10 Kesalahan Memandu Di Jalan Raya Malaysia & Hukumannya

Posted on March 10th, 2010

Kesalahan-kesalahan Pemandu Dan Hukuman-hukuman Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Saya selalu berpendapat, seseorang pemandu yang cekap harusnya biasa dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (A.P.J.). Oleh kerana demikian, percubaan akan di buat dalam artikal ini untuk menerangkan beberapa kesalahan dan hukuman yang boleh di kenakan kepada seseorang pemandu.

Untuk perhatian para pemandu, harap ambil perhatian terhadap kesalahan-kesalahan serta hukuman-hukuman yang boleh di kenakan terhadap tuan-tuan dan puan-puan.

1) Tidak membuat tukaran hak milik kenderaan dalam tempoh 7 hari.

Setiap pembelian atau pencapaian sesebuah kenderaan, harus di laksanakan tukaran milik dalam tempoh 7 hari. Tidak buat demikian merupakan suatu kesalahan. Ini melanggar Seksyen 14 (1) A.P.J. Sekiranya salah, boleh di denda RM100.

2) Tiada nombor pendaftaran atau nombor kabur, keliru atau tidak mengikut peraturan.

Kesemua di atas merupakan kesalahan menurut Seksyen 14 (1) A.P.J. Memang ramai pemandu yang tidak tahu tentang kehendak ini. Sekiranya anda melakukan kesemua kesalahan di atas, sudah pasti akan di saman RM100.

Jadi, jangan sekali-kali mengunakan kenderaan yang tiada nombor pendaftaran, nombor kabur, keliru atau yang tidak mengikut peraturan atau pun saiz.

3) Tukar alamat dalam tempoh 7 hari.

Tahukah anda bahawa anda hendaklah membuat penukaran alamat dalam tempoh 7 hari? Ramai tidak peduli akan perkara ini.

Sebenarnya, ianya satu-satu kesalahan. Tuan boleh di denda sebanyak RM100 di bawah Kaedah 8GV (LD65 LN158 / 65).

4) Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen memandu.

Ini adalah suatu kesalahan. Kesalahan ini jatuh di bawah Seksyen 26 (1). Ini kes mahkamah. Dendanya RM150. Boleh juga di denda RM1000 atau kena penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

5) Tidak patuhi syarat-syarat “L”.

Beberapa syarat lesen “L” adalah:
i) Mesti pasang “L” di depan dan belakang.
ii) Tidak boleh angkut orang.
iii) Hendaklah memakai topi keledar.
iv) Tidak boleh menggunakan telefon bimbit sewaktu menuggang motor.

Sekiranya kesalahan, apa dendanya? RM200 menanti anda sebenarnya.

6) Memandu sewaktu lesen C.D.L. di gantung atau di batal.

Bolehkah anda memandu semasa lesen C.D.L. di gantung atau pun di batal? Sudah tentu tidak boleh!

Kalau degil, anda sebenarnya melanggar Seksyen 38 (2). Ingat, ini kesalahan mahkamah. Dendanya RM2000 dan penjara 6 bulan.

7) Tidak memberi lesen atau kerjasama kepada pengawai penguat kuasa.

K 14GV (LD/LN 158/65) mengatakan anda itu salah. Ingat, anda kesalahan berat. Jangan lupa boleh kena dendaan besar. RM3000 dendanya.

Kiranya anda sokong Parti PKR, di cadangkan anda masuk politik sahaja. Jangan sekali-kali engkar kapada polis, J.P.J. atau pegawai-pegawai Majlis Perbandaran.

8) Memandu atau membenar memandu di bawah umur.

Sekira baru 15 tahun, jangan izinkan anak anda memandu kenderaan motor atau kereta. Melanggar Seksyen 39 A.P.J. Kes ini hendak ke mahkamah. Dendanya RM1000 atau penjara 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.

Jadi ingat, jangan main-main melangar undang-undang keras ini.

9) Melanggar had laju kenderaan atau melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan.

Memandu lebih had laju salah di bawah Seksen 40 (1) A.P.J. Ini kes mahkamah juga. Dendanya RM1000. Lesen mungkin di gantung satu bulan. Sabit kesalahan lesen boleh di gantung 3 bulan.

Melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan pula, dendanya ialah:
i) Melebihi 40 km/j – Denda RM300.
ii) Melebihi 26 km/j – 39 km/j – Denda RM200.
iii) 1 km/j – 25 km/j – Denda RM100.

