Memandu Di Lorong Kecemasan Kini Di Kategorikan Sebagai Kesalahan Serius

Kesalahan mengguna lorong kecemasan

Kesalahan menggunakan lorong kecemsan

Kesalahan memandu di lorong kecemasan kini di ketegorikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J.) sebagai satu kesalahan yang serius di Malaysia.

Dulu, menggunakan lorong kecemasan membawa saman hanya RM300.

Kini, hukuman kesalahan ini di naikkan ke maksimum RM2000 atau penjara 1 tahun!

Mengikut laporan The Malay Mail Online 10 Jun 2016, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata:

Mereka yang masih berdegil menggunakan lorong itu akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.


Kenapa pihak J.P.J. mengambil keputusan mengkategorikan kesalahan menggunakan lorong kecemasan sebagai satu perkara serius?

Saya rasa, ini adalah satu perkara yang kerap berlaku di Malaysia.

Banyak pemandu tidak mengambil peduli hakikat meggunakan lorong kecemasan.

Kebanyakan pemandu kurang bersabar.

Bila berada di dalam kesesekan lalu lintas to lebuhraya, banyak pemandu suka menggunakan lorong kecemasan untuk menjimat masa.

Insiden “Tipping Point”

Kesalahan menggunakan lorong kecemasan adalah satu perkara yang kian lamanya.

Pihak J.P.J. dan Polis sudah banyak kali memberi amaran.

Insiden ataupun Tipping Point yang memaksa J.P.J. mengkategorikan kesalahan ini sebagai perkara serius berlaku di bulan May 2016 di Melaka.

Segelintir pemandu kereta di Lebuhraya PLUS menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

Insiden tersebut berlaku di KM228 Lebuhraya PLUS.

Sebanyak 91 pemilik kenderaan telah di kenal pasti melakukan kesalahan ini.

Kesemua pemandu yang di kenal pasti telah di minta datang ke cawangan J.P.J. untuk memberi keterang.

Pemandu yang berdegil atuapun tidak peduli, mereka akan di beri surat untuk hadir ke mahkamah.

Jika mereka tidak hadir ke mahkamah, apakah yang akan berlaku?

Pihak mahkamah akan mengeluarkan surat tahanan atau arrest warrrant kepada pesalah yang masih berdegil.

Kesimpulannya

Kesimpulan artikal ini mudah sahaja…jangan menggunakan lorong kecemasan jika anda tiada kecemasan.

Sekali dua anda mungkin terlepas.

Namum, suatu hari nanti, pasti anda akan di tangkap.

Pemandu yang lain banyak menggunakan smartphone yang berkamera.

Mereka cuma perlu tangkap gambar dengan nombor plet kereta and hantar ke J.P.J.

Satu hari nanti, anda akan menerima surat untuk hadir ke pejabat J.P.J. untuk beri keterangan.

By | 2017-01-23T09:12:51+08:00 January 22nd, 2017|Undang-undang|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. abu zarrin January 22, 2017 at 5:37 pm - Reply

    salam sejahtera…
    saya nak tanya skit…

    adakah menjadi kesalahan jika behenti di bahu jalan…
    di luar garis jalan…? behenti atas sebab tertentu…
    1 – mbehenti untuk mejawab pang gil an
    2 – behenti sebab anak atau penumpang ingin muntah atau sebagainya

    • Anonymous January 22, 2017 at 3:24 pm - Reply

      Of course it’s an offense to utilise the ‘bahu jalan’, it’s an emergency lane for emergencies, particularly ambulance.
      What sort of question is this? Did your instructor not enforce this during learning stage?

  2. razak January 24, 2017 at 5:38 pm - Reply

    hi..
    kereta saya telah melanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika mengundur di kawasan parking.. tetapi sy tidak sempat berbincang dengan pemilik kenderaan tersebut, kerana dia mahu selesaikan di balai polis, adakah sy perlu juga membuat report? kemalangan di kawasan parking?

    • Cikgu Yap January 24, 2017 at 9:20 pm - Reply

      Kalau pemandu itu hendak membuat laporan polis, anda terpaksalah membuat laporan polis juga.

Leave A Comment