6 Tips Keselamatan Menungggang Motorsikal Untuk Perjalanan Jauh

Posted on October 4th, 2009


Suatu Perjalanan Jauh – Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Pinang

Sekiranya anda berhasrat hendak menunggang motorsikal dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, harus anda tahu perjalanannya lebih kurang 250 km jauhnya. Sudah tentu ia akan negambil 6 – 10 jam lamanya.

Bukan ramai orang yang boleh mencapai idaman ini. Pada mereka yang menpunyai cita-cita, untuk mencapai “marathon” tersebut, izinkan saya memberi sedikit nasihat sebelum anda bersedia untuk perjalanan jauh ini.

Terlebih dahulu, anda harus:

a) Mempunyai motorsikal ber c.c. besar.

b) Bertahan lasak keseluruhan.

c) Menpunyai kesabaran.

d) Boleh tahan lasak matahari panas dan hujan.

e) Berhenti rehat di R & R atau di bandar-bandar kecil sepanjang perjalanan.

6 Tips Keselamatan Menunggang Motorsikal

1) Kelengkapan.

Mula-mulanya, anda hendaklah mempunyai pakaian lengkap menungang motor seperti baju jacket, seluar jeans, sarung tangan kulit, “goggles” (cermin mata), kasut kulit tinggi ke paras lutut dan lain lain.

2) Pilih jalan lebuhraya.

Hindar daripada menggunakan jalan-jalan lama yang berliku-liku. Lebuh-lebuh raya mempunyai tempat berehat. Kelengkapan tandas dan kantin pun ada.

3) Pilih untuk berjalan pada waktu siang bukan malam.

Menunggang malam amat bahaya. Walaupun malam lebih sejuk, tetapi, soalan keselamatan perlu diingati.

4) Anda perlu mempunyai kebolehan memperbaiki kerosakan-kerosakan motor. Kerosakan seperti tayar bocor, menukar mentol, rantai putus, menukar “plug” motor di antara perkara-perkara yang perlukan khidmat anda sendiri.

5) Harus anda perlindungan insurans.

Soal insurans motor tidak jadi masalah. Anda seharusnya ada insurans P.A. (Personal Accident) untuk perjalanan yang jauh lagi susah dan bahaya.

6) Bawa bersama handphone atau telefon bimbit.

Alat ini amat di perlukan. Kita tidak tahu di mana kita akan memerlukannya sepanjang perjalanan yang jauh dan susah ini.

Ada orang bertanya apakah faedah menunggang motor balik ke Pulau Pinang. Kan baik dengan bas ekspress lebih senang.

Betul. Tetapi memunggang motorsikal itu ada keistimewaannya. Dapat lihat kampong, tempat-tempat yang sehingga kini tidak dapat melihat.

Lagipun, kesesakan jalan kurang. Kos perbelanjaan pun kurang. Pendikata, perjalanan itu sesuatu pengalaman yang hanya boleh nikmati semasa kita muda saja.

Ambillah peluang sekarang. Pergi merantau ke Pulau Pinang dengan menaiki motor. Anda tidak akan menyesal.

Turutan-turutan Menggunakan Signal Dan Isyarat Tangan Sewaktu Ujian Motor B2

Posted on July 31st, 2009

Penggunaan Signal Dan Isyarat Tangan Sewaktu Ujian Motor B2

Ujian motosikal B2 (-250 c.c), sebenarnya di bahagikan 2 peringkat:
i) Bahagian I – Halangan-halangan seperti pusing “Roundabout”, melintasi jambatan, kon, brek kecemasan atau “emergency“.

ii) Bahagian II – Bahagian ini semata-mata menyemak bahagian-bahagian motor seperti,

a) Signal kiri – kanan.

b) Lampu depan dan belakang.

c) Hon (dan sebagainya).

d) Melaksanakan isyarat tangan / mekanikal.

Sebenarnya, kesemua pengajar / instructor di institut, tahu apa yang perlu di ajar kepada calan-calonnya.

Tetapi, memandangkan ada setengah-setengah calon telah pun menulis ke blog Driving School Malaysia ini meminta bantuan dan urutan penggunaan signal tangan mekanikal dan isyarat tangan, maka artikal ini di karang.

Sebenarnya, Bahagian II ini, semata-mata tertumpu khas kepada “Perlaksanaan isyarat tangan dan mekanikal”.

Perlaksanaan perkara di atas dengan Baik dan Betul, iaitu “sempurna”, akan menentukan sama ada calon itu Lulus atau Gagal.

Sebelum mulanya tunjuk ajar kepada bahagian ini, perlaksanaan isyarat tangan dan isyarat mekanikal, harus di peringatkan ianya bagi “sirkit” motor yang berjenis asal (seperti dalam institut lama) saja.

Kedua, calon-calon hendaklah pastikan perlaksanaan isyarat tangan di buat dengan Betul.

“Isyarat tangan”, hendaklah hayun tangan kanan atau kiri (dengan jari tutup rapat dan palma tangan menghadap ke arah bawah) dari arah bahagian paras bahu (dengan perlahan) ke paras pinggang.

Calon-calon yang tidak tahu buat dengan betul hendaklah minta bantuan pengajar motor insitut sendiri.

Turutan Isyarat Tangan & Isyarat Mekanikal Sewaktu Ujian Motorsikal

1) Di tempat permulaan, bubuh signal mekanikal (serentak bubuh isyarat tangan) ke kanan. Kemudian buat yang sama dengan tangan kiri pula.

2) Sudah berjalan hampir-hampir 5 – 6 meter, hendak belok ke kiri pula. Bubuh signal mekanikal kiri, lambai tangan kiri perlahan-lahan. Betulkan handle, dan terus berjalan. Ingat, pandu di kiri jalan yang luas 5 kaki itu. Jangan pandu di tengah-tengah jalan.

3) Sudah menunggang lebih kurang 10 meter, tiba masa hendak belok kanan dan berhenti pula. Di separuh jalan 10 meter ini, mula memasang signal mekanikal kanan dulu dan kemudian melambai tangan kanan dengan elok.

Sebaik saja belokan kecil, anda berhentilah. Lepas berhenti di garisan, buatlah isyarat berhenti. Pandang kanan dan kiri. Hendak belok ke kiri, bubuh signal mekanikal ke kiri, di ikuti dengan lambaian tangan kiri pula.

4) Kini sampailah kita ke pertengahan jalan ujian motor. Ke depan, sebenarnya hendak pusing ke kiri pula. Sekali lagi, bubuh signal mekanikal kiri dulu, ikuti dengan lambaian tangan perlahan dan isyarat tangan kiri pula.

Sebelum belok, berhati-hati. Boleh belok dengan sebelah tangan kanan, tetapi jangan sampai terjatuh sudah.

5) Urutan terakhir untuk membubuh signal mekanikal atau isyarat tangan. Sebagai tanda penamat ini, perlu saja melambaikan isyarat tangan perlahan. Lambaian di buat dengan tangan kanan! Bubuh juga signal tangan kiri untuk menunjukkan niat Berhenti di tepi.

Selepas sudah berhenti di garisan penamat, turun dari kenderaan motor, pasang “stand” kaki berdua atau “Double Stand”. Jangan gunakan “Single Stand”.

Kemudian, tolak motor perlahan-lahan ke tempat Permulaan, dekat roundabout.

Penat lelah betul penulis ini. Kalau dengan urutan-urutan ini yang lengkap anda tidak berjaya Lulus, nasihat saya adalah, anda jangan ambil lesen motor B2. Naik basikal saja!

Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Pemandu Motor

Posted on July 1st, 2009

Kalau hendak disenaraikan kesalahan-kesalahan yang boleh dilakukan oleh pemandu-pemandu motor, saya rasa sudah tentu tidak terhabis senarainya. Jadi apa cadangan saya, adalah memilih hanya beberapa “kesalahan” penting saja untuk dibicarakan.

1) Terlibat dalam lumba haram (Merempit) – “Merempit”, menaja atau mengambil bahagian atau terlibat dalam hal ini adalah salah (Seksyen 81 R.T.O ‘87). Dendanya RM2000, 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Ingat lesen pula boleh di gantung.

2) Tiada topi keledar (helmet) atau tidak ikat dengan betul – Tidak memakai topi keledar salah. Demikian juga topi keledar tidak di ikat dengan betul. Boleh kena denda RM100.

3) Memandu dengan tiada lesen – Tiada lesen dan tidak membawa lesen erti sama saja. Kalau lakukan kesalahan ini, anda akan kena saman bawah Seksyen 26 (1). Akan didenda RM150.

4) Lesen L.D.L. (Lesen Belajar Memandu) bawa penumpang – Lesen “L” dilarang bawa orang atau penumpang. Kiranya salah, boleh didenda RM200 pula.

5) Membawa lebih penumpang – Motor dikhaskan untuk 2 orang saja. Biasanya kita dapati ayah-ibu bawa lebih 2 – 3 anak bersama. Ini memang satu kesalahan. Cuma “Polis” bertimbang rasa dan “kasihan” tidak hendak saman. Tetapi, ingat, salah ya!

6) Tidak pasang “P” atau “L” – Kiranya “P” dan “L” tidak pasang plet dekat motor, adalah kesalahan. Kalau hendak tahu, boleh kena denda RM150.

7) Lampu depan / belakang tidak pasang boleh di kena denda – Undang-undang Malaysia berhendakkan lampu depan dan belakang di pasang siang hari dan malam. Sabit kesalahan boleh di kenakan denda.

8) Cermin “Handle” sebelah kanan wajib – Cermin motor kanan sebenarnya “wajib”. Cermin kiri saya tahu “optional” (pilihan). Walau bagaimanapun, pasanglah keduanya sekali. Kan cermin motor datang dalam 1 set atau “sepasang”. Tiada maslah tentang hal ini!

9) Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu – Menggunakan “telefon bimbit” semasa menunggang motor memang satu kesalahan. Bahaya! Sekiranya hendak bercakap, apa salah berhenti di tepi jalan saja. Kan lebih selamat. Renung kembali nasihat saya. Kena denda itu rugi. Jangan bazir duit!

10) Lupa bawa lesen semasa menunggang motor – Sudahpun dijelaskan awal-awal tadi, tiada lesen melanggar pula Seks 26(1) A.P.J. ‘87. Kiranya lupa bawa lesen bersama semasa menunggang motor “salah” juga. Kalau budi bicara polis baik, O.K. Kalau tidak, K.O. Kena saman saja. Jadi ingat-ingat ya! Bawa lesen bila hendar keluar.

Inilah saja kesalahan-kesalahan penulis dapat ingatkan buat ini. Kalau hendak ingat semua, sampai esok haripun tidak habis cerita.

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • mellow: hi mr yap. saya ada lesen L kereta yang tempohnya tamat 2/2/2010. saya pernah test jpj sebelum ini (tahun...
  • Mel: Dear sir, if I’m not sure which gear to use, is it alright to depend solely on the tachometer? thanks
  • jess: hi, cikgu yap. i hope you are having a nice day. I have a question to ask, after obtaining my P license in the...
  • fatin: saya bakal amik test jpj 29 nih..mcm mna nk kurangkan rasa gementar dan untu memudahkn kwln stereng serta...
  • Sherr: Cikgu, bolehkah saya tanya, apakah cara terbaik untuk kawal klac dan pemecut semasa mahu mula dan guna gear 1?...
  • henry: i attented driving course at a institute and up to now my instructor told me that my LDL is approved and can...
  • fik: macammana sy nk dapatkan lesen kategori kelas H? institut mana? no kontack? brapa kos bayaran? berapa lama...
  • WTC: Hi Cigku Yap, Thanks for the reply. I have checked again, the following are the required documents listed in the...
  • Sazzy: Hi author, nice n useful blog.. Just asking if you could help me.. I already have car license but I have not...
  • Annie: My aunt is a Malaysian, she has been living in USA for many years. She has an international driver license but...
  • bendy: Hi! I sat for undang test on 3 Feb 2010. May I know roughly when my L will expire? Is it counted 3 months from...
  • har: bolehkah saya mengambil lesen motosikal sekarang .. saya berumur 16 tahun pada tahun 2010 tetapi , harijadi saya...
  • WTC: I am a Malaysian holding a Singapore driving license. When I went to JPJ recently to apply for the conversion...
  • Sylvester: how much is the total fees if we take car driving license?
  • rose: selamat sejahtera mr yap.. saya ingin bertanya, lesen GDL ayah saya telah tamat tempot bulan februari 2010,...
  • Johann: Cikgu Yap, my grandpa is already wearing two hearing aids. It doesnt help much, because he cant hear people...
  • Daniel: Hi, I’ll be 17 in July this year. I was just wondering, when can i take the Undang Test? And if i...
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory