Jika anda bercadang untuk menyediakan dana pendidikan untuk diri sendiri ataupun anak-anak anda, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah satu instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Untuk membuka akaun SSPN-i, terlebih dahulu anda perlu muat turun ataupun download Borang Permohonan Pembukaan Akaun.
Di dalam borang tersebut, anda perlu mengisi maklumat seperti berikut:
1) Butir-butir pendeposit – nama, kad pengenalan, tarik lahir, alamat, pekerjaan dan sebagainya
2) Butir-butir penerima manfaat / Diri sendiri
3) Butir-butir waris terdekat
Untuk muat turun borang secara online, sila klik link di bawah. Borang tersebut adalah di dalam format PDF.
Klik sini untuk muat turun borang
![]()
Klik sini untuk brosur SSPN-i
![]()

Leave A Comment