Kesemua kesalahan di atas jatuh di bawah Seksyen 69 (1A). Jagi ingat, jangan suka pandu laju-laju. Sekiranya minat memandu laju, saya syor masuk Formula 1 saja.

10) Memandu dengan melulu dan membahayakan atau menyebabkan kematian.

Ingat tak kisah 10 orang mati di tol Jelepang dekat Ipoh baru-baru pada 25hb Disember 2009? Ia melibatkan bas dua tingkat syarikat Sani Ekspress.

Pemandunya di lapor mengantuk. Beliau di dakwa kesalahan Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya. Sabit kesalahan, boleh di penjara 10 tahun.

Memadai di beri 10 saja yang utama yang termaktub dalam A.P.J 1987. Akan datang, kiranya berpeluang akan menitik beratkan lain-lain seksyen yang penting untuk pengetahuan para pemandu.

254 Comments • Posted in Undang-undang

Comments

  1. fazli

    Ayah saya bru meninggal dunia akibat kemalangan motosikal oleh sebuah kereta yg dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh ayah saya..keadaan mosikal betul2 di bahagian kiri garis putih jalan raya..boleh saya tahu tindakan apa yg akan diterima oleh pemandu kereta tersebut??kereta tersebut dipinjam dari rakan nya da rakanya masih belum tukar nama kereta tersebut. Dari pemilik asal..siapa yg akan dikena kan tindakan??

    • Cikgu Yap

      Yang pertama, nama asal dalam buku pendaftaran kenderaan akan bertanggungjawab terhadap kemalangan ini. Kes ayah anda, satu kes kemalangan yang amat serius. Pasang peguam yang baik untuk menuntut bela kematian ayah anda.

      Pada pendapat saya, si pemandu kenderaan akan di dakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana akibatkan kematian.

  2. traffic_in_malaysia

    Cikgu Yap,
    I’m very interested on Malaysia traffic law, may I know where can I get this kind of book or info ?

    Thanks

  3. Nano

    Cikgu Yap…Kereta saya terlibat dlm kemalangan tahun pertama setelah saya beli kereta proton saga,pihak Proton ialah org yg mengurus insurance bagi kereta ini,Pihak insurance telah membayar semua kos pembaikan kereta tersebut di bengkel tetapi menaikkan jumlah insurance tahunan alasan kereta saya tidak cukup labour.Setelah setahun menbayar insurance dan masalah itu selesai,pihak insurance telah meminta bayaran rm500 dengan alasan kereta itu masih dibawah lesen P sedangkan saya sudah mendapat lesen penuh(lebih 2 Tahun)

    Jadi saya ingin bertanya kepada Cikgu klau bayaran seperti ini wujud kerana sebelum ini saya pernah cuba ditipu oleh pihak proton atau pekerja proton itu sendiri semasa mengurus insurnace dengan meng order barang yang tidak perlu untuk kegunaan mereka atas nama saya,nasib baik masa itu bengkel yg membaiki kereta tersebut menelefon dan memberi tahu yang ada part2 yg telah ditukar oleh pihak proton,,,,dan saya tidak mahu ditipu lagi?

    • Cikgu Yap

      Daripada penjelasan anda, nampaknya Proton yang mengendalikan insurans kenderaan telah under insured kenderaan anda. Pada pandapat saya, pihak Proton telah membuat kiraan nilai yang terlalu rendah. Ini kesalahan mereka sendiri. Tuntutan bayaran RM500 kemduain dengan alasan anda pemagang lesen P manakala anda sebenarnya pemandu lesen berpengalaman tidaklah wajar. Saya bercadang anda boleh buat pengaduan kepada Persatuan Insurans SeMalaysia (PIAM) dan Bank Negara tentang hal ini.

      Tentang order barangan-barangan yang bukan atas nama anda yang tidak perlu, ini merupakan suatu kesalahan yang serius. Tindakan ini boleh di dakwa.

  4. Mohd Zamri Amir

    Semalam, saya telah disaman oleh trafik kerana tidak mempunyai lesen P. Tetapi saya mempunyai lesen L dan pada masa tersebut kawan saya yang mempunyai lesen P telah mengalami cirit-birit kerana makan seafood dan saya telah menggantinya memandu. Keesokan harinya saya bakal menduduki QTI dan baru sekejap tadi saya telah layak untuk ujian JPJ. Soalan saya, apakah yang perlu saya buat? Bayar saman dan duduki ujian JPJ atau ujian JPJ dahulu baru bayar saman. Adakah kemungkinan lesen L saya akan digantung dan menyebabkan saya tidak dapat meneruskan ujian JPJ saya atau saya tidak boleh lagi mengambil lesen memandu. Mohon jawapan cikgu.

