Tip-tip Untuk Menghadapi Kursus Pendidikan Pemandu 5 Jam

Posted on April 24th, 2009

1) 16 tahun untuk mencapai Lesen B2 (-250 cc) and 17 tahun untuk Lesen D (kereta).

2) Bawa myKad  / dapatkan kad komputer.

3) Lelaki berpakaian sopan. Jangan berpakaian selipar. Wanita dilarang berpakaian skirt / seluar pendek.

4) “Hand-phone” (telefon bimbit) juga dinasihatkan tutup.

5) Dinasihat anda makan sarapan dulu. Anda akan merasa “segar” untuk mengikuti ceramah panjang ini.

6) Jangan “berbual” semasa ceramah berlangsung.

7) Bawa “pen”/kertas/buku nota untuk mengisi borang pendaftaran / mencatat fakta-fakta penting.

8) Buku teks akan disediakan pihak Institut.

9) Anda harus cop jari:

(a) sebelum kuliah bermula

(b) selepas kuliah tamat

10) Anda juga hendak menanda-tangani borang kedatangan komputer.

11) Sekiranya kurang sihat, beritahu penceramah dulu.

12) Sila menyoal atau menanya kalau wujud apa-apa kemuskilan.

13) Kiranya anda pernah menerima “saman” kompaun/mahkamah (nama anda disenaraikan hitam) sila bayarnya dulu. Kemungkinan besar permintaan mendaftar anda untuk Peperiksaan Komputer akan ditolak.

14) Kiranya pernah mengikuti Kursus K.P.P (5 jam) dulu dan tempohnya sudah lalui 1 tahun, anda terpaksa hadiri kursus baru sekali lagi.

15) Ujian-ujian dipusat Berkomputer persendirian dijalankan Isnin – Ahad, jam 8:30 hingga 5:00 petang. Hubungilah pengajar-pengajar untuk kemudahan ini.

16) Sayugia diingatkan Keputusan ujian komputer anda diumumkan sebaik saja tamat ujian anda.

17) Sebaik saja mendapat keputusan Lulus komputer, anda boleh mendaftar secepat mungkin di mana-mana institut atau sekolah memandu bagi mengikuti Kursus 6 jam teori (Sijil L2B).

18) Dengan Sijil L2B, gambar MyKad salinan dan Keputusan Lulus Berkomputer boleh dapatkan Lesen Belajar memandu dari pejabat-pejabat J.P.J berdekatan.

19) Kiranya hendak dapatkan Lesen L memandu dari Pusat Ujian Berkomputer, diminta dapatkan nasihat pengajar anda terlebih dulu.

Selamat Berjaya.

Driving Made Easy
Want to get a Malaysian driving license?
This book will show you how.
=> Click here to learn more!


8 Comments • Posted in Undang-undang

Comments

  1. shena

    cikgu yap,

    saya ada lesen kelas “D” dan ingin mengambil lesen kelas “B2′. lesen kelas “D’ sudah habis tempoh P. jika saya hendak mengambil lesen kelas “B2″ bagaimana prosesnya? adakah saya perlu masuk ke kelas KPP & mengambil ujian berkomputer?

    • Cikgu Yap

      Untuk dapatkan B2, tidak perlu lagi hadir KPP and ujian komputer. Cuma hadir theori 6 jam. Kemudian keluarkan lesen B2 saja.

  2. jimmy

    saya pernah mengikuti Kursus K.P.P (5 jam) tahun 2009,tapi saya tidak tahu ia akan tahan berapa lama…saya pernah tanya kawan saya…dia beritahu saya kursus itu tahan selama dua tahunkerana saya kebanyakan sibuk dengan kerja….hari itu saya ada masa terluang lalu saya pergi mendaftar untuk ujian berkomputer …dua hari kemudian mereka telefon saya dan beritahu saya bahawa kursus saya sudah tamat tempoh….kursus ini sebenarnya dapat tahan berapa lama…dua atau satu…saya cuma ingin kepastian….

    • Cikgu Yap

      Sijil untuk KPP tahan 1 tahun.

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • syafiq afendi: dear mr yap i already have B2 license..my P will expire within a few months..if i take D license after...
  • Rocky: Dear cikgu Yap, Saya baru terlibat dengan kemalangan dan kereta saya total loss. insuran bayar rm 7,000...
  • appykhoo: Dear Cikgu Yap, i have a question. i bang a car last week because it was rainy and i just received my p on...
  • Yen: Re: How can a Malaysian with a British driving license obtain a MYS driving license? Hi Cikgu, I have read some...
  • Puven: Cikgu Yap, I’m based in oversea was not able to renew my license for more than 3 years. I only visit back home...
  • AL: Hi Cikgu Yap, I have not been driving since I got my license 5 years ago. I have lost confidence in driving and...
  • rainy: in total ive taken 16 hours of driving lesson with 2/3 different instructors..but i cant seem to get any grip...
  • Julian: Hello Cikgu Yap, I read with great interest how you felt appalled when students who have just obtained their...
  • alif: sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact...
  • Windson: Hi, Can I know is the NCD transferable between spouse, parents and children or siblings? For example, if I...
  • tiara zaharen: Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu...
  • nick: Hi, Having a question here, my girlfriend got her L license for car 4 years ago, but she didnt manage to...
  • Ted: Yes I have. Thank you. My father managed to teach me how to slow down steadily and overcome the huge roundabout.
  • John: Thanks for the response. My questions are…. 1. How do I check with JPJ if the car that I traded in with the new...
  • Dan: Hey guys :) …am a 6’2 ft and am having major problems getting my license here in malaysia. Next week i’ll be...
  • city teercy: 1feb 2012 test computer dan lulus 48/50…
  • jojo: that mean that we will stick to the right lane wait until it safe only we make a U turn??