Kemalangan Kereta Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/kemalangan-kereta/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Mon, 10 Aug 2020 07:51:14 +0000 en-US hourly 1 3 Jenis Kemalangan Kereta & Apa Yang Perlu Anda Buat https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/kemalangan-kereta-apa-yang-anda-harus-buat/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/kemalangan-kereta-apa-yang-anda-harus-buat/#comments Tue, 04 Aug 2020 23:08:00 +0000 http://driving-school.com.my/?p=336 Kemalangan! Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang harus anda buat? Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan. Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya pemegang-pemegang kelas jenis "P" (Probationary Drivers) dan pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel [...]

The post 3 Jenis Kemalangan Kereta & Apa Yang Perlu Anda Buat appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Kemalangan! Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang harus anda buat?

Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan.

Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya pemegang-pemegang kelas jenis “P” (Probationary Drivers) dan pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel ini dikaranglah.

Mula-mulanya, izinkan saya kategorikan jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di jalanraya kita hari ini.

Kesimpulannya, ianya dijeniskan kepada:

1) Kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents”

Biasanya kerosakan tidak perlukan “repair” banyak lebih kurang katalah RM200 – RM300.

Umpamanya kerosakan dilinkungan yang anda dapat “settle” atau selesaikan.

Umpama kerosakan-kerosakan lampu belakang, “signal”, cermin tepi (side mirror) dan sebagainya.

Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa dan leceh!

Jangan lupa juga, kalau anda didapati salah, anda akan kena “kompaun”, sekurang-kurang RM300.

Berbaloi tidak?

Pendek kata, nasihat saya dalam kes kemalangan macam ini, “Settle” lah sahaja.

Faham?

2) Kemalangan Yang Sederhana Serius

Jenis kemalangan sederhana serius melibatkan kerosakan lebih besar.

Membaiki kereta memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi.

Di kes demikian, insurans kereta main peranan besar.

Dalam kes demikian, anda dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai Polis saja.

Apa yang anda harus buat?

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil.

i) Ambil / catat nombor kereta.

ii) Jenis model kereta.

iii) Warna kereta.

iv) Catatkan “masa” kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.

v) Kalau boleh, dapat butir-butir pemandu yang terlibat seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.

Tidak di benarkan menahan pemandu lain

Anda harus diingatkan, tiada seorangpun mempunyai kuasa untuk “menahan” atau “detain” (melarang) seseorang daripada meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.

Diperingatkan lagi, kuasa “detain” hanya ditangan polis sahaja!

Kemalangan jenis “minor” seumpama ini, di mana tiada orang yang dicederakan, anda bebas meninggalkan kawasan itu berlaku.

Tapi ingat, anda hendak melaporkan ke Balai Polis berdekatan dalam tempoh 24 jam!

Saya harap anda akan mengkaji apa-apa yang dikarang dalam artikel ini dengan teliti.

3) Kemalangan Yang Amat Serius

Habis berbincang tentang kes-kes kemalangan jenis minor dan sederhana serius, tibalah kita ke kemalangan-kemalangan yang lebih serius pula.

“Kemalangan” adalah sesuatu peristiwa yang siapapun tidak harap berlaku.

Ianya sesuatu “nahas”. Tetapi saya terpaksa menyentuh topik ini semata-mata.

Kemalangan “serius” biasanya berlaku di jalan-jalan besar atau “highway” atau “lebuhraya”.

Kenderaan-kenderaan berjalan lebih 110 km/j keatas.

Dalam kemalangan demikian diatas, pemandu-pemandu yang terlibat:

i) Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.

ii) Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan cemas.

iii) Balai Bomba dihubungi.

iv) Kalau pemandu-pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar butir peribadi.

v) Ingat / catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen), masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.

vi) Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan.

Pendik kata, anda harus menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk membantu.

Seperti dikes kemalangan, anda haruslah buat Laporan Polis dalam tempoh 24 jam!

Kalau sudah capai salinan repot Polis, jangan lupa, beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu.

Anda akan kehilangan N.C.B.

Dalam kes-kes kemalanagan “serius”, anda akan kehilangan N.C.B. (No Claim Bonus) kereta.

Sekiranya anda kurang faham istilah “N.C.B.” atau “N.C.D.” (No Claim Discount) sila anda rujuk kepada agen insurans kereta anda.