    • Cikgu Yap

      Anda sebenarnya tidak boleh memandu. Bayar saman secepat mungkin. Jangan fikir perkara-perkara yang bukan-bukan lagi.

  5. temusiasat jpj

    saya ingin bertanya pihak tuan.
    JPJ telah mendakwa menghantar surat temusiasat berdasarkan no. kenderaan dan nama pemilik kenderaan yang ada dalam sistem mereka. malangnya, saya tidak menerima surat seperti yang didakwa dan hanya saya mengetahui masalah ini selepas gagal memperbaharui cukai jalan kereta saya.

    selepas mengetahui maslah ini, kami menghadiri JPJ dan mereka mengarahkan kami pergi ke mahkamah. persoalannya, adakah pemilik kenderaan atau pemandu yang perlu pergi ke mahkamah memandangkan saya tiada lesen memandu, dan kesalahan itu dilakukan oleh pemandu. buat makluman, hanya pemandu kenderaan saya yang telah hadir untuk temusiasat di jpj, bukannya saya sebagai pemilik kenderaan.

    mohon jawapan er.. terima kasih atas bantuan

  6. Kemalangan menyebabkan kemautan

    Sahabat saya telah didakwa akibat kemalangan yang meyebabkan kemautan.
    Kejadian ini berlaku pada Tahun 2011 bulan May. Pada masa itu, dia memandu dengan mengeluarkan isyarat untuk belok ke kiri kerana dia hendak belok ke krir , tiba-tiba sebuah motosikal di sebelahnya tidak diperhati dan menyeberangi dia dan meyebabkan kematian setrusnya.
    Tahun ini, dia terima surat daripada mahkamah untuk ke mahkamah. Sebelum itu, dia juga terima panggilan dari polis malaysia ke balai dan dipangil untuk handir mahkamah yang tidak sama tarikh. Soalan saya, kenapa dia perlu handir dua kali mahkamah dan dia diberitahu mahkamah pertama adalah untuk insurance kereta dan mahkamah kedua untuk “kemalangan yang menyababkan kematian”. Polis juga suruh dia mengakui kesalahannya di balai polis dengan hukuman RM4500, jika tidak, kes ini akan dibawa ke mahkamah. Jika kes ini dihukum dia bersalah, dia akan dihukum penjara 2 tahun atau RM2500 atau kedua-duanya.

    • Cikgu Yap

      Kes mahkamah pertama untuk hal insurns. Kes ke 2 untuk siasatan polis. Denda RM4500 rasa saya perpatutan sebab kes ini berat. Hukuman penjara dan dendaan-dendaan lain memang wajar.

  7. yatcumil

    saya baru terlibat dengan kemalangan..saya telah terlanggar satu tiang lampu…kemudian sy diminta untuk bayar saman RM300….bayaran telah pun dibuat. Esoknya ada seorg anggota polis pangkat sarjan..call dan minta sy ganti tiang lampu berharga rm3000….adakah akta sebegitu?ada saya tanya persoalan ini pd kawan sy seorg traffic…dia kata tak pernah lagi ada sebarang tuntutan macam ini..biasanya bayar saman….pls advise..tqvm

    • Cikgu Yap

      Tindakan polis betul. Ramai tidak tahu bahawa melanggar tiang TNB mahupun Telekom di kehendaki membayar gantirugi kepada pihak tersebut atas. Meskipun jarang tindakan seperti ini di tuntut, bagaimanapun, memang ini peraturan undang-undang dan boleh di laksanakan.

  8. Jerangkung Dalam Preve'

    Sy ingin kepastian daripada encik:

    i) Di lebuhraya yg mempunyai 3 line,di mana kedudukan ‘line 1′ dan ‘line 3′?Adakah ‘line 1″ di lorong paling kanan sekali atau lorong paling kiri dan sebaliknya?

    2) Bolehkah kenderaan berat seperti bas express menggunakan lorong paling kanan untuk memotong?

    Sekian Terima Kasih…

    • Cikgu Yap

      Saya berpendapat lorong 1 paling kiri sekali. Lorong 2 di tengah. Serta lorong 3 di luar sekali.

      Kenderaan berat, sebenarnya harus jalan di lorong 1 sebaik-baiknya. Bas express tidak boleh memotong dengan gunakan lorong ke 3.

