Menunggang Motosikal Adalah Sangat Merbahaya



Blog ini sebenarnya telah dilancarkan lebih kurang 3 tahun dahulu. Setakat ini, sebanyak lebih daripada 500 artikel telahpun ditulis tentang pelbagai jenis topik. Namun demikian topik-topik mengenai hal motosikal nampaknya sangat kurang. Oleh demikian, saya merasa bahawa sudah tiba masanya untuk mengarang satu-dua artikel tentang topik yang menarik ini.

Pada tahun-tahun 1970an, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pengajar kereta ataupun instructor. Saya telah berkhidmat dengan Sekolah Memandu Mat Saat Daruan. Sekolah memandu yang tertera di atas beralamat di No. 1007, Jalan Tepi Sungai, Klang. Encik Saat, seorang yang berketurunan Java, sebenarnya adalah salah satu kawan kampong lama saya.

Di antara beberapa perkara yang saya telah buat pada mula-mulanya, adalah mendapatkan lesen memandu kelas B2 (untuk motosikal 250c.c. ke bawah) untuk adik saya, Keong. Buat beberapa tahun lamanya, adik saya berkerja dengan Syarikat Maruichi Steel Pipes, di pekan Shah Alam, Selangor.

Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, Shah Alam, lebih kurang 10-15 kilometer dari bandar Klang. Sebagai seorang pekerja buruh di syarikat yang saya sebutkan di atas, adik saya berulang-alik ke tempat kerjanya dengan motosikal Suzukinya.

Menunggang motosikal memangnya bahaya. Tetapi apa dayanya kepada orang-orang yang berpendapatan rendah gaji mereka, pengangkutan inilah saja yang mereka mampu. Menunggang motor, bukan saja lebih murah kosnya, tetapi ia lebih mudah. Lagipun, jalan-jalan ke tempat berkerja di Shah Alam memang selalunya sesak.

Pada suatu pagi, subuh-subuh lagi, adik saya, malangnya telah terlibat dengan suatu nahas kemalangan yang dahsyat di Jalan Haji Sirat, berdekatan Taman Klang Utama, Klang.
Pagi tersebut memangnya sejuk. Semasa cuba membelok masuk ke suatu cabang jalan, seorang pemandu kereta yang sedang datang dari belakang dengan laju, telah melanggar motosikal adik saya. Adik saya kebetulannya telah berhenti di tengah-tengah jalan, menanti untuk membelok masuk ke jalan hadapan.

Kemalangan yang berlaku, mencampakkan adik saya ke tengah jalan. Adik saya sebenarnya terperangkap di bawah motosikalnya yang rosak. Buku lali kaki kanan adik saya telah patah. Dia telah terbaring, terpelanting di tengah jalan. Tidak berdaya membuat apa-apa. Tiada orang yang dapat membantunya waktu tersebut.

Sambil adik saya terbaring, tercedera parah di tengah jalan, sebuah kenderaan yang dipandu lalu, datang menuju ke arah tempat yang adik saya sedang terbaring. Melihat bahaya yang menjelang tiba, adik saya dengan sedaya-upayanya, merangkak keluar daripada di bawah motornya demi menyelamatkan dirinya!

Dia telah berjaya mengelakkan diri daripada kenderaan yang datang laju ke arah dia. Akibat daripada kemalangan ini, adik saya berada di hospital besar Klang, selama beberapa bulan. SOCSO ataupun Kumpulan Sosial Pekerja-pekerja telahpun bayar wang pampasan sebanyak RM50,000 kepada adik saya. Mujurya, wang pemberian SOCSO dapat membayar perbelanjaan medical adik saya.

Apakah tujuan saya membongkar cerita ini kepada anda semua? Menunggang motor sebenarnya bahaya!

Hendaklah membeli insurans lindungan PA (Personal Accident). Sekurang-kurangnya pastikan anda dilindung oleh skim lindungan SOCSO ataupun Kumpulan Sosial Pekerja-pekerja.

