Seseorang pemandu ataupun penunggang motosikal haruslah menyedari bahawa sekiranya hendak memandu kenderaan mahupun menunggang motor, hendaklah memiliki lesen memandu. Tanpa lesen memandu, seseorang itu dikatakan melanggar Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain daripada itu, merupakan kesalahan kalau memandu dengan lessen yang sudah tamat tempohnya ataupun “mati”. Memandu dengan lesen memandu yang sudah habis tempoh masanya akan mengakibatkan pihak syarikat insurans menolak perlindungan ke atas kenderaan-kenderaan sekiranya ianya terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Pendikata, kenderaan-kenderaan tiada berinsurans.

Memandangkan perkara tersebut di atas penting, maka para pemandu serta penunggang motor hendaklah memastikan bahawa lesen memandu mereka sentiasa “hidup” sewaktu mereka sedang mengen-dalikan kenderaan.

Kita harus menentukan bahawa lesen memandu kita diperbaharui serta memastikan iaitu kenderaan-kenderaan yang kita memandu ataupun menunggang itu mempunyai lindungan insurans yang sah serta mempunyai cukai jalan yang lengkap.

Sebagai empunya kenderaan, adalah tanggungjawab kita sendiri untuk menentukan segala-galanya dalam keadaan yang teratur dan kemas.

Tidak lama dahulu, JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan, telah memperkenalkan sistem baru di mana tarikh kematian lesen memandu para pemandu di ubahsuai mengikut tarikh kelahiran ataupun hari jadi.

Seseorang dengan demikian, maka pihak JPJ percaya, pemandu-pemandu tidak payah khuatir tentang masalah lupa membarui lesen memandu yang telahpun luput ataupun mati. Dengan demikian, di harap para pemandu mulai sekarang, tidak perlu lagi disaman ataupun diambil tindakan oleh samada pihak polis ataupun JPJ.

Adalah langkah yang di buat oleh pihak JPJ itu sesuatu yang bernas?

Sebagai seorang pengajar kereta, saya memang bersetuju dengan langkah JPJ yang baru ini sesuatu cadangan yang memangnya baik.

Akan tetapi, pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa itu seharusnya ingat bahawa terdapat perkara-perkara lain yang lebih penting ataupun serius yang kini wujud yang sepatutnya diperhatian yang sewajar.

Oleh yang sedemikian, artikel ini akan menumpukan perhatian kepada beberapa masalah yang sedia ada yang kini di hadapi oleh masyarakat “pengguna-pengguna” jalan raya Malaysia hari ini.

Diharapnya, selepas artikel ini di siarkan dalam blog ini, maka tindakan segera oleh pihak-pihak akan diberikan. Sayugia di ingatkan iaitu masalah-masalah yang dikemukakan dalam artikel ini bukan merupakan masalah yang baru. Hanya pihak yang berkuasa malangnya tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepadanya sehingga sekarang.

Apakah masalah-masalah yang dimaksudkan itu? Di antaranya masalah-masalah yang dimaksudkan itu adalah:

1. Tidak memakainya topi keledar sepertimana di kehendaki oleh undang-undang negara.

Meskipun undang-undang negara kita memerlukan topi keledar di wajib pakai oleh para penunggang motosikal, namun demikian, peraturan ini nampaknya telah diabaikan oleh ramai penunggang-penunggang motosikal negara kita.

Nampaknya, bertambah banyak lagi mereka yang mengabaikan penggunaan topi keledar masa kini. Di kawasan kampung atau-pun taman-taman perumahan serta di bandar dan pekan, kita dapat memperhatikan bagaimana peraturan yang penting ini telah diketepikan oleh jejaka-jejaka kita.

Oleh demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya pihak polis, haruslah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang ini. Sekiranya tidak, perkara-perkara yang tidak diingini mungkinnya akan wujud.

2. Mengangkut lebih daripada seorang pemboncit di atas sebuah motosikal.

Sebuah motor sebenarnya bermaksud untuk membawa seorang pemboncit saja. Tetapi di Malaysia, kita seringkali nampak penunggang-penunggang membawa 2 ataupun 3 orang pem-boncit di atas sesebuah motosikal.

Kadang-kalanya, kita berpeluang melihat 3 ataupun 4 pemboncit menaiki sesebuah motor pula. Ini adalah suatu perbuatan yang salah dari undang-undang negara.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab, iaitu polis, seharusnya diminta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang salah ini.

Penghuni kampong, lumrahnya sungguh gemar melaksanakan tindakan yang salah yang tertera di atas. Tindakan-tindakan ke atas terhadap pesalah-pesalah ini, sebenarnya adalah untuk ke-baikan penunggang-penunggang motosikal itu sendiri.

3. Mengguna lampu-lampu jenis “xenon” oleh para pemandu.

Para pemandu Malaysia, sudah tentu sedar bahawa adalah meru-pakan satu kesalahan menggunakan lampu berjenis “xenon” pada kenderaan mereka. Penggunaan lampu-lampu xenon sebenarnya adalah dilarang.

Pihak berkuasa, iaitu JPJ telah berkali-kali mengumumkan lampu-lampu jenis xenon yang “original”, iaitu yang dipasang di kilang-kilang boleh diguna. Tetapi, lampu-lampu yang diubahsuaikan dan dipasang oleh pekedai-pekedai akssesori adalah merupakan “haram”.