Katalah anda telah selesai buat laporan polis dan sebagainya, anda haruslah ingat:

i) Dapatkan salinan kemalangan dari Balai untuk rujukan diri.

ii) Jangan lupa lapor kes kemalangan ini kepada pihak insurans (dalam 1 minggu) sebaik-baiknya.

Kesimpulan & nasihat saya

Pada penghujung karya atau artikel ini, apakah yang saya dapat beri sebagai “nasihat” ya!

Antara nasihat-nasihat yang ingin saya beri adalah:

“Pada masa akan datang, memandu dengan lebih berhemat atau defensive.

Ingat, Pemandu Hemat, Jiwa Selamat”.

Untuk pengetuahuan pembaca-pembaca blog ini, harus diperingatkan bahawa karya / artikel yang ditulis ini sebelum dikarang, banyak rujukan telah pun dibuat buku-buku, majalah-majalah dan risalah-risalah.

Selain itu, jangan lupa pula pengalaman (experience) dicungkil juga.

Perbincangan juga dibuat dengan rakan-rakan yang sebaya dan berpengalaman dan adakalanya nasihat-nasihat diperolehi daripada perbincangan-perbincangan dengan K.Timbalan Pengurus institut saya sendiri.

Mujurlah saya dapat memperolehi banyak “nasihat” dan “tunjuk-ajar” daripada beliau.

Beliau adalah seorang bekas pegawai J.P.J. yang “penuh pengalaman”.

Terima kasihlah kepada beliau!

Saya ini umpama mempunyai Lee Chong Wei sebagai juru-latih.

Sekian dan selamat memandu!

The post 3 Jenis Kemalangan Kereta & Apa Yang Perlu Anda Buat appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/kemalangan-kereta-apa-yang-anda-harus-buat/feed/ 381
Pejalan Kaki Di Langgar Kereta – Apa Yang Harus Buat? https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/pejalan-kak/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/pejalan-kak/#respond Wed, 19 Apr 2017 02:05:42 +0000 http://driving-school.com.my/?p=7389 Berikut adalah komen daripada Ana yang di kemukan ke blog ini pada 24 Mac 2015. Ana, sebagai pemandu kereta telah melanggar pejalan kaki. Ini adalah satu kes yang kecil, tetapi Ana amat risau. Kes kereta melanggar pejalan kaki Cikgu yap….saya nak tanya… Semasa saya memandu, tiba-tiba dua orang pejalan kaki (ibu dan anak yang telah [...]

The post Pejalan Kaki Di Langgar Kereta – Apa Yang Harus Buat? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Berikut adalah komen daripada Ana yang di kemukan ke blog ini pada 24 Mac 2015.

Ana, sebagai pemandu kereta telah melanggar pejalan kaki.

Ini adalah satu kes yang kecil, tetapi Ana amat risau.

Kes kereta melanggar pejalan kaki

Cikgu yap….saya nak tanya…

Semasa saya memandu, tiba-tiba dua orang pejalan kaki (ibu dan anak yang telah dewasa) melaintas jalan dan terkena side mirror di bahagian kiri sehingga patah.

Saya memang nampak ada 2 orang yg sedang menunggu dan bersedia untuk melintas…

Tapi saya tidak menjangkakan yang mereka akan melints semasa kereta saya sedang bergerak kerana kawasan tersebut berhampiran dengan selekoh.

Saya mengajak mereka ke hospital membuat pemeriksaan tetapi mereka menolak dengan alasan mereka ingin segera ke pejabat peguam yang berhampiran degan tempat kemalangan.

Sebelum beredar saya sempat mengambil no telefon dan meminta mereka membuat pemeriksaan degan kadar yang segera.

Setelah 2 jam saya menelefon mereka untuk mengetahui keputusan pemeriksaan dan mereka tidak mengalami kecederaan yang teruk dan mereka juga meminta secara baik supaya perkara ini tidak dipanjangkan.

Masalahnya sekarang,

1. PERLUKAH SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
2. DALAM SITUASI INI, SIAPAKAH YSNG SEBENARNYA BERSALAH?

Jawapan saya kepada Ana

Perkara kecil ini tak perlu risau sangat!

Laporan polis tidak di perlukan.


The post Pejalan Kaki Di Langgar Kereta – Apa Yang Harus Buat? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/pejalan-kak/feed/ 0
Ops Sikap Yang Ke 22 Di Lancarkan https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/ops-sikap-yang-ke-22-di-lancarkan/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/ops-sikap-yang-ke-22-di-lancarkan/#respond Thu, 09 Sep 2010 03:19:29 +0000 http://driving-school.com.my/?p=2886 Kempen Ops Sikap yang ke 22 telah di lancarkan pihak polis dan akan bermula pada 3 September 2010 dan ianya akan tamat pada 13 September 2010 kelak. Kempen Ops Sikap kali ini istimewa sedikit, kerana ianya di beri kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM). Kempen tertera di atas telah di lancarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, [...]

The post Ops Sikap Yang Ke 22 Di Lancarkan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Kempen Ops Sikap yang ke 22 telah di lancarkan pihak polis dan akan bermula pada 3 September 2010 dan ianya akan tamat pada 13 September 2010 kelak.

Kempen Ops Sikap kali ini istimewa sedikit, kerana ianya di beri kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM). Kempen tertera di atas telah di lancarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop di Menara TM di Kuala Lumpur.

Dalam perlancaran operasi Ops Sikap tahun ini, pihak polis telahpun mengumumkan nombor toll bebas 1800-88-1412 kepada orang awam. Para pemandu di nasihatkan supaya jangan menlengah-lengah memanggil nombor tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang kemuskilan, jalan tersekat, kemalangan jalanraya termasuk juga kalau sekiranya ingin mendapatkan laporan-laporan lalu-lintas yang terkini.

Seramai 4 ribu pegawai polis akan di berkhidmat dalam kempen tahun in di sepelusuk tanah air. Menurut nasihat yang di beri oleh Inspektor-Jeneral Polis, Tan Sri Musa Hassan, para pemandu telah di beritahu supaya menurut kepada peraturan-peraturan lalu-lintas serta tidak menimbulkan sebarang ketegangan sekiranya boleh sepanjang perayaan Hari Raya Aidil Fitri kali ini.

Mengikut Tan Sri Musa, beliau memberitahu bahawa jumlah kemalangan di dapati telah meningkat tahun demi tahun sepanjang musim perayaan.

Apakah sumbangan yang akan di hulurkan oleh pihak TM kali ini dalam Ops Sikap yang ke 22 tahun ini?

Sebenarnya, pihak tersebut di katakan akan menyediakan sebanyak 105 kanopi atau payung besar dengan di bekalkan juga kerusi-kerusi dan meja. Selain daripada itu, TM juga bekalkan lampu-lampu jenis rechargeable. Barangan-barangan tersebut akan di gunakan oleh pihak polis semasa Ops Sikap di jalankan nanti.

Ops Sikap 22 bukan semata-mata di jalankan hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Tetapi ianya juga akan di laksanakan di Sabah serta Sarawak. Di bandaraya Kuching, Komisyener Polis Sarawak, Datuk Mohamed Salleh memberitahu orang ramai bahawa kadar kemalangan sana agak tinggi.

Ini adalah di sebabkan jalan-jalan raya situ malangnya tidak dapat menumpang kadar peningkatan trafik yang sangat padat.

Datuk Mohamed Salleh memberitahu kalian bahawa terdapat 269,492 kenderaan-kenderaan yang kini terdaftar di negeri Sarawak sahaja. Sikiranya di bandingkan dengan para penduduk Sarawak, jumlah ini merupakan tidak selaras dengan kemajuan jalanraya situ. Ini sebablah kenapa kadar kemalangan berada di tahap tinggi meskipun terdapat usaha-usaha untuk cuba mengurangnya.

Pada tahun 2009 saja, terdapat 665 kemalangan di seluruh pelusuk Sarawak sewaktu perayaan Hari Raya. Ini adalah peningkatan sebangyak 9.19% lebih daripada kadar kemalangan 2008.

Atas usaha pihak kerajaan dan pihak J.P.J. serta pihak polis, saya mengharap bahawa Ops Sikap 22 tahun ini akan dapat mencapai keputusan-keputusan yang lebih menarik di banding dengan kempen-kempen sebelum ini. Para pemandu di minta supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan kali ini untuk menjayakannya. Selamat memandu dengan cermat.

The post Ops Sikap Yang Ke 22 Di Lancarkan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/ops-sikap-yang-ke-22-di-lancarkan/feed/ 0
Amerika Syarikat Ingin Mendenda Toyota RM51.4 Juta https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/amerika-syarikat-ingin-mendenda-toyota/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/amerika-syarikat-ingin-mendenda-toyota/#respond Fri, 09 Apr 2010 14:36:42 +0000 http://driving-school.com.my/?p=2341 Di Washington, di laporkan Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat berhajat hendak menjatuhkan hukuman maxima lebih RM51.4 juta terhadap Toyota Motor Corporation, Japan. Syarikat tertera atas di katakan menyembunyi masalah injak tersangkut di kenderaan Toyota. Toyota di katakan tidak memberitahu secepat mungkin kerajaan Amerika tentang masalah serius ini. Denda sebanyak RM51.4 juta adalah tinggi sekali penalti sivil [...]

The post Amerika Syarikat Ingin Mendenda Toyota RM51.4 Juta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Di Washington, di laporkan Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat berhajat hendak menjatuhkan hukuman maxima lebih RM51.4 juta terhadap Toyota Motor Corporation, Japan.

Syarikat tertera atas di katakan menyembunyi masalah injak tersangkut di kenderaan Toyota.

Toyota di katakan tidak memberitahu secepat mungkin kerajaan Amerika tentang masalah serius ini. Denda sebanyak RM51.4 juta adalah tinggi sekali penalti sivil yang di tuntut daripada sesebuah syarikat pembuat kereta oleh kerajaan Amerika.

Menurut berita, Toyota telah membuat panggilan balik sebanyak 6 juta kenderaannya di Amerika Syarikat. Lebih daripada 8 juta kenderaan jenis Toyota telahpun di panggil akibat masalah injak tersangkut dari seluruh dunia.

Beberapa model kenderaan di katakan terlibat dalam latihan ini. Selain daripada masalah tersebut atas, kereta Toyota jenis “hybrid” Prius di lapor menghadapi masalah brek juga.

Tiada sebarang komen dari pihak Toyota mengenai pengumuman yang di buat oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut Setia Usaha Pengangkutan Amerika Syarikat, En. Ray Lahood, dokumen-dokumen yang di perolehi dari Toyota jelas menunjukkan Toyota sedar akan masalah injak tersangkut seawal-awal bulan September 2009 lagi.

Tetapi Toyota tidak menjalankan sebarang panggilan kembali kenderaan-kenderaannya sehingga Januari 2010 baru-baru ini. Masalah tersebut di atas ini melibatkan sebanyak 2.3 juta kenderaan Toyota.

Lahood, terus berkata bahawa Toyota telah tidak menjalankan tanggungjawab legalnya. Seterusnya, En. Lahood menambah, Toyota Corporation sengaja menyembunyikan masalah ini beberapa bulan daripada pengetahuan para pegawai Amerika Syarikat dan tidak mengambil tindakan segera demi melindungi berjuta-juta pemandu serta keluarga mereka.

Berdasarkan kepada sebab-sebab yang di nyatakan di atas, pihak Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat menuntut penalti tertinggi di bawah undang-undang yang sedia ada ketika ini.

Di bawah undang-undang perlembagaan Amerika Syarikat, pembuat-pembuat kereta di wajibkan memberitahu pihak National Highway Traffic Safety Administration (N.H.T.S.A.) dalam tempuh 5 hari sebaik saja mengenalpasti masalah keselamatan wujud di ikuti pula oleh panggilan balik kenderaan-kenderaan yang terlibat.

Bagaimanapun, Toyota ada 2 minggu untuk sama ada menerima atau tanding penalti yang di kenakan itu.

Menurut sejarah, dendaan tertinggi dalam industi auto ini, belaku pada tahun 2004, apabila pihak General Motors membayar sebanyak US 1 juta akibat lambat memanggil balik sebanyak 600,000 kereta yang di landa masalah penyapu cermin besar hadapan.

Akhirnya, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat berkata, Toyota kemungkinan juga di denda penalti-penalti lain di bawah penyiasatan berlanjutan yang sekarang sedang di jalankan.

Tindakan tegas yang di jalankan oleh pihak Amerika Syarikat terhadap Toyota Motors Corporation, memang di alu-alukan demi keselamatan pemandu-pemandu jenis kenderaan yang polular ini.

The post Amerika Syarikat Ingin Mendenda Toyota RM51.4 Juta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/amerika-syarikat-ingin-mendenda-toyota/feed/ 0
Terjunamnya Sesebuah Kereta Ke Dalam Sungai https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/terjunamnya-sesebuah-kereta-ke-dalam-sungai/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/terjunamnya-sesebuah-kereta-ke-dalam-sungai/#respond Sat, 30 Jan 2010 03:43:21 +0000 http://driving-school.com.my/?p=1935 Antara begitu banyak kecemasan, terjunamnya sebuah kenderaan ke dalam sungai merupakan sesuatu peristiwa yang paling di khuatiri kebanyakan pemandu. Kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai akan terapung di permukaan air antara 3 hingga 10 minit sebelum ianya tenggelam. Tahu ataupun tidak bahawa lebih kurang 50% daripada pemandu, tidak tahu berenang? Dalam kecemasan sedemikian, apakah yang [...]

The post Terjunamnya Sesebuah Kereta Ke Dalam Sungai appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Antara begitu banyak kecemasan, terjunamnya sebuah kenderaan ke dalam sungai merupakan sesuatu peristiwa yang paling di khuatiri kebanyakan pemandu.

Kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai akan terapung di permukaan air antara 3 hingga 10 minit sebelum ianya tenggelam.

Tahu ataupun tidak bahawa lebih kurang 50% daripada pemandu, tidak tahu berenang?

Dalam kecemasan sedemikian, apakah yang perlu buat oleh seseorang pemandu?

Terlebih dulu, sebenarnya terdapat 2 pendekatan yang dapat di syorkan. Yang pertama adalah di syorkan membuka pintu kereta dengan pantas ataupun merangkap keluar daripada kereta.

Kedua, jangan merasa panik. Tutup segala tingkap kereta. Izinkan kenderaan itu tenggelam ke dasar sungai. Sama ada anda memilih untuk memasang lampu kabin kereta ataupun tidak adalah pilihan anda.

Biasanya, pakar-pakar mencadangkan bahawa lampu kabin eloknya di nyalakan sewaktu kecemasan sedemikian berlaku. Kanak-kanak di laporkan kurang gelisah dengan keadaan yang lebih terang.

Walaubagaimanapun, perlu di ingatkan bahawa ada segelintir orang yang terperangkap dalam sesuatu kenderaan tidak tahan terperangkap terlalu lama dalam keadaan begini. Mereka ini di katakan mengidap sesuatu phobia.

Selain itu, perlu juga di beritahu bahawa oksigen dalam sebuah kenderaan dapat menampung pernafasan selama setengah jam saja. Selepas itu, keadaan menjadi cemas dan kematian boleh berlaku.

Dalam keadaan kecemasan yang sedemikian, perlu di lantik seorang yang bertanggungjawab sebagai ketua bagi uruskan langkah-langkah menyelamatkan orang-orang yang terlibat dalam kecemasan ini.

Kiranya tidak, di khuatiri mungkin akan berlaku pertelingkahan antara mereka yang perlu di selamatkan.

Perlunya di ingatkan juga, usaha membuka atau menendang buka pitu dari dalam bukannya perkara mudah. Ini kerana tekanan air dari luar agak kuat. Oleh demikian, tendangan yang akan di buta dari bahagian dalam harusnya merupakan sesuatu yang agak kuat.

Siapakah yang harusnya di selamatkan terlebih dulu?

1) Bayi-bayi kecil atau kanak-kanak merupakan yang pertama di hantar ke permukaan sungai. Di permukaan atas terdapat orang-orang yang sedang mengyaksikan peristiwa ini sudah tentu rela menawarkan bantuan.

2) Yang keduanya perlu di beri pertolongan adalah gelintir orang-orang yang lebih tua atau berlanjutan umur.

3) Mereka yang terdiri daripada golongan yang kuat atau berkebolehan, sudah tentu di hantar ke permukaan sungai lebih lewat kemudian.

Kenderaan yang sudah terjunam ke dalam sesebuah sungai sudah pasti akan mengalami banyak kerosakan yang teruk. Kusyen-kusyen sudah tentu mengalami kerosakan dahsyat. Wiring-wiring sudah pasti akan mengalami kerosakan yang banyak.

Pada pendapat saya, sesebuah kenderaan yang sudah tenggelam ke dalam sungai, sudah pasti tidak boleh merupakan kenderaan yang baik bagi penggunaan sesiapapun.

Oleh sebab itu, di cadangkan bahawa kenderaan sedemikian lebih elok ianya di kondemkan saja dan di ganti dengan sesebuah kereta yang baru.

Lebih baik cadangan ini di ambil daripada menghabiskan perbelanjaan yang tinggi demi menperbaiki kereta yang rosak teruk itu. Sesebuah kenderaan yang berkeadaan sedemikian lebih baik di jadikan besi buruk saja.

The post Terjunamnya Sesebuah Kereta Ke Dalam Sungai appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/terjunamnya-sesebuah-kereta-ke-dalam-sungai/feed/ 0
10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/10-perkara-yang-boleh-mengganggu-perhatian-seseorang-pemandu/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/10-perkara-yang-boleh-mengganggu-perhatian-seseorang-pemandu/#comments Mon, 11 Jan 2010 23:20:20 +0000 http://driving-school.com.my/?p=1848 Untuk memandu dengan selamat memerlukan pemandu menumpu perhatian seratus peratus pada jalan. Tetapi sedih sekali, bukan semua pemandu boleh buat demikian. Artikal ini akan meninjau beberapa faktor yang seringkali di sebut sebagai punca sesuatu kemalangan itu berlaku. 1) Menggunakan telefon bimbit. Perbuatan ini banyak di laporkan sebagai punca kemalangan, khasnya melanggar bahagian belakang kenderaan depan. [...]

The post 10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Untuk memandu dengan selamat memerlukan pemandu menumpu perhatian seratus peratus pada jalan. Tetapi sedih sekali, bukan semua pemandu boleh buat demikian.

Artikal ini akan meninjau beberapa faktor yang seringkali di sebut sebagai punca sesuatu kemalangan itu berlaku.

1) Menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan ini banyak di laporkan sebagai punca kemalangan, khasnya melanggar bahagian belakang kenderaan depan. Ramai pemandu di katakan menghantar mesej-mesej teks semasa mereka memandu. Ini salah satu kesilapan besar yang di buat oleh seseorang pemandu.

Sekiranya di banding dengan perbuatan bercakap dengan ketiadaan set “hands free”, menaip mesej SMS di anggap lebih bahaya. Oleh demikian, anda di nasihatkan jangan membuat demikian.

2) Menghayal sewaktu memandu.

Manuasia di katakan banyak menghayal atau “day dreaming”. Mungkin anda tidak mengakuinya, tetapi perbuatan tersebut banyak berlaku.

Pada waktu sedemikian, perlanggaran mudah terjadi. Jadi, para pemandu di nasihatkan supaya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memandu.

3) Gangguan oleh penumpang khasnya kanak-kanak di bahagian belakang kereta.

Kanak-kanak kecil biasanya duduk di belakang. Kanak-kanak biasanya di laporkan sebagai punca pemandu di ganggu semasa memandu. Adik-beradik di belakang kereta di nasihatkan supaya tidak mengganggu si pemandu yang sedang memandu kenderaan.

Sekira terdapat seorang bayi sedang menangis di belakang kereta anda, anda adalah di nasihatkan jangan menghirau akan tangisannya.

4) Makan atau minum sewaktu memandu.

Tiada seorang pemandu yang berani mengakui bahawa ia tidak pernah melakukan perbuatan ini. Makan ataupun minum merupakan perkara yang kecil saja. Tetapi ingat, perkara ini boleh membawa kepada kecelakaan.

Yang di nasihatkan adalah, kalau hendak melakukan kedua-dua perbuatan, habislah makan-minum sebelum mula perjalanan. Para memandu di ingatkan perbuatan di atas salah dan boleh di kena denda!

Walaupun tiada undang-undang jalanraya yang melarang seseorang pemandu makan ataupun minum, pihak polis dan J.P.J. boleh caj atau saman anda di bawah kesalahan “Tidak dapat mengawal kenderaan” Seksyen 119 (2) dan anda boleh di denda RM300.

5) Cubaan mendapatkan sesuatu barang dari bahagian belakang kenderaan.

Seperti makan dan minum, adakah seorang pemandu yang berani mengakui ia tidak pernah melakukan perbuatan ini?

Saya yakin tidak!

Apabila seorang pemandu itu toleh, walaupun sesaat pun ke bahagian belakang, sudah pasti sterengnya akan lari. Besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

Kiranya kurang percaya, anda boleh cuba saja!

Saya, sebenarnya gurau saja. Jangan sekali-kali melaksanakan perbuatan bahaya ini.

6) Bermain-main dengan radio atau alat G.P.S.

Saya kurang pasti apa itu G.P.S. Sekiranya kedua-dua penulis dan pembaca tidak tahu istillah penting di atas, bagaimana pula?

Tetapi mujur, saya ini ada pengetahuan sedikit tentang sistem baru ini. G.P.S. bererti “Global Positioning System”. Mengendalikan sistem ini semasa seorang pemandu itu memandu, mungkin boleh membawa anda terlibat dengan kemalangan.

Begitu juga memutar-mutar control set radio. Jadi, apa yang di nasihatkan pemandu buat ialah pasang stesen radio atau rancangan-rancangan sebelum anda mula perjalanan. Selepas itu, jangan lagi bermain-main dengan set tersebut lagi.

7) Tabiat merokok sambil memandu.

Pihak wanita di laporkan pemandu yang lebih selamat di banding pemandu lelaki. Mengapa demikian?

Kerana mereka biasanya tidak merokok.

Untuk merokok, anda perlu gunakan sebelah tangan untuk memegang puntung rokok. Tahukah anda bahawa memandu gunakan satu tangan semasa memandu di anggap bahaya?

Waktu ujian, Gagal ya!

Lain daripada itu, merokok boleh menghayalkan pemikiran seseorang pemandu. Pendikata, di nasihatkan jangan merokok saja.

8) Terdapat papan iklan yang menarik di sisi jalan.

Menteri Pengangkutan Jalan seharusnya haramkan iklan di tepi jalan, khasnya lebuhraya. Pemandu-pemandu telah banyak di laporkan terganggu oleh papan-papan iklan yang menarik dan beraneka warna itu.

Pada 1970an, seorang sahabat baik saya, Valentino Teh, gagal ujian praktikalnya yang di ambil di Pulau Pinang.

Semasa ujian jalanraya, si penguji dan calon berlalu dekat pekan. Ketika itu, wayang gambar James Bond sedang di tayang di panggung. Tester tersebut menjerit “Ala, James Bond lah”. Kawan saya turut melihatlah and gagal akibatnya.

Kata tester, kawan saya cuai memandu. Ini kisah sebenar. Sama anda percaya ataupun tidak, papan-papan iklan mengganggu perhatian si pemandu semasa mereka memandu.

9) Tanda-tanda isyarat jalan raya yang kurang sempurna.

Orang asing yang datang ke negera kita, selalu buat aduan terhadap tanda-tanda isyarat yang kurang sempurna. Yang terbanyak komplain pihak orang Singapura.

Saya setuju dengan mereka. Tanda-tanda jalanraya amat penting dan mustahak. Tanda-tanda yang kabur serta mengelirukan punca kepada seseorang pemandu terlibat dalam kemalangan.

Saya berpendapat, pihak kerajaan Malaysai seharusnya ke Negara jiran, Singapura untuk mempelajari bagaimana mereka menandakan tempat-tempat serta jalan-jalan di sana.

Bagaimana pula pendapat si Y.B. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Chan?

10) Menyaksikan kemalangan yang berlaku di tengah jalan.

Pemandu biasanya suka jaga “tepi kain orang”. Meskipun tidak terlibat dengan kemalangan, tetapi mereka suka perlahankan kereta untuk menyaksikan sesuatu kemalangan.

Ini menambahkan kerumitan polis menjaga suasana. Dengan perbuatan yang sedemikian, seseorang pemandu telah mengabaikan pemanduannya sendiri. Ini mungkin akan mengakibatkan dia sendiri telibat dalam kemalangan yang lain pula.

Jadi, pemandu-pemandu adalah di nasihatkan supaya jangan menghirau akan kemalangan-kemalangan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan.

Rencana ini telah bercerita dengan panjang-lebar bagaimana konsentrasi kita boleh di ganggu oleh beberapa perkara tertentu. Di harap pemandu-pemandu akan mengambil tahu atau sedar tentangnya.

The post 10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/10-perkara-yang-boleh-mengganggu-perhatian-seseorang-pemandu/feed/ 7
6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/6-tempat-bahaya-yang-di-larang-meletak-kereta/ https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/6-tempat-bahaya-yang-di-larang-meletak-kereta/#respond Sat, 22 Aug 2009 01:17:52 +0000 http://driving-school.com.my/?p=737 Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau “parking” kereta mereka pula? Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah [...]

