Sebelum anda membeli tayar baru daripada kedai tayar, adalah di nasihatkan supaya anda jangan membeli tayar yang berusia agak lama.

Semua tayar baru yang keluar daripada sebuah kilang mempunyai hayat penggunaan yang effektif.

Oleh kerana tayar di perbuat daripada bahan getah, jangka masa hayat penggunaannya adalah lebih kurang 5 tahun.

Tayar yang berusia tua, walaupun tidak di guna akan menjadi rapuh.

Tayar baru yang rapuh tidak akan bertahan lama.

Yang lebih penting, menggunakan tayar rapuh adalah sangat merbahaya.

Cara memeriksa tarikh tayar di kilang

Apakah cara untuk memeriksa tarikh sebuah tayar di buat?

Video di bawah akan menerangkan cara untuk mengenalpasti tarikh tersebut.

Syarat tayar baru dari MyTayar.com

Untuk menjadi sebuah panel kedai tayar dengan mytayar.com, pengusaha kedai tayar telah di beri syarat untuk hanya menjual tayar baru yang berusia tidak lebih 18 bulan.

Katakan anda telah membuat tempahan tayar baru melalui mytayar.com dan anda membuat appointment ke kedai tayar.

Selepas siap tayar baru di pasang, anda mendapati mengusaha kedai tayar telah memasang tayar yang lama.

Anda berhak membuat rayuan ataupun complain kepada Customer Service mytayar.com.

Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh minta refund kerana pengusaha kedai tayar telah menjual tayar tua kepada anda.

Adakah anda telah bersedia untuk membeli tayar baru?

Jika ya, klik link di bawah untuk ke laman mytayar.com

Klik sini untuk ke mytayar.com

By | 2020-08-09T17:50:28+08:00 October 17th, 2017|Car Maintenance|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment