10 Kesalahan Memandu Di Jalan Raya Malaysia & Hukumannya
Kesalahan-kesalahan Pemandu Dan Hukuman-hukuman Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
Saya selalu berpendapat, seseorang pemandu yang cekap harusnya biasa dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (A.P.J.). Oleh kerana demikian, percubaan akan di buat dalam artikal ini untuk menerangkan beberapa kesalahan dan hukuman yang boleh di kenakan kepada seseorang pemandu.
Untuk perhatian para pemandu, harap ambil perhatian terhadap kesalahan-kesalahan serta hukuman-hukuman yang boleh di kenakan terhadap tuan-tuan dan puan-puan.
1) Tidak membuat tukaran hak milik kenderaan dalam tempoh 7 hari.
Setiap pembelian atau pencapaian sesebuah kenderaan, harus di laksanakan tukaran milik dalam tempoh 7 hari. Tidak buat demikian merupakan suatu kesalahan. Ini melanggar Seksyen 14 (1) A.P.J. Sekiranya salah, boleh di denda RM100.
2) Tiada nombor pendaftaran atau nombor kabur, keliru atau tidak mengikut peraturan.
Kesemua di atas merupakan kesalahan menurut Seksyen 14 (1) A.P.J. Memang ramai pemandu yang tidak tahu tentang kehendak ini. Sekiranya anda melakukan kesemua kesalahan di atas, sudah pasti akan di saman RM100.
Jadi, jangan sekali-kali mengunakan kenderaan yang tiada nombor pendaftaran, nombor kabur, keliru atau yang tidak mengikut peraturan atau pun saiz.
3) Tukar alamat dalam tempoh 7 hari.
Tahukah anda bahawa anda hendaklah membuat penukaran alamat dalam tempoh 7 hari? Ramai tidak peduli akan perkara ini.
Sebenarnya, ianya satu-satu kesalahan. Tuan boleh di denda sebanyak RM100 di bawah Kaedah 8GV (LD65 LN158 / 65).
4) Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen memandu.
Ini adalah suatu kesalahan. Kesalahan ini jatuh di bawah Seksyen 26 (1). Ini kes mahkamah. Dendanya RM150. Boleh juga di denda RM1000 atau kena penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
5) Tidak patuhi syarat-syarat “L”.
Beberapa syarat lesen “L” adalah:
i) Mesti pasang “L” di depan dan belakang.
ii) Tidak boleh angkut orang.
iii) Hendaklah memakai topi keledar.
iv) Tidak boleh menggunakan telefon bimbit sewaktu menuggang motor.
Sekiranya kesalahan, apa dendanya? RM200 menanti anda sebenarnya.
6) Memandu sewaktu lesen C.D.L. di gantung atau di batal.
Kalau degil, anda sebenarnya melanggar Seksyen 38 (2). Ingat, ini kesalahan mahkamah. Dendanya RM2000 dan penjara 6 bulan.
7) Tidak memberi lesen atau kerjasama kepada pengawai penguat kuasa.
K 14GV (LD/LN 158/65) mengatakan anda itu salah. Ingat, anda kesalahan berat. Jangan lupa boleh kena dendaan besar. RM3000 dendanya.
Kiranya anda sokong Parti PKR, di cadangkan anda masuk politik sahaja. Jangan sekali-kali engkar kapada polis, J.P.J. atau pegawai-pegawai Majlis Perbandaran.
8) Memandu atau membenar memandu di bawah umur.
Sekira baru 15 tahun, jangan izinkan anak anda memandu kenderaan motor atau kereta. Melanggar Seksyen 39 A.P.J. Kes ini hendak ke mahkamah. Dendanya RM1000 atau penjara 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.
Jadi ingat, jangan main-main melangar undang-undang keras ini.
9) Melanggar had laju kenderaan atau melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan.
Memandu lebih had laju salah di bawah Seksen 40 (1) A.P.J. Ini kes mahkamah juga. Dendanya RM1000. Lesen mungkin di gantung satu bulan. Sabit kesalahan lesen boleh di gantung 3 bulan.
Melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan pula, dendanya ialah:
i) Melebihi 40 km/j – Denda RM300.
ii) Melebihi 26 km/j – 39 km/j – Denda RM200.
iii) 1 km/j – 25 km/j – Denda RM100.
Kesemua kesalahan di atas jatuh di bawah Seksyen 69 (1A). Jagi ingat, jangan suka pandu laju-laju. Sekiranya minat memandu laju, saya syor masuk Formula 1 saja.
10) Memandu dengan melulu dan membahayakan atau menyebabkan kematian.
Ingat tak kisah 10 orang mati di tol Jelepang dekat Ipoh baru-baru pada 25hb Disember 2009? Ia melibatkan bas dua tingkat syarikat Sani Ekspress.
Pemandunya di lapor mengantuk. Beliau di dakwa kesalahan Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya. Sabit kesalahan, boleh di penjara 10 tahun.
Memadai di beri 10 saja yang utama yang termaktub dalam A.P.J 1987. Akan datang, kiranya berpeluang akan menitik beratkan lain-lain seksyen yang penting untuk pengetahuan para pemandu.

nak tnye, sya kena saman tiada lesen memandu
lesen tiada=RM300
tiada insurans=RM300
total 600, perlukah saya hadir ke mahkamah?
atau just bayar dekat balai polis bukit aman?
Saman-saman jumlah RM600. Kes anda kes mahkamah!
Cikgu Yap!! nak minta bantu nie.. situasi saya hampir sama dengan saudari nurul:
sy mengambil test lesen L pada 01/06/2007 dan undang-undang untuk Lesen L sy bertempoh 01/06/2007 hingga 31/05/2009. saya dah pernah renew lesen L sehingga 29/08/2010, Saya hendak ambil lesen P sekarang, boleh ke saya ambil lesen sekarang Atau sy perlu mengambil semula ujian berkomputer dari awal atau sy hanya perlu renew lesen L sy dan mengambil test untuk lesen P sahaja?
terima kasih.
Nampaknya, undang-undang anda telah mati pada 31/5/2009. Betul anda boleh membarui lesen L. Tapi anda tidak boleh ambil test practikal untuk P. Anda harus ambil balik kursus KPP, di ikuti dengan ujian komputer undang-undang sekali lagi.
saya hendak bertanya mengenai lesen L kereta (kelas D).Boleh kah saya memandu di jalan raya jika saya ada lesen L sahaja?
Tidak boleh. Harus di ajar oleh seorang pengajar yang bertauliah. Kalau motor, boleh.
hello…
sy ingin bertanya, saya ditahan atas kesalahan lesen tamat tempoh. adakah sy perlu ke mahkamah y ditetapkan @ bolehkah sy pergi mahkamah y berdekatan tempt sy tgal?
@ adakah sy bleh byar kompaun shj tanpa ke mahkamah?
TQ
kawan saya telah dikenakan saman atas kesalahan tiada lesan dan juga dikenakan atas tiada insurans kereta jumlahnya 600 , adakah selepas prgi ke mahkahmah dan jelaskan bayaran owner kereta dikenakan gantung lesen.
Jumlah saman itu betul – RM600. Terserlah pada JPJ Putrajaya sama ada lesen anda akan di gantung atau tidak. Anda haruslah menunggu keputusan pihak berkuasa.
jika di highway utara selata, motorsikar boleh mengambil dalam jalan kecemasan?
Kalau highway itu tidak ada lorong motor, boleh. Kiranya ada lorong khas untuk motor, maka tidak boleh. Motor Kelas B Full boleh di gunakan highway saja.
accident always happens this day .. i wonder why people now always get in to this tragedy…
People should be advised to drive carefully.
hai Cikgu Yap,
Selamat sejahtera.
Motorsikal 2 roda 500cc ke atas, dibenarkan untuk menggunakan lebuhraya & tidak perlu menggunakan laluan motorsikal yang disediakan? Boleh beritahu akta atau peruntukan undang2 Malaysia dalam hal ini? harap Cikgu Yap dapat bantu. Terima kasih.
Motorsikal super ialah 501 cc ke atas. Kalau demikian, boleh guna lebuhaya, Tidak perlu guna lorong motorsikal.
Memandu dengan Lesen TAMAT dikenakan kompaun RM300.
Benar, lesen memandu tamat kompaunnya RM300.
sy nk tye soalan.dalam satu situasi,iaitu penunggang motorsikal dibelakang dengan kelajuan perlahan dan sebuah kenderaan di hadapan.secara tiba2 kenderaan dihadapan memberhentikan kenderaan mengejut di kawasan bulatan menyebabkan motorsikal di belakang gagal di kawal dan terus merempuh kereta tersebut.pemilik kenderaan dihadapan meminta ganti rugi..dalam situasi begini siapakah harus dipersalahakn?motorsikal yg dipandu dibelakang hanya menggunakan kelajuan kurang dari 15 km /j tp akibat kereta depan brek mengejut maka terlanggar kereta depan.sekian
Yang melanggar kereta depan salah.
adakah van tak boleh bawa barang-barangan semasa van daftar atas name sendiri bukan syarikat?
kalao macam tu kenapa orang nak beli van kan? selalu kena saman atas ini alasan
Bawa barangan penggunaan sendiri boleh.
Cikgu Yap nak tanya sikit .. kesalahan melanggar lampu isyarat, adakah mata KEJARA akan ditambah atau setakat membayar saman sahaja ??
Langgar lampu isyarat merak, 10 mate demerit. Denda RM300. Lesen CDL, 15 mata, lesen boleh di gantung.
Cikgu Yap, benarkah kalau memandu dengan lesen yang tamat tempoh di kompount RM 300, jika membayar sebelum tarikh akhir bayaran boleh mendapat diskaun. terima kasih
Lesen mati boleh kena kompoun Rm150. Buatlah rayuan di balai, mungkin boleh dapat diskaun.
cikgu, nak tanya…
saya kena saman tiada lesen memandu…dan tarikh kompoun telah lalu…
jumlah saman berapa dan saya diwajb hadir mahkamah atau bayar shj?
Di nasihat anda ke pejabat yang keluarkan saman untuk membincang tentang saman anda. Beritahu pihak berkenaan, anda berhajat untuk menyelesaikan saman itu.
andaikata kita nak pergi simpang jalan tetapi jalan bertentangan sesak..tiba-tiba ada sebuah kereta dari jalan bertentangan memberi jalan…sewaktu pemandu kereta yang hendak memasuki simpang itu membawa kereta secara perlahan-lahan takut ada motor disebelah kiri dari jalan bertentangan tiba-tiba sebiji motor datang dengan laju merempuh kereta itu..disini persoalan mengapakah pemandu kereta itu salah walaupun pemandu kereta bukan melanggar tetapi dilanggar oleh motosikal itu?
Pemandu motor itu gopoh serta cuia. Ia melanggar kereta sepertimana katakan anda.
pemandu motor salah… boleh di dakwa kesalahan Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya. Sabit kesalahan, boleh di penjara 10 tahun.
sekiranya seorang pemandu berlesen CDL melanggar pembonceng motosikal yang tidak berlesen malah di bawah umur, adakah patut pemandu yang berlesen menanggung rugi atas kejadian tersebut?