The post 6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Tidak di nafikan, bahawa terdapat ramai pemandu yang mempunyai lesen Kelas D untuk memandu kenderaan. Tetapi berapakah jumlah pemandu-pemandu yang sedar atau tahu di manakah mereka boleh meletak kereta atau parking kereta mereka pula?

Meletak kenderaan di tempat-tempat “Larangan” atau “No Parking Areas” melanggar peraturan Seksyen 119 (2) A.P.J. (Akta Pengangkutan Jalan 1987). Dendanya ialah RM200.

Di manakah tempat-tempat yang di katakan tempat larangan meletak kenderaan? Di antaranya adalah:

1) Dekat dengan perhentian bas.

Sebuah bas adalah kenderaan besar dan panjang. Oleh itu, ia memerlukan sebuah tempat besar untuk berhenti.

Jadi, janganlah meletak kenderaan berhampiran tempat ini. Jangan pula lupa, anda hendaklah meletak kenderaan anda lebih kurang 9 meter darinya.

2) Di pili atau paip bomba.

Kiranya hendak meletak kenderaan, harusnya meletak kenderaan kurang-kurang 3 meter darinya.

Semasa kecemasan, anggota-anggota Jabatan Bomba memerlukan tempat-tempat luas untuk menjalankan kerja mereka.

Sekiranya anda meletak kenderaan anda di kawasan tersebut, sudah pasti akan menggangu usaha mereka. Oleh kerana itu, jauhi daripada meletakkan kereta anda di sini.

Tempat-tempat pili bomba senang saja di cam. Ada huruf “H” berwarna merah di atas batu pili bomba itu.

3) Di tempat bahaya / terlindung.

Tempat demikian amat sukar hendak melihat datangnya kenderaan. “Selekoh” adalah suatunya contoh.

Kereta-kereta yang muncul biasanya tidak dapat di lihat dengan jelas. Sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat-tempat demikian, sudah pasti anda akan merungsingkan kedudukan.

4) Di simpang empat dan simpang tiga.

Meletak kenderaan sekurang-kurangnya 9 meter darinya. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang amat bahaya sekali.

Kebanyakan kemalangan berlaku di sini. Pemandu-pemandu merasa sukar hendak keluar dari simpang-simpang ini.

Sekiranya sebuah lori besar atau van di letak berhampiran dengan simpang, ini akan melindungi penglihatan seseorang pemandu. Tahu atau tidak anda bahawa sekiranya terjadi sesuatu nahas kemalangan, kereta anda yang di letak berhampiran situ (kiranya ia melindungi penglihatan pemandu lain) boleh di laporkan sebagai punca yang akibatkan kemalangan pula.

Jadi, tidak kira apa juga pun, anda bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

5) Di selekoh.

Selekoh itu bahaya. Sepertimana kita sedia maklum, selekoh sukar untuk di kendalikan.

Meletakkan kenderaan berhampiran tempat demikian, sebenarnya menjemput kecelakaan atau “[tag-tec]inviting danger[/tag-tec]” kata orang.

Oleh itu, ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, “hindarilah” daripada meletak kenderaan berhampiran satu-satu selekoh. Ia bahaya!

6) Di tempat-tempat naik bukit dan turun bukit.

Turun-naik bukit sepertimana anda faham, bukan saja “susah” tetapi “bahaya” pula. Sekiranya ada kenderaan-kenderaan di letak di tepi jalan, ini akan bertambah lagi kerumitan-kerumitan kepada pemandu lain.

Jadi, kerjasama dengan tidak meletak kenderaan di kawasan tersebut.

Sebagai pemandu yang baik serta berhemat, sudah tentu kita akan mencuba sedaya-upaya supaya jangan terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Marilah kita mencuba pula “jangan” mengakibatkan orang lain pula dalam kemalangan. Anda dapat mengelakkan perkara atau nahas berlangsung dengan tidak meletakkan kenderaan anda di tempat-tempat yang di nyatakan di atas.

Pandu Hemat dan Jiwa Selamat!

The post 6 Tempat Bahaya Yang Di Larang Meletak Kereta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/kemalangan-kereta/6-tempat-bahaya-yang-di-larang-meletak-kereta/feed/ 0