Denda Majlis Perbandaran Klang Di Beri Diskaun

Mula-mulanya, pihak kerajaan yang memberi potongan 50% kepada pemandu-pemandu yang melaksanakan kesalahan lalulintas. Mulai 28hb Februari 2011, mereka yang tidak membereskan saman-saman mereka akan di senaraihitamkan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini telahpun menawarkan RM30 diskaun kepada para pemandu yang masih lagi belum menjelaskan saman-saman meletak kereta sehingga sekarang. Untuk makluman pembaca, dendaan meletak kereta di bandar Klang bernilai RM50. MPK telah memberi RM30 diskaun kepada pemandu-pemandu sehingga hujung bulan Disember 2010 untuk denda-dendaan itu di selesaikan.

Pemandu-pemandu di Bandar Di Raja Klang ini boleh mengambil kesempatan untuk membayar saman letak kereta mereka dengan kadar RM20 saja.

Di katakan bahawa mulai Januari 2011, MPK akan bertindak keras dan mengheret pesalah-pesalah ke mahkamah. Jadi mereka yang masih degil lagi, eloknya mengambil perhatian.

Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Klang, Encik Mislan Tugiu, diskaun yang di tawarkan adalah untuk menggalakkan mereka yang telah di saman itu supaya membayar dendaan tersebut dengan segera.

Biasanya, pemandu-pemandu di bandar Klang membuat kesalahan-kesalahan umpama:

i) Meletak kereta di atas rumput.

ii) Meletakkan kenderaan di luar petak-petak meletak kenderaan.

iii) Di tempat-tempat di larang meletak kenderaan.

iv) Di tempat-tempat meletak kereta yang tidak di gazetkan.

Di tanya mengapa MPK telah menbuat keputusan yang sedemikian, Encik Mislan berkata MPK tidak berniat pemandu-pemandu yang bersalah di paksa membayar kompaun yang tinggi, iaitu RM50. Memandangkan menjelang tiba perayaan Christmas, adalah di harapkan orang ramai akan membuat keputusan untuk menjelaskan saman-saman mereka.

Sehingga sekarang, terdapat sebanyak 2887 pesalah-pesalah yang fail mereka sudah di sedia untuk di ketengahkan ke mahkamah tidak lama lagi. MPK sebenarnya sudi menerima bayaran kompaun di buat secara beransur-ansur. Tetapi sekiranya pesalah-pesalah tidak mengambil langkah demi menjelaskan hutang mereka, maka MPK tidak mempunyai langkah lain selain daripada membawa mereka ke mahkamah.

Dimanakah boleh pesalah-pesalah lalulintas itu membuat bayaran mereka?

Bayaran saman-saman lalulintas itu boleh di buat di lobi Majlis Perbandaran Klang di mana suatu kaunter khas telahpun di sediakan. Saman-saman juga boleh di beraskan sebuah kaunter bergerak di depan Maybank dan stesen minyak Caltex di Bayu Perdana, Klang pada 28 Disember 2010. Masa bayarannya adalah dari 9:00 pagi hingga ke 3:00 petang.

Selain daripada itu, bayaran juga di buat di Maybank Jalan Kepayang di Klang Utara pada 29hb Disember 2010. Manakala juga boleh di buat di Public Bank Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

Meskipun saman-saman keluaran MPK belum di onlinekan dengan pejabat J.P.J. Selangor lagi, namun demikian, para pesalah lalulintas yang sudah menerima saman-saman MPK , seelok-eloknya mengambil langkah untuk menjelaskan saman-saman itu dengan segera.

By | 2012-09-21T20:24:14+08:00 December 28th, 2010|Undang-undang|6 Comments

About the Author:

6 Comments

  1. Zana Jaapar December 28, 2010 at 10:10 pm - Reply

    Cikgu Yap,

    Februari’10 yang lalu, kereta saya telah dilanggar oleh sebuah lori dari belakang. Setelah berbincang, pihak yang melanggar (lori) bersetuju utk membayar gantirugi…jadi kereta saya (Perdana) dihantar ke bengkel yang dipilih oleh insuran lori tersebut. Setelah sekian lama di bengkel, lebih kurang 2 bulan, kereta pun siap. Dan saya kena bayar RM550 untuk mengeluarkan kereta tersebut. Pihak bengkel telah menolong membuat claim kepada insuran lori tersebut seperti berikut :-

    loss of usage (16days x rm60) = rm960, kos laporan polis = rm20, kos jpj = rm20 dan loss of excess = rm550, semuanya berjumlah = rm1550..

    akhirnya, pihak insuran lori tersebut cuma bersetuju utk membayar spt berikut :-

    loss of usage (8days x rm40) = rm320 dan loss of excess = rm550, berjumlah = rm870.

    Patutkah saya menerima tawaran tersebut? bukankah rate untuk loss of usage utk kereta 2000cc adalah sekitar rm60-rm70…tolong bantu…terima kasih cikgu yap.

    • Cikgu Yap December 31, 2010 at 11:57 am - Reply

      Kalau anda enggan menerima tawaran insurans, anda terpaksa mendapatkan seorang peguam untuk melawan kes anda. Ini sudah tentu akan mengambil masa yang pankang. Pada pendapat saya, saya cadang anda mengambil sakja offer RM870. Tetapi, kesemuanya terserlah kepada anda.

  2. shuk January 4, 2011 at 10:24 pm - Reply

    maaf… saya hendak bertanya satu soalan… saya dah berumur 40tahun.. dah ada lesen B2 dan D confirm sejak saya berumur 18 tahun
    Soalan saya… bagaimana saya hendak ‘upgrade’ B2 itu kepada B. Saya memang dah selalu memandu motor berkuasa besar (600CC and above) kepunyaan kawan-kawan saya. Saya sendiri hanya mempunyai 250cc (untuk setakat B2 sahaja) dan lama untuk mempunyai motor berkuasa tinggi sendiri tapi apa daya lesen hanya B2. Sekian terima kasih.

    • Cikgu Yap January 7, 2011 at 10:09 am - Reply

      Undang-undang tidak perlu. Cuma hadir kelas Teori 6 jam di institut. Keluarkan L B Full lepas itu.

  3. Joanne Lee January 7, 2012 at 9:52 pm - Reply

    Good day Cikgu Yap,

    I was driving from a 3 lanes road into 2 lanes road, and was hit by a truck at behind which came from the right hand side.
    The back light was broken, and the bonnet also found dented. The truck driver claims that i “potong kiri” and go into the lane where he came from. Thus, he refused to pay for the cost.
    The accident happen during heavy jam, and i have drive slowly by following the road sign to go into another lane.

    In this case, will I kena saman if do the polis report? Which party have to pay the repair cost?

    Thanks for your advise.

    • Cikgu Yap January 9, 2012 at 7:37 pm - Reply

      If you have the lorry’s registration number, make a police report within 24 hours ideally. Studying your case carefully, I doubt you’ll be fined. as you did not cause the accident. You can claim for repairs from the lorry’s insurance company. For this, you’ll have to get someone who is well versed with insurance matter to assist you.

Leave A Comment