Suatu lagi kemalangan motor yang ingin saya memberitahu para pembaca adalah kisah tentang abang seorang rakan sekerja saya Cik Chong, yang berasal dari Taman Perumahan Eng Ann, Klang. Abang Cik Chong sedang menunggang sebuah motor superbike 500c.c. dari Singapura.

Si penunggang motor besar telah malanganya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah tangki minyak Petronas berdekatan dengan pekan Gemas di Johor. Malangnya sekali, dia tercedera parah dan akhirnya meniggal dunia dalam kejadian tersebut. Saya masih lagi teringat bahawa saya telah menghadiri upacara sembahyang berdoa yang dijalankan untuk abang Cik Chong.

Berbincang tentang peristiwa ini, adakah abang Cik Chong itu dilindungi insurans PA? Sebenarnya, saya sendiri tidak begitu pasti tentang hal ini.

Artikel ini tentang hal-hal mengenai motosikal bukan semata-mata untuk menceritakan tentang kisah-kisah tentang moto-motosikal yang terlibat dalam kemalangan-kemalangan saja.

Artikel ini sebenarnya adalah untuk membantu bakal calon-calon yang berkeinginan memperolehi lesen-lesen memandu kelas D (kereta) dan B2 (250c.c.) ataupun B penuh (+501c.c.). terlebih dulu, pelajar-pelajar di atas dikehendaki lulus dalam Kod Undang-undang.

Ramai pembaca-pembaca blog ini telah mengadukan betapa sukarnya hendak melulus kertas ini. Ada pula yang mengeluh bahawa mereka terpaksa menghadapi ujian komputer 2 atau 3 sekali.

Sebagai seorang penceramah Kursus Pendidikan Pemandu (K.P.P.) di sebuah institut terkenal di Klang. Penceramah yang berpengalaman lebih daripada 40 tahun, sudah tentu faham akan sebabnya ramai calon-calon gagal!

Mahukah anda tahu apa sebabnya ramai pelajar itu gagal?

Kalau anda menanya saya, ramai gagal sebabnya mereka mengabaikan topic Motosikal yang termaktub dalam Bahagian C kertas komputer itu. Percaya ataupun tidak, terdapat calon-calon yang langsung tidak sentuh tentang topic ini sewaktu membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Terdapat antara 4 ataupun 5 soalan mengenai hal-hal motosikal dalam 10 soalan Bahagian C yang akan keluar. Sekira anda tidak dapat jawab soalan-soalan sedemikian, bagaimana hendak mencapai markah Lulus pula?

Untuk lulus ujian computer ini, anda memerlukan 42 markah dari 50. Ini adalah 82%. Sekiranya anda tidak dapat menjawab 5 dari 10 soalan di Bahagian C, ini bererti 50% gagal! Anda hanya boleh gagal setakat 18% keseluruhan kertas itu sahaja. Fikir elok-elok tentang kedudukan sebenarnya dan saya yakin anda dapat lulus pada pemeriksaan anda yang bakal datang menduduki nanti.

Oleh demikian, bacalah topic Motosikal dengan sempurna. Anda tidak boleh lulus Bahagian C tanpa membaca topic motosikal itu.

Siapakah yang harusnya dipersalahkan dalam hal sedemikian. Saya merasa, si penceramah! Kebanyakan penceramah tidak memberi nasihat yang betul kepada bakal-bakal penuntut tentang kedudukan yang sebenarnya. Seperti yang saya ulaskan tadi, dengan itu ramai calon langsung tidak peduli akan topik motosikal.

Terdapat pula, calon-calon wanita yang tidak betapa minat terhadap hal-hal motor. Lagipun, kebanyakan pelajar wanita biasanya hendak memperolehi lesen kelas D saja. Golongan ini berpendapat, maka tidaklah perlu untuk mereka bersusah-payah membaca tentang hal-hal motosikal pula.

Dengan artikel ini adalah diharapkan bakal-bakal calon akan mulai berubah pandangan mereka tentang Bahagian C, kertas ujian Kod Undang-undang yang wajib ini.

By | 2012-11-26T10:16:08+08:00 November 25th, 2012|Ujian Motorsikal|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment