Lesen Trektor Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/lesen-trektor/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Wed, 25 Sep 2019 05:20:07 +0000 en-US hourly 1 Bagaimana Mencapai Lesen Kategori H https://driving-school.com.my/lesen-trektor/bagaimana-mencapai-lesen-kategori-h/ https://driving-school.com.my/lesen-trektor/bagaimana-mencapai-lesen-kategori-h/#comments Mon, 23 Sep 2019 23:38:02 +0000 http://driving-school.com.my/?p=255 Lesen Kategori "H" - Trektor Berat 5000 kg Ke Atas Kalau anda mempunyai Lesen B2 (Motosikal) atau Lesen Kelas D (kereta), anda layak memohon untuk Lesen H (trektor). Kedua-dua jenis lesen diatas mengecualikan anda daripada mengambil Kod Undang-undang Jalanraya. Sekiranya hendak mendapatkan Lesen lori (E) dimana anda harus menghadiri Kursus 6 Jam Teori dahulu untuk [...]

The post Bagaimana Mencapai Lesen Kategori H appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Lesen Kategori “H” – Trektor Berat 5000 kg Ke Atas

Kalau anda mempunyai Lesen B2 (Motosikal) atau Lesen Kelas D (kereta), anda layak memohon untuk Lesen H (trektor).

Kedua-dua jenis lesen diatas mengecualikan anda daripada mengambil Kod Undang-undang Jalanraya.

Sekiranya hendak mendapatkan Lesen lori (E) dimana anda harus menghadiri Kursus 6 Jam Teori dahulu untuk mencapai Sijil JPJ L2B, dalam kes “H” untuk trektor, anda tidak perlu menghadiri kursus sedemikian.

Alasannya untuk keputusan ini mudah saja.

Trektor yang besar itu tidak dapat kita buat apa-apa kepadanya semasa ia rosak.

Demikian juga semasa tayarnya rosak atau bocor, kita tidak berdaya untuk membuat apa-apa pun.

Bagaimanapun, anda harus keluarkan Lesen Belajar (lesen “L”) baru untuk mempelajari jenis jentera ini.

Mempelajari bagaimana menggunakan sesebuah trektor biasanya dibuat di kawasan Institut saja. Meskipun demikian, Lesen L (Probationary Drivers’ License) diperlukan semasa ujian kelak.

Ada sesetengah orang bertanya, apakah yang seorang calon pelajari dalam kursus belajar Lesen Kelas H?

Berapakah kelas-kelas yang harus diambil seorang calon sebelum ia dianggap sebagai kompeten untuk menguruskan sesebuah jentera Kelas H?

Sebenarnya, kesemuanya ini berdasarkan kepada kebolehan seseorang individu.

Sekiranya anda dapat memahami sebelok yang diajarkan anda, maka tidak perlu banyak kelas yang anda perlu hadiri.

Bagaimanapun, dibawah adalah disenaraikan perkara-perkara yang anda perlu pelajari. Pendek kata, anda akan diajar:

i) Penggunaan Gear. Semacam kereta, trektor mempunyai 3 gear.

Saya rasa perlu diingatkan bahawa sesebuah trektor mempunyai 3 gear dan juga harus sedar dijalanraja, trektor boleh berjalan lebih 50 kmj.

ii) Anda juga harus mempelajari penggunaan gear-gear untuk membolehkan anda buat utusan menolak, menggorek dan membuang tanah dan sebagainya.

Sewaktu ujian pula, calon dikehendaki:

a) Membuat Side Parking.

b) Parking parallel.

c0 Penggunaan “bucket” dan tugas-tugas lain seperti menolak, menggorek dan sebagainya.

Seorang calon juga diperlukan memandu trektor ujian memusing ke seluruh institut.

Semasa ini, perlulah calon menggunakan signal-signal tangan juga.

Sekiranya anda lulus dalam ujian Kelas H, anda boleh memohon bagi mendapatkan Lesen H anda. Lesen ini boleh di campurkan kepada lesen anda yang sedia ada.

Pembayaran adalah RM30 setahun.

Lesen jenis H ini mengizinkan anda memandu Lesen F atau “forklift”.

Lesen F atau trektor ringan (jentera-jentera jenis kurang daripada 5000 kg) kalau dibanding dengan “H” yang besar lagi berat (lebih 7500 kg).

Kebiasaannya, calon-calon dinasihatkan memilih kategori “H”.

Dengan ini, anda sebenarnya akan mendapat 2 jenis Lesen sekali gus (H dan F serentak).

Memandangkan anda sudah faham apa itu lesen jenis H, mungkin anda akan berminat untuk memohon lesen jenis kelas ini.

Selamat maju jaya.

The post Bagaimana Mencapai Lesen Kategori H appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-trektor/bagaimana-mencapai-lesen-kategori-h/feed/ 36
10 Soalan Berkaitan Lesen Jenis Kelas “F” Di Malaysia https://driving-school.com.my/lesen-trektor/lesen-kelas-f-di-malaysia/ https://driving-school.com.my/lesen-trektor/lesen-kelas-f-di-malaysia/#comments Tue, 14 Jul 2009 10:47:16 +0000 http://driving-school.com.my/?p=442 Jentera Bergerak Ringan Beroda - Berat Tanpa Muatan Tidak Lebih 5000kg 1) Apakah Lesen Jenis "F"? "F" itu lesen membawa "Forklift". 2) Adakah institut-institut memandu menawakan kursus untuk lesen ini? Setahu saya, tidak. 3) Kalau begitu, macam-mana kalau saya hendak mencapai lesen ini pula? Anda terpaksa ambil lesen jenis "H" (trektor). 4) "H" itu boleh [...]

The post 10 Soalan Berkaitan Lesen Jenis Kelas “F” Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Jentera Bergerak Ringan Beroda – Berat Tanpa Muatan Tidak Lebih 5000kg

1) Apakah Lesen Jenis “F”?
“F” itu lesen membawa “Forklift”.

2) Adakah institut-institut memandu menawakan kursus untuk lesen ini?
Setahu saya, tidak.

3) Kalau begitu, macam-mana kalau saya hendak mencapai lesen ini pula?
Anda terpaksa ambil lesen jenis “H” (trektor).

4) “H” itu boleh memandu “forklift”?
Betul. Anda boleh buat demikian.

4) Harga mengambil “H” itu mahalkah?
Lebih kurang saja, sama dengan “F”.

6) Jadi, apakah institut akan ajar saya semasa kursus?
Berjalan, meletak kenderaan, mengedalikan kontrol-kontrol “mengorek” dan “menolak”.

7) Apakah syarat untuk mencapai lesen jenis “F” ini?
Kena lulus undang-undang jalanraya (Highway Code) dulu. Ataupun ada lesen-lesen lain, umpamanya B2 (Motor), D (kereta), E (lori) dan sebagainya.

8) Perlu saya hadiri kursus teori 6 jamkah?
Anda tidak perlu ambil kursus tersebut di atas. Terus keluar lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) saja.

9) Bila sudah lulus lesen F ini, bolehkah di campurkan dengan lesen motor (B2) atau kereta (D) saya?
Tentu boleh. Bayarannya sama, RM30 setahun.

10) Keluar lesen “L” ‘nak butir-butir apa ya?
i) Kad Pengenalan fotostat.
ii) 2 keping gambar berwarna.
iii) Fotostat lesen-lesen yang anda sedia ada.

Di atas adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan kepada pelajar-pelajar yang mungkin berhasrat untuk mendapatkan jenis lesen “Forklift” atau “F”. Harap dapat jawapkan segala pertanyaan anda.

The post 10 Soalan Berkaitan Lesen Jenis Kelas “F” Di Malaysia appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/lesen-trektor/lesen-kelas-f-di-malaysia/feed/ 8