Tetapi yang paling menyedihkan adalah nampakanya pada masa kini, lebih banyak lagi pemandu-pemandu yang membuat kepu-tusan untuk menggunakan jenis lampu xenon yang salah ini.

Pada pendapat saya, penggunaan lampu xenon ini kian lama kian menambah. Sekiranya tindakan segera tidak dibuat bagi melarang penggunaan lampu sedemikian, keadaan ini akan bertambah bu-ruk dan keadaan ini akan tidak dapat dikawal suatu hari kelak.

Pihak yang bertanggungjawab harus merenung tentang masalah ini dengan segera. Hentikanlah masalah ini dengan seberapa segera yang boleh.

4. Tidak mematuhi kepada system lampu isyarat di negara kita.

Pengguna-pengguna jalanraya, khasnya penunggang-penunggang motosikal khasnya, sangat-sangat gemar mengabaikan penggunaan lampu-lampu isyarat. Di Singapura, saya diberitahu, tindakan-tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa ke atas pengguna-pengguna jalan yang melanggar isyarat lampu isyarat di sana

Kenapa lampu-lampu isyarat di Malaysia seringkali di abaikan oleh pemandu-pemandu serta penunggang-penunggang?

Ini adalah sebab penunggang-penunggang motor khasnya, kurang berdisiplin. Masyarakat yang lemah berdisiplin sudah pasti tidak diharap mematuhi peraturan-peaturan seperti lampu isyarat.

Apa sebenarnya yang seharusnya dibuat terhadap masalah yang serius ini?

Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti polis, JPJ dan majlis tempatan di gesa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap masalah ini. Denda-denda yang lebih berat harusnya di kenakan.

Lesen-lesen pesalah dicadangkan dibatalkan ataupun ditarik balik. Selain daripada itu, rancangan “A.E.S” (Automated En-forcement System) di mana kamera-kamera CCTV digunakan di tempat-tempat yang sibuk serta di tempat-tempat lampu isyarat hendaklah dipasang dengan serta-merta.

5. Tidak menggunakan alat-alat “handsfree” semasa memandu.

Tahukah anda iaitu menggunakan telefon bimbit sewaktu me-mandu tanpa menggunakan alat “handsfree” adalah salah?

Surat pekeliling K17(A) R.T.R, melalui mahkamah, boleh mendenda di bawah Seksyen 119(2), Akta Pengangkutan Jalan 1987, jumlah sebanyak RM300 ke atas seseorang pemandu yang melaksanakan perbuatan salah menggunakan telefon bimbit tanpa alat-alat handsfree.

Pemandu-pemandu adalah digalakkan supaya berhenti di tepi jalan yang selamat unyuk menjawab panggilan-panggilan yang mereka terima. Tetapi sayangnya sekali, berapa ramai akan menyahut cadangan saya ini?

Memandangkan bahawa keadaan ini makin hari makin rumit, pihak yang bertanggungjawab, iaitu pihak polis khasnya, digesa supaya mengambil langkah-langkah yang tegas bagi mengatasi masalah ini dengan segera.

Adalah diharap bahawa pada suatu hari kelak, tabiat penggunaan telefon bimbit tanpa alat-alat handsfree tidak lagi dilaksanakan oleh pemandu-pemandu di nagara kita.

6. Merempit motor oleh jejaka-jejaka di negeri kita.

Merempit motor sangat digemari oleh jejaka-jejaka di nagara Malaysia. Di bawah Seksyen 81, Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan-tindakan tegas boleh di ambil terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perlumbaan haram.

Mereka yang menganjurkan perlumbaan yang sedemikian juga boleh didakwa. Tetapi tidak terdapat apa-apa bukti untuk menunjukkan bahawa peserta-peserta lumba haram ini akan ber-henti menyertai perlumbaan yang sedemikian.

Meskipun ada dendaan-dendaan yang untuk aktiviti ini, seperti dendaan setinggi RM2000 serta motosikal-motosikal boleh di sitar oleh kerajaan, namun demikian rakyat-rakyat Malaysia tidak merasa khuatir untuk teruskan menyertai perlumbaan-perlumbaan berharam itu.

Pihak berkenaan, umpama polis serta pegawai-pegawai lain hendaklah cuba mengatasi masalah rumit ini dengan langkah-langkah yang lebih berkesan. Kegagalan mengatasi masalah mer-empit motor telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan pelbagai jenis masalah kepada orang ramai juga.

Baru-baru ini, seorang rakan anak perempuan saya, yang berasal dari negeri Oman, telah terlibat dalam satu insiden kemalangan dengan sekumpulan “mat rempit” dekat bandar Puchong, Selan-gor.

Peristiwa tersebut di atas, berlaku pada 11.00 malam. Kumpulan yang merempit motor, yang berjumlah seramai 50 orang telah merempuh kereta mangsa dekat lampu isyarat. Selepas merosak-kan kereta mangsa itu, mereka mencuri telefon bimbitnya serta wang-wang sekali.

Polis nampaknya tidak dapat membantu selesaikan masalah yang rumit ini. Peristiwa-peristiwa seumpama ini merupakan publisiti yang buruk untuk negara kita.

Selagi usaha-usaha konkrit tidak diambil bagi mengatasi masalah rumit ini, masa hadapan bagi negara kita nampaknya malap. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tin-dakan tegas demi untuk mengatasi masalah yang penting ini. Ian-ya harus diatasi dengan segera.