Melanggar belakang pembonceng motor tidak berlesen tetap salah. Tidak berlesen si penuggang motor soal lain pula. Itu tanggungjawab mahkamah untuk mendendanya. Patut atau tidak pemandu menanggung kos kerugian terserlah kepada budi-bicara pula.
sekiranya seseorang pemandu motosikal yang membawa pembonceng memotong sebuah motosikal lain yang membawa pembonceng juga di highway atau jalan yang agak sesak sikit, kemudian sebelum sempat habis memotong, motosikal tadi dilanggar oleh pemandu yang dipotong tadi, tetapi pemandu yang melanggar dari belakang tadi terjatuh…dalam hal ini, siapa yang patut dipertanggungjawabkan@ siapa yang bersalah?
Yang memotong motosikal dan kemudian terjatuh, nampaknya telah memotong dalan keadaan yang bahaya. Dalam kes begini, motosikal yang memotong itu salah.
memandu 122 km/j di highway..kena saman ekor RM 300…betul ke tindakan polis ni…kalau tgk kat atas kena bayar 100 jer..tlg bagi pandangan..
RM300 betul. Setahu saya, speeding ialah RM300.
Helo.
Adik saya seorang posmen. Keluar simpang tiga, kemudian dilanggar oleh motosikal yang mana penunggangnya tiada lesen memandu. Kejadian dalam taman Perumahan… Harap dapat penjelasan.
Tidak kira sama ada di taman atau tidak, yang keluar simpang kurang berhati-hati. Walau apapun juga, pihak lain yang tiada lesen memandu, salah dan telah langgar peraturan lalu-lintas.
selamat sejahtera cikgu. Pakcik saya telah memotong sebuah lori dan selepas sahaja dia memotong lori tersebut tiba-tiba sebuah kenderaan berhenti di pertengahan jalan tanpa menggunakan isyarat dan lampu break pun tidak hidup, pakcik saya tidak dapat menggelak dan melanggar kenderaan tersebu siapakah yang bersalah? pemandu yang dilangar tadi mengaku bersalah sewaktu di tempat kejadian kerana tidak mahir menggunakan gear auto tetapi setelah sampai ke balai polis membuat laporan dia mengaku tak bersalah dan pegawai polis traffic menyokongnya, siapakah yang bersalah?
Langgar belakang orang di katakan tidak dapat kawal kenderaan sendiri serta telah ikuti kenderaan depan terlalu dekat. Walau apapun penjelasan pak cik di depan dan meskipun ia menyaku salah, adalah baik kiranya pak cik tersebut sanggup menyelesaikan perlanggaran tersebut.
slmt sejahtera cikgu…nak tanya jugak…lesen P, kene speedtrap over 12KM/J jer..kene bayar RM300 jugak?? brpa demerit? effect lesen P x?
Kesalahan lebih had laju RM300. Lebih 12 km/j demerit point 6 mata.
cikgu yap..nak tanya..kesalahan saya adalah tidak memakai topi keledar,dan tiada cukai jalan. adakah perlu ke makamah dan adakah tuan motor juga akan dikenakan saman? sebabnya motor tersebut hanya dibawa untuk pergi ke kebun berdekatan rumah..
Saya percaya anda telah di beri 1 saman dengan 2 kes dendaan. Oleh sebab tiada cukai jalan merupakan kes mahkamah, maka anda terpaksa ke mahkamah pula. Biasanya, tuan punya motor tidak terlibat dalam hal ini.
cikgu yap, ini bermakna tuan motor tidak akan terima saman?
cikgu yap..saya nak tanya..memang kita semua sedia maklum bahawa kalau kita langgar kereta hadapan,kita salah disisi undang-undang..tapi saya cari seksyen dalam APJ 1987 tak ada cakap pun pasal kesalahan ini..cikgu, saya pelajar undang-undang sedang menyiapkan assignmnt saya berkenaan perkara ini..saya harap cikgu dapat jelaskan kepada saya jika ada mana-mana undang-undang yang menyatakan dengan jelas bahawa kereta yang melanggar belakang kereta orang lain adalah salah
sekian, terima kasih cikgu!
Dalam APJ 1987, tidak mengatakan bahawa menyondol belakang kenderaan salah. Tapi perbuatan di atas di sebutkan sebagai mengakibatkan kemalangan. Yang mengakibatkan kemalangan itu di dapati “salah”.
hello~
saya nak tanya,
saya disaman sebab tidak berhenti di lampu isyarat merah.. dan dalam saman tu mengatakan saya diperintahkan supaya hadir di mahkamah..
adakan ini mesti hadir?? atau cuma bayar saman??
Sila menanya pihak yang mengeluarkan saman. Kalau saman anda itu boleh di tukar kompaun tak. Biasanya, kesalahan lampu merah boleh di kompaunkan. Tidak perlu ke mahkamah.
saya memandu didepan,bila tiba simpang saya nak masuk kekanan..saya tekan brek pelahan_lahan kerana ada sebuah lori dtg disebelah kiri..saya berhenti tiba2aja ada kereta langgar belakang saya.tetapi kereta saya tak remuk cuma jalar2 bolehkh saya minta wang sebagai ganti rugi, ok terima kasih.
Yang langgar anda salah. Anda boleh bincang dengannya.
Hi Cikgu Yap , ingin tanya seorang pemandu motor tiba-tiba melangggar kereta kakak saya yang berhenti di depan traffic light. Pemandu motor sekarang dalam keadaan krisis. Dengar Polis kata jika orang it mati kakak saya perlu masuk polis station beberapa dan didenda sebanyak Rm6000-10000 walaupun disahkan dia tidak salah. Betulkah? Macam mana kita boleh dapat tahu tentang undang -undang ini supaya protect kita. Thank you
Benar, denda RM500 ke atas kalau akibatkan kematian orang. Jadi pemandu-pemandu harusnya menandu secara berhati-hati.
hi cikgu Yap saya pernah kena saman kerana tidak mengantungkan lesen L dibahagian hadapan motorsikal saya lebih kurang tahun 2007..selepas itu saya memasuki pusat pengajian di ibu kota sebelum sempat dapat lesen P..sekarang sudah tahun 2010 saya sudah tamat pengajian dan berhasrat mengambil semula lesen motor..berapakah jumlah denda saman saya kerana tidak mengantungkan lesen L??
Lesen P anda harus di tukar ke CDL 1 tahun daripada genap.
cikgu Yap berapakah jumlah yg saya kena byr saman kerana tidak mengantungkan sticker L di hadapan motosikal saya??
Menurut buku rujukan saya, tidak gantung L melanggar peraturan Sek. 24 (4). Komaun RM200. Anda boleh cuba merayu.
Dear Cikgu Yap,
Hi, Cikgu Yap, saya ingin menanya kalau kereta saya kena langgar di jalan simpang empat dan dia di main road. Simpang itu tiada traffic light. Masa itu, kereta saya dah lintas separuh simpang. Simpang itu ada galisan kurning. Boleh saya tahu, siapa salah?
Thanks.
Vivian
Daripada penjelasan anda, sedih di nyatakan, anda nampaknya salah.
Nak tanya sikit…bolehkah ATV ( All Terrain Vehicle ) dipandu di jalanraya…kalau tak boleh kenapa ada motorsikal macam atv iaitu can-am spyder sah di jalanraya…macam ada ketidakadilan di sini…atau ada cara untuk dapatkan kebenaran dari JPJ? tq
Saya kurang pasti apa dia ATV. Tapi, pada pandapat saya, sesebuah kenderaan yang ada road tax sah sudah pasti boleh di izinkan bergerak di jalanraya kita.
Hai Cikgu Yap. Saya ada masalah kejadian di kawasan tmn perumahan, simpang tiga, saya memandu dijln utama, tiba-tiba kereta masuk kekiri dari simpang 3 dan disebabkan ada halangan (lori parking) di simpang tersebut dia membelok sambil makan jln saya, dan apabila ini berlaku dia berhentikan kereta di tengah jln dan hon saya, saya yg tidak sedar terus melanggar dia..katanya saya yg salah sebab dia sudah berhentikan kereta dan hon saya…masalahnya lesen saya tamat tempoh bulan empat 2010…
Nampaknya kenderaan yang masuk jalan kiri tidak seharusnya keluar simpang dan masuk ke jalan utama.
Hai Cikgu, Saya nak tanya, bolehkah saya renew roadtax dan insurance motorsikal yang tamat tempoh hampir setahun
Cukai jalan tidak boleh di izin mati lebih 1 tahun. Cepat-cepat tukarkan insurans dan road tax anda segera.
tumpang tanya. apakah hukuman untuk remaja yang berusia 16 tahun memandu dengan cuai (tertidur) sehinggan menyebabkan kematian? Pemandu tidak mempunyai lesen kereta. kereta didaftarkan atas nama abang pemandu. harap bantu.
Sebenarnya, kes yang anda kemukakan amat serius. 16 tahun tak cukup umur untuk memandu kereta. In melanggar Section 26 (1) APJ 1987. Pemandu tiada lesen tidak di lindungi insurans pula.
Memandu dengan cuai (tertidur) dan akibatkan kematian, pemandu itu akan di caj di bawah Section 41 (1) APJ 1987. Nasihat saya kepada anda, cepat-cepat mencari seorang peguam yang baik untuk membela pemandu yang di bawah umur itu.
cikgu yap, terima kasih atas nasihat. perintah mahkamah telah ditetapkan. Adakah kesalahan ini akan menyebabkan remaja 16 tahun atau penjaga (ayah) atau pemilik kenderaan (abang) dikenakan penjara? kes ini melibatkan satu kematian.
Kes adik anda luar biasa sedikit. 16 tahun biasa di bawah kuasa mahkamah juvenile. Saya kurang pasti, tetapi saya rasa ayah atau empunya kereta tidak terlibat. Harap minta bantuan peguam sebaik-baiknya.
Brp kadar bayaran saman:
-tiada lesen memandu
-tiada perlindungan insuran
Perlukah ke mahkamah atau bayar terus di balai polis.?
thanks.
Tiada lesen dan tiada insurans saman RM600. Ini kes mahkamah.
kalau byr trs kat balai boleh tak?
Minta maaf, tidak boleh bayar di balai. Ini kes mahkamah.
Cikgu,saya nak penjelasan mengenai undang2 semasa memandu kenderaan dan kesalahan2 yang tidak boleh dilakukan semasa memandu. Ini kerana kita sering berdepan dengan keadaan seperti ini yang mana kita tidak diperjelaskan akan perkara ini. Di mana kita selalu diingatkan supaya jangan membuat kesalahan semasa dijalanraya tetapi tidak diingatkan dengan lebih terperinci lagi kesalahan semasa memandu dalam akta atau seksyen berapa kesalahan berkenaan.
Banyak artikal dalam blog ini beritahu tentang berbagai jenis kesalahan yang pemandu-pemandu boleh menemui. Anda di nasihatkan supaya rajin membaca artikal-artikal yang telah di kemukakan.
Salam Cikgu Yap. Saya nak tanya, dalam satu kejadian di mana sebuah kereta yang behenti di tepi jalan membuat u-turn. Tiba- tiba sebuah motosikal melanggar kereta tersebut. Kejadian berlaku pukul 10 malam. Motosikal yang ditunggang tidak memasang lampu hadapan dan pemandu motosikal tidak mempunyai lesen. Adakan pemandu kereta tersebut salah.
Motor yang buat U-turn memang salah. Soal pemandu yang tidak pasang lampu depan dan tidak berlesen, soal lain pula.
hi cikgu yap.saya dok cari dlm internet mengenai undang undang jalanraya,saya nak spesifik seksyen dan butiran dlm rang undang undang tu ,dimana saya bole cari?
apa yg saya cari ialah dimana undang undang mengatakan apa tujuan memandu bila kita bertemu 2 atau lebih lane diatas jalan,terutamanya sekali di lebuhraya.
contonhya seingat saya lane paling kanan sekali untuk memotong,lane tengah lane ikut speed limit dan lane paling kiri sekali utk bawak slow.
atau saya silap?tolong betulkan.terima kasih
nak tau.. adakah lori 4 tayar(1 n 2 ton) salah memotong dilorong tengah ketika di kawasan mendaki yg ada tulis kenderaan berat di larang memotong…ketika lori kosong..
Sebenarnya demikianlah. Tapi ada kalanya, kita harus bertolak ansur.
mr. Yap, baru-baru ni saya dapat surat temu siasat mengenai kesalahan saya iaitu potong Q, saya dah hadir ker jpj di padang jawa dan mengaku atas kesalahan ini dan terus bayar saman yang di kenakan,soalan saya ialah berapa mata kejara yang akan di kenakan? Saya cuba semak melalui online tapi masih kosong lagi,maklumat melalui online ini adakah yang terkini?saya masih lagi pegang lesen P.
Rasa tenanglah anda telah bereskan potongan Q. Setahu saya, kesalahan anda tidak jatuh ke dalam kesalahan-kesalahan mustahak. Saya rasa tidak ada apa-apa mata demerit di kenakan kepada anda.
Mr.yap, nk tya pendapat,baru2 ni ade satu kejadian kat lebuhraya ,semasa saya menaiki kereta dgn suami,suami memotong satu motor ni. tiba2 penunggang motor ni tak puas hati die kejar kereta kami dan menjerit-jerit kat atas jalan ni suruh kami berhenti, suami makin pecutkan kereta. die kejar jugak. suami dah marah dia,die tetap menjerit-jerit minta berhenti tanda tak puas hati. suami makin pecut, dia masih kejar. penunggang ni memang kurang ajar sampi dia ketuk2 kereta kami. dia menghimpit kereta kami selepas itu tiba2 dia jatuh. kami tak berhenti,kami terus jalan.kalau ikut undanh-undang siapa yang salah?..
Penunggang motorsikal tidak sepatutnya berlagak demikian. Tapi, dunia ini penuh dengan manusia yang berjenis-jenis karenah. Lain kali, sekiranya berlaku insiden sedemikian, catat nombor motorsikal dan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis.
Cikgu Yap,
soalan saya…. apakah akibat dan denda kesalahan2 berikut dan penguatkuasa manakah yang terlibat
1) menunggang motosikal tiada road tax
2) menunggang motosikal yang tidak didaftarkan di Malaysia (Thai @ S’pore)
3) memiliki motosikal tanpa geran
Terima kasih…
Secara ringkas,
a) Menungang motor tiada road tax – RM600
2) Motor tidak di dafter – Kes mahkamah boleh di denda RM2000.
sy nk tnya…brapa ari ni sy ada menerima surat dari JPJ memberitahu bahawa sy kene naik mahkamah pada….sy terkejut kerana sy xpenah bawak kereta memandangkan sy hanya memiliki lesen kereta L. kesalahan tu tiada insurance dan cukai jalan. sy kene saman kerana sy pemilik kereta tersebut. Adakah lesen L sy akan digantung? adakah hakim akan tnya sy sebb memiliki kereta atas nama sendiri, dalam masa yg sama hanya memiliki lesen kereta L sahaja?
Soalannya bukan sama ada “L” akan di gantung atau tidak. Yang penting anda akan di denda kerana kerta itu atas nama anda.
Halo Cikgu Yap.. saya baru-baru ni mengalami satu kemalangan..saya ingin tau jika kemalangan itu berlaku atas sebab saya ni terkejut oleh apa-apa yang berlaku di dalam kereta (cthnya, ternampak benda yang kutakutkan dan kurang fokus kepada jalan depan) saya terlanggar kereta yang di sebelah kanan (jalan dua hala) skrg ni saya risaukan lesen p saya akan digantung.. kes ini dianggap cuai atau memandu dengan membahaya?
Haraplah dapat jawapan dari cikgu..terima kasih
Dalam keadaan yang di terangkan oleh anda, andalah yang bertanggungjawab. Besar kemungkinan lesen anda mungkin di gantung.
Cikgu Yap, kawan saya, M, bersungguh menegaskan bahawa sekiranya dalam keadaan kecemasan, (contohnya membawa orang sakit dalam kereta sendiri), kita boleh menggunakan lampu double signal dan memecut laju seperti ambulans untuk cepat sampai ke hospital.
Benarkah apa yang dikatakannya? Tapi bukankah itu boleh dikatakan menyalahgunakan lampu kecemasan dan kesalahan memecut walaupun dalam waktu cemas?
Betul, lampu kecemasan boleh di gunakan seperti anda kata.
Cikgu Yap,
Dalam keadan sesak lalulintas, sebuah kereta membelok kanan selepas terima arahan daripada traffic polis. Apabila kereta itu belok ke kanan oleh kerana ada sebuah Bus di depan traffic light di jalan bertentangan. Penunggang motosikal yang pandu sebelah kiri itu tidak nampak traffic polis and terus menlanggar kereta yang membelok kanan itu. Boleh tahu , dalam keadaan ini, siapa yang salah, kenapa ?
Nampaknya, penunggang motor adalah salah.
jika dalam keadaan yang sama tetapi tiada polis traffic dan tiada traffic light tetapi semua kereta suday berhenti sebab ada petak kuning. Adakah penunggang motosika itu bersalah ? terima kasih.
Motosikal yang melanggar anda pada bahagian tepi tetap bersalah.
Malangnya, Saya yang dilanggar oleh motosikal itu didapati bersalah atas seksyen R3(2)(b). Kesalahan Tidak memberi laluan kepada kenderaan berjalan terus. Bolehkah saya appeal ? macam mana dengan process ?Ribuan terima kasih.
Anda memanglah salah. Nampaknya anda tidak boleh merayu lagi. Bayar saman saja.
tetapi, cikgu baru cakap “Motosikal yang melanggar anda pada bahagian tepi tetap bersalah.”? adakah maksud cikgu kedua-dua bersalah ? terima kasih.
Kiranya motor yang melanggar anda, maka dialah yang bersalah.
memang dia (motorsikal) yang melanggar tepi kereta saya
Cikgu Yap,
Pada 2hb Mac ini (hari ini) saya telah disaman kerana saya tidak mempamerkan stiker “P” atas kereta. Sekarang saya memiliki lesen “P” percubaan.
Saya telah menjelaskan bayaran saman hari ini juga sejam selepas disaman.
Adakah lesen “P” saya dibatalkan?
P.S : Saya dari Sabah.
Tiada P boleh akibatkan lesen P di batalkab. Terpulang pada JPJ Putrajaya untuk bertindak.
Cikgu Yap. saya nak tanya sikit. saya pernah dapat satu saman di mana saya telah parking kereta di bahu jalan yg mempunyai garisan putih dan disaman atas kesalahan Tidak Mematuhi Papan Tanda Isyarat. (tetapi papan tanda “No Parking” terletak lebih kurang 50m jauh dan dilindungi oleh daun-daun pokok) yang peliknya di waktu kejadian terdapat beberapa buah kereta lain yang parking di kawasan yang sama, namun hanya kereta saya saja yg disaman. saya ke balai Trafik untuk bertanyakan kes saya, namun saya pula dimarahi kerana pertikaikan kenapa kereta lain tak disaman pada waktu itu.
Kebetulan, sebulan kemudian saya ternampak seorang pegawai trafik lengkap beruniform memandu kenderaan persendirian dan parking betul2 dia tempat saya kena saman, saja juga merakam gambar pegwai tersebut ketika dia melakukan kesalaha yang sama. soalannya, bolehkah saya bawa kes seperti ini ke mahkamah untuk batalkan saman keatas saya?
Meletak kereta di bahu jalan dengan garis putih memangnya salah. Mengenai pegawai beruniform melakukan kesalahan yang sama, sekiranya anda ada gambar / bukti, anda sebenarnya boleh melakukan “citizen arrest” terhadap pegawai tersebut. Selain itu, apabila di hadapkan ke mahkamah, bawalah bukti-bukti dan tunjukkan kepada Magistrate. Sudah pasti ia akan membantu kes anda, saya percaya.
terima kasih Cikgu Yap
katakan dalam situasi ini, terdapat 3 lorong jalan raya ke arah yang sama.. katakan seorang pemandu (A) berhenti di lorong tengah bersama-sama kenderaan yang lain.. apabila lampu hijau, kereta berkenaan bergerak seperti biasa dan tiba-tiba terdapat sebuah kereta (B) dari arah kanan menukar laluan ke lorong tengah betul-betul di depan pemandu (A).. pemandu (A) yang panik tidak memberhentikan kereta tetapi mengelak dari terlanggar kenderaan (B) dengan pergi ke arah kiri sedikit.. akibat nya.. bumper belakang sebelah kanan kereta pemandu (A) berlanggar dengan lampu depan sebelah kiri pemandu (B).. dalam kes ini.. siapakah yang salah?
Nampaknya B salah. B menukar lorong secara tiba-tiba. Cara panduannya merbahaya.
Cikgu Yap, baru2 ni saya eksiden di bulatan 4 simpang.
Saya memandu dr simpang A (pukul 6)- masuk bulatan – simpang B (pukul 11 di hadapan).
Sebaik saja masuk bulatan, saya ambil lane paling luar (kiri) krg ingin memasuki simpang seterusnya, saya nyalakan isyarat kiri sepanjang berada dlm bulatan.
Sedang memandu antara lane bulatan – awal entrance simpang masuk B…tiba2 sebuah motor dr dr arah simpang kiri (menurun bukit) terus masuk ke bulatan & saya x sempat brek.
Pemandu motor patah kaki & kini dia nk claim gantirugi (medical) dgn insuran saya.
a. adakalah saya salah?
b. bolehkah penunggang motor itu claim insuran saya?
terima kasih.
Nampaknya pemandu motor salah. Walau apa pun, ia berhak menuntut sebarang ganti rugi daripada syarikat insurans anda.
Terima kasih krn m’berikan sy jawapan.
1 lagi soalan saya, Cikgu Yap…
Jika begitu situasinya, bagaimana pula kos repair (kerosakan) kereta saya? Jika dia disabit bersalah, adakah wajar/berhak saya boleh menuntut pula gantirugi (kos repair)?
T.Kasih
Dalam situasi anda, anda boleh:
1) Tuntut daripada insurans motor.
2) Anda boleh tuntut daripada insurans bereta sendiri kalau ianya jenis 1st party.
Report polis perlu di buat.
Cikgu, accident dekat bulatan ~ kalau saya dari pukul 6 nak masuk ke pukul 3, masa saya sampai pukul 12, kereta yg datang dari kanan belakang saya tiba2 langgar depan kanan saya dgn kuat untuk masuk ke pukul 12 saya. siapa yg salah? dalam bulatan ada 3 lane, saya berada dalam lane tengah2.
Nampaknya kenderaan yang menggesel kereta anda dari belakang kereta anda semasa ana sedang uruskan pemusingan bulatan sudah tentu di anggap salah.
Cikgu Yap, I met an accident in a carpark few days ago. Trafik sommoned me. I feel its not fair because this is not all my fault. The accident happened at a T junction inside the indoor carpark. Since the carpark is empty, so i just go from the opposite direction of a one-way road. But after the T junction, the road is a two way road already. So i just drive across the T junction, and when I almost finish crossing the T junction to the correct road, a kancil from the other side of the T junction knock my car at the back badly and my car terbuang a bit. Can see how fast the gal drive. However, the police just said I did not follow the correct direction and said its my fault! I feel its unfair, my only fault is i nvr thought v stil hav to follow rules in a carpark. The police just said, wen there is no accident, we will not summon you if u did not follow. But the gal did not see my car at all and still speed up and knock my car. Dear Cikgu Yap, can you tel me what should I do to help myself?
Sorry to inform you that going against the direction of arrows, although in a car park or underground parking area, represents an offense. The police are right in summoning you. What you did was dangerous.
Dear Mr. Yap, I look forward to your objective opinion. Recently I met with at accident at a simpang empat. i feel I was driving on the jalan utama (as its the road that divides 2 phases of houses in a residential taman. i slowed down upon approaching the junction and was about to cross the junction (as I didn”t notice any car on the right or left. The right is blocked by a car parked on the left side of the road (in front of a corner house). Before i could cross the junction, suddenly a car , driven fast just came out from the right junction (but was being driven on the right side of the road). This is the road that serves two rows of houses ( so i feel its not ‘jalan utama’). As it “flew” past the junction, i immediately braked & tried to avoid but unable because as the other driver crossed the junction, she swerved back to the left side of the road (earlier she was on the right as there was a car parked on the left side of the road). The front left of my car collided with the left side (back) of the other car. That car was driven so fast that when she braked, she lost control and crashed into a water meter outside another corner house. Who is at fault? Thks, Mr. Yap – appreciate your opinion.
In housing estates, motorists should travel no more than 50 km/h. Note that at cross junction, 2 junctions have “stop lines”, In case of an accident, vehicles which do not observe the stop lines are at fault. No arguments should therefore arise as to who is wrong.
saya kena saman kerana tidak memiliki lesen memandu dan memandu dijalan no entry dan telah disaman..boleh tak kalau saya tak mahu naik makamah, hanya bayar kompaun di balai sahaja?? saya kena saman trafik..kena bayar berapa cikgu kalau tiada lesen memandu?
Oleh kerana kereta itu milik isteri saya jadi isteri saya juga disaman kerana membenarkan saya memandu..isteri saya ada lesen, boleh ke bayar kompaun saja tanpa naik makamah? agak2 kena bayar berapa untuk kesalahan ini?
Tiada lesen kes mahkamah kerana melanggar Seks 26 (1) APJ, denda RM150. Biasanya empunya kenderaan juga akan di ambil tindakan.
Kereta isteri saya yang diletak di hadapan rumah (taman perumahan) telah dilanggar oleh motosikal di mana penunggang tersebut tidak mempunyai lesen. Kemalangan tersebut berpounca akibat kecuaian penunggang tersebut yang pada masa kejadian sedang menguji motosikal yang dibaiki. Saya cuba berunding dengan waris penunggang tersebut untuk menuntut gantirugi kerosakan isteri saya. Namun tidak diendahkan. Oleh yang demikian, saya telah membuat laporan polis dan saman telah dikeluarkan kepada penunggang berkenaan. Pertanyaan saya ialah:
1. sama ada penunggang tersebut boleh membuat tuntutan ke atas insuran kereta isteri saya bagi membaiki kerosakan motosikal beliau;
2. adakah saya boleh mengemukakan tuntutan ke atas insuran motosikal beliau (third party); dan
3. apakah nasihat atau pandangan Cikgu Yap kepada saya untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik.
Terima kasih.
Pada pendapat saya, penunggang yang tidak berlesen tidak mungkin dapat membuat tuntutan insurans terhadap insurans kereta anada. Sekiranya ia membuat tuntutan juga, ini akan di gelarkan sebagai penipuan di kalangan undang-undang. Walaubagaimanapun, anda tentu boleh membuat tuntutan daripada insurans motor yang melanggar kereta anda.
Cikgu
betul ke apa saya dengar, pemegang lesen L motorsikal tidak dibenarkan memandu diwaktu malam? fact or myth?
terima kasih
Tidak benar!
halo, cikgu.. saya ingin bertanya, pada 29 Mei 2010, saya selaku pemegang lesen P telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 3 buah kereta, dimana sebuah kereta telah dilanggar dari belakang dan memasuki laluan saya, lalu saya telah merempuh kereta tersebut. Soalan saya, adakah Lesen P saya akan digantung kerana terlibat dalam kemalangan, sekiranya lesen P saya digantung bolehkah saya membuat rayuan di pejabat JPJ yang berhampiran?
Anda seharusnya menunggu siasatan ke atas kemalangan itu sebelum membuat apa-apa keputusan.
cikgu yap, saya nk tanya sikit. saya memandu pada waktu malam, ketika itu cuaca hujan. saya memandu dgn kelajuan antara 60-80km/j. semasa memandu saya cuba mengelak seekor anjing yang melintas dan terus luar kawalan akibat terkejut dan saya telah melanggar tembok di kiri jalan dan mengakibatkan rakan saya meninggal dunia. dalam situasi ini ape yang perlu saya lakukan, adakah keluarga kawan saya berhak membuat tuntutan atas kematian anak dia yg berusia 26tahun? adakah saya akan dikenakan denda rm10,000.00 dan penjara 5tahun seperti yang termaktub di akta s41(1) APJ 1987.
Kemalangan anda nampaknya jatuh dalam lingkungan Sec 41 (1) APJ 1987. Keluarga rakan yang meninggal tentu boleh membuat tuntutan terhadap insurans kereta anda. Memandangkan kes ini rumit / serius, saya menasihatkan anda mendapatkan seorang peguam untuk menasihati anda.
boleh ke keluarga si mati menuntut insurans kereta tersebut, sedangkan ia kereta isteri saya.
Tidak kira ianya kereta siapapun, kenderaan tersebut mempunyai lindungan insurans. Si mati boleh buat tuntutan terhadap kenderaan itu.
Kepada pengamal undang – undang, di sini saya ingin bertanya bolehkah seseorang pengadu membuat laporan polis selepas 9 bulan kemalangan
berlaku ? Dan atas apa motif laporan dibuat dengan mengambil jarak masa yang begitu lama.
Betul, sesuatu kemalangan sebaik-baiknya di laporkan ke balai dalam tempuh 24 jam. Pada pendapat saya kemalangan boleh di lagi di buat laporan selepas 9 bulan. Ini berlaku, pada fikiran saya, tentang soalan tuntutan insurans, agaknya.
Cikgu Yap, My house is a corner house & I have 1 smaller gate & a bigger gate. There always somes car park outside my house, maximum will be 5 cars will park on the road outside my house. Those car parking cause inconvenience to certain resident at my area and it happen one of them lodge police report. Police came and issue summon. Do you thing, i have the right ask them don’t park outside my house?
You certainly have the right to lodge a complaint. But don’t you think good neighborliness should exist?
cikgu yap, saya nak tnya sikit.kawan saya telah dilanggar ketika sedang menunggang motosikal. kejadian ini berlaku kerana sebuah motosikal memotong dari arah belakang kanan dengan laju dan bergesel dengan motosikal kawan saya menyebabkan kawan saya terbabas dan mengalami kecederan dan motosikalnya rosak teruk. ketika kejadian ini, lesen memandu kawan saya baru 5 hari tamat tempoh. soalan saya, siapakah yang bersalah dalam kejadian ini dan bagaimana pula dengan kawan saya yang mengalami kemalangan akibat dilanggar semasa lesen memandunya tamat tempoh. bolehkah kawan saya membuat tuntutan insurans ke atas penunggang motosikal yang melanggarnya?
Siapa salah terserah kepada siasatan polis. Pada pandapat saya, tuntutan insurans. Soal lesen mati lain cerita. Mungkin pihak JPJ akan mendenda kawan anda untuk kesalahan ini pula.
aku ada satu soalan yang tidak faham.aku memandu ven sendirian,aku bawa sedikit barang kat berakang.apakah itu ialah satu kesalahan yang besar?
Van sendiri sebenarnya mengangkut penumpang. Membawa barang sendiri sekiranya besar boleh dianggap salah oleh pihak polis. Samada hendak mengambil tindakan terserah kepada pegawai tersebut.
I just hit a car! Black DMAX. It happened in my housing area. I was on my way untuk keluar dari simpang ke main road. I was sure tiada kereta dari kiri or kanan semasa saya tekan minyak and masuk main road but before I could reach lorong kanan, bang! Suddenly I was honked , I was really-really blur at that time, asking myself, how did you get in there in the first place?.. But my guess, I didn’t see the car keluar dari selekoh sebelah kiri.
I hit the driver’s door. He said he won’t lodge a report to the police (Thanks God for that) but minta ganti rugi. I accepted.
I know I was the GUILTY one because itu lorong dia, but I think he is also guilty of driving too fast in our housing area.
Honestly I didn’t see his car coming from the left side. This kind of case happened several times already in my housing area. The drivers know that it is housing area and therefore they should slow down, and especially because kawasan jalan adalah berselekoh, but they keep on speeding like crazy. Arahan untuk perlahankan kereta ada dipasang di tepi jalan, but tidak diambil peduli oleh some drivers.
My question now is:
Bolehkah saya mengemukakan cadangan untuk meletakkan garisan kuning (tanda perlahankan kereta) di jalanraya di kawasan perumahan kami ini? Who should I refer to?
Speed limit at housing estate shouldn’t exceed 50 km/h. If all in the neighborhood adhere to the above limit, accidents can be prevented. Do be careful next time.
salam sejahtera cikgu yap…
saya nak tanye.. benarkah penunggang motorsikal yang memegang lesen “L” hanya boleh menunggang di bawah pengawasan instruktur sahaja?? kerana semasa saya ikut kursus TEORI lesen L, cikgu yg bagi kursus cakap begitu.. dia kata JPJ boleh saman penunggang motor yang menunggang motor di jalan raya tanpa pemerhatian instruktor dan juga motor akan disita… adakah benar demikian???
time kasih
Pemegang L boleh menunggang motor secara sendiri dengan menggantung plet L depan dan belakang. Pensyarah anda nampaknya telah memberi maklumat yang salah.
Cikgu…Pagi sewaktu menunggang dijalan raya terdapat sebuah kereta masuk kesimpang secara tiba2…akibatnya bahagian tepi kereta dilanggar oleh saya kerana jalan agak licin dan xdapat nak brek…walaupun dia masuk tanpa signal tapi saya rela untuk tidak menerima apa2 bayaran kerana keretanya juga kena..tapi die mengugut untuk buat repot polis kerana saya dikatakan langgar belakang…masalahnya saya langgar tepi kerana die yang tak bagi signal…
masalah 1 : saya memandu moto 650cc dengan lesen tidak melebihi 250cc…
bolehkah saya buat repot dan sekiranya saya didapati bersalah berapa saman dan adakah kes mahkamah??
Menurut penerangan anda, kereta itu masuk ke jalan besar dengan tiba-tiba. Dengan ini, ianya salah. Masalah anda adalah anda menunggang motor super (501 cc atas) dengan lesen B2 (250cc). Untuk ini, anda salah dan kemungkinan akan di denda.
cikgu…semasa suami saya membayar duit tol,tiba-tiba sebuah bus telah melanggar kereta suami saya dari belakang,seorg kawan yg berada di belakang telah meninggal dunia..masalah sekarang suami saya tidak mempunyai lesen memandu,adakah suami saya layak untuk membuat tuntutan insurance bus yg melangar dari belakang tersebut.
Pemandu bas akan di caj di bawah Sek.41 (1). Ini kesalahan serius sebab menyebabkan kematian. Suami anda akan di denda mengikut Sek 26 (1) iaitu tidak mempunyai lesen memandu. Ia juga akan di hadapkan ke mahkamah menurut Seks 26 (2). Selain itu, mungkin juga suami anda juga boleh di caj kerana memandu dengan cuai dan memandu sewenang-wenangnya akibat seorang penumpang kenderaannya mati dalam kemalangan tersebut.
Samada suami anda boleh tuntut daripada insurans bas, saya rasa perbuatan ini sukar di sebabkan suami anda tidak berlesen. Peguam-peguam insurans bas, saya rasa akan menentang sebarang tuntutan daripada suami anda.
Salam sejahtera cikgu.
Saya nak tanya. Sebulan yang lalu, saya beli scooter. Saya belum memiliki lesen. So saya telah disaman kerana tidak memiliki lesen.
Selepas kejadian itu, saya terus mendaftar di Institut Memandu untuk membuat lesen motor.
Soalan saya, betulkah bahawa sesiapa yang memiliki saman yang belum dijelaskan, tak diluluskan untuk mendapatkan lesen.
Maksud saya, bagi mereka yang belum memiliki lesen, dan disaman. Bolekah mereka mendapatkan lesen walaupun saman belum dijelaskan.
Lagi 1, saman saya belum ‘expired’ lagi.
Semasa ingin mengambil ujian komputer, salah seorang daripada calon tidak dibenarkan mengambil ujian kerana memiliki rekod saman. Tapi mengapa saya dibenarkan? kenapa saya belum ada rekod?
Ada yang mengatakan kenyataan di atas(tidak boleh memiliki lesen sebelum menjelaskan saman) adalah benar, ada juga yang menyatakan itu cuma khabar angin.
Saya perlukan pandangan Cikgu as soon as possible
Your saman has to be settled sooner or later. Even though you have passed your Highway Code or even obtained you P, JPJ will eventually catch up with you unfortunately.
hi cikgu yap..saya disaman rm100 kerana meletakkan kereta di sebelah dalam garisan putih jalan raya,tidak menyentuh garisan putih,jarak lebih kurang 2 kaki dari garisan itu,dan tidak menganggu lalu lintas,(saya berkerja dekat kawasan itu)..polis traffic datang ke kawasan itu untuk menulis saman tiap tiap hari kecuali hari jumaat(kerana seberang jalan itu terdapat masjid dan jalan akan penuh sesak pada hari itu)..tiada papan tanda dilarang meletakan kenderaan di kawasan itu..perkara ini menimbulkan kemarahan penduduk setempat dan telah disiarkan dalam akhbar,dalam akhbar,ketua polis kawasan telah ditemubual dan beliau menyatakan bahawa polis akan bertimbang rasa dan membenarkan penguna kenderaan untuk berhenti di sebelah dalam garisan putih untuk seketika supaya dapat membeli barang keperluan di kedai berdekatan..saya nak tanya,betulkah saya salah untuk berhenti kereta di dalam garisan putih jalan yang tiada papan tanda dilarang berhenti atau no parking?apa bezanya garisan kuning dan garisan putih bahu jalan?saya ke balai traffic untuk minta kurang jumlah saman namun dimarah dan diminta supaya cakap di dalam mahkahmah?apa yang saya perlu buat supaya saman dibatalkan atau dikurangkan jumlah saman kerana saya miskin juga..
Samada garisan putih ataupun kuning bererti tidak boleh parking. Bayar saja saman dengan cepat.
Hi cikgu yap…
semalam saya tiba-tiba memberhentikan kereta kerana kasut tumit saya tertanggal dan meghadang pedal minyak.saya sebaliknya tertekan brek kereta dan kereta belakang saya melanggar saya.Saya rasa bersalah kerana kereta saya tidak begitu teruk tetapi kereta belakang saya agak teruk juga.Saya memberitahu perkara sebenar kepada sarjan dan dia mengenakan saman 48 iaitu menhalang lalu lintas.Saya tidak pasti adakah kereta yang melanggar saya dikenakan saman atau tidak.Soalan saya bolehkah kereta tersebut tidak disaman dan adakah kereta tersebut sekiranya tidak dikenakan saman boleh claim insurans kereta saya?
Dengan memberhenti tiba-tiba, anda telah akibatkan kemalangan, maka anda bersalah. Yang melanggar bahagian belakang juga cuai sebab mengekori kereta anda terlalu rapat. Sama ada kena saman atau tidak, tidak pentiing. Claim insurans boleh di buat.
I was sitting in my car at the roadside, which is a yellow line, when two police officers came along wearing black uniform. They wanted to issue me a summons, i guess. So I reeled down my mirror and asked them if i leave now is it okay? They said ok. So I left. Two days later I received a registered post stating that I broke the first rule. Is it possible?
PS: They haven’t started writing at that time. I only noticed one of them looked at my road tax sticker.
Unusual, but unfortunately the officers can summon motorists just by noting down their registration number.
Hi cikgu Yap,
Saya melanggar sebuah kereta di lampu isyarat di sebabkan keadaan silau matahari kerana tidak nampak dengan jelas warna lampu isyarat tersebut. Ia telah menyebabkan bahagian pintu depan sebelah kanan kenderaan tersebut kemek. menurut pulis trafik, faktor silau tidak di terima dalam undang-undang jalanraya dam menyaman saya kerana melanggar lampu isyarat. Kereta yang di langgar tersebut telah melantik peguam bagi menyaman saya kerana melanggar kenderaannya dan saya mendapat perintah mahkamah untuk menghadiri kes terabut atau menbayar gantirugi.
Apa yang perlu di lakukan ?
Anda salah melanggar lampu isyarat. Kesalahan anda boleh di kompaun. Bayar kompaun secepat mungkin. Kemudian buat laporan polis, sekiranya belum buatnya lagi.
Saya ada soalan,22 Jul 2010 tempoh cukai jalan dan 22 Jul 2011 adalah tamat tempoh cukai jalan,tapi apabila untuk renew tidak boleh kerana memiliki 2 saman tertunggak,kemudian saya pergi ke jpj untuk buat semakan dapati ternyata ada saman sedangkan saman tersebut 20 Oct 2010 tamat tempoh cukai jalan dan tidak memiliki lesen memandu,saman dikeluarkan di kawasan kuala lumpur,pesalahnya orang lain yang saya tidak tahu siapa orang itu..sedangkan saya menetap di parit buntar,dan tidak pernah ke kuala lumpur dalam tempoh tersebut..sekarang kes ini telah dibawa ke mahkamah..bagaimana untuk saya selesaikan masalah ini sedangkan tarikh tersebut bercanggah..saya jadi keliru..sila bantu..
Anda terpaksa membukti bahawa anda tidak pernah ke Kuala Lumpur sedangkan anda menetap di Parit Buntar. Sekiranya anda boleh memberikan bukti yang kukuh, nampaknya anda tetap di dakwa di mahkamah.
Cikgu, saya ingin bertanya baru-baru ini saya telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku ketika saya memandu kereta keluar simpang 3, tiba-tiba saya telah terlanggar penunggang motosikal dari arah kanan saya. Saya tak pasti sama ada dia yang langgar saya atau saya yang melanggar dia sebab kejadian sungguh pantas, tetapi mengikut pihak polis saya yang bersalah. Penunggang motorsikal mengalami kecederaan patah kaki dan kerosakkan motorsikalnya. Kes saya telah dirujuk ke mahkamah untuk perbicaraan. Untuk pengetahuan cikgu, dalam kejadian kemalangan tersebut motor yg dilanggar itu dibawa lari oleh pihak ketiga atas sebab yang saya sendiri kurang pasti tetapi suami saya berjaya mendapatkan nombor plat motor tersebut. Mengikut pegawai polis yang menyiasat kes saya ini. Beliau ada meminta pemandu motor tersebut membawa motor tersebut ke balai polis tetapi pemandu hanya membawa motor tersebut 2 minggu selepas kejadian dan terdapat pencanggahan nombor pendaftaran motornya dari report yang saya beri. Persoalannya sekiranya saya didapati bersalah apakah hukuman atau denda yang akan dikenakan keatas saya?
Pihak polis betul berpendapat anda bersalah dalam kemalangan anda dengan motorsikal. Kemungkinan sesuatu yang tidak betul telah berlaku kerana nombor motor yang anda terlibat dengan berbeza dengan motorsikal asal. Minta pihak polis buat siasatan yang lanjut tentang hai ini. Hukuman terserah kepada Hakim mahkamah nanti.
hi cgu yaP..
saya hndak tya satu soalan. adik saya tidak memPunyai lesen motor. dan satu hari dia mnunggang motor saya untuk ke klinik. sewaktu dalam Perjalanan, dia telah tergesel dengan kereta (kereta kemik sedikit) sewaktu brhenti di traffic light. tuan kereta mminta ganti rugi. soalannya, bolehkah tuan Punya kereta menuntut insurans motor( motor adalah milik saya) walauPun Pada masa itu orang yg mmbawa motor adalah adik saya dan tidak mmPunyai lesen. ? saya keliru di sebabkan rakan saya berkata kemungkinan Pemandu tersebut tidak boleh menuntut insurance motor sya d sbbkan adik saya tidak mmPunyai lesen. adakah ini benar.sekian terima kasih
Kalau pihak insurances motor adik anda tahu bahawa adik anda tidak mempunyai lesen, besar kemungkinan mereka akan menolak sebarang tuntutan.
hi cikgu yap,,
saya pemegang lesen (competant) dan ketika itu membawa kereta kepunyaan kawan. Soalan saya, semasa melalui sebuah jalan (dua hala) dan ingin masuk ke simpang kanan, saya sempat memperlahankan kereta tetapi agak terlambat memberi isyarat kekanan (signal). 2 buah motosikal yang sangat laju dari belakang merempuh tepi kereta saya di jalan yang bertentangan. Kedua-dua penunggang motosikal itu tiada lesen dan kejadian berlaku di kawasan sekolah pada waktu malam. Jadi,,
1) Adakah kes ini termasuk kes mahkamah?
2) Bolehkah penunggang motosikal ini membuat tuntutan insurans atas insuran kereta kawan saya?
3) Bolehkah mereka membuat medical claim?
tq in advance cikgu yap :)
Sekira kemalangan anda di lapor, tentu ia akan menjadi kes mahkamah. Samada tuntutan insurans boleh di buat, terserah kepada pihak insurans. Tuntutan medical juga nampaknya gelap kerana tiada berlesen. Kesemuanya in adalah pendapat saya saja.
Salam sejahtera,
Tahun lepas saya terlibat dengan kemalangan dengan motorsikal ketika saya hendak masuk ke simpang. Saya nyalakan signal sebelum membelok tetapi menurut polis tidak mencukupi kerana terlalu hampir dengan simpang. Menurut polis lagi, sepatutnya signal dalam 20 m dari simpang. Penunggang motorsikal cedera. Kereta saya ada kesan di rim belakang. Tahun ini saya akan ke mahkamah. Apakah hukuman/ denda yang mungkin saya akan terima?
Sukar hendak tahu jumlah dendaan yang akan di kenakan oleh pihak mahkamah. Bergantung kepada kecederaan yang di alami pihak motorsikal.
saya ada pertanyaan sket,,,saya ada anak 2 tahun stgh,,,boleh ke ayah dia bwk anak saya naik motor?does it makes a different dlm undang2 if:-
1. jarak jauh jarak dekat?
2. anak bonceng di dpn (kaki dlm bakul) or belakang?
3. pakai helmet mainan (stated kt helmet tu,not approve sirim)
4. cannot find any suitable helmet utk bdk kecik, as if it shows dat actually bdk2 minimum age leh naik moto is maybe skolah rendah around darjah 3 ke atas?
5. jd kesalahan lalu lintas ke?agak2 leh kne denda?
Though there exists no law to prevent a small child from riding pillion with their parents, allow a child to do so is very dangerous. Parents should refrain doing such things. It should be noted that small children are incapable of holding on tightly to the rider. Beside these, there are few helmets in the market meant for small children. The best alternative is to disallow children from riding pillion on motorcycles. Helmet “mainan” are illegal. It should never be used at all.
hi Cikgu Yap..
Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Adik sepupu saya terlibat di dalam kemalangan dan dia meninggal dunia. Sepupu saya merupakan pembongceng Motosikal yang dibawa oleh kawannya yang TIADA lesen. Motosikal ini Gagal dikawal selepas mengelak Lubang.Sepupu saya jatuh di arah yang berlawanan dan dilanggar oleh kereta. soalan saya:
1) Adakah boleh waris sepupu saya membuat tuntutan Insuran ke atas kereta yang melanggarnya?
2)Jika di buat kes mahkamah adakah kawan sepupu saya akan didakwa?
harap dapat penjelasan.tq
Pada pendapat saya, tuntutan terhadap kenderaan yang melanggar sepupu anda patutnya boleh di buat. Tetapi, harus di peringatkan sekiranya pihak insurans kereta sedar / tahu keadaan yang sebenar, mereka mungkin akan menentang habis-habisan usaha tuntutan keluarga anda. Walau bagaimanapun, dapatkan seorang peguam yang baik untuk membantu anda.
Cikgu Yap, Isteri saya telah disaman oleh JPJ Disember 2011 kerana tiada cukai jalan dan insurans kereta. Kereta di atas nama org lain, isteri saya telah ke mahkamah dan di denda sebanyak RM400 dan bayaran telah dijelaskan. Soalan saya
1. Owner kereta juga akan diblacklist ke? Sbb owner telah diblacklist oleh JPJ kerana kata JPJ ada kes mahkamah pada 27/6/2011 sedangkan selepas kes saman ari tu, kami tak pernah lagi di saman oleh JPJ atau polis..
2. Sekiranya resit bayaran saman yg dijelaskan di mahkamah telah hilang, boleh dapat salinan semula tak? di mahkamah atau di JPJ? sbb payment ari tu di buat di mahkamah, kalo tak bayar masa tu tak bleh kuar mahkamah..
Tq atas penjelasan Cikgu Yap
Biasanya berapa saman yg dikenakan ke atas pemilik kenderaan yg tidak mempunyai roadtax dan insurans di mahkamah nnti?
Tiada road tax dan insurans biasanya RM600.
Empunya kenderaan telah di saman ke mahkamah pade 27/6/2011. Isteri anda telah membereskan saman kes yang sama itu. Jadi, sebenarnya kes ini telah tamat. Pada pendapat saya, empunya kenderaan tidak lagi perlu pergi ke mahkamah lagi.
Kehilangan resit bayaran di mahkamah harus di dapatkan daripada mahkamah, bukan JPJ.
Cikgu Yap.Saya nak tanya,pada bulan 5 yang lepas saya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan kehilangan nyawa kepada penumpang kereta saya.jadi ada 2 persoalan yang ingin saya tanya:
1.Adakah dalam kes ini kes mahkamah walaupun yang meninggal itu adalah pihak sebelah saya.
2.berapa lama biasanya kes ini akan di sebut di mahkamah dan biasanya apakah hukumannya.
Tindakan boleh di ambil terhadap seorang pemandu yang membawa kenderaan dan menyebabkan kematian seorang penumpang. Do bawah Seksyen 41(1), Akta Pengungkutan Jalan 1987, antara hukumannya adalah:
i) lesen boleh di gantung
ii) kiranya bersalah, boleh di penjara mandatori beberapa tahun
iii) boleh di kena denda juga
Biasanya, perjalanan mahkamah akan berlangsung beberapa tahun lamanya.
hi cikgu yap..suami saya memandu kereta yg telah tamat tempoh roadtax dan insuran kerana kesempitan wang yg tegar dan telah disaman untuk ke mahkamah. tidak lama selepas itu suami saya telah surrender dengan pihak bank dan menyerahkan kereta tersebut kembali ke pihak bank kerana tidak lagi mampu membayar ansuran bulanan. soalan saya berapakah anggaran bayaran saman nanti? dan jika dia tidak mampu apa akan berlaku pada suami saya? dan adakah namanya akan termasuk dalam blacklist jika ada urusan lagi dgn jpj dimasa akan datang?
Suami anda masih bertanggungjawab meskipun kenderaan telah pun diambil balik bank. Saman itu tetap harus di bayar. Biasanya, dendaan berjumlah lebih kurang RM600. Anda boleh memohon hakim mahkamah supaya mengurangkan dendaan. Sekiranya tidak dapat membayar dendaan, kemungkinan boleh dipenjara. Selesai menjalankan hukuman biasanya seseorang tidak akang di senaraikan hitam lagi.
Hi Cikgu Yap,
I was issued a summon because i was told i “membuat U turn di tempat yang tidak dibenarkan” However, to my understanding, if there is no signage, i am allowed to do a U turn. I tried to explain to the officer that there is no signage, there was no ground for explanation as he just ask for my id and turn away and issue me a summon. I reiterate that there is no signage when he handed me the summon and He ask me back “garisan kuning boleh buat U turn?” With uncertainty, i have to subject to taking the summon. I also tell him to note the junction on the summon so that when i make an appeal it would be much easier for investigation but he just replied that “mereka tahu” without indicating the junction that i made that mistake. Also, the summon stated that i need to be at court at a certain date. And is this necessary? Please kindly advise. Thanks!
The concept of no signage and therefore you’re allowed to perform a U-turn applies only to Singapore, but not in Malaysia. Obviously, you must have made a U-turn at double lines area. The summons you’ve received can be compounded. Unnecessary to go to court.
assalammualaikum,
Saya seorang pekerja syarikat Tiong Nam, kerja saya membayar saman JPJ satu malaysia, setiap bulan pihak syarikat telah membayar saman jpj agaran sebanyak RM 20.000.00 ke RM 35.000.00, keseluruhan jumlah kompaun dari Jan hingga Sep pada tahun (2011) ini sahaja berjumlah RM 180.000.00, masalah kami pihak jpj telah mengenakan saman terhadap syarikat bukannya saman pada kenderan, pihak kami mempunyai lebih 1500 buah lori , kesalahan yang kami selalu kesalahan lesen dan GDL tak cukup kelas, kebanyakan kenderaan lori kami lebih 3000 BTM. pihak syarikat berharap dapatlah pihak jpj menaikkan 3000 BTM ke 5000 BTM untuk lesen kelas D, memandangkan pemandu lesen kelas E dan GDL kelaas E tak mahu membawa lori berkelas D, atas sebab upah untuk lori berkelas D amat rendah.
berharap pihak jpj mempertimbangkan masalah kami dan orang ramai.
Lesen D dan GDL 300 BTM tidak dibenarkan memandu lori Kelas E dan GDL 5000 BTM. Saya berpendapat bahawa cadangan Tuan tidak dapat di terima. Perubahan harus di buat di Parlimen terlebih dahulu. Syarikat anda harus menghantar pemandu-pemandu lori kecil / GDL 3000 BTM untuk mencapai lesen-lesen lori besar untuk mengatasi masalah syarikat.
hi , cikgu yap . saya ingin bertanya satu kes yang saya dialami dalam suatu kemalangan kereta saya yang berlaku semalam . pada masa agak dalam pukul 2.15pm , saya balik tempat bekerja saya selepas makam tengah hari . Pada masa itu , saya telah memasukkan kereta saya di tempat letak kereta tetapi sengyit . selepas itu , saya telah melihat cermin sebelah kiri , kanan dan belakang untuk tujuan memasti tiada kenderaan atau motorsikal di belakang saya dan saya berundur kereta saya lalu saya berundur kereta saya , selepas berundur saya memijak brek kereta untuk membelok stering kereta saya . tiba2 saya terdengar bunyi langgar dan saya memusing tengok , sebuah teksi telah melanggar saya pada masa itu . saya menghadiri ke balai trafik melapor polis , sarjan pula menulis sammons kepada saya dan menyatakan saya melanggar kesalah sebab saya ada berundur kereta saya dan menghalang kereta lain menyebabkan kemalangan ini berlaku . saya memang tak faham depan saya ialah pejabat saya , saya parking tiada tepat , saya berundur kereta saya untuk meletak kereta saya dengan tepat pun salah ker , sebab tak mungkin saya melanggar dinding office saya untuk letak kereta dengan tepat di tempat letak kereta kan ? sila reply saya secepat mungkin . thanks .
Biasanya, seorang yang berundur dengan tidak berhati-hati dan mengakibatkan perlanggaran di anggap salah. Saya ingin menasihatkan, semasa berundur, pastikan jalan di belakang benar-benar selamat.
kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu oleh seorang pelajar yg tidak mempunyai lesen. pada masa yg sama, motosikal beliau tidak mempunyai insurans. keadaan pelajar tersebut, kakinya patah. saya telah membuat laporan polis dan membuat tuntutan insurans kereta sya.
persoalannya, bolehkah sekiranya saya ingin saman penjaga pelajar terbabit sebagai ganti rugi am seperti kerosakan kemalangan, gantirugi saya tidak mempunyai kenderaan untuk bekerja dan saman kecuaian penjaga.
Anda sudah tentu boleh memasang peguam untuk mengambil kes terhadap pemandu yang tidak ada lesen. Tetapi ingat, usaha ini akan mengambil masa yang agak panjang. Memang ganti rugi kenderaan boleh juga boleh di tuntut. Bincanglah dengan peguam anda.
Selamat petang Cikgu Yap,
Tahun lepas pd bulan May 2010 kereta yg dipandu oleh saya telah berlanggar dengan sebuah motorsikal yang dipandu saorang budak dikatakan dibawah umur. Semasa kejadian budak ini tidak membawa pengenalan diri spt lesen memandu, kad pengenalan dan didapati cukai jalan yg sudah tamat tempuh.
Saya telah pun membuat lapuran polis kerana budak itu telah mengalami patah kaki. Dalam perbincangan dgn pihak polis saya didapati bersalah kerana keluar simpang tiga tidak berhati-hati. Disini saya tidak mahu memanjangkan cerita , saya mengaku bersalah dan membayar denda (kompoun) .
Bulan lepas tahun ini saya telah diberitahu oleh pihak lawyer Insurance saya supaya menghadhiri diri kemahkamah kerana pihak budak itu telah menuntut ganti rugi perubatan jumlah yg agak besar.
Persoalan saya apakah tindakan mahkamah terhadap budak itu yg saya anggap membawa motorsikal kepunyaan bapa dia spt cukai jalan yg sudah tamat tempoh, tiada lesen memandu spt yg saya nyatakan diatas.
2. Saya sudah pun membayar kompoun diatas kesalahan saya dan perlukah semasa dimahkamah nanti perlu membayar sekiranya mahkamah mengatakan saya didapati bersalah.
Mohon mendapat penjelasan dari Cikgu Yap.
Sekian, terima kasih.
Tuntutan oleh budak yang di bawah umur / tiada lesen adalah tanggungjawab syarikat insurans kereta anda. Walau bagaimanapun, sebagai pemandu yang terlibat dalam kemalangan, nampaknya anda hendaklah berkerjama dengan pihak insurans dan hadiri kes di mahkamah. Seperti di nyatakan, pada pendapat saya, sebarang tuntutan adalah tanggungjawab syarikat insurans.
Selamat Pagi Cikgu Yap, terima kasih saya ucapkan diatas penerangan yg diberikan kerana saya akan menghadhirkan diri kemahkamah KL pagi ini jam 9.00.
Semoga Cikgu sehat2 selalu.
Sekian , terima kasih.
Rahim
5.16 am.
Hai Cikgu Yap,
Sy ada menerima surat saman JPJ (P) 22 kerana gagal patuhi notis Sek 61 (1) – pemeriksaan kenderaan. Di dlm surat itu sy dikehendaki hadir ke mahkamah. Dlm surat tersebut ada menyatakan kesalahan ini boleh dikompaun. Malangnya surat ini sampai ke tangan sy selepas tarikh akhir kompaun tersebut.
Soalan sy:
1) Perlukah sy ke JPJ yg mengeluarkn surat saman tersebut dengan membawa kenderaan sy utk pemeriksaan dan merayu utk membayar kompaun tersebut? Atau pergi ke JPJ tanpa membawa kenderaan dan merayu utk membayar kompaun sahaja?
2) Berapa jumlah saman yg akan dikenakan oleh hakim kalau sy hadir ke mahkamah?
Mohon penjelasan Cikgu Yap. Terima kasih
Summons Section 22 (P) are normally issued to those dealing in motor vehicles / car trade. You must have infringed some rules and regulations. You should have paid the compound summons. Section 61 (1) is an order to produce a motor vehicle and trading license. A failure to attend court proceedings makes a person Guilty, unless you have sufficient reason or faced a mechanical breakdown to your vehicle.
Nevertheless, you can approach the authorities to request the late compound to be paid and thus solve the entire problem.
Hello! saya nak bertanya soalan pada cikgu. Beberapa hari yg lepas saya kemalangan pada pukul 7.20 pagi. Saya telah memperlahankan kelajuan kereta kerana telah mula menghampiri kawasan hadapan sekolah yg terletak di sebelah kanan jalan. Terdapat satu deretan kenderaan di lane tengah,semuanya memberi signal hendak membelok ke kanan( ke sekolah tersebut). Semua kenderaan yg hendak meneruskan perjalanan termasuk saya akan ke kiri dan akan bersedia menerima arahan untuk meneruskan perjalanan atau perlu berhenti di hadapan penjaga lalulintas sekolah tersebut sekiranya ada kenderaan dari dalam kawasan sekolah hendak keluar ke kanan. Malangnya dalam jarak 39.2 meter sebelum sampai ke tempat penjaga lalulintas tersebut, sebuah kenderaan dari arah bertentangan telah membelok ke kanannya yakni melintangi saya secara tiba-tiba kerana kereta lane tengah telah memberi laluan kepadanya. Walaupun saya membrek, kemalangan tetap berlaku. Orang itu mengatakan kenapa saya tidak berhenti ketika dia hendak cross. Sedangkan dia sendiri membelok di kawasan doubleline dan tidak langsung memastikan ada kenderaan lain yang meneruskan perjalanan di sebelah kiri. Untuk makluman, jalan itu dilebarkan untuk kenderaan sebelah kiri tetapi tidak ada garisan yg dilukis. Adakah saya bersalah ? Adakah saya perlu naik mahkamah atau sekadar membayar kompaun? Sekian, terima kasih
Saya harap kemalangan itu bukan sesuatu yang serius. Settle perkara atas sekiranya boleh. Kalau hendak tuntutan insurans, maka hendaklah di buat laporan polis. Terserah kepada polis untuk menentukan siapakah yang bersalah. Biasanya, denda kompoun di beri. Kalau demikian, tidak perlu ke mahkamah.
Semalam semasa memandu melalui jalan gombak batu 6, saya nampak 2 motosikal langgar sesama sendiri dan terjatuh ditengah jalan. Saya berada dijarak yang dekat dgn secepat pantas tekan brek kereta saya tetapi terkena sediikit bahagian motosikal yang terbaring ditengah jalan. Adakah saya bersalah Dan perlukah saya buat laporan polis ? Saya tidak melihat nombor plat motosikal tersebut sebab panik. Tetapi saya lihat penunggang itu mengalami kecederaan yang ringan.
Sebarang kemalangan eloknya di buat laporan polis.
Saya ada kemusykilan hendak di tanya. Beberapa bulan lepas saya telah terlibat dalam kemalangan di bulatan shah alam. Semasa kejadian saya telah dilanggar oleh kereta dari arah lane plg dlm di bulatan.Semasa tu sy di lane tgh. Akibatnya kereta saya terbalik. Setelah membuat laporan polis, polis mengatakan yg kes tu tanggung sendiri2. Masalahnya kereta yg melanggar saya tiada kerosakn, manakal kereta saya terbalik. Macam mana eh kes ni?
Dengan laporan polis, anda boleh membuat tuntutan insurans terhadap kenderaan yang terlibat dengan kereta anda. Cari bengkel PIAM untuk membantu anda dalam hal ini.
Hello Cikgu Yap. Saya ada satu kemusykilan. Apakah menjadi satu kesalahan untuk menunggu di garisan putih tunggal (single white line) di hadapan lapangan terbang? Saya sedang menunggu di tempat duduk pemandu, di dalam kereta apabila saya diberikan notis 170A kerana dianggap menghalang laulintas. Apakah pandangan Cikgu dalam hal ini? Terima kasih.
KLIA tidak di izinkan meletak / memberhenti kereta. Anda telah bersalah, malangnya.
Kiranya mana – mana lapagan terbang atau hanya KLIA, Cikgu Yap? Kejadian terjadi di KKIA. Terima kasih, cikgu.
Di mana-mana lapangan terbang di Malaysia, peraturan tidak di izinkan letak kereta / berhenti kerate tetap sama.
Cikgu yap..
baru2 ni saya kena saman akibat kemalangan jalan raya. kereta dihadapan di trafic light telah memberhentikan kenderaan secara mengejut. Waktu itu, hujan renyai dan jalan basah maka saya telah melanggar belakang kereta tersebut. beliau dan saya telah membuat laporan polis dan sarjan polis itu mengenakan saman ke atas saya..persoalnnya: 1) saya diberitahu oleh sarjan bahawa kalu bayar rm200 padanya, kes tu boleh disettlekan dan dia akan tolong bayar di bukit aman dan resit boleh ambik seminggu selepas tu dan kalu nak bayar dikaunter akan dikenakan rm300. saya pun merayu kepada DSP trafik balai itu tapi hampa..Adakah kompaun boleh dibayar diluar kaunter? 2) kalu saya telah dikenakan saman dan saya bercadang utk tidak membayar kompaun tsb malah rela hadir ke mahkamah majistrate untuk memoon kepada hakim supaya memaafkan kan saya. Adakah cara saya patut kerana sebelum ini saya berbuat perkara yg sama dan magistrate telah memaafkan saya…sekian
Kali kedua anda melaksanakan kesalahan sama. Anda harus memandu dengan lebih berhati-hati lagi,
Cikgu Yap,
Saya ingin bertanya…kereta kakak saya kemalangan semasa dia nak keluar dari simpang ke jalan raya. semasa dia keluar, dia kemalangan dengan motosikal yang datang dari arah kanan. jalan tu berliku sikit, jadi kakak saya tak nampak motosikal tu lalu dia pun keluar. kemalangan terjadi di tengah jalan raya. kereta kakak saya kemek teruk di sebelah kiri sebab motosikal tu rempuh sebelah kiri.
sekarang kakak saya sudah dapat surat panggilan ke mahkamah.dia runsing sebab tak tahu nak buat apa..
minta tolong bagi pendapat apa yang patut kami buat untuk tolong kakak..
Nampaknya kakak anda terpaksa ke mahkamah. Jangan tidak endahkan surat itu.
TQ Cikgu Yap..
boleh tak Cikgu Yap terangkan serba ringkas apa yang akan dibicarakan di mahkamah tu nanti selain sebutan kes…ceritakan semula kejadian…etc..adakah 1 hari cukup untuk selesaikan kes ini?
dalam kes ni, kesalahan kakak saya ke? rm300 saman trafik tu memang confim kakak saya kena bayar kan…ada lagi tak lain-lain bayaran…
minta maaf banyak bertanya…TQ in advance..
Secara ringkas, kes anda biasanya di bawah Majistret / Hakim. Mahkamah akan meminta pegawai samada kopral / sarjen balai polis, menerangkan kes anda. Majistret kemudiannya akan menanya samada anda bersalah atau tidak. Memandangkan anda terlibat dalam kemalangan dan sudahpun di beri saman hadiri mahkamah, maka elok mengakui kesalahan saja. Dengan demikian, mahkamah akan jatuh denda ke atas anda. Lumrahnya, denda anda itu berjumlah RM300. Tetapi, anda berhak merayu mahkamah mengurangkan kadai di atas.
Pada pengalaman saya, kes kesalahan anda di mahkamah akan mengambil 1 atau 2 jam untuk selesai. Lain daripada jumlah denda atas, saya rasa tiada apa-apa yang lain yang akan di kenakan ke atas anda. Harus di ingatkan bahawa penjelasan saya ini merupakan pendapat saya sahaja. Pembaca-pembaca blog ini, termasuk anda, berhak samada menerima ataupun menolaknya.
Akhirkata, anda hendaklah sediakan wang denda terlebih dulu. Kiranya tidak dapat menjelaskan wang tersebut di atas, maka besar kemungkinan anda boleh di lock up mahupun di penjara.
tq atas penerangan Cikgu Yap…
Petang tadi, dalam keadaan kereta bergerak secara perlahan, saya telah memberikan signal untuk menukar laluan ke sebelah kanan.pada masa itu, kereta saya berada di depan sedikit berbanding kereta di lorong sebelah kanan (TOYOTA FORTUNER).saya masuk perlahan2 ke lorong sebelah kanan dan tiba2 kereta (TOYOTA FORTUNER) bergerak ke depan lalu bergesel dengan bahagian tepi (tayar depan dan ke atas) kereta saya. pemandu kereta (TOYOTA FORTUNER) mengatakan saya cuai dan dia tidak nampak signal dari kereta saya. dia tidak mahu berunding apabila saya cuba berbincang secara baik dengan dia.
Persoalan saya:
1) Dalam keadaan ini, siapakah yang sebenarnya bersalah?
2) Patutkah saya membuat laporan polis?saya hanya dapat mengambil no plate dan jenis kenderaan sahaja.
TQ Cikgu Yap..
Nampaknya anda salah kerana menukar lorong. Setiap kemalangan sepatutnya di buat laporan polis.
Noon of today,iv drive & met an minor accident.the highway was traffic jammed,a car was cut Q w/out signal.i was nearly hit the car & the Boundaries embankment of the road bt luckily with emergency stop.bt aft the car drive in-front me,it suddenly slow down the speed even the traffic get smooth.i start to cut balik it.once 80% of my car`s body successful get to drive in the right way,it suddenly hit bhind of my car near the bumper of my right hand side.its tat iv against the undang-undang pemandu malaysia?
Our roads are filled with al typres of drivers. Do be careful therefore.
Cikgu, aku tadi pergi makan malam dengan keluarga, dan aku disaman oleh polis road block. Adakah salah kerana belakang keretaku membawa 4 orang penumpang? Kereta aku ada 6 orang jumlah.
Memang salah bawakan 4 orang di belakang.
Cikgu yap..nak tanya. saya memandu kereta dan berlanggar dengan motorsikal.motorsikal tersebut telah memasuki lorong saya dan melanggar kereta saya.penunggang motor tersebut cedera parah patah kaki dan dimasukkan ke hospital.penunggang tersebut tidak mempunyai lesen dan motor tiada insurance n rodtax. saya telah membuat polis repot dan apabila polis mendapatkan keterangan daripada penunggang itu, dia mengatakan saya yang telah memasuki lorong dia dan melanggar motorsikalnya.sekarang kes saya telah di teruskan ke mahkamah kerana penunggang tersebut meyaman saya untuk menuntut pampasan daripada insurans saya.dalam kes ini saya nak tanya
i) ada tak peluang saya akan menang dan insurans saya tidak perlu bayar orang tu. sayataknak insuran saya dipotong kerana saya tidak bersalah.
ii)adakah mahkamah akan mendakwa dia dibawah seksyen 26 kerana tiada lesen dan juga kenderaan tiada insuran dan rodtax.
iii)jika saya menang apakah saya boleh menyaman dia balik dan menuntut semua bayaran untuk membaiki kereta saya yang rosak teruk dan kos2 yang lain. untuk makluman saya repair sendiri kereta saya dan tidak menuntut dari insuran kerana taknak usik ncd kereta saya.
harap cikgu dapat membantu.
Terserah kepada mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap penunggang motor yang tiada lesen / cukai jalan Serahkan kepada syarikat insurans anda untuk bertindak sewajarnya. Anda memang boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dengan kenderaan anda. Tetapi anda hendaklah memulakan kes sivil terhadapnya. Tindakan di atas akan makan masa dan perbelanjaan yang agak tinggi. Sudikah anda menampung masalah-masalah yang saya sebutkan?
Mr Yap,
saya mahu bertanya, saya telah di saman oleh jpj bertarikh 19/12 kerana motosikal saya tidak mempunyai road tax dan insurans dan perlu hadir ke mahkamah di klang pda 27/3/2012. Di mahkamah nanti berapakah jumlah maksimum saman akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah? Berapakah tempoh bayaran saman yang perlu dijelaskan? Roadtax kereta saya akan mati oada april 2012. Adakah setelah ssya selesaikan saman mahkamah ssya sudsh boleh renew rosdtax dan insurans kereta saya?
Lagi satu soalan saya, adakah lesen b2 sy aka digantung setahun? Atau selepas bayaran rm600 dibuat saya tidak digantung lesen b2?
Maaf aaya terlupa, jpj telah mengambil roadtax sy tadi,adakah saya masih boleh membawa motor sy dan jika ada roadblok bolehkah saya menunjukkan surat saman jpj kerana sy perlu selesaikan saman ini ketika di mahkamah nanti. Harap ada penjelasan secepat mungkin ya.
Anda tidak boleh lagi memandu. Sedia untuk naik mahkamah. Lain kali, di nasihatkan patuhi peraturan.
ckgu yap, maksudnya sy x boleh memandu adakah saya juga tidak boleh memandu kereta juga atau hanya tidak dibenarkan memandu motor tersebut? Adakah benar kompaun di mahkamah kelak adalah rm600? Dan adakah lesen b2 saya akan digantung selamasetahun walaupun telah membayar saman di mahkamah nanti?
Kalau saya tidak salah, hanya motor anda kini tiada cukai jalan. Maka motor tersebut tidak boleh di tunggang lagi. Sekiranya anda miliki lesen kereta, tidak ada alasan mengapa tidak boleh memandu kereta pula. Kes motor tidak ada kaitan dengan pemanduan kereta. Ini pendapat saya, benar anda mungkin di denda RM300 untuk tiada road tax dan RM300 untuk tiada insurans.
Mr Yap,
Saya pemilik lesen P,saya baru terlibat dalam kemalangan jalanraya. Saya sudah menjaga jarak yang betul dengan kenderaan dihadapan, tetapi saya tetap tidak dapat berhenti kan kenderaan saya disebabkan oleh jalan licin lalu terlanggar kenderaan dihadapan. Saya telah disaman dah telah membayar saman tersebut.
Soalnya,berapakah mata dimerit yang akan dikenakan kepada saya dan adajan lesen saya akan terbatal.
Langgar belakang biasanya RM300. Saya berpendapat mata demerit tidak akan di kenakan kepada anda.
Cikgu Yap.., sekarang, saman DBKL, PDRM dan JPJ telah diselaraskan. Impaknya lagi ramai yang disaman tidak akan membayar saman kerana faktor ekonomi, tidak mampu bayar dan sebagainya. namun ada pilihan iaitu membayar saman ataupun menjalani hukuman penjara. Jila pesalah memilih menjalani hukuman penjara, apakah kesannya terhadap kehidupan, kerjaya dan diri pesalah tersebut??
Rumusan anda memang benar. Sekiranya tidak mampu bayar kompaun, perja saja ke penjara. Apakah kesen di penjara? Sudah tentu anda dapat bayangkannya secara sendiri.
salam muhibah..
sy ingn brtnya brp denda kesalahan seksyen 23(1) APJ 1987 iaitu kesalahan menyalahguna cukai jalan..
penerangan kesalahan sy adalah membawa tangga di dalam van pesendirian..
kes ni adalah kes mahkamah n tdk boleh di bayar d kauntr saman..
tq..
Van persendirian hany untuk nagkutan orang dan barangan kecil-kecil saja. Membawa tangga sudah tentu tidak di izinkan. Cukai jalan van anda bukan untuk membawa tangga pula. nampaknya anda terpaksa naik mahkamah.
cikgu yap,saya mahu bertanya, saya memegang lesen memandu CDL dan GDL BTM 3tan,adakah saya boleh memandu lori 5 tan @ 7 tan…terima kasih
GDL 3 tan tidak boleh bawa lori 5 tan atau 7 tan.
cikgu.. saya mempunyai lesen p. kereta saya telah dilanggar oleh seorang budak berumur 15 tahun yg menunggang motor (tanpa lesen dan tidak memakai helmet). dan, bukan saya yang bersalah. adakah lesen P saya akan digantung? apakah yang akan dikenakan kepada budak itu?
Sama ada anda salah atau tidak terserah kepada polis buat siasatan. Nasib budak juga di tangan pihak polis.
Saya ada persoalan, baru-baru ini saya telah menerima surat saman kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan dan kecederaan dari syarikat guaman.Mengikut laporan polis penunggang motosikal yg bersalah kerana memotong sebelah kiri dan didenda RM300 , penunggang ini telah berjaya membuat tuntutan insuran kereta saya sebanyak RM 16000 tanpa pengetahuan sy.(sy tahu bila nak bayar insurans kereta, kenapa jd tinggi. ) Soalan sy.adakah saman ini dr pihak polis, JPJ atau dr penunggang ?? Ada kemungkinan sy tak bersalah tak atau mmg kena denda, agak-agak berapa ?
Nampaknya, pihak motosikal buat tuntuan terhadap syarikat insurans anda. Anda di nasihat bertemu dengan pihak insurans kereta anda tentang hal ini. Sudah tentu mereka dapat menasijati anda perkembangan kes ini.
Cikgu,
saya baru mendapat surat dari JPJ (27.12.2011) bahawa saya telah melakukan kesalahan over take double line pada bulan Julai 2011.
Soalan saya, boleh tak saya meminta pihak JPJ untuk menyediakan bukti kesalahan memandangkan saya tidak tahu menahu kebenaran dakwaan tersebut. Dan sekiranya tiada bukti, saya berhak menolak dakwaan tersebut dan tidak di kompoun?
Apakah prosedur operasi standard JPJ dalam mengeluarkan saman yang berbentuk kesalahan overtake double line?
Mohon respons. Terima kasih.
Mengikut peraturan, anda memang berhak meminta bukti JPJ. Jumpa dengan pihak yang menyaman anda untuk membincangkan perkara ini.
Terima kasih…