?

Prosesnya agak mudah.

Pertama sekali, pergi ke laman mytayar.com.

Di menu Product Category, pilih Install and Balancing.

Untuk menu “Within the Distance Radius of”, pilih Up to 50 KM.

Menu “Click a Suggested Place”, masukkan bandar kediaman anda.

Untuk Car Brand, pilih jenama kereta anda.

Di mytayar.com, jenana kereta di dalam menu adalah:

  • Proton
  • Perodua
  • Chevrolet
  • Ford
  • Honda
  • Hyundai
  • Isuzu
  • Kia
  • Mazda
  • Mitsubishi
  • Naza
  • Nissan
  • Peugeot
  • Ssangyong
  • Subaru
  • Suzuki
  • Toyota
  • Volkswagen
  • Volvo

Untuk Car Model, pilih model kereta anda.

Untuk Car Variant, pilih variasi model kereta anda.

Car Year, pilih tahun keluaran kereta anda.

Akhir sekali, klik “Get Your Search Result”.

Pencarian mytayar.com akan menunjukkan pelbagai harga tayar baru untuk kereta anda.

Pembetulan: 

Pada mulanya, saya mengatakan bahawa “harga tayar yang di tunjukkan adalah harga anggaran sahaja.”

Pengikut penjelasan En. Ridzuwan, pengasas mytayar.com, pembekal tayar akan menjual tayar pada harga yang tertera diwebsite.

Oleh yang demikian, kini anda ada data untuk membuat bajet untuk menukar tayar baru.

Klik sini untuk ke Mytayar.com

Komen daripada pengasas Mytayar.com

Berikut adalah email yang saya terima daripada En. Ridzuwan, pengasas mytayar.com selepas membaca artikal di atas.

Saya di beri kebenaran untuk menerbitkan email beliau.

Saya rasa komen En. Ridzuwan amat bermanfaat untuk pembaca blog ini.

Beikut adalah komen daripada En. Ridzuwan mengenai servis mytayar.com:

Hi Mr Will Yap;

Pertama sekali, terima kasih kerana mengambil masa dan tenaga untuk menulis mengenai mytayar.com di website tuan http://driving-school.com.my/car-maintenance/harga-tayar pada 24 June 2017. Saya berasa penulisan tuan memberikan gambaran yang sangat baik mengenai usaha kami.

Saya ingin membuat sedikit pembetulan yang kepada ayat “harga tayar yang di tunjukkan adalah harga anggaran sahaja.”.

Sebenarnya, website kami menjual tayar pada harga yang tertera diwebsite mengikut terms and conditions yang dinyatakan. Website ini memberikan satu platform kepada peniaga tayar untuk meletakkan harga tayar mereka sendiri pada bila-bila masa mengikut pricing structure kami. Kami telah menyelaraskan pricing structure yang perlu diikuti oleh semua peniaga tayar yang menjadi Network Workshops kami. Dengan cara ini, pengguna boleh memilih tayar dengan mudah mengikut spefikasi tayar, harga atau pun lokasi.

Saya percaya pengguna akan mendapat manfaat menggunakan website kami kerana mereka boleh membuat pilihan dengan bijak. Contohnya, jika pengguna inginkan tayar Michelin untuk Myvi, kemungkinan peniaga A memberikan harga yang terbaik tetapi untuk tayar Goodyear, mungkin peniaga B memberikan harga yang terbaik.

Pengguna juga boleh membuat pilihan lokasi kerana ianya diletakkan dengan nyata. Sebagai contoh, sekiranya pengguna hanya memerlukan satu tayar sahaja, kemungkinan tayar yang lebih mahal sedikit tetapi ditawarkan oleh kedai yang lebih dekat mungkin pilihan yang lebih bijak.

Peniaga tayar juga mendapat manfaat kerana kos marketing mereka dapat dikurangkan kerana ianya ditanggung oleh kami. Mereka juga boleh mendapat pelanggan yang baru melalui website kami.

Sebagai platform yang terpisah dari workshops, kami akan menjaga kepentingan pelanggan kerana kami lebih memahami industri ini lebih baik dari pelanggan biasa. Ini akan mengelakkan pengguna dari ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Tambahan lagi, peniaga juga berasa gentar untuk menipu pelanggan kami kerana mereka akan kehilangan satu channel penjualan. Peniaga yang menyertai kami juga tidak mahu peniaga yang nakal kerana ianya akan menjejaskan keseluruhan sistem ini. Setakat ini, kami telah membuang beberapa peniaga yang didapati tidak bertanggungjawab.

Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih untuk artikel itu dan berharap website tuan akan terus berkembang.

Kesimpulan

Jika anda bercadang untuk mendapatkan tayar baru untuk kereta anda, adalah agak mudah untuk mencari harga yang paling murah di pasaran.

Anda cuma perlu ke laman Lazada Malaysia dan Mytayar.com untuk mendapatkan promosi jualan tayar terkini.

Bagi saya, untuk menukar tayar baru kereta Perodua Alza, saya pergi ke kedai tayar yang berdekatan dengan rumah saya.

Kawan saya adalah supervisor kedai tersebut.

Saya minta kawan saya recommend tayar baru untuk kereta saya.

Dia telah mencadangkan saya membeli tayar berjenama Viking yang murah dan berkualiti tinggi.

Saya mengikuti cadangnya dan 4 tayar baru di pasang dan pengimbangan rim di siapkan dalam masa lebih kurang 1 jam.

Jika anda kenal orang di kedai tayar yang berdekatan rumah anda, adalah baik anda dapatkan cadangan supervisor di situ.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikal ini. Di harapkan artikal di atas dapat membantu.

Selamat memandu!

By | 2024-02-25T12:22:24+08:00 February 22nd, 2024|Car Maintenance|7 Comments

About the Author:

7 Comments

  1. Asraf Zainal July 11, 2017 at 3:29 am - Reply

    Saya pernah membeli tayar di http://www.mytayar.com ini.. memang harga yang tunjuk kat situ adalah harga yang saya bayar… Sangat murah berbanding dengan kedai yang saya tanya sendiri. Memang convenient gila.

  2. Lazali December 8, 2017 at 10:04 am - Reply

    informasi bagus

  3. roza February 9, 2018 at 1:39 pm - Reply

    terima kasih di atas penulisan dan perkongsian saudar..amat membantu..syafakallah..

  4. Isma June 7, 2018 at 7:44 am - Reply

    Tq byk manfaat

  5. Vr46 August 17, 2018 at 7:39 am - Reply

    Mahal. Pernah survey dan buat pricing comparison. Memang mahal.
    Cth: Tayar uc6 : 205/60/16 : rm350 keatas
    Tetapi,
    I boleh dapat pada harga rm320 siap pasang dan balancing.

  6. Roza Suhaimi May 8, 2019 at 1:34 pm - Reply

    Baru minggu lepas beli Bridgestone untuk Myvi saya… Dapat 4 tayar semua harga RM420.. Kat kedai lain saya check semua RM500 lebih. Tapi yang penting, tak kena tipu dengan kedai.. Berapa harga kat internet, itu harga yang kita bayar.

    • Cikgu Yap May 8, 2019 at 3:32 pm - Reply

      Blog ini rasa harga yang anda dapat tayar tersebut agak murah. Yang penting anda merasa puas.

Leave A Comment