  9. natalie mary

    baru-baru ini bapa saudara saya dan sepupu saya serta isterinya mati dilanggar ketika menukar tayar kenderaannya. kejadian berlaku di jalan yang mempunyai 2 lane sehala. semasa kejadian kereta bapa saudara saya menyalakan lampu kecemasan. Pemandu yang melanggar mendakwa tidak melihat lampu kecemasan dan kawasan gelap sedangkan sebelumnya beberapa kenderaan termasuk lori/treler menyedari situasi mereka dan mengambil lane kanan. Persoalannya adakah pemandu yang melanggar ketiga-tiga mereka ini boleh didakwa cuai dan bolehkah pemandu ini didakwa dan apakah hukuman nya.selain itu bolehkah pihak keluarga mangsa menuntut ganti rugi kepada pemandu terbabit kerana disebabkan kejadian ini ahli keluarganya hilang tempat bergantung.

    • Cikgu Yap

      Yang melanggar telah lakukan kesalahan yang serius. Ia akan di denda di bawah Seksyen 41 (1). Antara denda-dendanya ialah

      i) Di penjara beberapa tahun.

      ii) Lesen akan di gantung / batal.

      iii) Di denda antara RM4000 – RM10,000.

      Elok dapatkan peguam untuk kes berat ini.

  10. lin

    slm 1 mlaysia..
    cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju ke tempat B yang berada di sebelah kanan.saya telah memberi signal ke kanan utk bertukar lorong dan sempat melihat kenderaan dibelakang saya adalah sebuah bas.apabila saya berada dikedudukan line kanan sekali dan bersedia untuk membelok ke kanan menuju ke tempat B tiba-tiba ada sebuah motosikal dari arah belakang saya telah melanggar kereta saya di arah sebelah kanan ini kerana kereta saya telah kemek pada pintu pemandu sebelah kanan.persoalannya :-
    1. setelah pegawai penyiasat menyiasat kes saya ia telah mendapati saya bersalah kerana tidak melihat dengan jelas motor yang sama arah dengan saya sedangkan saya hanya nmpak bas sahaja pada ketika itu.
    2. pemandu motorsikal itu juga telah disaman kerana tidak mempunyai lesen.
    adakah beliau boleh menuntut insurans keatas kereta?.
    3. adakah saya masih boleh membaiki kereta saya menggunakan insuran kereta saya sendiri ?

    • Cikgu Yap

      Pegawai siasatna telah membuat keputusan anda cuai. Pemandu motor tidak berlesen rasa saya tidak boleh membua tuntutan. Memang anda boleh buat tuntutan membaiki kenderaan anda.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • zul: saya beli kereta atas nama sepupu saya.sekarang ni saya hendak buat tukar hak milik ke atas nama saya.dokumen2...
  • Zehan: Hi, I have a valid driving license but embedded into my new “Smart” NRIC, when I approached the inquiry...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Bala: Excellent& informative site. Thanks. I have a New Zealand and Indian licence. Can I use either one to drive...
  • tan: hi, i recently planned to sell my car to a second hand car dealer, the dealer wan to do B1 and B5 test in...
  • Calvin: Hi Cikgu Yap, I’m an Australian Citizen i hold an Australian Drivers Licence and i come to Malaysia very...
  • Alvin Lee: dear, master yap Thank you very much…for your advice Looking forward to come home…… have...
  • Malaysian Licence & Australian Licence: Hi, i am malaysian & would like to know If i want to convert my...
  • vithu: Hi, im a srilankan currently working in malaysia. i got my international license but the police was telling...
  • lin: slm 1 mlaysia.. cikgu yap pd 12 may lalu saya telah terlibat dlm kemalangan jalan raya saya dari tempat A menuju...
  • lelaki budiman: seorang lady membuat u-turn lalu dilanggar oleh saya…kereta dia kemek di pintu kanan belakang...
  • Bill Millar: Hi Mr Yap, I am from Australia and live in KL. I have a class D Malaysian Drivers Licence and what to...
  • Pixie: Hi Cikgu Yap. My 2 god children (they are twins) are coming back from Australia for holidays during year end....
  • Geraldine Yeoh: Dear Cikgu Yap, My apartment has no enough parking lots even though we did try to rent from...
  • Raien: Hi I`m Raien from Bangladesh. I am a professional driver. I have valid Bangladeshi Professional Driving...
  • Traveller: Dear Cikgu Yap I will be visiting Thailand for a holiday and thought of renting a car. Can we rent a car...
  • Alvin Lee: Dear,,, Master Yap, A Long Way From Home…IRELAND calling…Malaysia is my roots// My Malaysian license...